Saturday, October 20, 2012

Tuah HAI-O lagi kah...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
20-10-2012



Menulis di hadapan skrin, semasa perlawanan akhir Piala Malaysia.

Beberapa hari lalu, seorang kawan lelaki aku bercerita penuh semangat tentang seorang pemain ini. Aku pernah dengar, tapi kerana aku tak pot jadi sebelum ini jadi tak penting. Dia kata, “Azie, tulislah pasal HAI-O. Dia ni pemain hebat, mana-mana team dia pegi, jadi juara.”

Tentang HAI-O. Lalu aku mencari maklumat tentang pemain ini, juga bertanya pada orang-orang lelaki dalam rumah.

Hmmm... kelahiran Terengganu. Nama sebenar Hairudin Omar.

Pada akhir 2009, beliau menyertai Kelantan selama semusim dan bertekad membantu Kelantan membawa pulang Piala Malaysia untuk pertama kali ke Kelantan.

Ketika perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan, skuad Kelantan yang dibarisi oleh Indra Putra Mahayuddin dan gandingan beliau semasa menentang Chelsea, Akmal Rizal, berjaya membantu Kelantan memenangi Piala Malaysia pada 2010 dengan jaringan 2-1 hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi.

Pada musim 2011, beliau kembali ke Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super.  Pada kempen Piala Malaysia 2011, beliau mula menemui rentak apabila berjaya menjaringkan gol pada perlawanan peringkat kumpulan sehingga ke perlawanan akhir dengan membantu pasukan mara ke final ketiga berturut-turut dan memenangi Piala Malaysia untuk kali ketiga. Lebih menarik lagi, beliau menjaringkan gol dan mencatat sejarah sebagai penjaring untuk ketiga-tiga final berturut-turut. Beliau turut dinobat Pemain Terbaik Perlawanan dan pemenang Kasut Emas Piala Malaysia 2011 dengan jaringan 8 gol.

Kini bersama ATM, Hairuddin Omar dijangka akan memberikan persembahan terbaik berganding bersama kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha untuk membawa kejayaan kepada ATM.

Bro.. rambut jangan kasi tumbuh tau...! Botak tu seksi, Bro!



Go ATM! Go ATM!


*Update: Tahniah! Kelantan menang Piala Malaysia, ke atas ATM 3–2.



 




7 comments:

  1. auwwwwww.. mmg seksi kan..
    psst. mula2 bc tajuk ingatkan hai o y MML tu.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu Hai-O Raya, sayang. Hehehehe

      Delete
  2. salam sis..
    Sempt jua menulis sambil tgok tv.
    Nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC saya mengadap tv. Memang sengaja letak kat ruang depan. Boleh buat lintas langsung. Hehehe

      Delete
  3. hai o tak bertuah tahun ni.tak pe.cuba lagi tahun depan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya dapat pegi Final. Kira ok la jugak, kan?

      Delete
  4. Patutnya kne saman gaks neh. Iklan pree utk Hai-O.. Kata Abe Zam.. Yerlaaa, kak.. Ajihs Nasi Lemak 80 sen jer kne saman. X adil neh.. Har3

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails