Thursday, December 19, 2013

Corat-coret RESULT PMR: 19 Disember 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
19-12-2013


Result PMR 2013 diumumkan pada tarikh ini. Setinggi tahniah kepada semua calun yang berjaya mendapat keputusan hari ini. Samada yang sangat cemerlang (8A) atau kurang dari itu, tahniah dan semoga terus menjadi semangat untuk keputusan yang lebih cemerlang pada exam akan datang.

Saya diminta supaya ambil cuti dan ikut ambil result, oleh anak saya ALIA. Hmmm... lalu pegilah saya ke skulah pagi tadi.


Masa ni saya dah tak tahu Alia di mana. So saya snap la pic murid lain.

Bagi yang berjaya dapat 8A mereka dapat sticker ini. Boleh tayang masa bergambar. Wahhhh!


Suka tengok depa posing camnih!




Kerana saya tak nampak Alia dalam kumpulan murid, saya snap pic budak AZRI, anak blogger terkenal ini.

Then,


Alia menangis sebab result dia sedikit tersasar dari harapan. Alahai... bagi saya dengan result 5A pun dah syukur alhamdulilah (wpun masih tak leh nak lawan rekod dua kakak dia sebelum ini).


Tahniah AZRI. Result dia sangat cemerlang!

*Untuk rekod, SK Pandan Jaya berjaya merekodkan seramai 17 orang mendapat 8A (dari 50 orang calun).




 ~...setiap kali skulah dilanda hujan dan becak di lopak laluan masuk, SERI BULAN berkira-kira samada dia patut terus berkasut tumit tinggi sejak serik tumit terbenam dan HISYAM terpaksa mengendong si buah hati lalu ramai murid yang menjadi penonton bagai mengharap itu akan berulang lagi seolah-olah melihat sebuah drama Korea yang romantis tapi masih kurang manis...~




21 comments:

  1. Tahniah Alia. My niece pun ambil result. Tapi belum tahu resultnya.

    ReplyDelete
  2. tahniah alia! okay tu dapat 5A.
    kalau saya dulu tak jumpa langsung! hehe
    tapi saya berjaya juga duduk hot seat walau
    tak berjaya sangat dalam bidang akademi

    PMR bukan penamat okay alia
    all the best! =)

    ReplyDelete
  3. Tahniah Alia...takper SPM ada lagi:-)

    ReplyDelete
  4. Sangat cemerlang? 8A la tu eh kak? Hehehe...

    Alia, 5A pun dah ckp bgs. Jauh lagi perjalanan. Belum msk SPM. Belum tentu msk U pun. So, chill ke? Apapun, congrats!

    ReplyDelete
  5. Congratulations Alia and ibu dan ayahnya juga!

    ReplyDelete
  6. Tahniah Alia....PMR hanya permulaan menengah jer....don't give up....!
    tu anak blogger uncle gedek kan.....

    ReplyDelete
  7. Tahniah Alia. 5A tu pun satu keputusan yg membanggakan. Bukan senang kalau ada kakak2 yg bergeliga otak mereka mcm dak amoi tu.

    Teruskan usaha agar mendapat kejayaan yg lebih cemerlang di masa akan datang

    ReplyDelete
  8. Tahniah kepada yg cemerlag PMR , dapat 8A ..kepada Alia juga., untung emak temankan ..kalau kami dulu2 xdak aihh.., tahniah Azrie dan bapaknya, Uncle Gedek.

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat Alia...perjuangan masih belum tamat.

    ReplyDelete
  10. Becak, lopak dan..emm macam pernah dengar jer

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah , anak buah saya dapat 9A ... tahniah kepada yg berjaya juga anak azie .

    ReplyDelete
  12. Tadi ada sorang budak datang tempat saya. Lagi selamba badak dia cakap dapat 1A aje kak. No hal la, dia kata. Selamba aje. Tak sedih pun. Hahahaha.

    ReplyDelete
  13. Anak kawan saya tak dapat A langsung. B jer berderet. Cepat2 dia angkat tangan mengucap syukur. So Alia, tahniah.

    ReplyDelete
  14. Tahniah alia...dpt 5a pun alhamdulillah... boleh buktikan dlm spm plk nnti..

    ReplyDelete
  15. Tahniah... sampaikan salam sayang saya pada Alia ye Azie, katakan padanya... 5A yang dia perolehi itu sebenarnya tiket untuk dia menempah result yang lebih baik dalam SPM 2 tahun nanti.... in shaa Allah!

    ReplyDelete
  16. 3 org anak buah amik result ari ni-sorg 9A,sorg dapat 3A dan sorg lg 4A..

    ReplyDelete
  17. tahniah buat semua yg berjaya. seronok dpt snap gambar mcm tu. hehe
    kazen nina alhamdulillah 7A

    ReplyDelete
  18. Tahniah alia..teruskan usaha..spm menanti

    ReplyDelete
  19. 5A pon leh amek gambo per.. anak buah shin ada dpt 4A.. ada yak x dpt A langsung..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails