Tuesday, October 2, 2012

Histeria: misteri Rumah Biru di Pandan Indah menjadi punca...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-10-2012


Sebenarnya kisah histeria yang berlaku di sekolah ALIA minggu lepas, bermula bila beberapa orang murid perempuan – tak pasti berapa orang, tapi ramai — pergi melawat sebuah rumah yang mereka panggil Rumah Biru di area Pandan Indah.

Aku tak pernah tahu pun pasal Rumah Biru di area sini. Konon cerita ini rumah tinggal, macam rumah asrama. Ntah kat sebelah ceruk mana ntah. *ada sapa tau? jom kita pi tengok..

Budak-budak yang pergi tu murid Form 2. Dan diceritakan depa pegi hari Ahad, dan Isnin esoknya seorang budak (yang dikatakan paling berani) ‘kena’ dulu. Pada hari berikutnya, jumlah yang kena semakin bertambah. Dan pada hari Khamis seramai kira-kira 21 orang murid perempuan yang histeria.

Menjerit, melentang di lantai, meraung-raung. Dan seorang budak lelaki sebut adik perempuannya yang ‘kena’ nampak benda berpaut di bahu murid lain.

Rupanya, depa yang pi ke sekitar Rumah Biru itu ada bawak balik sejenis batu – ntah batu apa. Diceritakan juga oleh ALIA, Ustaz dah buang batu tu ke belakang sekolah, ditimbus dan kawasan tersebut dipagar. Larangan untuk murid masuk.

Samada nak percaya atau tidak, inilah yang selalu kita dengar. Benda itu ada. Tidak tahu di mana silapnya, aku rasa ada ‘benda’ yang marah sebab kena kacau dek budak-budak yang berlagak berani sangat. Budak usia camtu, semua benda nak tengok nak cuba.

Tapi keadaan dah reda sekarang.

Pengalaman aku masa Form 5 dulu, bermula pada petang latihan sukan. Aku dan adik aku kena petang itu. Ada juga murid lain yang kena.

Esoknya, perkara sama berulang di perhimpunan. Lepas sorang, sorang. Berjangkit. Sekolah ditutup pada hari itu. Jenoh pegang murid menjerit meraung. Ramai murid dikumpul di kantin. Riuh rendah.

Aku rasa aku kena tak teruk, kot. hehehe... tapi kena hantar balik rumah. MyBonda tanya, ‘nampak apa’ tapi aku diam tak jawab. Yang pasti nampak gelap dan ketakutan. Susah nak citer.

Tapak sekolah menengah aku dulu adalah kononnya kubur askar Jepun. Ntah sejauh mana betulnya. Betul lah kot...

Semoga kita semua dilindungi walau di mana pun. Kalau kita tak kacau dia, dia pun tak akan kacau kita.

So jangan kacau-kacau!

Air yang tenang, biasanya beralun deras di bawahnya. Sapa sangka kan?






~...SERI BULAN pernah terjerempak lembaga putih di siang hari nyaris terlatah terlucut kain kerana tidak menduga itu hanya bebudak nakal berselubung mengejar wau dan HISYAM sendiri pernah tertembung yang hitam pula di malam hari sehingga juga nyaris terlucut pelikat Khurta...~




 



31 comments:

  1. ooo gitu kisahnya kak ... tu la..benda2 mistik ni mmg wujud cuma kita doa byk2 la tak dibuka hijab mata kita ni nampak..ngeriiii .... sy tgk siri2 tangkap hantu tu pun takut ... apatah lagi siri2 drama seram2 ...

    ReplyDelete
  2. anak saya pun kena masa kat asrama sek. teknik. lepas dua bulan terus tukar sekolah.
    sekarang ni dia dah kat UITM pun kena kacau juga. tiap hari katil bergoyang tapi dia kata dah tak kisah, kuatkan semangat dan layan jerlah

    ReplyDelete
  3. Rumah biru yang mana satu di Pandan Indah itu. Hendak juga kakcik tahu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah agak dah mesti korang tak perasan pasal rumah biru ni. saya rasa rumah biru yang dimaksudkan ialah apartment yang pernah dijadikan penempatan budak2 UIA kat area taman kencana. Kalau dari sekolah menengah pandan indah tu jalan terus ke arah taman kencana, sampai di traffic light belok kiri dan cuba pandang belah kanan. akan nampak ada 1 apartment/kondo tinggal. jarang orang nampak ni

      Delete
  4. Oh... kiranya AA pernah kena jugalah ye. Tak kuat juga ye walau nampak bukan main gagah:)

    Sekolah kakak dulu di asrama. Sebab nak buat lagi satu bangunan ramai yg kena hysteria. Tapi rata-rata yg kena budak kristian. Siap panggil bomoh bagai baru reda.

    Kena percaya syaitan dan jin memang ada dah tertulis pun dalam al-quran.

    ReplyDelete
  5. Syukur alhamdulillah duduk asrama waktu sklh dulu xde kejadian histeria nie berlaku.

    ReplyDelete
  6. assalam azie..dah tua2 ni pu acik penakut jugak..bila cerita2 macam ni buat acik seram je..

    ReplyDelete
  7. As salam Kak AA,

    Pandan Indah? Nak share story kita lak... Marya kan kerja audit... so kena pergi audit kat PI nilah jgk... Bangunan tu bangunan lama ntah mcmana kita ni kan ade six sense yg ALLAH bg... kita bolehlah rasa if ade yg tak kena... masuk lif dah rasa sereeeemmm sejuk gitu... rupa2nye tmpt tu mmg ade kisahnya... kejadian histeria baru je berlaku... gerak hati biasanya betul... pernah jugak ternampak & dgr hilaian tp bertembung empat mata tak pernah lagi...ngeeee...nauzubillah...

    ReplyDelete
  8. sekolah saya dulu pun penah ada kes histeria2 ni. yg paling saya ingat kelas paling teruk kena ada burung hantu bertenggek di depannya. apa kaitan...saya pun tak pasti.

    tapi rasanya walau di mana pun kite pergi, kene ingat benda tu mmg ada. so kite takleh takut sgt, dan takleh berani sgt. sebab dia pun makhluk allah juga.

    ReplyDelete
  9. Salam sejahtera,
    Suspen ..rumah biru mana, cuba selidik sikit...rumah mama pun dulu kat situ, tak jauh dr sekolah.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    "Yang pasti nampak gelap dan ketakutan. Susah nak citer" Yang ni sebenarnya harapkan lebih panjang lebar hu hu hu

    ReplyDelete
  11. aiyo....skeri mak jems baca...

    ReplyDelete
  12. Sekolah sy pon baru kena 2 bln lepas kots. Bebudak pagi yg ramai kena. Cian cikgu2 penat dok angkat2 budak..

    ReplyDelete
  13. Teringat juga masa dok asrama dulu..hantu raya terlepas..siap panggil tok moh..tabur beras kunuing satu sekolah dn asrama.

    ReplyDelete
  14. Makchaq 2 kali pernah temankan kawan yg tiba2 meracau dan tak sedarkan diri..sekali masa form 2, sekali kat ITM, kawan2 lain pakat lari takut, tapi tak kan nak tinggai.. makchaq duduk sebelah baca yassin sambil pegang tangan depa.. kat ITM ada sorang lagi kakak mai join makchaq

    Ngeri juga bila suara depa jadi garau marah2, menepis2 dan mengejang2, orang lain dah lari keluaq bilik.. yang kat sekolah tu cikgu datang bawak bomoh..yang kat ITM tu last2 kawan tu sedaq sendiri..

    Tapi yg suspen tu sebelum depa nak sedaq depa bangkit dan mai salam makchaq kata nak balik dah... pastu tiduq balik dah tak meracau..

    ReplyDelete
  15. ngeri gak tu... suspen thriller.. alhamdulillah.. tak pernah kena..
    tapi betul kan. menda ni kalau dah kena berjangkit jangkit tu..
    minta Allah lindung dan jauhi lah..

    ReplyDelete
  16. kalu x kuat semangat tu mau pengsan 3 ari 3 mlm

    ReplyDelete
  17. Sebab tu ker ... Hmmm seram gak cerita nyer kak. Moga Alia kuat dan tak kena jangkit sama. AMIN

    ReplyDelete
  18. MAK ENCIK SZ:
    Aminnnn... ada juga orang yg minat benda mistik seram ni. Minta ilmu buka hijab lagi. Macam mencabar pulak, kan?



    NORHAFIZAH (LINA):
    Ohhh kiranya anak U kuat semangat juga ya? Bergegar katil tu. Kalu saya ntah menjerit tak hengat dah tu.

    ReplyDelete
  19. KAKCIK SEROJA:
    Tu yang saya hairan. Tak pernah plak tahu ada Rumah Biru di sini, kan?



    KAK ZAKIE:
    Saya nampak gagah (dan gajah), tapi hati kecik lemah semangat. hehehe!

    ReplyDelete
  20. Aina tak ada pengalaman dalam bab ni dan tak mau jugak ada...ehehee... kalau dok asrama setakat kena usik2 tu biasa le tapi buat2 pekak walaupun hati takutttt...

    ReplyDelete
  21. NAZAYIENA:
    Syukur. Agaknya semua kuat semangat tu. Kalu yg lemah semangat mudah jer ke nak usik.


    ACIK ERNA:
    Sama ler kita. Penakut jugak.

    ReplyDelete
  22. MARYA YUSOF:
    Wahh tak ramai orang ada six sense ni. Kalu Kak Azie rasa seram sejuk camtuh, dah lari tak cukup tanah dah.



    GADIS BUNGA:
    Burung hantu? Heee seramnya. Mata burung hantu tu jer cukup la.

    ReplyDelete
  23. MAMA
    JU:
    Saya pun tak tahu rumah tu sebelah mana Mama Ju. Setahu saya, area
    Pandan Indah ni semua rumah batu dan moden semua. Pokok besar pun takda.


    ANYSS:
    Heeee... tak berapa ingat cerita panjang lebarnya.

    ReplyDelete
  24. NM02:
    Scary gak masa tulis. Tu yang tulis siang-siang. Hehehe


    AYU AKUZLE:
    Memang yg kesian adalah cikgu. Budak-budak yang kena histeria ni, automatik jadi kuat dan berat, kan?

    ReplyDelete
  25. NORHAIZAN HAKIM:
    Hantu raya terlepas? Ayooo lagi seram!



    MAKCHAQ:
    Wahhh kiranya Makchaq ni kategori berani niii. Boleh jadi bomoh nihh.. hehehe

    ReplyDelete
  26. KELLA:
    Biasanya histeria ni memang berjangkit. Lepas sorang, yg tengok akan rasa seram dan nak menjerit sama.



    KHAIRIN ANIES:
    3 hari 3 malam? 3 jam pun dah letih. Kena minum air penawar tauuu...!

    ReplyDelete
  27. ACIK MLMW:
    Syukur juga Alia tak kena, sebab sejak ada kes tu jer, dia tak pegi sekolah.



    JUNAINA:
    Kalu kat asrama biasanya kena usik dan kena tindih jer.

    ReplyDelete
  28. Masa dok asrama zaman sekolah menengah dulu pernah dengaq bunyi "bising" di telinga sebelum tidoq. Alhamdulillah, setakat tu saja, tak pernah la histeria atau gegaq2 katil ka apa. Takut terketaq2 sebab nak baca ayat apa pun tak boleh masa tu, mulut rasa terkunci. Na'uzubillah, janganla kena lagi macam tu.

    ReplyDelete
  29. DINAS
    ALDI:
    Biasanya memang asrama selalu ada kes. Maklum budak-budak asrama ni dara
    sunti. Darah manis. (tambah kalu time period). Ada jer gangguan yg
    datang. Sebab tu kena ada kekuatan dan pendindingnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails