Monday
27-04-2020
Saya menyambung menulis catatan perjalanan/percutian saya pada tahun-tahun lepas yang belum ditulis.
Selepas kisah percutian ke Padang ~ Bukit Tinggi, Indonesia, saya bercuti ke HongKong & Shenzen, China pada Disember 2016.
Airport Hongkong berada di bawah satu bumbung (jika boleh dikata bumbung) dengan sempadan Shenzen, bangunannya bersambung terus dengan bangunan imigresen China. Lepas cop passport di Hong Kong, terus chop passport masuk China pula.
Hari pertama dan kedua, kami berada di Shenzen.
Bandar Shenzen, seperti melihat KL juga. Agak sibuk. Turun berjalan ke street, tidak ubah seperti berada di Petaling Street. Barangan sangat murah, memang gila nak shopping.
Kami singgah ke Window of the World. Di sini, terbina replika tempat-tempat ajaib di dunia. Terdapat banyak binaan dibina di taman ini, dalam bentuk yang lebih kecil untuk kita lihat.
Kawasan ini sangat luas, untuk menjelajah ke seluruh kawasan, kami menaiki keretapi comel seperti kita melawat zoo di negara kita.
Saya menyambung menulis catatan perjalanan/percutian saya pada tahun-tahun lepas yang belum ditulis.
Selepas kisah percutian ke Padang ~ Bukit Tinggi, Indonesia, saya bercuti ke HongKong & Shenzen, China pada Disember 2016.
Airport Hongkong berada di bawah satu bumbung (jika boleh dikata bumbung) dengan sempadan Shenzen, bangunannya bersambung terus dengan bangunan imigresen China. Lepas cop passport di Hong Kong, terus chop passport masuk China pula.
Hari pertama dan kedua, kami berada di Shenzen.
Kami singgah ke Window of the World. Di sini, terbina replika tempat-tempat ajaib di dunia. Terdapat banyak binaan dibina di taman ini, dalam bentuk yang lebih kecil untuk kita lihat.
Kawasan ini sangat luas, untuk menjelajah ke seluruh kawasan, kami menaiki keretapi comel seperti kita melawat zoo di negara kita.
Replika Effiel Tower. Jika tiada tulisan merah itu, pasti ramai yang ingat saya berada di Paris.
Replika India Gate
Shopping di sini, boleh tahan. Kena pandai pilih. Kebetulan masa kami di sana, musim Krismas. Jadi banyak jualan murah.
Selepas 2 hari berada di Shenzen, kami bergerak semula kembali ke Hong Kong.
~...jika apa yang disebut merajuk itu boleh dibeli saja bertimbang-kati di kedai pandu-laju, sudah lama SERI BULAN mahu membeli secara ansuran sebulan lima kilo demi menebus rasa bengang dan bersalah pernah bersangka HISYAM pengecut berlari pecut...~
...~
No comments:
Post a Comment
Salam.
Terimakasih sudi mengomen...