Wednesday, August 14, 2013

Raya cara kami: Tanjong Karang & Sekinchan @3...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
14-08-2013


Acara beraya ke rumah mak/pak menakan seterusnya.


Papan tanda di depan rumah. Ini rumah MyPak Menakan, adik lelaki MyBonda.



Suasana kampung yang dikeliling pokok dan sawah bendang, buatkan saya teringat kampung halaman saya sendiri. Ahhh..!


Kebanyakan jalan adalah begini. Jalan tar, yang merentasi kampung-kampung, sawah bendang dan diapit tali air. Rata-rata semua orang pernah tengok kampung begini.



Mana boleh lepas peluang turun ke bendang yang kering menguning. Lalu corak awan pun nampak cantik dan indah sekali. Angin bertiup kuat, sehingga saya mintak layang-layang dari tuan rumah. Alahai.. mana nak cari layang-layang.

Teringat masa saya kecik dulu, ikut abang-abang main kat tengah sawah mengering begini. Buat pondok, main layang-layang kadang-kadang masak kangkung, sampai pernah terbakar pondok.



My Pak Menakan (Pak Tam) ni pun iras MyBonda juga. Masih sihat dan aktif.


Apa saya jumpa di rumah ini? Rupanya Mak Tam buat Halwa Maskat...! Ahaaa saya suka lalu mintak tapau bawak balik KL. Mak Tam juga bungkuskan dodol yang dia kacau sendiri. Wahhh bestnya...! Dah lama tak lihat suasana sambut Raya macam tu — kacau dodol, jemur tepung & gula, buat kuih tradisional....



Rumah kami di kampung juga seakan begini. Ada bahagian sayap kiri berbumbung rendah, seperti balai rong seri tempat bersidang atau berjamu. Ruang tamu yang memanjang dan bila malam hari menjadi tempat tidur seperti asrama sekolah...!


Saja boh pic “orang-orang kaler PURPLE” tengah bendang ni bebanyak....


dengan ucapan, “Ko ader?” hahahaha...!






 ~...melihat majlis yang penuh meriah dengan kerusi makan dijadikan kerusi bersanding, bunga raya nan setangkai menjadi bunga tangan si pengantin perempuan, SERI BULAN menyimpan senyum sendiri kerana dia terfikir tak akan mungkin sanggup diarak di segenap laman Teratak Nyatuh semata-mata nak penuhi hasrat di kaum kedehoq yang nakal lagi mengada dan HISYAM pun tidak akan mungkin rela mengikut kerenah...~




Tuesday, August 13, 2013

Raya cara kami: Tanjong Karang & Sekinchan @2...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
13-08-2013


Sebenarnya saya kembali sibuk dan tak cukup masa pun nak update kisah Raya (yang tak seberapa pun). Tapi saya lebih nak simpan rekod dan kenangan, kerana tempat yang saya pegi ni adalah tempat yang menyimpan banyak kenangan, salur galur keturunan keluarga. Lalu berkunjung ziarah, mengenali lebih ramai lagi sedara-mara, sepupu sepapat... adalah suatu perkara yang jarang dapat dibuat... jika tidak musim beraya macam ni.

Masih di Parit 8, Sg Leman. Kami singgah di rumah MakNgah. Adik MyBonda.


Makngah, adik MyBonda yang berbeza cuma setahun umur dari MyBonda. Dalam gambar, berkain batik sarung. See, wajah dia tak jauh beza pun dengan MyBonda. Anak-anak saya tengok pun sebut, “sama ler macam Atok.”

Sering saya perhatikan, setiap kali saya datang ke sebelah sini (ramai orang Jawa dan Banjar di sini), tetamu adalah sangat dialu-alukan. Lalu layanan adalah yang terbaik.

Walapun kami sebenarnya dah singgah Giant Kuala Selangor untuk lunch sebelum itu, tapi bila dihidang nasi nan setalam, Ayam Kurma nan semangkuk... Sambal Belacan nan sepiring, Ayam Goreng semangkuk besar, saya sendiri tak segan nak ulang makan.

Rugi tak jamah. The best part is, ada lauk kampung yang saya dah lama tak jumpa.



Tak ingat bila kali akhir saya makan Umbut Nyior Masak Lemak Putih camnih. Di‘gu’kan pulak dengan Sambal Belacan. Ahhh... peduli sama itu diet tak diet. Mesti nak makan sampai puas.

Terlupa nak snap pic beramai-ramai. Agaknya sebab saya kenyang makan kot.

Sebenarnya, ada perlawanan bola sedang berlangsung tidak jauh dari rumah Makngah. Kat padang sekolah. (Dalam hati, tingin nak pegi tengok, tapi... mana sempat). Sudah menjadi tradisi di situ, setiap tahun pada Raya Ke-3, mesti ada perlawanan bola sepak dan futsal (beberapa peringkat termasuk bawah 15, dan futsal wanita). Yang paling menarik tentulah perlawanan bola sepak antara Belia Kampung vs Belia Perantau. Sampai ke sudah... saya tak tahu apa keputusan perlawanan bola tu.





 ~...ada rajuk tidak tersebut, ada marah tidak terluah, ada sedih yang belum cukup pedih jadi tiada sebab untuk adu-mengadu, tiada alasan untuk berpesan-pesan dan SERI BULAN yakin masalah langit mendung akan berakhir bila katak semakin kuat menyeru hujan turun....~




Monday, August 12, 2013

Raya cara kami: Tanjong Karang & Sekinchan @1...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
12-08-2013


Sebagai rekod. Raya ke-3, ke Tg Karang.


Sebenarnya, keluar saja dari hiway LATAR, menuju Kuala Selangor bermula Pasir Penambang jer, jalan jem dan jem.



Sungai apa ntah? Tak sempat tengok pun sign board. I like the awan.


Rumah pertama. Haji Abdullah. Our Paksu. Adik MyArwah Ayah. Adik bongsu, satu-satunya adik lelaki ayah yang tinggal. Dia memang macam MyArwah Ayah. Rupa, gaya bercakap, gaya senyum... semuanya.


Rumah kampung. Rugi jika tak jelajah ke belakang, melihat reban ayam. Yang dah berbelas tahun saya tak tengok. Suatu hari, nak pi lagi, nak makan ayam kampung plak.


Dan, puluhan ekor burung merpati yang dipelihara di belakang rumah. Jinak bebas terbang tapi akan balik ke bumbung dan sarang juga. Kata orang, burung merpati pun sedap. Saya tak pernah cuba. Sebab selama ni saya dok sangka, burung merpati tak boleh makan.


Nampak lampu punjut tuh? Seronoknya beraya di kampung.



****

Tahniah Dato’ Lee Chong Wei wpun kalah dan menarik diri kerana cedera di Kejohanan Dunia, dia tetap juara di hati rakyat Malaysia. Kita bangga dengan you, DLCW.....!


*Saya dah mula kerja semula hari ni. Hmmmm....





 ~...usah mengharap hujan di tengahari jika semalaman ribut melanda sehingga daun nyior riuh berpukulan, jangan menunggu surat di bawah tempurung, jika semalaman juga HISYAM terkepung di Teratak Nyatuh lalu SERI BULAN menjadi pendengar setia pelbagai versi cerita sehingga Kopi Vietnam habis seteko...~




Friday, August 9, 2013

Syawal 02: Raya cara kami...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
09-08-2013


Sekadar menyimpan gambar sebagai rekod dan beberapa ayat sebagai kenangan.

Raya 2013.

KL — Fadason, Jinjang — Pandan Jaya.




Saya terlupa snap menu lauk pauk.

Dan nyaris tertinggal beg duit raya.

Salam Jumaat. Jangan lupa pergi solat Jumaat.




 ~...melihat kelibat orang mundar mudik di hujung laman bagai tidak berteman, SERI BULAN tahu ada perkara sedang berlaku ada gejala sedang bergolak dan Mak Utih sudah beramaran jangan sesekali memijak tanah selagi HISYAM tidak datang menjadi penjaga paling setia...~




Thursday, August 8, 2013

Edisi khas malam raya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
07-08-2013


Walaupun agak penat sebab seharian sibuk ke pasar, ke pasaraya besar, memasak tak berhenti-henti sampai ke malam... tapi saya berjaya jugak meneruskan tradisi meronda Masjid India dan Jalan TAR di malam raya.

Saja suka-suka. Tengok suasana dan kemeriahan (sebenarnya keriuhan) orang kita buat persiapan terakhir untuk beraya. Memang ramai. Padat sendat.

Yang best adalah acara lelong melelong. Sebenarnya acara lelong kuih raya, kain baju dll tu lebih meriah menjelang tengah malam, tapi apa yang kami perhatikan seawal jam 9:00pm pun tak kurang meriahnya.



Saya segan nak snap banyak-banyak. Orang ramai sangat.

Kami bukan cari apa pun, tapi beli juga beberapa jenis kuih raya yang dijual murah. Sebekas standard size tu jatuh menjadi hanya RM10. Ok ler tuh.

Part yang best, tak rancang pun. Tapi sengaja saya buat:


Saya mahu yang simple design saja. Sebelah tangan RM5, sepasang jadi lah RM10. (Jangan ler ada yang tegur, “tu tangan ke kaki”?)

Sebenarnya memang ramai warga KL yang tidak balik kampung, beraya di bandar yang sengaja turun ke area sini mencari barangan raya di saat akhir, sambil menanti harga runtuh!

Dan MyToklaki dapat sepasang baju Melayu jenama Sri Tanjung yang jatuh dari RM150 menjadi hanya RM60 sahaja! Berbaloi la jugak.

Ehhh.. Rendang Ayam saya dah siap. Rendang Kerang juga dah ready. Kari Daging dah siap seperiuk. Ketupat dah tunggu nak belah saja.

Pulut Kuning dah kukus, esok pagi ‘arun’ dengan santan. Dan esok pagi juga, tinggal nak buat Sambal Bilis jer.

Cukup dulu.

Korang... baju raya dah gosok?




 ~...HISYAM sengaja tidak mahu mengadu sesuatu kepada SERI BULAN kerana menanti masa sesuai untuk berbalah sehingga bumi basah...~




Wednesday, August 7, 2013

Ramadan 29: Esok hari raya...! Esok hari raya...! Esok hari raya...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
07-08-2013





Tiada kata secantik bahasa,
Tiada kad seindah Kad Raya,
Andai tersalah tingkah dan kata,
Marilah bermaafan sesama kita.

SELAMAT HARI RAYA,
Maaf Zahir Batin.

Ikhlas penuh kasih, Kak Azie






 ~...HISYAM sudah bersedia mengikut perintah apa saja dari ibunda angkat nan berdua, SERI BULAN juga sudah siap andai ada orang yang perlu makannya bersuap, sehingga melupakan sebentar tentang surat di bawah tempurung, tentang berbalas pantun dan sindir-geram ayat dua baris semasa di ambin berdua juga melupakan sebentar tentang acara berebut buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut...~




Tuesday, August 6, 2013

Ramadan 28: cempedak itu tidak lagi di luar pagar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
06-08-2013


Hari ini hari terakhir bagi saya bekerja sebelum bercuti Hari Raya. Perancangan esok adalah ke pasar untuk barangan basah. Kalu sempat ke lain-lain tempat untuk barangan kering. MyBonda dah pesan nak Pulut Kuning, and MyAnak-anak Menakan nakkan Sambal Bilis.

Saya cuma apply cuti sehari saja, yakni esok. Raya Eve. Banyak persiapan akhir kena buat. Walaupun kami hanya akan beraya di KL saja, tapi itu tidak bermakna tak banyak kerja nak buat.

2,3 orang kawan saya galakkan saya ambil cuti lebih, sebab biasanya bila Raya, jarang cuti tak lepas. Hampir semua yang apply dijamin dapat kelulusan, cuma ada beberapa orang yang terpaksa dipotong cuti. Sesiapa yang ambil terlalu lama cuti (ada yang apply sampai 2 minggu), dipotong sehari or 2 hari. Itu biasa. Jadi kata depa, saya boleh jer apply lebih. Tapi, lumrah orang baru macam saya (macam buah cempedak di luar pagar itu...) mana ada cuti. Jadi sehari sudah memadai. Senin 12hb, saya dah balik kija semula. Rasanya saya akan menjadi orang pertama kot yang ‘balik ofis’. Takpa lah.

Sejak semalam, sudah sebahagian warga ofis dah mula bercuti. Dah mula rasa lengang dah. Jalanraya jer yang belum lengang lagi.

Uhh semakin hari saya semakin hilang idea nak menulis.

Tayang-tayang:
masa di Jinjang minggu lepas, MyKakak bawak cempedak dari kampung. Cempedak dari Kedah. Memang manis dan elok enak. Dibuat goreng masa berbuka dan memang bila dah ramai semua jadi sedap. Lalu tak puas makan.

Ahad lalu, kami jumpa satu lori mai meniaga cempedak terus dari atas lori. Mai pedi Kedah, katanya. Memang Kedah tengah musim cempedak ker la nih?

Dijual pukal, 3 biji = RM10.


Alhamdulillah... elok berkilauan serta tebal isinya.


Hasilnya. Ahh... memang berbaloi dan puas makan. Baunya saja sudah cukup semerbak serumah.






 ~...ketika ingin meneduhkan cahayanya, SERI BULAN tetap berseri selagi lelaki berwajah tenang itu terus tenang menjadi pendampingnya dan masih sudi meminjam telinga capangnya, HISYAM tidak mungkin berpaling ke arah pohon kelapa walaupun cahaya bulan hanya terlihat di celahan daun nipah tua dan sekali-kali berbayang di permukaan Sungai Menghijau Lumut...~




Monday, August 5, 2013

Ramadan 27: BerAbuk jugak tahun ni, ingat dah tak berAbuk dah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
05-08-2013


Sejak 4,5 tahun kebelakangan ni, tiap kali Ramadan memang saya akan pastikan buat Kuih Abuk-Abuk ni. Sekali dalam sebulan tu. Tak banyak, sikit pun memang nak buat. Semua orang suka makan. Buat pun tak susah.

Yang penting kena ada sagu dan daun pisang.

Saya bukan blogger chef or blog resipi. Jadi saya boh gambar la, so that korang boleh faham kot cara nak buat. Kuih ni saya belajar masa Tingkatan 3, kelas Sains RumahTangga. Skang mana ada lagi dah subjek tuh, kan?

Terimakasih pada cikgu SRT saya masa tu. Cik Zarina yang garang tegas, tapi lawo!


Sagu dicampur dengan kelapa parut. (kalu boleh kelapa yang putih saja, saya beli belasah jer, sebab nak cepat). Sagu tu saya rendam kira-kira 5 minit dalam air untuk buang kanjinya. Sebab kalu tak rendam camtu, nanti bila masak kanjinya banyak dan kita akan makan ‘gam’ pulak.

Tos sagu, gaul bersama kelapa parut + garam.



Buat kelonsong daun pisang (jangan lupa layur daun pisang, senang nak bentuk). Masukkan sesudu sagu, then isikan gula merah or gula melaka. Kemudian tutup dengan sagu semula. (ada 3 lapisan sekarang).


Kecik besor, kecik besor. Belasah jer lah Zie...!

Dapat satu kukusan.



Hasilnya. Rupa memang tak lawo, macam Puan yang buat jugak (sebab saya rasa macam kelapa parut tu tak cukup jer), tapi rasa.. woooo sedap habaq hang!

Alhamdulilah, berjaya juga saya buat meneruskan tradisi buat Kuih Abuk-Abuk setiap kali bulan Ramadan.






 ~...melihat HISYAM yang tersengih dan tersenyum bagai dipaksa ketika melayan sembang borak-rancak dengan anak dara Pak Imam, SERI BULAN hanya mampu mengintai di sebalik kain tutup tingkap sambil Mak Utih menggeleng dari jenang pintu dapur, lalu Pak Utih melintas ingin sekali dia bertanya apa cerita tetapi Pak Utih terlebih dahulu mengangkat tangan beramaran jangan ditanya apa-apa kerana ada hati sedang kerasan...~




Sunday, August 4, 2013

Ramadan 26: mengukur jalan — kita dah tak muda lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
04-08-2013


Wahhh termasuk hari ini, lagi 4 hari saja dah nak Raya. Suasana semakin meriah.

Cuma di tempat kija saya, walaupun majoriti (90%) staf adalah Melayu, tapi opis tidak pernah dihias dengan apa jua tanda perayaan. Memang sejak dulu gitu, kata depa. Mari lah raya apa pun, tak pernah depa nak hias-hias.

Jika di tempat lama saya dulu, memang ada juga kami hias gantung-gantung. Tapi tempat sekarang ni, semuanya penuh dengan keja keja keja... Heeeeeeeeeeeeee! > mode geram.

Semalam Sabtu, atas arahan kerahan terpaksalah juga kami kerja sekerat hari tapi kena stay sampai 4:30pm. Saya cabut 2:30pm sebab ada janji dengan MyAnak Buah atas beberapa urusan. Janji nak jumpa di KL, sebab depa nak pi Jalan TAR. Lalu saya mengambil masa yang ada singgah di sekitar Masjid Jamek. Rupanya ada bazar Raya di situ.



Masa ni nampak orang dah ramai tapi masih longgar la. Belum bertemu bahu lagi. Macam biasa, area sini memang antara tempat tumpuan beli barangan untuk Raya. Saya lebih berminat nak tengok suasana persiapan, berbanding belek belek barang. Memang persiapan Raya, hebat. Jual lah apa saja, pasti akan ada pembelinya.

Kain baju, kuih muih, biskut tak biskut... tudung pelbagai fesyen melimpah ruah, baju bergayutan... perhiasan, beg, kasut. Sebut jer lah.


Tapi bila saya terjebak masuk ke dalam kawasan bazar berbumbung, adehhh.. Padat, sendat, pekat melekat. Nyesal saya masuk, padahal saya sekadar nak merentasi kawasan ni menuju LRT station jer. Aduhai... letih kaki saya padahal saya agak saya singgah cuma sejam saja. Cepat-cepat lari balik. tak tahan!

Hasilnya: cuma tudung nan sehelai.

Sebenarnya, saya plan nak meronda Jalan TAR pada malam Raya nanti. Itupun kalu larat.

Kita dah tak muda. 7,8 tahun dulu boleh la. Tiap Sabtu jer rajin ukur Jalan TAR sampai tahu mana lorong mana kedai. 3,4 jam berjalan pun steady jer. Hmmm... jangan dibanding la dengan diri yang sekarang. Surrender!

Citer lain:
Today 04-08-2013 — besday Dak AMOI ke 23.



Perancangan tahun depan dia. InsyaAllah nak sambung buat Master. Baru minggu lepas dia sempat uruskan pasal loan MARA dia masa belajar dulu. Alhamdulillah... tak perlu bayar balik, sebab dah jadi scholar.





 ~...HISYAM sudah diarah bermalam di Teratak Nyatuh menemani Mak Utih yang hendak berjaga menunggu tungku, lalu SERI BULAN mula merancang hendak menjamu sesuatu tetapi bila tiba-tiba anak dara Pak Imam berkunjung datang, dia terasa hendak menghidang bom peledak bersalut dedak...~




Saturday, August 3, 2013

Ramadan 25: rindu kabait... then kebabommm....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
03-08-2013



Yeahh.. menghitung hari.

Tapi hari-hari saya sentiasa sibuk dengan kerja. Sehingga banyak kegiatan/aktiviti luar saya yang menjadi sampingan dulu terpaksa diketepikan. Terpaksa. Cari makan... Bak kata Nabila Huda (yang beraya di Europe “demi sesuap nasi”. Cewahhh nak ikut ayat artis pulakkk... > abaikan.

Semalam kami bertunggu nak selesaikan kerja (yang dah tahu tak akan selesai punya...) sehingga jam 7:00pm. Sementelah sudah dapat mengagak jalan akan jem di hari Jumaat dan penghujung hari bersekolah, kami sengaja melewatkan masa balik. Lalu saya dan kawan serta Dak AMOI berbuka di dalam keta, dan waktu azan tu, kami masih berada dalam area Damansara. Jem gilor gilor!

Beberapa urusan berkaitan Raya sebenarnya tidak dapat diuruskan dengan kemas. Urusan Kek Coklat selesai malam tadi. Urusan Tart Nenas akan selesai Isnin nanti. Then, saya dah lega. Beraya cara kami.

Kenangan seindah Ramadan:
rindu bau kabait. Dulu masa kecik saya ikut abang-abang saya main meriam buluh. Tuang kabait, cucuh api dengan daun nyior kering, then kebabommm...!

Syokkk!

Tayang-tayang:


Rempeyek yang enak. Tapi saya order sepeket saja. Saya order Kerepek Pisang paling banyak tahun ini. Sepeket dah selesai. Ada sepeket saya beli dari kawan di sini, memang untuk Raya. Dan 2 peket order dari orang Bangi, untuk diratah selepas Raya. Saya peminat Kerepek Pisang yang masin. Dulu saya pernah dapat Kerepek Pisang masin yang digoreng bersama bawang putih. Ahhh... kawan yang jual tu dah berenti kerja dah.






 ~...mengikut Mak Utih menjemur tepung gula serta belajar mengisar kacang hijau sebenarnya tidak pernah menjadi susah kepada SERI BULAN walaupun Mak Utih begitu cemas kerana bimbang si gadis bakal kelelahan bimbang pengsan, dan HISYAM yang sering tersenyum sinis umpama mengejek mencabar diri sering pula mendapat teguran tegas dari Pak Utih kerana menyusun kayu api lintang pukang sehingga tidak dikenal mana pucuk mana pangkal lalu Mak Utih sengaja mengusik nanti tersesat tak jumpa jalan balik...~




Friday, August 2, 2013

Ramadan 24: “Azah, ikan kita hilang...!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
02-08-2013


Rata-rata, hampir semua sekolah di Msia akan berakhir hari ini sebelum bercuti panjang semester kedua bersekali dengan cuti Hari Raya. Ramai parents yang dah plan nak mula bergerak balik kampung pada hari ini lepas sekolah. Dah boleh agak, petang nanti kompom la jem!

IKA pun akan balik pada hari ini, tapi cuti cuma seminggu saja. Raya ke-4 nanti dah kena balik ke skulah semula.

MyToklaki semalam masak Nasi Lemak (again). Yeaa... kali kedua dalam bulan posa ni. Dah habis idea ler tuh. Bini dia ikut saja. Mana berani nak komplen banyak, dah ler balik time berbuka jer. So apa yang terhidang, terima jer lah.

Yang kelakar, kelmarin dulu dia call saya ke opis.

“Zah, ikan kita hilang!”

Haaa? Hilang? Ikan apa yang hilang? Kita ada bela kucing ker yang boleh ada kes ikan hilang nih? Saya dok musykil sendiri.

Sebelum tu, saya call ke rumah tanya itu ini. Masa tu MyToklaki tengah siang ikan. Then lepas borak-borak (menurut citer dia laaa), dia masuk dapur semula dan tengok ikan hilang. Jenoh dia mencari, sampai ke tong sampah. Takut kes terbuang. Pelik sungguh la citer dia.

So, balik petang tu saya tengok lauk yang terhidang memang ada ikan yang dia beli. (Ikan tongkol Masak Kicap — pekat, sedap youuuu...!)

Saya tanya, “Awak beli ikan tongkol ni? Jadi ikan apa yang hilang?”

“Ikan tongkol tu memang awak beli kan? Ikan yang I beli yang hilang.” Lagi saya pelik. Bila pulak saya beli ikan tongkol?

Hahahaha...!

“Ini la ikan yang awak beli. Sendiri beli, sendiri siang, sendiri masak pun boleh tak tahu?”

MyToklaki ni ntah apa-apa. Boleh dia tak sedar? Uishhhh... hilang ingatan ke aper?

“Hmmm... ayah ni dah nyanyuk. Dah nak mati agaknya...” keluhnya... Gulppp!


Tayang-tayang:


Tolong bisnes kawan. Kuih raya (pelbagai jenis). 1 set = 6 jenis kuih (saiz  bekas yang sama) = RM80 sahaja.

Kerana saya cuma mahu 2 jenis, so kami share-share beli. Means, cuma RM13.35 sahaja sebekas. Murah kan? Peniaga asal adalah orang kampung, ‘home-made’ dari Perak. Menjual secara set macam ni memang mudah dan berbaloi.






 ~...mengusap lembut kurung pesak gantung berkain sutera Shantung bercorak kosong, tergantung di dinding bersebelah dengan baju Melayu kepunyaan HISYAM di tanduk rusa, memberikan rasa rindu tentang masa silam di kotaraya tentang suasana lebaran yang semakin jauh menjadi kenangan, kerana tanah Kampung Separuh Desa sudah memberikan suatu fenomena baru kepada mereka berdua, lantaran tiada tangan orang tua yang hendak disalam-cium, tiada bahu ibu yang hendak disandar-pilu, malahan SERI BULAN tidak lagi mahu menyebut tentang kubur yang hendak diziarahi kerana HISYAM sudah mula melupa sebuah kisah parah yang dulu pernah menjadi barah di hati berdarah...~




Thursday, August 1, 2013

Ramadan 23: virus Malware tuh elok hukum Goreng Berlado jerrr...! ~ blog anda terpaksa dibuang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
01-08-2013


Dah seminggu. Bukan sekali dua, malah sudah 5,6 orang beri mesej kepada saya, tentang virus Malware ada di blog saya. Menyebabkan beberapa orang teman blogger tak berjaya masuk.

Ini bukan kali pertama. Dulu saya dah kena sekali, tapi saya dapat kesan list yang menjadi punca. Saya buang sementara dari senarai di sebelah.

Kali ini, saya kena serang lagi, tapi puncanya virus tu berkeliaran saya tak jumpa. Blog yang disebut tu saya dah buang, tapi kali ini virus tu ketegaq Gaban. Masih ada yang menerima warning Malware tuh.

Bila ada yang mencadangkan supaya saya reset setting blog, saya terpaksa fikir semula. Bukan senang nak reset semula. Akan ada banyak benda yang saya dah ‘used to it’ akan hilang dan saya bukan ada banyak masa pun nak study balik semua benda tuh.

Cara yang saya nampak ialah, saya akan buang semua senarai blog yang saya ada (lebih 100 tuuu...). Sementara saja. Lepas ni saya akan masukkan semula satu demi satu. Proses nak buang sangat mudah, sekali klik ‘delete’ semua lenyap.

Tapi nak masukkan semula tu, akan mengambil masa sehari demi sehari. Kita cuba buang satu group demi satu group dulu dan lihat samada virus tu masih nak menumpang sini ke idak. Tangkap goreng kang baru tahu...!

Jadi bermula hari ini, sesiapa yang mahu blognya tersenarai di sebelah >>>, sila maklumkan url anda masing-masing ya. Lets start all over again....

Terimakasih atas sokongan. Sapa lagi nak sokong blogger, jika bukan blogger.

Cerita lain:
semua staf sudah melihat/menanda senarai barang untuk Lucky Draw Majlis Raya tempat kija saya tak lama lagi. Senarai penuh itu perlu dilihat oleh semua staf, untuk sokongan (undian sebelum hadiah dibeli) dan tambahan cadangan barangan lain jika perlu.

Saya teruja melihat dalam sekian panjang senarai, ada hadiah I-phone dan juga kamera DSLR.


Tolong doakan tuah saya, mana tahu boleh dapat kamera nih. Dah lama saya mengidam.

Saya lebih teruja dengan kamera ni berbanding hadiah lain seperti TV plasma, microwave, set home theater... dll.

Tapi kalu dapat I-phone5 or laptop, best gak kan?



**Saya dah mula senaraikan semula beberapa blog mengikut peringkat. Mana-mana yang belum tersenarai (mohon semak jika rajin), saya akan masukkan bila free nanti.






 ~...selaku orang bandar yang tidak lagi heran dengan selut dan lumpur kampung, HISYAM tidak pernah menolak bila diajak turun menyemai benih, tidak pernah merungut bila dipelawa bersama mengerat padi walau terik mentari sangat cepat melanah ais, Mak Utih sentiasa bangga dengannya dan SERI BULAN sentiasa teruja terhadapnya sehingga bila ada wanita lain yang cuba menyapa pun dia rasa seperti hendak menerkam menerpa...~




Wednesday, July 31, 2013

Ramadan 22: Terjumpa ex-boipren di tengah jalan. Nak kene langgar?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
31-07-2013



Sebelum nak mula sebarang citer (macam banyak benor citernya?), saya nak maklumkan, dan perjelaskan tentang Tart Nenas Sepanjang Tahun tu.

Sebenarnya bukan saya buat. Saya ni mana ler pandai buat kuih raya ni. Sejak kahwin, saya lebih tumpu masak lauk-pauk jer bila Raya. Kuih Raya memang tak pernah buat pun. Tart Nenas Sepanjang Tahun tu dibuat oleh kawan saya. Saya jadi tukang jual @ dealer saja. Tu pun dah jenoh. Kalu saya yang buat, jawabnya ada ler yang berbuka berlaukkan inti nenas jer hari-hari... Hahahaha...!

Ok cerita lain.

Dalam entri sebelum ni, bukan main eksyen lagi saya tulis saya sentiasa sempat berbuka di rumah dengan rakyat di rumah. Tapi....

semalam jugaklah saya terpaksa stay sampai jam 7:00pm. Lalu ketika time berbuka tu, saya sedang berada dalam LRT di Kelana Jaya baru nak bergerak balik. Padan muka saya..! Baru beberapa jam cakap, akhirnya Tuhan tentukan yang saya kena berbuka di luar. Insaf weyy...!

Dalam pada ramai yang ghairah bercerita tentang agenda shopping dan borong barangan Raya, saya belum terbuka hati nak jejak kaki menyelit di celahan orang ramai di Jalan TAR. Masuk kompleks pun kali akhir masa sebelum Ramadan dulu. Ada takda pun, masuk Tesco cari barang dapur jer.

Jangan lupa satu bab ni yer kawan-kawan:

“Berzakat Menyucikan Harta dan Jiwa”

Tengok siri nombor resit zakat tuh. Ramainya rakyat dalam rumah saya!

Eh... cerita sebenar yang nak ditulis:

Apa anda akan buat kalu terjumpa@tertembung or terjemuh bekas pakwe/makwe or gewe, terjumpa di tepi jalan ler (pehal nak jumpa di tengah jalan, nak kene langgar?):

  • pandang, senyum say hai?
  • pandang, pastu jalan buat tak kenal?
  • pandang, senyum then borak tanya khabar?
  • nampak tapi buat tak nampak? (tapi muka merah telinga merah menahan debar)
Kenapa saya tanya?
Sebab semalam saya terjumpa. Dia pandang, saya pandang. Tapi belum sempat saya nak fikir apa-apa, dia dah menoleh ke arah lain dan blah. Cisss....!

Opsss.. jangan salah faham. Saya takda niat nak tegur pun. Saya cuma nak tengok jer. Tengok pun salah ker? Ahaks!







 ~....kerana hanya HISYAM sejak awal dan akhir menjadi kekasih dan kepercayaan, SERI BULAN sukar hendak berkongsi kisah walaupun hanya selingkar dengan sesiapa yang lain kerana bimbang apa yang disebut nanas bakal dianggap ganas, berkata sesuwar dianggap pula sesuai lalu biar sahaja kamus bahasa itu mereka berdua sahaja yang faham dalam ertikata serasi bersama itu lebih bernilai dari air sarsi...~




Tuesday, July 30, 2013

Ramadan 21: Kari Ayam rempah timbang kati...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
30-07-2013


Hari tu, ada yang tanya. Kak Azie balik keja naik apa sampai rumah begitu lewat di bulan posa?

Ya, hampir setiap hari bekerja saya sampai rumah selepas jam 7:00pm. Memang beberapa minit sebelum waktu berbuka baru saya sampai. Tapi belum pernah lagi terlepas waktu berbuka dengan rakyat di rumah.

Ya, kami tamat waktu kerja jam 6:00 petang di bulan posa. Kadang-kadang saya naik keta kawan saya sehingga Ampang. Kadang-kadang saya naik keta kawan yang lain hingga stesen Kelana Jaya. Jangkamasa hampir sama saja.

Kesempatan memasak hanyalah setiap Sabtu dan Ahad sahaja. Tu yang pulun sakan tuh. Kalu boleh semua benda saya nak masak. Tapi tak pandai-pandai jugak. Balik-balik lauk itu juga....

Mujur saya dah takda baby kecik yang perlukan perhatian yang begitu banyak. Baby-baby tua yang ada kat rumah semua dah boleh berdikari dan sangat memahami. Bila tiba part camni la, saya sangat bersyukur.

Beberapa urusan bisnes sempena Raya, termasuk urusan jual-beli tudung, jual beli Kek Coklat & Marble, dan yang paling menyerlah tentulah Tart Nenas Sepanjang Tahun, yang sentiasa mendapat sambutan. Wpun tahun ni tempahan yang saya dapat tak banyak (kerana saya sangat sibuk utk uruskan delivery, jadi sengaja saya hadkan tempahan) tapi regular customer sentiasa mendapat keutamaan.


Bila dicongak-congak 3 jenis bisnes tu sepanjang Ramadan sehingga menjelang Raya, hmmm... no bad. Keuntungan lebih sikit dari bonus Raya yang depa dapat. So tak ler saya ralat sangat....

Tayang-tayang (tak habis-habis):


Alia request nak Kari Ayam. So Kari Ayam saya yang pekat ini, guna rempah kari ‘timbang kati’ yang dibawa dari Pasar Khadijah, Kota Bharu oleh blogger Anyss. Yummeh...!

Saya buat lagi sekali gorengan ni, tapi kali ni Udang Goreng Tepung.


Of course la hasilnya sangat membanggakan. Cewahhh.. sapa lagi nak puji diri sendiri, ye dak?

Oh ya... header Raya sudah digantung. Tapi.. tak ler se cun dan seunik yang dipinta dek T.A.T.A. Itu jer yang mampu dan sempat saya buat.





 ~...di saat warga Kampung Separuh Desa mula sibuk untuk menyambut lebaran, HISYAM tiba-tiba menyebut hendak menginap semalam dua di baruh bersama beberapa orang belia tanpa mempelawa SERI BULAN bersama kerana bimbang semua kerja tidak menjadi andainya para belia lebih menjeling ke arah wanita berseluar khaki berkemeja kotak lengan tiga suku, lebih dari membuat kerja yang dirancang berbulan...~




Monday, July 29, 2013

Ramadan 20: dah boleh tukar header Raya tak?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senayan
29-07-2013


Bukan main seronok lagi bebudak kat opis yang dapat angpau Raya RM500 tuh. Ada saja perancangan yang saya dok dengar.

Dalam sibuk nak cuti beraya sambil sibuk nak siapkan seberapa banyak kerja yang tengah menimbun, beberapa orang terlibat sebagai ‘committee’ untuk Majlis Raya company yang menjadi acara tahunan. Acara yang paling besar dan paling meriah yang diadakan.

Walaupun tarikh majlis berubah 2 kali (kerana masalah nak dapatkan tarikh free dari Menteri yang dijemput), akhirnya sudah ada ketetapan tarikh selepas Raya. (Dengar khabar depa cuba dapatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai VIP jemputan, ntah dapat ke idak)

Nampaknya majlis Raya company kali ini akan lebih meriah kerana sebuah anak syarikat sudah dibawa masuk (merged) dan menjadikan jumlah staf di Lantai Department saya bertambah lagi 14 orang.

Soksek dari committee, hadiah Lucky Draw tahun ini akan ditambah jumlahnya, untuk memberi lebih ramai staf berpeluang bawa balik hadiah lumayan. Saya cuma berangan nakkan Iphone 5 jer.. Atau paling cekai kalu dapat petiais 2 pintu pun best gak! Mana tau, kot ada rezeki dapatlah saya tempek puluhan FM dalam koleksi saya tuh! Hehehehe....


Tayang-tayang:


TomYam ni sebenarnya saya buat kerana saya dah habis idea. Tak tau nak masak apa. So ulang la masak Tomyam. Digandingkan dengan Sotong Goreng Tepung. Pertama kali try. Uuishhhh saya memang tak pandai masak Sotong Goreng Tepung.


Dan, tak sangka menjadi pula. Nyesal buat sikit. Saya ambil resipi dari blog ShareMyLove. Terimakasih ya!

Resipi yang ringkas lagi mudah, tapi hasilnya yummy ya amat!

*Udang celup dalam telur, gaul dengan tepung rangup (tepung Kentucky) & tepung jagung (jumlah tepung sama banyak). Gaul kering sotong ke dalam tepung dan goreng.

Oh ya... berbalik kepada tajuk, boleh dak saya tukar header saya kepada header Raya?





 ~...malam itu selepas menjamah hasil karya SERI BULAN yang tak berapa menjadi, HISYAM duduk bersila mengadap Pak Utih sambil diiring SERI BULAN yang bersimpuh di sebelah Mak Utih mendengar Pak Utih merancang sesuatu untuk sebuah ikatan, mengharap sesuatu atas sebuah hubungan tetapi kerumitan dan kesulitan sekampung masih tidak dapat membuka laluan sebuah hubungan menjadi ikatan dan setia perjanjian, lalu Mak Utih tiba-tiba menangis tersedu...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails