Saturday, April 25, 2020

Ramadan 2020/1441H: yang berbeza itu tetap indah...

Sabtuday
25-04-2020

24 April 2020 bersamaan 1 Ramadan 1441H.

Tercipta sejarah dunia. Sejarah negara. Sejarah kita, bila seluruh rakyat, menyambut puasa dalam keadaan Kawalan Pergerakan.

Ramai sudah menjangkakan ini puasa yang akan kita tempuhi, sejak kita memasuk Fasa ke-2 PKP. Ramai yang saya kira, sudah membuat persiapan awal. Terutama perbelanjaan puasa. Mungkin ramai juga yang menjangkakan Syawal kita juga akan berada dalam keadaan sama, cuma kelonggaran sudah ada sedikit, mengikut peringkat dan keperluan.

Saya, secara peribadi juga menjangkakan Raya kita akan masih berada di bawah PKP, malah mengharapkan biarlah PKP itu melepasi tempoh Syawal. Itu lebih selamat dan mengurangkan risiko.

Apapun, Kita Jaga Kita, okeh. Jika bukan kita, siapa lagi. Selepas kita jaga kita, ianya turut menjamin kita menjaga negara. Kita semua rindukan suasana negara kita yang aman, damai dan ceria seperti dulu.

Tak rindu ke nak pegi kerja? Tak rindu bos? Walau garang walau cengey tapi teringat juga. Tak rindu kawan sekerja? Walau menyampah perangai bawang dan politik depa, tapi teringat juga. Tambah-tambah jika kat ofis hangpa ada ‘Staf Paling Hensem’. Hahahaha....!

Rindu kan? Pada jalan jem, pada kedai mamak leh ngeteh leh pekena Rojak Pasembor, Roti Telor or Tose Telor Mata Atas (itu saya). Rindu nak jalan-jalan kat mall, nak tengok wayang, nak Girls Day Out. Or nak dating dengan buah hati pengarang jantung pisang anda?

Banyak, kan?

Kerana sudah biasa membuat awal persiapan Raya setiap tahun, so baju melayu MyToklaki sudah siap sepasang. Sepasang lagi sedang diusahakan tailor. Baju Raya saya sudah siap 2 pasang. Ini biasa, sebab saya akan gunakan sebagai baju kerja pula selepas itu. Itu sahaja setakat ini. Kuih raya, nampaknya tiada dalam senarai. Kalu anak-anak beli, ada la atas meja nanti.

Menu iftar kami on the Day 1 of Ramadan:

Pinggan saya: Nasi perang, Dada Ayam Percik, Tahu Ayam Grill, Sayur + Sotong Goreng Kunyit.

Air saya: Cendol Shake


Sotong goreng kunyit

 Buttermilk Chicken by Alia

Saya buat Tahu Ayam. Menu ni mudah dan lepas kukus boleh simpan sebagai stok. Boleh goreng bila mahu, tapi kami lebih memilih grill AF.


Semoga Ramadan terus menjadi indah bagi setiap orang.

Kita Jaga Kita.
Stay Safe at Home, okeh.



 ~...setiap kali hujan menitis menimpa daun getah, HISYAM hanya mampu memandang batang getah yang basah, tidak upaya membantu menoreh walau langsung tidak boleh tetapi tetap juga SERI BULAN menghulur bekal Pulut Tanak dan Ikan Masin lalu duduk bergebang sampai petang di bangsal kecil beratap nipah, sambil Pak Utih menebas keliling dan Mak Utih resah sambil jeling-jeling...~



10 comments:

  1. Selamat berpuasa Azie..biar apapun keadaannya..biarlah puasa kita seikhlas hati dan reda dgn keadaan skrg ni

    ReplyDelete
  2. Benar Kak. Semoga ini semua menjadi pengalaman bermakna untuk setiap orang...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    Sedikit je nasi. Saya singgah sini baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sedang belajar untuk makan sihat, sebab saya ada kencing manis. Saya berada dalam program Eat Clean di bawah kelolaan coach.

      Delete
  4. Salam Ramadan dan selamat berpuasa, Azie... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Kak Cik. Selamat juga buat Kakcik sekeluarga.

      Delete
  5. kongsi la resepi tauhu ayam tu..menarik. salam kenal..follow here.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih. Salam kenal. Sebenarnya Tahu Ayam ni mudah saja. Search kat Google pun banyak. Tahu + isi ayam, blend + campur bawang. Kemudian campur daun sup, garam, lada hitam. Pastu kukus. Lepas kukus, potong dan goreng (celup dlm telur) atau bakar. Saya grill dalam airfryer saja.

      Delete
  6. menariknyaa menu berbuka.. ada chiken butter nyumsss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak sangat suka ayam masak ni. Saya jer yang tak boleh makan. Sebab saya ada kolesterol.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails