Friday, July 25, 2014

Baju Raya tak siap: ko rasa?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
25-07-2014


Ini mungkin menjadi entri terakhir di bulan Ramadan tahun ini. Juga menjadi hari terakhir saya bekerja sebelum bercuti Hari Raya.

Sedikit tension semalam.

Minggu lepas, tailor (yang saya dah jadi customer setia dia dah lebih 2 tahun) hantar baju Raya anak-anak dara saya. Happy la saya dan bebudak tu sebab kain tu saya hantar agak lewat, dah menjelang Ramadan hari tu, tapi boleh siap cepat.

Apapun, kemudian Kakak Tailor whatsapp minta sori sebab baju Raya saya tak siap lagi. Minta tempoh sampai Jumaat ini (which is, hari ini). Ok lah kan?

Semalam saya buat follow-up. Dan... dia boleh kata, ‘jangan la marah Zie. Baju U tak sempat siap lah.’

Ko rasa? Ko rasa?

Nak meroyan tak? Tension sekejap. Sebab saya hantar lebih awal, dengan jangkaan dan harapan boleh la siap. Masa saya baru balik dari Vietnam ritu. Kain dari sana.




Bukanlah saya kata tanpa baju Raya tu saya tak boleh Raya. Tanpa baju baru saya tak balik kampung pulak. Atau bukanlah tanpa baju Raya saya akan nangis sembam muka kat tilam dan mengongoi macam orang mati laki. Tidak.

Tapi peringkat awal dulu, saya dijanjikan. Malah pernah di‘minta tolong’ hebahkan lah tentang Kakak Tailor ni boleh terima tempahan. (Dia baru habis belajar menjahit secara mahir, dulu buat sambilan sekarang tailor sepenuh masa). Kerana saya anak-beranak memang pelanggan setia sejak 2,3 tahun, saya tidak jangka langsung yang saya ‘sampai hati dijadikan sebegini’.

Frust? Tentulah. Saya ada perasaan, kan?

Bengang? Tentu. Sebab kemudian, bila saya menyatakan kekecewaan saya, Kakak Tailor terus nak potong kain saya serta-merta dan ketepikan kain mak mertua dia dan anak-anak dia. Ko rasa? Rasa bersalah laaaahhh!

Sesungguhnya bukan sifat saya nak membebankan dan menyusahkan orang. Tidak sama sekali. Jika 3 pasang baju kurung saya itu (baju kurung jer pun, bukan soh bubuh labuci renda segala) itu menjadi susah, menjadi beban sehingga terpaksa mengenepikan baju raya anak-anak si tukang jahit, saya rela tak hantar. Takpa la saya cari tailor lain. Ramai ada. Even kat tempat kerja saya ni pun ada 5,6 orang tukang jahit yang mahir. Tapi... ya lah. Kita ni kunun nak tolong bisnes orang. Kesetiaan sebagai pelanggan setia. Dah biasa dan sedap pakai.

Dah nasib ko la Zie...

Tayangan sempena nak sambut Raya:

Duit Raya (not baru) yang Dak AMOI saya tukarkan.


Pengakhiran:

SAYA, mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri dan mohon ampun maaf Zahir dan Batin, sepanjang kita saling mengenali sebagai blogger dan teman maya.




 ~....Hari Raya bakal menjadi satu lagi hari yang indah buat SERI BULAN dan HISYAM kerana itu menandakan tempoh mereka menjadi sejati sejiwa sudah melepasi satu lagi tahun lebaran dan SERI BULAN akan mengulangi kisah gelak tawa tergolek-terguling bila HISYAM dipaksa-manja oleh Pak Utih menangkap ayam di pokok ciku..~




Thursday, July 24, 2014

Nostalgia kampung halaman: terimakasih KHAIRI MALIK...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Day?
00-07-2014


Sudah agak lama saya simpan gambar-gambar berikut. Di-copy dari photo upload, seorang kawan sekampung, kawan sekolah, kawan bergaduh.... zaman dulu.

Kebetulan dia berada di kampung ketika itu, dan merakam beberapa gambar indah ini. Dengan izin, saya menyimpannya untuk koleksi peribadi, lalu saya simpan pula di sini.


Sawah padi menjadi pemandangan di mata kami, sejak lahir sehingga merantau meninggalkan kampung.

Parit taliair (yang membekalkan air ke bendang), pernah juga menjadi tempat berkubang saya. Kerana saya perempuan, peluang berkubang sebegitu cuma sekali dua sahaja. Itupun secara sembunyi-sembunyi.



Di musim air mencetek, pernah juga saya dan kakak-kakak ikut turun ke bendang ‘menangguk’ anak-anak ikan sepat ronggeng.

Pernah juga saya membayangkan air bendang yang tenang jernih (tapi di bawahnya warna coklat), beriak lembut di tiup angin itu seperti air laut yang boleh saya berenang ke tepi ke tengah. Seronoknya berangan-angan. Kemudian berlari-lari di dalam air bendang yang cuma setakat lutut. Lari sana sini tanpa tujuan tapi seronoknya tak terkata...!

Agak sedih sebab hampir semua saya dan adik beradik saya memang tak pandai langsung nak bersawah. Kata orang, ‘tak reti buat bendang’. MyArwah Ayah dan MyBonda lebih suka kami duk rumah belajar, dan pegi sekolah jadi orang pandai.



Walaupun kami bukan nelayan, tetapi sebahagian besar penduduk kampung saya juga adalah nelayan. Sebab kami sangat dekat dengan laut. Ramai juga kawan-kawan sekolah saya merupakan anak nelayan.



Kawan saya Khairi Malik, juga snap beberapa gambar Ban Pecah. Ban bermaksud batas. Menjadi pemisah antara laut dengan kawasan kampung. MyBonda pernah kata, “kalu runtuh ban tu, banjir lah seluruh kampung ni.”

Sejak saya kecil lagi, Ban Pecah ni popular terhad kerana ramai orang kampung yang turun ke sini memancing, cari kerang or siput. Ketika itu Ban Pecah tidak termasuk dalam senarai tempat untuk dilawati. Pendekata tak popular langsung.

Beberapa puluh tahun kemudian barulah Ban Pecah dibaikpulih dan ditambah batubata sebagai penambah untuk mengukuhkan lagi strukturnya. Dan Ban Pecah menjadi unik dan indah dengan sendirinya, walaupun tidak langsung sesuai untuk mandi manda. Kerana lumpur dan selutnya.



Hari ini, Ban Pecah popular meluas kerana ramai kaki pancing dari luar juga turut yang datang memancing, juga ramai orang datang berkunjung sambil makan-minum (banyak sudah kedai-kedai makan di sini sehingga ke pagi hari) sambil berehat, menikmati pemandangan....

Arhhhh... kampungku.

Kenangan lain terus menjadi suatu keindahan di hati dan jiwa saya. Jiwa orang kampung.


Batu 10 1/2, Sg Baru, Tanjong Piandang, Perak.


Ehhh jemput datang ke kampung saya! Saya akan berada di sana bermula Raya Pertama sehingga Rabu. Jemput laaaaa...! Kita makan Laksa, mahu?






 ~...Kampung Separuh Desa sudah menjadi sebahagian dari kehidupan SERI BULAN dan HISYAM sejak hari pertama lagi, dan walaupun ampaian sudah hampir reput tiangnnya, buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut sudah lusuh talinya, tetapi rasa kasih terhadap seluruh warga kampung menjadi mereka berdua sudah ingin ke mana-mana lagi, walaupun HISYAM pernah kata, kita tidak akan selamanya berada di sini...~




Wednesday, July 23, 2014

Persepsi saya bila tengok lelaki bawak handbag girlfren: silap or sikap?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-07-2014


No pic sesuai untuk jadikan WW. Lately saya dah tak berapa nak rajin nak snap itu ini. Tunggu Raya ler kot.

Pernah tak korang jumpa/tengok lelaki dan pompuan yang kuar dating, or kuar jalan-jalan shopping naik public transport... contoh naik LRT.

Saya pernah terjumpa sepasang couple, naik bersama. Duduk sopan. Cakap pun pelan-pelan. Bisik-bisik.

Tapi sejak masuk, duduk bertentang dengan saya, terus mata ni tertangkap (wpun bukan sifat saya nak merenung orang — bagi saya itu tidak sopan), tertangkap kepada bahu lelaki itu. Elok jer dia kendong (kendong ker?) beg tangan girlfren dia.

Hmmm... saya sebenarnya tak berapa berkenan kaum lelaki merendah diri ‘baik tak kena tempat’ sehingga sanggup bawakkan handbag orang pompuan. Saya faham, niatnya baik untuk melindungi. Protective. Tanggungjawab. Tapi mengkelek (mengkelek?) beg tangan orang pompuan yang cantik lawa tu, bagi saya seperti ‘potong’ sifat maskulin seorang lelaki. Alahaiii.... (Tolong pegang sekejap dengan tolong bawak, membawa 2 keadaan berbeza). *lelaki boipren belum jadi suami.

Jangan lah nak jadi macam artis lelaki kontroversi nan seorang tu. Orang pompuan pakai celak dia pun nak pakai. Orang pompuan pakai cekak rambut, dia pun. Itu belum lagi termasuk dia memang dok bawak handbag orang pompuan menjadi sebahagian kelengkapan imej dia. Baru-baru ni dia pakai selendang pulakkk... Sempena Ramadan ler kot?

Fitrah fizikal lelaki memang kena nampak gagah. Kelembutan ada, tapi terselindung dalam cara tersendiri. Fitrah fizikal lelaki juga harus nampak berani, bukan berani menongkah arus.

Yeahh... masing-masing kita ada anak lelaki. Mohon dijauhkan mereka bersikap menyimpang dari fizikal azali.

Mata kita memberikan persepsi berbeza. Bergantung bagaimana kita menerimanya. Jangan lupa, orang lama pernah berpepatah: ‘Dari mata turun ke hati’.

Satu lagi kepantangan saya: Lelaki pakai rantai. Aduhai... annoying beb!




“Rasulullah SAW melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki” — hadis riwayat Al-Bukhari.



 ~...bukan tidak pernah SERI BULAN tersilap tafsir akan erti senyuman HISYAM ketika mereka rajin mengadap Mak Utih yang tidak pernah letih membuka cerita lama ibarat penglibur lara menunjuk bakat, kerana dia tersangka HISYAM senyum kerana gumbira sebalik senyuman itu bagai sinis pisau menghiris, lalu bila HISYAM tidak pernah teragak untuk berterus-terang bahawa dia sengaja menunjuk jati diri yang bukan sahaja berani tetapi juga berani berperi...~




Tuesday, July 22, 2014

Gagal hadir iftar keluarga ipar: sememangnya saya rasa bersalah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
22-07-2014


Sudah bermula agenda count down.
  1. Countdown, esok hari ‘pukul gong’ di Bursa Saham berkaitan pelancaran saham tempat kija di papan utama
  2. Suspen menunggu 23hb (seperti yang dijanjikan) berkaitan ‘bonus sakan’ Raya. Gaji pun lum dapat nih.
  3. Nak bercuti Raya then nak balik kampung
Sepanjang Ramadan, terlalu sedikit masa saya bersama adik beradik (juga kawan-kawan) berbanding tahun-tahun sebelum. Lalu gathering iftar tahun ini, saya terpaksa cicirkan diri saya. Bukan saja lokasi tahun ini agak jauh dari rumah, tetapi tuntutan kerja yang.... kalu saya citer pun mungkin ramai tak faham.

MyAdik Ipar said, ‘off la Sabtu’. My Kakak Ipar said, ‘kerja sampai bila pun tak habis.’

Benar, tapi menjelang nak Raya, kerja banyak yang perlu disiapkan sebelum masing-masing nak bercuti panjang nanti. Dalam situasi ini, khususnya saya sendiri yang baru mencari tapak di sini, reputasi kerja harus berada di momentum yang konsisten, kepercayaan baru hendak dipupuk, kesungguhan baru mendaki graf... jadi banyak pengorbanan yang harus dilakukan di peringkat awal ini.

Dan bukan sedikit rasa bersalah, bila iftar bersama keluarga ipar-duai saya Sabtu lalu, saya tidak upaya untuk hadir.

Sudah 2x Sabtu, kami terpaksa bekerja sehingga 6:00pm.

Dan masa yang agak suntuk saya berkejar pulang, lalu saya dan beberapa teman sekerja berbuka di luar.

One Utama:


Cari tempat makan sesuai, agak mencabar. Lalu jumpa yang ini, redah sajalah. Little Craving, New Wing OneU. Saya kurang selesa, sebab sempit, sendat, kerusi meja kecik. Tapi, masa dah suntuk masa tu, syukur saja la.



Lihat resit. ABC sebegitu RM5.00. Mujur berbaloi.



Nasi Ayam = RM10.85. Hmmmm... syukur sajalah. Tapi saya tak rekmen.



Rakan-rakan yang lain order Nasi Lemak with Ayam Rendang. Pun saya tak rekmen.






 ~...hari lebaran yang bakal menjelang tiba, membuatkan Mak Utih tertanya Pak Utih ingin juga menyapa kenapa SERI BULAN tidak kisah tentang kampung halaman, malahan HISYAM langsung tidak menunjuk riak orang yang rindukan laman leluhur, kemudian SERI BULAN membuka cerita bahawa mereka sudah lama kehilangan sesuatu yang dipanggil tempat tanah tumpah darah apabila hati sudah berikar akan berada bersama walau jauh dari jangkauan rindu asal sahaja mereka boleh melihat kelibat masing-masing sejak hari pertama sehingga bila-bila...~




Monday, July 21, 2014

Hilang kisah merajuk...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
21-07-2014


Mood Raya sudah mula menyerap. Walaupun seluruh negara masih lagi diselubungi kemuraman dan kesedihan akibat tragedi MH17.

Namun bila anak-anak pun excited tak sabar nak balik kampung, kita pun terikut sama.

Hmmmm.... beberapa hari lepas (actually dah lama sejak musim bermula lagi), saya dok meroyan nak makan durian. Paberet. Mana boleh di musim yang tengah lebat ni, saya lepaskan peluang.

Tapi peluang nak pegi beli tu asyik tertangguh. Tiap kali ke Pasar Pudu bersepah jer orang jual. Tapi mana nak angkut ikan ayam daging sayur mayur segala, so durian tak masuk senarai.

Then, one day, last week saya cakap nak beli juga durian yang tiap kali balik kija, lalu depan Taman Cempaka tu, mesti nampak. Mesti tengok. Dah tentu lah rasa mesti beli!

Asyik la MyToklaki tu tangguh-tangguh sampai merajuk dah saya.

Dia tahu saya merajuk. Dia tahu sangat!

So, kena la pujuk. Berani dia tak pujuk? hahahaha



Dulu stall durian yang panjang ni, bermula di depan taman kami Pandan Jaya. Tapi sejak ada projek flyover (hiway baru ke Sg Besi), tapak jualan ini ‘terkorban’ dek pembesaran jalan. Lalu terpaksa pindah. Ke Taman Cempaka. Masih di tepi jalan (menghala Taman Dagang dan terus ke Ampang)



Durian kampung. Pahang mari, katanya. Masih peniaga yang sama. Memang dah kenal sejak dulu.



Hati siapa tak teruja. Hati siapa tak gumbira lalalalala... tengok isi durian hasil buruan menguning sebegini.



Dan, manggis menjadi ‘side order’ dengan RM10 = 3 kg. Boleh pilih sendiri. Wahhh... terbaik toq...!

Dan, rajuk seorang isteri terus terpujuk dengan sendirinya! Ahaks!





 ~...apabila HISYAM mula menyebut sesuatu yang dia sangat mahir, seolah-olah tiada siapa akan mempertikai, SERI BULAN sendiri tidak berani dakwa-dakwi apalagi Mak Utih untuk menguji atau Pak Utih tidak sanggup untuk memuji, lalu seluruh warga Kampung Separuh Desa bagai melihat seorang wira yang baru balik dari berperang, malah dianggap juara yang tidak pernah takut kalah waima jika dirinya ditembak curi atau ditikam dari belakang...~




Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17: salam takziah seluruh rakyat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
18-07-2014


Seluruh dunia mengetahui. Seluruh negara kita gempar tengah malam tadi.

Saya menerima whatsapp Dak AMOI sekitar jam 12.28am malam tadi.


Susulan di waktu sahur. Dan seluruh negara mengetahui akan pengesahan tragedi.

Ditembak. Terhempas. Di kawasan kejiranan. Lalu banyak gambar peribadi di laman sosial (terutama Twitter) yang menunjukkan bukti kejadian.

Siapa. Bagaimana. Kenapa.

Biarlah mereka yang berkaitan dan ada kuasa yang buat kerja depa. Kita jangan ganggu. Doakan segala urusan mereka dipermudahkan. DIA Maha Mengetahui.

Salam takziah saya (jika boleh mewakili seluruh blogger) kepada seluruh ahli keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi ini. Moga bertabahlah.

Innalillahiwainailahirojiun...


*setidak-tidaknya tumpuan kita akan lebih bermakna, dari dok fokus kat ‘Minat Peugeot’ yang tiba-tiba glamour tak ketahwan plak tu.





 ~...sama-sama berkabung...~




Thursday, July 17, 2014

Kembali ke laman leluhur: saya kena baca entri pemangkin semangat itu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
17-07-2014


Hampir setiap hari saya dan anak-anak mesti menyebut pasal balik kampung untuk beraya tahun ini. Tahun ini menjadi ulangan kenangan kepada saya dan anak-anak kerana kami akan kembali semula beraya di Rumah Bonda. Selepas 10 tahun. Yeaaa selepas 10 tahun Rumah Bonda terbiar, disewakan, dikosongkan...akhirnya akan kembali berseri.

Tak sabar!

Tak sabar!

Apapun korang kena baca entri pemangkin semangat saya yang INI, untuk mengetahui keseluruhan kronologi cerita.

Juga ENTRI saya yang INI.

Yang pasti, kami dah tak sabar nih!


Dari papan tanda ini, hanya 2 minit untuk tiba di Rumah Bonda.


Masa Dak AMOI dan IKA kecik kecik dulu, bila cuti sekolah jer, depa mesti duk kampung dengan Atok. Masa tu MyBonda masih kuat untuk masak itu ini, dan melayan kehendak cucu-cucu.

Anak-anak saya memang gemuk lah tiap kali duduk kampung!







 ~...laman Teratak Nyatuh pun bagai mengerti ada tapak kaki yang tertinggal, kain tutup tingkap pun bagai faham ada wajah rindu yang sering berselindung, malahan tempurung di hujung ampaian pun tetap setia melindungi surat berlipat empat, lalu apa lagi yang hendak disorok tentang rasa kasih dan sayang yang telah terjalin kejap antara HISYAM dan SERI BULAN...~




Wednesday, July 16, 2014

Tewasnya seorang perempuan yang lemah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
16-07-2014


Terkedu. Tergamam.

Di mana-mana pun orang yang aktif media sosial menulis, mengomen (tak terkecuali yang mengutuk) tentang wanita bertudung yang mengamuk di jalanraya (di Kuantan). Siap hentak keta seorang Uncle dengan steering lock. Alangkah...

Walaupun perbuatan sebegitu tidak langsung boleh kita terima, saya pun melihatnya sebagai suatu contoh buruk kepada anak-anak yang lebih dahulu melihat video itu lebih awal dari saya... tetapi saya harap perbuatan itu adalah perbuatan terakhir yang kita lihat.

Diharap selepas ini tiada lagi perkara sebegitu berulang. Tiada lagi perbuatan sebegitu menjadi ikutan. Tiada lagi ayat biadap kasar sebegitu yang kita akan dengar. Siapa pun mangsa, apapun bangsa... orang tua itu tetap orang tua yang wajib kita hormati.

Tewas dek rasa amarah dan taksub kepada harta dunia. Itu pendapat peribadi saya.

Semoga hari mendatang memberikan rasa insaf untuk berubah, dan semoga apa yang terpapar itu menjadi suatu titik-tolak kepada wanita itu untuk menginsafi, menyesali dan berazam tidak mengulangi perbuatan itu. Kesilapan. Kekilafan. Pengajaran kepada kita juga.

Tayang-tayang:


Walau hanya kad Raya yang upaya dikirim, saya berharap salam kemaafan ikhlas yang dipinta melalui tulisan, juga boleh diterima.

*Tahun ini kaler hitam. Setiap staf diberikan 2 keping seorang, tapi kerana ramai yang tidak berminat dengan kad Raya ni, saya minta dari depa untuk saya kirim. Tak banyak tapi saya tahu, ingatan itu tetap ada dalam hati saya.

Kosong–Kosong yeaaa!






 ~...menanti saat fajar menyinar dari balik bukit sebelah baruh, lalu akan menerangi laman Teratak Nyatuh, memberikan rasa gelisah di hati SERI BULAN, tetapi apabila bau rumput begitu kuat menyenak hidung tetapi rasa nyaman hingga kepala, apalah sangat penat menunggu kerana apabila munculnya HISYAM seperti kebiasaan bukan setakat Mak Utih terlajak gembira malahan Pak Utih pun ikut sama teruja suka...~




Monday, July 14, 2014

Iftar with friends @ Starhill Gallery

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Monday
14-07-2014

Ramai ker yang bercuti hari ini?

Apapun tahniah kepada pasukan German. Juga penyokongnya di Malaysia. Yang setia sejak dulu. Akhirnya kembali mendapat Piala Dunia selepas 24 tahun.

Paparan di bawah adalah sekitar kisah iftar bersama rakan sekerja (sebahagian sahaja) pada Sabtu lalu. Kami mendapat voucher tajaan syarikat (ini pun untuk sebahagian orang sahaja). Lalu peluang iftar bersama rakan sekerja sebegini tidak harus dilepaskan.



Saya sendiri yang menguruskan tempahan. Untuk 10 orang sahaja. Starhill Gallery, Bukit Bintang. (Berdepan dengan Pavilion)






Starter saya. No nasi. Memang langsung tak ambik nasi. Sebab ada puluhan menu untuk dirasa-cuba jadi nasi terlalu berat.




Tak tau berapa round CHAK dan Alia amik aiskrim. Juga ABC yang enak tu.

Seterusnya, saya tayang-tayang saja lah ya:




Salad paberet saya.



Kambing panggang. Arhhh.... sangat kureng. Saya pernah makan lebih enak lagi masa beberapa siri gathering AnakPerlis.com.


Rojak buah terbaik...!



Last, Puan Blog.

Sabtu mendatang ada undangan iftar bersama keluarga sebelah MyToklaki. Lokasi agak jauh dari KL. Jadi saya sukar memberi janji kerana sepanjang bulan puasa, kerja terlalu banyak dan waktu bekerja menjadi singkat bagi kebanyakan orang. Tetapi arahan sudah diberikan, OT harus sehingga jam 7:00pm pada hari biasa, dan sehingga jam 6:00pm pada Sabtu. Kecuali saya memang Sabtu akan cabut jam 4:30pm. Kesian bebudak di rumah berbuka tanpa saya sepanjang 5 hari bekerja yang lain. Saya harap pengorbanan ini menjadi pengajaran dan ada ganjarannya. Samada nampak dan juga tidak nampak.






 ~...tergelak besar Mak Utih apabila yang disuruh ambil adalah daun pandan tetapi daun lalang yang datang, lalu HISYAM tersipu kerana malu dan tidak tahu, lalu SERI BULAN jadi takut pula andai kelak dia pula disuruh mencari cekur bimbang tidak tahu membeza mana cekur manis mana ubi cekur...~




Sunday, July 13, 2014

Takpa laa.. biarlah saya pilih Argentina

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
13-07-2014


Jarang saya update tentang World Cup nih. Juga jarang saya update blog pada hari Ahad. Maklum Ahad memang menjadi hari yang sibuk buat saya.

Awal pagi esok, final Piala Dunia. Seluruh dunia bertumpu ke Brazil walaupun awal pagi tadi Brazil sekali lagi kalah agak teruk di tangan  Netherland the Oranje. Kalah 0-3 tu memang agak teruk la kan?

Yeahhh... dengar khabar ramai yang nak turun berimpun di Putrajaya dan Dataran Merdeka untuk tonton final di skrin besar. Siap ada orang nak buka bazar Ramadan segera di situ.

By the way, KJ Khairy Jamaluddin akan berada di mana eh? Nak pi skodeng lah! ahahahaa


Ramai kot yang dok sokong German. Takpa. Biar saya amik Argentina


Kalu menang sekali pun, saya tetap tak cuti Isnin (untuk score 4 hari cuti). Memang tak boleh sebab saya dah pasang angan-angan nak cuti balik kampung Raya nanti.

Arrghhhh dalam kepala dah terbayang raya tahun ini yang pasti akan mengulangi nostalgia lama. Dan kenangan itu akan diteruskan oleh anak-anak saya dan sekian ramai anak-anak menakan saya nanti.




 ~...sekian lama menjadi teman, beegitu lama menjadi sahabat, terlalu lama juga menjadi sehati dan sejiwa, adakah akan menjadi kekasih pula selama-lamanya nanti, duhai HISYAM dan SERI BULAN?...~




Friday, July 11, 2014

Final Piala Dunia: ambillah cuti beramai-ramai supaya....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
11-07-2014


Sudah Ramadan ke-13. Alhamdulillah, tiada masalah besar lain. Kesihatan memuaskan walaupun beberapa hari sebelum puasa hari tu saya menerima berita kurang baik tentang keadaan darah saya. InsyaAllah lepas raya kena buat follow-up. Sepertimana hidup kena diteruskan.

Mungkin pola rutin saya memberikan kesan. Terutama bulan puasa, waktu makan yang lebih banyak lewat dari mengikut jadual. Sepanjang hari bekerja berbuka dalam kereta dengan kurma dan air (tu pun sebenarnya dah syukur dah tuuu) kemudian baru cover dengan makan berat, sebenarnya bukan pola pemakanan saya (cewahhh... ayat). Tapi apa nak buat.

Ramai juga saya baca tentang ketidakpuasan hati ramai warga kota tentang makanan juadah PARAM. Sehinggakan artis kontroversi Azwan Ali pun menyumpah dan menyebut ‘makanan sampah’ apabila dia beli murtabak di pasar Ramadan yang telah basi.

Amatlah sedih dan malang sekali bila kita terkena sebegitu, kan? Memang ramai lagi yang berniaga sangat jujur, sangat ikhlas, enak dan bersih. Dek kerana segelintir (kita harap segelintir lah) yang berniaga bermusim nak untung saja, nak cepat laku, tidak ikhlas... bla bla... lalu habis semua kena kutuk. Di taman saya, ada sorang peniaga air — banyak jenis air — tetapi sangat enak dan MySon pernah kerja dengan dia di bazar sendiri cerita, air yang digunakan adalah air masak. Setiap malam lepas berniaga, MySon akan tolong masak air dalam periuk besar. Itu satu contoh orang yang berniaga ikhlas, bersih dan jujur. Sebab tu pelanggan mesti cari dia tiap kali bulan puasa.

Memang kita akan sarankan, semua orang masak sendiri. Tetapi dengan keadaan masa bekerja dan laluan trafik yang sedia kita maklumi, bukan semua orang ada cukup masa untuk memasak. Lagipun, menu juadah bulan puasa selalunya sangat berbeza dan istimewa.

Tayang-tayang:


Kuey Teow Kungfu menu paberet saya. Makan di kedai selepas maghrib. Medan selera Kedai 501 (antara kedai paling lama di sini). Alhamdulillah rezeki yang disyukuri. But, not recommended. Tak sama dah macam zaman dulu-dulu. Tukang masak dah bertukar ganti, begitulah. Tembikai Laici sebagai pelengkap menu.


Order sate dari Ros Satay, gerai sebelah. Hangus lebih banyak dari yang tak hangus. Kuah kacang pun macam hangus. Hmmm... not recommended as well! Apapun dah rezeki, makan la sampai habis. Mujur cuma 10 cucuk saja. Harus kena cover balik dengan Satay Station suatu hari nanti.

Oh ya.... cerita asal. 14hb depan, adalah hari Final Piala Dunia. German vs Argentina. Silalah ambil cuti beramai-ramai yer. Sebab 15hb (the next day) adalah cuti umum (bermula tahun ini Wilayah pun dah dapat cuti umum tu) Nuzul Quran. Kalu korang cuti ramai-ramai (dek kerana berjaga tengok final pagi tu), saya ucapkan SYABAS! heheheehe so tidak lah jem jalan pagi Senin tu. Sebab saya nak lalu. hahahaha! Terimakasih.






 ~...merawat hati yang basah tidak akan pernah sama menatap surat lembab hampir basah di bawah tempurung di hujung ampaian dek kerana hujan gerimis semalam, tetapi setidak-tidaknya SERI BULAN mengerti kebasahan itu sementara sahaja kerana HISYAM pasti akan menjemur diri di atas buaian tepi Sungai Menghijau Lumut walaupun arus mengalir tidak lesu, angin membuai hati yang semakin tepu dan semangat setiakawan itu tidak akan pernah menjadi debu...~




Thursday, July 10, 2014

“Aku insan yang lemah, hanya mampu berserah...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
10-07-2014


Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, banyak betul dugaan berbanding kebiasaan tahun-tahun terdahulu.

Masalah air yang ‘sekejap ada, lama takda’ adalah dugaan terbesar. Sejak bermula puasa, sudah dua kali air dihentikan di taman saya. (Biasanya berhenti selama lebih 2–3 hari). Simpanan untuk hari ke-3 biasanya memang titisan terakhir. Sungguh mencabar. Dan sejak air dok ‘main kong-kali-kong’ tu tahun ini, belum pernah sekali pun lori tangki SYABAS datang hantar air. Belum pernah.

Lalu berulanglah episod angkut air dari meter di bawah ikut tangga. Yang mana, saya rasa tidak semua orang faham kerana tak melaluinya. Yang mana, saya rasa tak semua orang boleh bayangkan kesakitan badan memunggah air bertong-tong itu. Tidak mengapa. Bukan semua orang boleh hadapi kesukaran sebegitu. Jangan-jangan kalu kena nanti, depa mengamuk lebih teruk dari saya.

Tetapi puasa tetap berlangsung seperti sediakala. Walaupun beberapa kali kami terpaksa keluarkan bajet lebih untuk membeli juadah kerana berjimat air dengan tidak memasak.

Bak lirik lagu:

aku insan yang lemah,
hanya mampu berserah.
(lirik salah satu lagu Rohana Jalil)


Tayang-tayang:


Novel terkini dari novelis @ blogger HANIS AZLA sudah sampai. Berserta cenderahati cantik dari Hong Kong. Terimakasih.

Saya hanya boleh memulakan bacaan selepas Raya nanti. Tempoh sekarang bagaikan masa yang tidak pernah cukup buat saya.

Persiapan Raya (walaupun adalah sangat sederhana bagi kami) masih banyak yang belum diselesaikan. Tak mengapa. Beli mana yang sempat saja. Lagipun kami lebih teruja hendak balik kampung kali ini.


Zakat fitrah yang sudah kami selesaikan di minggu pertama.

*dalam kepala bercadang nak guna tema warna hijau tahun ini. Itupun kalu bebudak mahu ikut, sebab depa memang tak suka bab tema warna sama ni. Takut dipanggil boria!





 ~...semasa ramai warga Kampung Separuh Desa mula bercakap tentang SERI BULAN yang tidak putus dikunjung-datang oleh HISYAM bagai orang menagih ganja nan sebelanga, bagai kepingin jeruk yang terperuk, seperti mengidam tapai tidak bersepai tetapi sebenarnya hubungan SB mereka bolehlah disamakan seperti FB dengan statusnya, blog dengan followers-nya atau mungkin boleh disamakan dengan Twitter dengan tweetnya...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails