Thursday, January 30, 2014

Headlines: “Tak tahan lah bang...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
30-01-2014


Walaupun hari ni ramai kengkawan Chinese bercuti, termasuk semua Big Boss, kami tetap bekerja seperti biasa. Dan mendapat pelepasan seawal jam 5:00 pm hari ni. Yeayyyy!!

Menyambung kisah pujuk memujuk bawak pegi makan Chicken Chop malam kelmarin, saya terlupa nak menambah rencah-kisah tentang teguran seorang pompuan Indonesia yang mengemas meja dan memgambil wang bayaran kami malam itu.

Tak tahu apa sebab (mungkin saya tak berapa dengar jawapan MyToklaki) Neng Indon tu berkata, “Wahhh masih romantik ya.”

Romantik? Tang part mana romantiknya makcik? Sedangkan sepanjang makan tu kami tak banyak borak sebab Chicken Chop tu sedap dan panas.

Dan kemudian MyToklaki lebih khyusuk mengadap Harian Metro yang ada tajuk besar kat luar: “Tak tahanlah bang...” Huhh...!


************


Tayang-tayang:


Untuk department kami saja.


Pengagihan serentak dengan pengumuman bonus. Yeayyy!

Alhamdulillah.




 ~...menyambut hari istimewa tidak akan pernah sama setiap kali juga tidak akan pernah sama sepanjang musim kerana HISYAM ada ketika sangat dingin buat tak tahu, ada masanya dia sangat teruja seolah-olah dia seorang dalam dunia lalu SERI BULAN merasa alangkah baiknya hari yang berlalu terus disebut istimewa agar dia tidak terasa bahawa keterujaan itu bukan milik mereka berdua semata...~




Wednesday, January 29, 2014

WW: Kisah malam tadi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
29-01-2014


WW: Kisah malam tadi.

Kisah suami nak cuba pujuk (bodek kot ayat yang sesuai?) si bini yang kunun majuk. Hahahaha!



Memang dah pasang niat dari awal. Chicken Chop! Sini murah: RM9.50 sahaja.



Berasap you...!



Sederhana saiz. Cukup untuk seorang waktu dinner. Dilengkapi dengan Air Tembikai Laici. Saya suka coleslaw tu.



Medan Selera Kampung Pandan, Jalan Thaver. Tidak jauh dari klinik kesihatan.





 ~...kelmarin juga HISYAM terpaku terbisu dan terkedu di serambi apabila Pak Utih mula menyoal-tanya tentang sampai bila harus membiarkan SERI BULAN menanti penuh setia, menjadi pendamping kala siang, peneman kala duka juga pendengar kala guruh mula bergegar kerana ada cerita sudah tersebar saudara rapat Pak Imam mula merisik hendak mengecek...~




Tuesday, January 28, 2014

Bahasa: Mata seorang proof reader, walau rabun tapi jelas...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
28-01-2014


Pagi ini. Di tol Damansara.

Dapat pamplet maklumat ini:


Bagus.

Tapi saya tak suka bila ada kesilapan perkataan sebegitu. Bukan salah eja, tapi sebenarnya memang akan menjadi salah.

Pengu-rusan — sepatutnya no space between character ‘U’ dan ‘R’.

Orang yang keja dalam bidang ini (we called typesetting), akan menyebut ini suatu kesalahan ejaan. Jadi mata orang macam kami ni cepat tangkap benda sebegini. Apatah lagi perkataan besar yang menjadi tajuk.

“Bahasa menunjukkan bangsa, tau!” bak kata P.Ramlee.



 ~...melihat dengan mata hati sebenarnya sudah lama HISYAM tahu SERI BULAN menyimpan rasa resah kerana bimbang rahsia pecah tetapi selagi dia berada di bawah lindungan Teratak Nyatuh, HISYAM tidak pernah risau akan kegundahan yang tidak berkesudahan kerana semua cerita akan ditamatkan bila tiba musim awan menjadi hujan...~




Monday, January 27, 2014

Cincin impianku patah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-01-2014


Sapa yang dah pernah tengok sebelum ni:


Cincin besar paberet saya kaler purple. Nak kasi seimbang dengan jari ‘domok-domok’ tuh. Tak ingat beli di mana, tapi harga kira-kira RM5.00 saja.



Wuaaaaa! sudah patah tanpa diketahui sebab musababnya. Masuk dalam handbag, lupa kuarkan. Sampai opis semula di hari kemudiannya, wuaaaaa.... patah hatikuuuuuuu!

Takpa lah. Harta dunia. Sampai masa akan hilang, lenyap musnah.




 ~...walaupun bagai sudah ada ikatan kejap di hati antara SERI BULAN dan HISYAM sejak sebelum menjadi warga Kampung Separuh Desa lagi, tetapi belum pernah mereka berani mengakui dan menunjuk jelas kepada umum samada bertukar cincin atau bertukar kata secara terangan melainkan surat di bawah tempurung di hujung ampaian, yang semakin lama semakin panjang dan sudah pandai berlipat empat dan berselit serbuk bedak Nyonya yang dikikis dengan hujung sikat besi...~




Bila hati sudah suka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-01-2014


Bila hati sudah suka...
Semua indah saja...

Antara lirik lagu dendangan penyanyi 60-an Uji Rashid. Lirik penuh saya tak ingat. Tapi begitulah lumrah hidup. Fitrah manusia. Bila hati sudah suka, semua indah belaka. Walaupun buruk seseorang itu di mata orang lain, tapi bagi yang sudah suka itu semua sudah ditutup mata saja. Baginya sudah tidak buruk lagi. Menerima saja buruk seseorang itu dengan ikhlas. Sebab apa? Sebab hati sudah suka.

Jangan pula hati sudah tak suka. Cemana baik pun kita, cemana kita berkorban bertahun-tahun pun, belum tentu dikenang orang. Pun saya akan sebut ini lumrah. Fitrah manusia.

Yang buruk sekali dibuat, yang silap sekejap berlaku menutup berpuluh-puluh (mungkin juga semua sekali) kebaikan yang pernah kita lakukan. Melupakan segala jasa dan pengorbanan yang pernah kita ikhlaskan, yang pernah kita redhakan. Sedih!

Begitupun ada ketika sukar untuk kita hendak meyakinkan orang tentang istilah apa yang disebut orang, ‘budi baik dikenang jua’...

Jangan mudah menjadi orang yang cepat melupakan jasa orang. Ini termasuk sekali kes suami isteri yang kadang-kadang melupakan jasa dan pengorbanan pasangan masing-masing.

Kesian!

Tayang-tayang:


Asam Pedas Daging ala Melaka. Versi yang saya belajar, tambah kerisik.



 ~...bidang tarian tidak pernah menjadi kelebihan buat HISYAM mahupun SERI BULAN tetapi semalam petang ketika majlis berinai dan ada zapin ditayang-umum, tanpa sedar HISYAM menarik tangan SERI BULAN ke tengah gelanggang lalu bagai tidak terpandang lagi mata yang memandang, juga mulut yang menyenget dan mata yang mengenyit...~




Sunday, January 26, 2014

Jangan berkira dengan sekolah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
26-01-2014


Sabtu semalam, saya hadir tepat pada masa majlis bermula. Beberapa minit selepas saya duduk, Puan Guru Besar pun sampai dan majlis terus bermula. Begitupun 2,3 barisan kerusi bahagian hadapan masih kosong. Dah jadi habit saya, mesti nak duduk depan depan sebab lebih jelas dengar dan lihat. Sebab saya rabun dan sedikit pekak! (Kadang-kadang saya pelik ada orang takut nak duduk barisan depan, termasuk la MyToklaki. Manjang nak duk belakang!)


Nak amik gambar pun senang. Snap sebelum majlis bermula. Kalu dah penuh cikgu kat depan, segan la juga.


Ini adalah program tahunan. Membincang program untuk pelajar Tahun 6 (UPSR) sepanjang tahun dan membentangkan bajet serta meluluskan bajet tersebut. Berbanding beberapa sekolah lain, SKPJ masih mengekalkan RM100 untuk setiap pelajar bagi bajet sepanjang tahun. Dan hanya RM30 sebulan untuk kelas tambahan setiap Isnin-Khamis dan Sabtu setiap minggu.

Nampak gaya tahun ini CHAK akan letih la sebab ada banyak kelas, ada banyak homework, ada banyak latihan... tapi dia ni manja dan sedikit malas. Kena suruh banyak kali baru bergerak nak buat latihan. Dia cuma jaga homework jer. Sebab dia takut kena berdiri atas kerusi kalu homework tak siap. Malas kat rumah sebab dia asyik nak main dengan kucing dia jerrr!


Lapaz ikrar pelajar Tahun 6. CHAK berdiri 3 dari kiri. Rupanya dia tak la ketot sangat. Ada lagi yang lebih rendah dari dia.

Mengambil ucapan Puan Guru Besar (yang akan bersara bulan depan) dengan pihak sekolah jangan berkira sangat. Betul. Untuk pelajaran, jangan berkira sangat. Kalu hp canggih boleh beli takkan yuran tuition anak pun nak tangguh. Apa yang ditekankan oleh pihak sekolah ialah, pastikan kehadiran anak-anak ke sekolah. Wpun budak mungkin tak berapa fokus di sekolah, tetapi kehadiran mereka akan memberikan sekurang-kurangnya sedikit kesan  ke arah kebaikan.

Masalah ponteng di bandar besar macam KL ni memang mencabar sebab banyak kompleks hebat tegak dekat sangat dengan sekolah dekat dengan rumah. Jalan kaki pun dah boleh masuk kompleks. Huh!

Apapun jangan segan untuk menjalin hubungan baik dengan sekolah dan para cikgu.


 ~...bila murid meragam tanpa seragam, SERI BULAN merasa hanya HISYAM yang sesuai untuk berlagak pegawai dan apabila ada yang mula merengek dia sudah muak dan cuak kerana banyak mata memandang di celah jejari tingkap berdawaii segi dengan jari dicekam kuat seolah-olah ada yang akan diterkam...~




Friday, January 24, 2014

MLM 2013: JAMBU, tolong la keluar...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-01-2014

Punyalah sibuk sampai tak sempat nak update apapun. Kalut sampai meja penuh dengan kertas macam semak samun. Sehinggakan kawan 'jahat' saya ajak lunch pun saya tolak mentah-mentah. Cewahhh padan muka dia!

Oh ya... setiap Jumaat ada MLM. Promosi giler-giler sehinggakan jumlah penonton dah cecah lebih 1 juta orang. Memang buat duit betul pelawak negara kita hari ini. Usaha banyak pihak menghasilkan suatu program yang menjadi fenomena di mana, bukan saja industri hiburan meriah malah, secara peribadi saya suka sebab saya boleh release tension.

Orang yang suka gelak besar macam saya akan suka pada sesuatu yang boleh dia gelak besar tanpa peduli airmata keluar ke tidak. Tidak peduli perut lapar ke tidak. Tidak peduli dah menanak ke belum. Sanggup tunggu.

Mujur la program live tu kul 10:00 malam. Kalu start kul 7:00 malam macam drama sebutan ramai di TV tuuuttt... tuh? Hmmm.. ramai la agaknya lengah solat maghrib!

Setiap minggu kami sekeluarga (repeat, sekeluarga) sangat suka nak tunggu MLM 2013 (sebenarnya sejak ianya bermula 2011 lagi). Gelak sampai bergegar satu badan. Tinggal tak boleh guling jer... kang urat berselirat.

Minggu ke minggu, melihat satu demi satu pasukan bertanding disingkir... lalu kini tinggal the best among the best. Dan sudah bermula episod jelajah program live di merata tempat. Bermula di Bandar Utama minggu dulu (sampai Dak AMOI kuar opis jem giler depan tempat kija dia)... dan minggu ini (malam ni la) akan bersiaran dari Sg Petani, Kedah.

Seperti biasa, kami lebih banyak menyokong (tak pernah undi sms pun), kumpulan SHIRO, SepahTu dan Nabil.


Konsisten. Mengambil Rahim sebagai ahli untuk musim ini, memberikan banyak impak. Memang SepahTu akan kurang berkesan jika hanya berdua.


Sapa kata Rahim tak kelakar? Dia ada bakat okey!


One man show. Nabil ada up and down dia. Tapi kesungguhan dia, beserta 'nama' yang sudah terpahat, menyebabkan dia sukar digugat. Harap dia pun berjaya ke final, dapat tempat ke-tiga pun takpa lah!


BOCEY, kumpulan yang menjadi saingan sengit kepada lain pasukan. Minggu ke minggu depa semakin best dan menghiburkan. Walaupun isu fizikal juga menjadi bahan (Si Abam tu la) tetap content lawak depa pun tetap menghiburkan. Saya pernah gelak terbahak masa minggu bebas, Abam jadi anak jin (macam filem Ahmad Albab tuh).... Weyyy saya pernah terfikir nak nyanyi 'ding ding ding ding!"...? hahahaha!

Itu koleksi pic saya snap sendiri pada 2 minggu lepas. Saya terlupa nak snap SHIRO.

Juri: Luna Maya sangat kelakar dan comel. Dato Yusuf Haslam selalu bagi komen yang sama tiap minggu. Heeeee.... Nora Danish: asyik la bagi komen kesian.

Dan sehingga hari ini, JAMBU semakin merudum. Kurang fokus. Lawak merapu dah tak syok nak tengok.

Peminat JAMBU semua, sori to say. Saya harap malam ini JAMBU keluar!




 ~...SERI BULAN pernah kena sergah konon ada jin di rumbun buluh lalu dia tidak pernah ada keberanian untuk berjalan sorang di denai laluan melainkan HISYAM menjadi pengiring dan Mak Utih menjadi pengapit yang sering ...~




Thursday, January 23, 2014

Siapa Firdaus Hanan ni?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
23-01-2014


Dah lama gak saya sekali sekali dok tengok program ni. Ala-ala JJCM la. Tapi yang saya dok nampak, host program ni (Miss Malaysia? yang cakap Melayu dengan slang dia yang... hmmm) tu dok jelajah kedai @ restoren yang eksklusif saja. Restoren yang hebat dan ada kelas. Restoren dalam hotel pun ada dijadikan tumpuan.


Saya lebih nak tumpu pada apa yang dimakan. Berbeza dengan program JJCM yang sudah sinonim bagi kita, program MAKAN ni tak menarik sangat minat dan hajat saya nak terjah. Orang lain saya tak tahu la. Sebab restorennya hebat-hebat belaka dan macam ada konsep. Konsep Timur Tengah la... Indian Cuisine laa.. Well, mungkin untuk dilihat berbeza.

Juga ada segmen di mana seorang chef akan memasak beberapa menu setiap episod. Part ni saya suka.

1st, sebab chef tu muda lagi hensem. Auwww!

2nd, dia masak menu yang biasa-biasa jer. Means, yang kita pun boleh buat kat rumah. Yang kita sendiri biasa dengan menu dan bahan yang digunakan.

Walaupun saya belum pernah nampak chef Firdaus ni kat mana-mana program masak sebelum ni. (atau ada tapi saya tak tahu?)

Pertama kali tengok, saya dok tanya, siapa Firdaus nih? Pandainya dia masak. Muda-muda dah jadi chef yang pandai dan cekap. Gaya dia memotong bawang or uli tepung buat roti kita dah kagum dah!

Google sedikit pasal beliau dan jumpa Page-FB beliau, Chef Firdaus Hannan. Seorang pensyarah kulinari.


Saya rasa selepas ini beliau akan terus popular dalam bidang masakan dan pengacaraan program seumpama.

Tayang-tayang:


Thermos air saya di tempat kija. IKA belikan saya dari tempat kija dia. Memang untuk buat Teh-O, sebab ada Tea-Infuser sekali. Buat satu thermos boleh minum sampai petang.

Apapun neskepe tetap kena minum setiap pagi. Only pagi, sebab kalu waktu lain selepas jam 9:00 masih minum neskepe, alamatnya malam-malam saya akan berjaga sampai 2,3 pagi...!

Ehhh tapi malam ni memang ramai yang nak berjaga, kan? Ahakss!





 ~...kerana kopi buatan tangan Mak Utihlah antara sebab HISYAM tidak pernah segan untuk menerjah dan menyergah walaupun sudah kerap dimarah dan SERI BULAN mudah pula ketawa rendah, dan Pak Utih akan sering pura-pura merajuk kerana dia sudah tidak dilayan kerana sepasang teruna dara itu yang akan mendapat perhatian termasuk merengek bab makan-makan...~




Wednesday, January 22, 2014

Lelaki kepochi? Sapa kata takda...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
22-01-2014



Saya meluat bila jumpa lelaki yang kepochi mengalahkan pompuan. Hal orang pompuan pun nak disibukkan juga.

Saya meluat bila ada orang (dan orang itu lelaki) tidak boleh menerima kelemahan orang lain (orang perempuan) sebagai suatu kelemahan bukan keburukan yang harus diperkatakan dari tingkat bawah hingga tingkat atas. Dapat apa?



Tidak. Saya bukan jenis bertengkar punya orang. Tak ingat bila kali akhir saya bertengkar. Tak ingat langsung.

Balah manja dengan bertengkar. Dengan orang luar dan dengan orang dalam. Semuanya berbeza.

Sakit hati atau rasa tambah sayang?



 ~...antara SERI BULAN dan HISYAM sudah tiada isu lagi untuk ditengkarkan kerana ada ketikanya perlakuan SERI BULAN sendiri sering menjadi bahan kepada HISYAM untuk disendakan dengan niat mencari punca untuk berbalah manja sehingga rajuk bukan lagi sesuai untuk dipujuk tetapi lebih layak untuk diajuk...~




WW: Vadai yang lain...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
22-01-2014


My Wordless Wednesday:


Sebenarnya saya suka another type of Vadai, not this one.

Tapi bau wanginya buat saya ngences!




 ~...sudah lama Pak Utih hendak mencari masa sesuai dan detik terbaik untuk bercakap berdepan dengan HISYAM tentang tingkahnya yang suka menerjah dan juga tentang kata sinis orang luar berkaitan dirinya dan SERI BULAN tetapi melihat tiada apa yang sumbang di matanya selama ini, dia merasakan seolah-olah cuba menerkam ke dunia orang yang sudah lama kebal dengan karenah orang yang suka memfitnah...~




Tuesday, January 21, 2014

Peramah tak semestinya minah kepochi...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
21-01-2014


Saya dah hampir setahun memegang kerjaya di tempat baru, bangunan baru yang besar lagi 3 tingkat ni. Sepanjang 10 bulan lebih ni, tiada seorang pun orang baru lagi selepas saya. Means, di jabatan saya (jika boleh disebut jabatan, kami biasa sebut ‘department’) setakat ini saya adalah paling baru.

Tapi untuk jawatan lain (graphic dan bahagian art lain) sentiasa ada orang keluar masuk. Setakat ini sudah 3,4 orang.

Yesterday, seorang lagi anak muda memulakan hari pertama. Dan kebetulan dia ditempatkan sementara di hadapan cubicle saya (yang rendah saja). Seperti biasa, walaupun saya seorang yang peramah, tapi saya tak kuasa nak temuramah orang, nak tanya itu ini or nak kepochi ambik tahu hal peribadi orang baru (sebab tu masa hari-hari pertama saya dulu, saya rasa sedikit annoying berhadapan dengan keadaan sebegitu). Saya tak minat nak ambil tahu hal peribadi orang kecuali perlu.

Kerana budak muda ni belum menerima magnetic card, so dia pinjam kad saya. Dan bila time lunch, saya maklumkan yang kita harus makan di ruang makan dan solat Zohor adalah dalam masa lunch.

Rupanya, budak muda lelaki ni berpuasa! Ohhh saya tersipu sekejap. Tapi saya tak pula tanya kenapa dia puasa.Tapi ada sedikit rasa kagum. Mungkin juga dia dah biasa puasa Isnin Khamis.


Tayang-tayang:


Korang pernah tak bersarapan pagi dengan megi perisa kari + sausage perisa blackpepper & mushroom + telor goreng goyang. Sila cuba. Ahhh enak! Tapi tak boleh selalu, muak beb!





 ~...ketika HISYAM kelihatan begitu berhajat hendak menerjah Mak Utih di lantai dapur, SERI BULAN sudah bersedia hendak menembak peluru kosong bertanya puluhan soalan untuk puluhan jawapan juga dari teman sejati yang menghilang sekian hari tanpa amaran tanpa berita memberikan rasa rindu yang bukan saja terkepung tapi juga rasa marah yang menggunung...~




Monday, January 20, 2014

“Lama dah tak nampak Pakcik Harakah...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-01-2014


Setiap kali ke Pasar Pudu, MyToklaki akan bawak satu beg pasar khas untuk ikan, dan saya bawa satu beg runcit (utk bahan kering dan sayur).

Biasanya kami beli barang basah dulu, such as ikan, sotong, daging bla bla.... dan bila beg basah tu dah berat (wpun kadang tak penuh pun) [itulah tujuan soh dia yang bawak beg tu], MyToklaki akan keluar dari area pasar dan tunggu saya di parking. Biasanya kat bawah jambatan tu la. Tengok orang berjual buah or berjual barang lelong RM5 or berjual ubat... dan saya menyambung ronda-ronda dengan senang hatinya mengisi beg yang lagi satu ikut-suka-hati-tok-nenek-aku-saja.

MyToklaki menunggu saya sambil bersembang dengan beberapa orang yang muka muka itu juga dok selalu jumpa termasuk beberapa orang yang memang setaman dengan kami.

Termasuk sorang tua nama Pakcik Abu ni. Dia peramah. Berkopiah putih. Berjual suratkhabar Harakah. Sejak sekian lama. Saya tak pernah sembang, tapi bila saya selesai saya jumpa MyToklaki di situ dan kadang-kadang senyum jer dengan Pakcik Abu nih...

Sehinggalah, suatu hari MyToklaki sebut, “Lama dah tak nampak Pakcik Harakah tuh.”

Minggu berikutnya, dia tunjukkan saya sticker yang tertampal pada tiang jambatan. 3 minggu lalu. Saya tak sempat snap masa tu.

Minggu lepas saya purposely pegi dekat dan snap.


Semoga Allah merahmati arwah dan dicucuri rahmat ke atas rohnya.





 ~...dua hari tidak menjengah dapur Teratak Nyatuh, HISYAM sudah terasa bagai berhari-hari rindu itu terkepung antara tiang seri dengan tiang tengah, lalu terasa bagai hendak melompat parit dan memintas bendul untuk segera sampai ke pintu dapur kerana hasrat hendak menyergah Mak Utih terhalang dek SERI BULAN yang tiba-tiba tegak berdiri di jenang pintu dengan mata bergenang...~




Maulidur Rasul: surau Al-Falah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-01-2014


Sambutan Maulidur Rasul 2014 di taman saya, berlangsung semalam 19hb. Seperti tahun-tahun dulu, surau taman saya memang sentiasa meriah dan sambutan sebegini sudah menjadi perkara rutin.

Berkumpul seawal 8:00pm untuk sama-sama dalam perarakan sambil berselawat.




MyTolaki di barisan hadapan, sempat pulak dia snap saya di kelompok belakang.



Kumpulan kompang surau memeriahkan lagi perarakan. Perarakan yang dibantu-kawal oleh pasukan RELA menarik perhatian penduduk taman kaum lain yang sedang bersarapan di restoren-restoren sepanjang laluan kami.

Berakhir di surau, semua yang terlibat bersarapan. Bab makan di surau tidak pernah menjadi masalah. Untuk sarapan sahaja, ada 3 buah restoren yang menaja. Alhamdulilah.


CHAK beratur penuh sabar tunggu Kepak Ayam yang nampak sedap tuh.


Ini untuk budak budak saja la saya rasa. Saya tak amik pun. Banyak makanan lain.

Acara bersambung dengan doa, selawat, ucapan perasmian, tazkirah pendek, bacaan Al-Quran.

Acara kemuncak adalah ceramah khas Maulidur Rasul oleh penceramah undangan khas yang popular di area sini:

Ustaz Haji Nahrawi!


Banyak kali dah saya hadir ceramah Ustaz Haji Nahrawi ni. Memang best. Sejam setengah pun tak terasa bosan pun. Sekali sekala slang Jawa tu yang menggelikan hati.


Berdiri dan berselawat beramai-ramai. Selawat adalah doa. Selawat adalah rahmat. Selawat adalah ibadah. Menunjukkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Nasyid oleh bebudak ni. Ada lagu Bainanana... yang popular tuh. Lihat budak paling kecik yang pukul gendang tu. Tak padan kecik, bukan main rancak dia bergendang. Oh kagum.



Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari (gulai daging yang enak), kemudian terus solat Zohor berjemaah.

Last, Puan Blog pun nak beraksi:





 ~...HISYAM tiada di sini, dan SERI BULAN dah malas menanti...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails