Friday, April 10, 2020

Finally, I’m back...

Jumaat
10-04-2020


Assalamualaikum,
Niat untuk kembali menjadi penulis blog, sudah ada dalam hati, sejak awal tahun lagi. Dan ianya teragak-agak untuk mula. Malas dah nak ulas bab alasan dan segala sebab-musababnya. Sudah lapuk.

Ternyata musim PKP menjadikan saya gigih untuk kembali blogging. Ada terlalu banyak yang berlaku, banyak peristiwa yang boleh menjadi bahan bagi seorang blogger, sepanjang saya berhenti sejak 2016, kemudian muncul sekejap pada 2018 dan berehat lama. Hingga hari ini. Harap-harap dapat terus menulis. Perkongsian cerita dan pelbagai bahan berfaedah. Yang baik-baik sahaja. Hendaknya.

Entri pertama 2020. Usah terlalu gelojoh. Terlalu rakus. Kita perlahan-lahan menikmati musim PKP ini dengan tenang-tenang. Ada banyak masa untuk saling berkenalan or saling memulakan semula ruang komen yang suatu ketika dulu rancak.

Saya tidak berharap tinggi, cuma harap pembaca memberikan sokongan dan sama-sama mendapat faedah setidak-tidaknya sedikit, perkara yang baik-baik.

Lamanya tidak menulis, banyak setting sudah terlupa. Header pun dah tak pandai nak edit.



Sebagai permulaan, tayang pic puan blog. Kashmir, November 2018.

Ya, saya ada banyak cerita tentang percutian yang tersimpan. Ada masa pasti saya kongsikan ceritanya.

Ada yang rindu anekdot Seri Bulan & Hisyam?



 ~...ramai tidak tahu, malah hampir tiada seorang pun yang tahu, SERI BULAN sudah lama meninggalkan jauh HISYAM di belakang kerana dia merasa mungkin juga sudah tiba masa HISYAM harus dibiarkan sendirian tanpa teman menadah telinga dan saat itu nanti dia pasti akan sedar SERI BULAN bukan hanya peneman di pangkin bawah pokok cermai semata-mata...~




14 comments:

  1. Bagai belut pulang ke lumpur. Seronok bila teringat zaman kegemilangan berblog dulu.

    ReplyDelete
  2. Benar. Perasaan tu sangat berbeza sekali.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terimakasih. Rindu nak jumpa kawan-kawan blogger dalam dunia blog ni.

      Delete
  4. Nak kembali ke dunia Nokia atau dunia rock kapak dah mustahil

    Nasib baik dunia blog masih ada.

    Selamat berblogging. Saya ntah bila sejak laptop dah takada ni...

    ReplyDelete
  5. Boleh juga nak jadi rock kapak di musim tak boleh kerat rambut nih.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails