Tuesday, October 30, 2012

“KLCC tu boring sebenarnya...!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
30-10-2012


Cerita jalan-jalan, kawad kaki lenggang tangan. 4 orang anak dara dengan diketuai oleh seorang makcik sebagai pemantau juga mentor. Mentor apa? Ntah!

Memang plan nak lunch di restoren ini. KLCC. Orang punyalah ramai. Daftar nama dulu. Mujur cuma kena tunggu 20 minit. Sempat la meronda farmasi cari barang, then naik balik ke 3rd Floor.


Aku lebih nak masuk ke Ben’s sebenarnya, tapi takda sokongan.



Agak gelap, nak snap cili besar kat belakang tuh!



Sebahagian pilihan atas cadangan Dak AMOI. Sebab ni restaurant paberet dia. Yang best, kat sini air boleh di‘refill’ macam kat Mekdi. Malah jika order Nachos pun boleh refill, tapi kami tak order. Jagung tu tak sedap. Ayam goreng rasa manis sebab ada madu. Not my taste. Mashed Potatoes tu lazat!

AMOI komplen, cawangan sini tak sedap macam dia makan di cawangan Chili’s area sebelah Damansara.

KLCC sebenarnya bukan tempat orang macam kami, wpun dekat saja dengan rumah. Anak-anak dara aku biasanya datang sini hanya untuk wayang, tapi cadangan wayang hari itu tak dapat sambutan sebab takda citer best!

Masuk kedai buku Konikuniya adalah acara wajib.

Pastu boring taktau nak pegi mana. Orang sangat ramai macam beli barang tak perlu bayar. So apa nak buat? Masing-masing boring! KLCC boring!


Kami akhirnya pergi AEon yang paling hampir dengan rumah. Taman Maluri. Tu memang ‘tempat’ aku. Senang nak pilih barang.

AMOI: “KLCC tu boring untuk orang yang takda duit. Orang kaya tak boring punya.”





~...mungkin ramai tidak tahu, malah hampir seluruh rakyat Kampung Separuh Desa tidak pernah tahu bahawa sebelum HISYAM tiba serentak munculnya SERI BULAN, mereka ibarat musuh yang bakal mengebom kubu masing-masing, akan menembak kepala andai tersalah jengul, tetapi kebun getah menyelamatkan mereka, lalu kubu tidak lagi dimusuhi, malah menjadi laman kenangan...~



 




23 comments:

  1. Betul kata amoi. Sy pun rasa klcc tu boring sebb takde yg boleh dishopping. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLCC tu popular adalah tempat makan dan wayang saja. Kalu barangan, memang banyak pilihan di tempat lain.

      Delete
  2. dtg sini pun sbb nak pergi taman...nak masuk dlm fikir 2 x sbb ramai betul orang...lagipun anak2 kecil lagi hilang susah pulak....

    ReplyDelete
  3. Salam AA,

    Steak kat Chilis lagi sedap dari Ben's.
    Auntie pulak suka shopping kat KLCC..dah tuh santai makan2/minum
    kat luar perkarangan Dome nengok orang yang bermacam2 ragam..hik3x

    ReplyDelete
  4. KLCC boring bila weekend sebab:

    - sendat dan manusia
    - rasa macam pergi shopping complex kat Bangladesh..tak pun Nepal

    ReplyDelete
  5. Dah lama gile tak g KLCC. Chilis? Entahlah. Sy mkn kat Citta Mall, euwww! Ke mmg tak kena dgn tekak sy? entah. Sy kena try yg kat OU kot sbb rmi kate situ sedap.

    Better Fridays than Chilis.

    ReplyDelete
  6. klu ke klcc cuma pergi taman air dan petrosains je....

    ReplyDelete
  7. bukan KLCC jer boring utk org yg tak ada duit, kalau tak ada duit, pergi manapun boring!!!

    ReplyDelete
  8. KLCC tu letih kaki nak menapak kak azie weyyyy... Aina kalau tak de hal tobat tak pi.

    ReplyDelete
  9. Ella pun kdg2 malas gi KLCC. Too pack. Nak parking susah. Nak naik escalator pun jem.

    ReplyDelete
  10. Walaupun kerja di KL, tapi dah lama x berselera nak berpeleseran kat KLCC. True, AEON lebih 'sedap'

    ReplyDelete
  11. Aeon..
    memang happening dari KLCC...
    hehehehehe....

    ReplyDelete
  12. saya makan KLCC gak..
    Keropok Lekor Cecah Cili

    ReplyDelete
  13. saya lebih rajin pusing jusco maluri dari klcc. klcc tu buat tembak2 dari luor je...hihihi~

    ReplyDelete
  14. yg pnting dpt outing dgn anak2......

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    Saya jugak mati kutu kalau ke KLCC. 2 tempat je yg best: Wayang & kinokuniya...lain2 kalau nak lepak buang masa bolehlah.

    Mungkin bukan taraf daku kot ;)

    ReplyDelete
  16. salam sis aa.
    Ekeke siannya.sabar2

    ReplyDelete
  17. Kalau ada kedai "hardware", kedai kamera, dan kedai barangan elektrik, walau di mana pun, saya akan berasa gumbira. Tak akan jadi boring. Walaupun, seperti selalu, tak beli apa-apa pun. Cuci mata pun dapat kepuasan, tambah-tambah sebab "free of charge".

    ReplyDelete
  18. masuk klcc ada 5k pun bleh habis kalo btol2 sopping

    ReplyDelete
  19. ada berkoyan-koyan duit pi mana pun tak boring.aku setuju sgt dgn dak amoi hehe ;)

    ReplyDelete
  20. kakcik setiap hari lalu KLCC - lalu je laaaa... :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails