Saturday, April 11, 2020

Barang yang lepas jangan dikenang...

Sabtuday
11-04-2020


Bila dah ada mood dan bersemangat untuk menulis di blog semula, semangat dan perasaan tu lain kan?

Rindu sebenarnya. Rindu kawan-kawan beramah mesra dan mengomen di ruang komen. Momen itu menjadi pengalaman.

Sekarang ini, sudah semestinya ada banyak cerita. Selama berehat panjang, saya hanya aktif di FB. Ada banyak gambar di sana. Ada banyak album juga. Simpan. Kenangan, kan? Instagram, saya tidak rancak. Sekali sekala, ada.

Beberapa kisah yang terlepas, ada ketika, jika saya ingat boleh juga saya tulis. Pun, kalu sudah terlepas, kita abaikan saja.

Ada yang tanya, AA buat program Eat Clean? Tidak. Saya tidak pandai manage program sebegitu. Saya hanya menjadi pengikut. Pelajar. Berusaha.

Rakan blogger saya, Haliza Akmar. Ramai juga yang kenal beliau sebagai EJA. Beliau merupakan seorang guru dan kini juga merupakan seorang coach. Coach saya.

Boleh lihat beliau di FB dan banyak kisah perjalanan beliau yang meyakinkan saya. Tanpa usaha tidak akan ada kejayaan. Usaha gigih beliau sangat memberi inspirasi kepada ramai coachees yang ingin mengubah gaya hidup kepada yang lebih baik, lebih sihat. Supaya mudah menjalani hidup dengan cergas, mudah beribadah dan tidak mudah berpenyakit. Ramai sedia maklum bab ini.


Boleh cari beliau di FB: Haliza Akmar Abdul Rahman, untuk maklumat dan info menarik tentang perubahan dirinya. Positif sangat.

Ramai yang salah anggap. Apa yang saya buat bukan untuk kurus (kurus itu bonus). Depa yang jadi coach saya tak jual ubat kurus pun. Tidak jual apa-apa pun. Mereka beri ilmu dan info. Perkongsian positif dan tunjuk ajar. Pun, tidak dinafikan kami semua memerlukan nutrition tambahan sebagai pelengkap usaha.

Peringkat awal, memang keliru. Jujurnya, saya tidak terbeban. Cuma rentak saya perlahan. Saya belajar. Saya cuba untuk konsistent. Saya cuba untuk istiqamah. Saya belum berjaya tapi saya dalam perjalanan sebuah usaha yang menyeronokkan. Sejak Januari sehingga hari ini, saya masih merasa seronok dengan pengalaman baru ini dan sentiasa cuba untuk mendapatkan hasil yang baik dari sehari ke sehari.

Nanti saya akan cerita lagi, banyak kisah-kisah Eat Clean ini di samping kisah lain yang selama ini hanya tersimpan di FB.

      

Tayang-tayang: Ini antara makanan tambahan saya sejak saya mulakan program EatClean sehingga sekarang. HerbaLife protein, teamix, minuman aloe dan lain-lain. Saya juga dapat shaker yang berwarna ‘saya’.

Tayang lagi, menu lunch saya hari ini:


Nasi beras perang. Salmon grill AF. Brokoli, cauliflower & karot dicelur. Bawang putih stim (letak atas nasi yang baru kering) sebagai ulam.




Walau saya sebenarnya kurang gemar salmon, tapi tetap makan habis. Salmon tidak mahal sebenarnya. Di Tesco sekeping begitu, boleh dapat dengan harga kira-kira RM8-9.



 ~...HISYAM, andainya kau mendengar ketika ini, SERI BULAN ingin sekali menyanyi lagi lagu lama yang pernah menjadi bahan jenaka sesama mereka dulu, semasa menanti hujan teduh kala terperangkap di balai raya Kampung Separuh Desa, walau ingin juga SERI BULAN meredah hujan tetapi mengenangkan HISYAM keras melarang kerana risau akan bentuk yang bakal terbayang, lalu mereka menanti sehingga senja...~



6 comments:

  1. welcome back Azie.. memula tu tertanya2 siapakah gerangan tuan punya blog ni... tapi bila last tu ada kisah Hisyam dan Seri Bulan, memang tak salah orang dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Kak Rose. Terimakasih mengalu-alukan kembalinya ke dunia blogging. Saya sedang bertatih semula ni Kak....

      Delete
  2. Susah nak control makan...saya ni kena puasa...banyak memabntu saya...

    ReplyDelete
  3. Ramai orang yang ada masalah susah control makan. Me too. Sampai sekarang. Tapi bila ada ilmu dan info betul, kita jadi tahu apa yang kita makan.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails