Sunday, April 12, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan – semoga menjadi kenangan sepanjang hayat...

Sunday
12-04-2020


Ramai sedia tahu. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sudah masuk Fasa ke-3 ya?

Tak mengapa. Kita kan rakyat Malaysia yang patuh dan taat? Jadi, saya tidak akan menulis kempen di sini.

Sepanjang PKP, empat orang anak saya berada di rumah sewa mereka masing-masing. Yang ada hanya saya, MyToklaki, Alia & Chak.

Saya sempat ambil Alia dari kolejnya di Shah Alam (dia baru masuk tidak sampai sebulan), sambung degree di UiTM Shah Alam. Sehari sebelum PKP bermula, lepas kerja saya terus bergegas angkut dia balik.

Chak masih kerja part time di Times Square masa tu. Sementara tunggu panggilan masuk uni. Now, dia pun berhenti dan sudah tentu tiada gaji lagi. Hahaha...bab ni dia memang stress. Budak baru merasa pegang duit.

Sepanjang PKP di rumah, belum pernah sekali pun depa berdua ni turun pijak tanah. Belum. Semua urusan saya dan MyToklaki yang buat. MyToklaki pula sibuk menguruskan program serahan sumbangan barang asas kepada ahli kariah taman kami, program kelolaan surau kami. Jadi hampir setiap pagi MyToklaki akan sibuk.

Urusan memasak selama ini saya yang champion, sudah mula ada yang mencuba. Alia paling rajin nak cuba itu ini. Semua tengok kat Google.

Dak IKA di rumah sewa dia, rajin juga memasak. Dak AMOI laagi la kena masak, untuk dia dan suami dia. Depa berdua ni, masak semua nak ikut resipi saya. Bukan nak Google. Asik-asik whatsapp tanya itu ini.

Bagus juga, setidak-tidak depa boleh belajar memasak. Walaupun apa yang depa masak tu, simple sangat.




Benda pertama yang Alia teruja sangat nak buat, Dalgona Coffee. Mujur la saya ada blender kecik comel yang selalu saya guna untuk kisar buah & shake saya. Sekarang inilah barang yang dia ulang-ulang buat.

Ada banyak lagi. Nanti next-next entri.



 ~...sudah lama tidak menjamah Nasi Arab berberas panjang lalu semasa gotong-royong di surau, HISYAM sangat berharap dapat merasa nasi beras baru berlauk pucuk cemperai berkuah gulai ayam kampung hasil tumisan bersama SERI BULAN dan pasukan Mak Utih, tapi tatkala melihat anak dara Pak Imam yang begitu bersungguh-sungguh menyenduk kuah, HISYAM terasa kenyangnya biarlah sampai ke malam...~



9 comments:

  1. sama la saya kak. tinggal berdua ngan kakak saya. mak abah duk umah lain dalam daerah kuantan je. tetiba pkp ni rajin masak. sebelum ni byk beli makan kat kedai je. selalunya beli nasi beriani kat kedai. rupanya ada perencah segera maggi beriani. apa lagi cuba masak. sedap pulak. ni tgh2 study cara2 nak buat roti canai kat youtube. mmg nak cuba buat. mintak2 jadi roti canai buatan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah. Syabas. Moga-moga selepas PKP skill memasak tu terus kekal. Boleh jimat banyak tau....

      Delete
  2. Guru masak yang paling hebat mestilah emak sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah semestinya. Kita membesar dengan resipinya...

      Delete
  3. Saya pulak, Hilman sorang yang tersanglut kat UTM Skudai. Tak boleh keluar pun dari Pak Guard UTM. Nasib baik kerajaan kasik makan setiap hari. Alhamdullilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Cuma mesti dia home sick tu...

      Delete
  4. Rasa lebi sihat sepanjang PKP dari segi makanan sebab masak sendiri, kalau hari kerja byak kali pula makan mee segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah biasa masak sejak dulu kala lagi. Sejak anak kecik-kecik kami jarang beli luar. Bila depa dah besar2, baru la rajin skit beli luar sbb semua orang sibuk. Now, masa untuk aktif di dapur semula sepenuhnya...

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails