Wednesday, September 21, 2011

Entri CIKINTO yang Cemerlang ini Menyebakkan Perasaan Mak Menakannya!

Assalamualaikum
Rabu
21-09
..hari Rabu yang tidak merapu tidak juga Wordless!


Entri ini aku copy bulat-bulat, leper-leper dari blog My AnakMenakan @ CIKINTO yang menulis begitu cemerlang sekali tetapi menyebakkan dada seorang Mak Menakan, tentang rumah kelahiran.

Entri ini mengandungi gambar dan cerita terkini (Syawal lalu) tentang Rumah BONDA @ Teratak Biru (yang haru biru). Memang membaca entri itu membuatkan seorang AA menangis tersedu melihat gambar-gambar kenangan tersebut. Setiap gambar ada kenangannya.

AA copy dan paparkan semula dengan sedikit edit (bahagian yang tidak berkaitan ditinggalkan). Bagi yang ingin membaca penuh sila ke blog CIKINTO ini.

*Text berwarna hitam adalah text asal CIKINTO.



Kisah 4 Syawal, 1432H
Sunday, September 18, 2011

Assalamualaikum.

Hari raya keempat kitorang habiskan dengan balik kampung aku kat Sungai Baru.


Disinilah terletaknya Rumah Biru yang haru-biru yang aku pernah cerita sebelum nih.



Sebelum pergi rumah MAKLONGYATI, kami singgah TERATAK BIRU dulu sebab nak jumpa penyewa. Sambil-sambil pusing keliling rumah utk check. Tapi masa tu takdak orang la pulak. So, kami pi beraya dulu.




Antara yang aku sempat snap dari luar. Dah mula dipenuhi barang. Penyewa nih sebenarnya buat bisnes kecil-kecilan. Kiranya TERATAK BIRU ni adalah salah satu tempat pemprosesan. Apa yang mereka proses? Tungguuuuu...!

Lepas balik tu, kami terus ke kedai servis aircond. Sbb kereta dah hantar pagi tu, so lepas Jumaat kena pergi tengok. Kami berpecah dengan MAK sbb diorang nak balik ke TERATAK BIRU utk jumpa penyewa.

Memandangkan, barang kami anak-beranak, cucu-cicit masih banyak dalam rumah tuh dan penyewa pulak memerlukan ruang yang besar, nak tak nak kami kena clearkan jugak barang-barang lama yang ada dalam rumah tuh.

Memandangkan juga rumah aku yang paling dekat dan masih punyai ruang utk menyimpan khazanah, makanya barang-barang semua akan diangkut balik PB. Mujur jugak penyewa baik hati ni offer utk angkat barang gunakan lori dia.

Jadinya, bila malam menjelang, ADI dan konco-konconya pun turun padang. Masa ni aku tak join sbb aku balik umah MIL. Bukan lari yer, tapi ikut turn. Lagipun CEBEN tak boleh buat kerja berat. Ahaks.

Dimulakan dengan proses memunggah dan mengasingkan.


Ada yang menyapu, asingkan sampah dengan barang beharga.


Yang menunggu atas lori.


Tukang ‘suwa’ atau bahasa kamus dewannya hulur.


Siap bahagian bawah, sambung kat atas pulak. ABAH selalunya jadi tukang rongkah mengikut saiz yang boleh diangkat.


Hasilnya, kosong. Licin. Bilik ni selalunya jadi bilik utk himpunkan semua bantal-bantal & tilam-tilam bila dah bangun tidor tuh. TOK ada banyak koleksi tilam span. Bila anak cucu balik, bentang tilam sampai ke anjung.


Ni bilik satu lagi kat atas. Bilik ni digunakan oleh CIKTON masa zaman bujangnya dulu. Dan kalau ada ada pengantin-pengantin baru, bilik ni la yang digunakan. Makin kecik pulak rasanya bilik nih. No, aku yang besar. Hihi. Tingkap ala-ala zaman ‘Adabi melazatkan!’ :)


Sini tempat letak almari


Ni bahagian hujung rumah. Selalunya kami akan beratur kat sini bajet-bajet ‘get-set-go’ sebelum lari sampai ke anjung.


Ni bahagian anjung. Kat sinilah selalunya rombongan-rombongan pengantin tangkap gambar sambil makan. MAK bersanding dulu pun kat anjung ni la jugak. AUNTIE AA pun ada gambar ‘pengantin’ kat sini.


Isteri kepada tauke. Sebaya aku rasanya.


Apa bisnesnya? Asingkan perca kain sebelum dihantar ke kilang. Ni kat bahagian bawah sebelum masuk dapur.


Penuh daripada pintu depan. Nak tak nak mmg kena clearkan rumah.


Zaman tok kadok punya controller.


L utk lampu, K utk kipas. Banyak sangat suis, kena tulis satu-satu :)


Tangga yang banyak kontroversi. Selalunya bila dah besar sikit, turun tak guna tangga, ikut pemegang aja. Bila dah ramai kanak-kanak, grill pun terpaksa dipasang. Kalau agak degil, kurung je kat atas ni.



Selesai kerja. Cuci tangan dan teruskan ke destinasi yang seterusnya...dimana?

Mee Udang Braasap... Sungai Baru. Habuan utk semua yang bertungkus lumus. Sponsored by TOK.


Terimakasih tidak terhingga to My Anak Menakan, entri yang sangat menyentuh perasaan. Melihat setiap corak kerawang di tingkap atas tu, aku teringat aku pernah panjat tingkap tu masa kecik. Sebab nak pegang sendiri corak kayu tu. Kemudian juga panjat nak pegang kaca yang warna hijau di tepi kerawang tu. Nak tahu itu kaca ker plastik! (Fiber kot sebenarnya).

Malah setiap ruang itu ada ceritanya, ada kenangan dan kisahnya yang tersendiri. Entri CIKINTO dan gambar-gambar tersebut akan menjadi kenangan abadi dan semangat untuk aku terus berusaha dan berharap, suatu hari nanti akan kembali semula ke rumah itu dengan wajah baru!


~...SERI BULAN kebingungan dan murung bila HISYAM melenting macam buluh tegar dilentur tak boleh...~









16 comments:

  1. Kakcik suka dengan gambar2 yang dirakam. Cantik. :)

    ReplyDelete
  2. Anak menakan tulis biasa-biasa je, tapi mak menakan yang hiba lebih-lebih, dek kerana kenangan mengusik jiwa..tempat jatuh lagi dikenang katakan...

    ReplyDelete
  3. Sentimental value...Semoga impian Azie tercapai.

    ReplyDelete
  4. Kakak dapat bayangkan perasaan AA bila melihat rumah yg menggamit banyak nosltagia mestinya...

    Besar sungguh sampai penyewa boleh buat perusaaan di rumah ini.

    ReplyDelete
  5. suka saya baca, terasa macam masuk dalam citer tu pulak..

    bila akak kata kecik2 akak panjat tingkap semata2 nak rasa kerawang tu, baru saya faham apsal anak2 saya suka panjat gril semata2 nak sentuh besi kat atas gril tu... rupa2nya memang naluri budak2..

    ReplyDelete
  6. rumah lama...sayang...
    kenangan...akan abadi selama-lamanya...sayang jugak...

    ReplyDelete
  7. Banyak kenangan. Tapi tetap beruntung sbb ia terakam dan masih bole ke sana . Sy dulu membesar di flet polis... Bukan rumah sendiri, jadi... Kenangan hanya di ingatan

    ReplyDelete
  8. rindu dengan suasana rumah macam tu.. balik kampung pun susah nak jumpa dah rumah macam tu..

    ReplyDelete
  9. AA..teringat jugak rumah kampung yang dah tinggal kosong..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.
    Hasil foto yang boleh dikatagorikan sebagai 'antik'.
    Anak-anak sekarang rasanya sudah tidak kenal keindahan dan keseronokan mendiami 'rumah antik' ini (berdasar kepada corak papan dan tingkap dan bahan binaannya).

    TQ

    ReplyDelete
  11. Penuh kenangan..teringat plak rumah mak zureen kat johor..

    ReplyDelete
  12. gambar cantek kerna rumah itu cantek! =}

    ReplyDelete
  13. oh my god. tak sangka my mak menakan sekali lagi akan merasa sebak. rumah tu mmg ada banyak kenangan yang maha indah. gelak tawa hiba suka dan duka, semuanya ada. anyway, tq kerna sudi mengkopy entry ini :) insyaallah satu hari nanti kita akan berkumpul lagi di sini.

    ReplyDelete
  14. nk tgk gmbr pengantin AA kt tingkap umah tu bleh? ;-)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails