Tuesday, October 30, 2012

Derma darah: semangat aku merudum 50%...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
29-10-2012


AA dah pernah citer dulu, pasal menderma darah di Pusat Tabung Darah Negara, di Jalan Tun Razak. Tapi cubaan untuk menderma darah, gagal.

Sebab kurang zat. Disuruh makan sayur banyak-banyak. (masa tu rasa bengang sangat, takkan lah sebesarrRRR bagak cam aku ni dikata kurang zat? Memang kero sungguh mata misi tuh!)

Kemudian seorang rakan FB posting info pasal darah. Dan jelaslah kini sedikit kekeliruan.


Dapat baca dengan jelas tak?



Cuma, jika kita mendaftar di kempen-kempen derma darah luar, tak kira la di dewan orang ramai ker di supermarket ker... ada tak ujian sebegitu? Nampak macam mudah jer... Masa dengan xtvt sukarelawan dulu pun, kami pernah organise program bersekali dengan kempen derma darah. Ramai jer yang pergi derma, seolah-olah tiada kesulitan langsung. Sebab tu aku melihat DERMA DARAH sangat mudah! Dan bila kena reject, aku tak boleh terima!

Takpa lah, aku belum layak nak menderma. Semangat nak menderma dah merudum pun!

Itulah, walaupun aku suka makan sayur dan dilihat sangat sihat — nampak terlebih sihat — itu bukan jaminan boleh membantu orang yang sakit. Hmmmm....




~...hari yang penat bukan menjanjikan ada orang sudi mengubat atau mengurut urat (or mengurat), tapi bila SERI BULAN sudi menuang Kopi bukan Jantan — walau seperti air telaga keruh — HISYAM terpaksa juga mempamerkan senyum walaupun kelatnya lebih dari Kopi bukan Jantan itu sendiri...~


 




30 comments:

  1. aku jgn kata derma darah nak ambik darah dihujung jari pun aku rasa nak pengsan beb :(

    kat rumah aku ada set test glukos dlm darah.setiap kali hubby nak cucuk aku jerit dulu kuat2 hahaha :D

    alat mcm pen jer letak kat hujung jari pastu tekan.itu pun aku takut.anak aku cakap 'mama ni apa pun tak bole' hohoho mcm tagline pak yus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah jarum darah yg macam mata pen pun ko dah takut, memang ‘apa pun tak bleh la’ hang ni Combi. hahahaha

      Delete
  2. Azie...
    menderma darah bermakna menyelamatkan nyawa...
    akak jika tak pernah sakit teruk yg perlukan darah memang tak tahu pentingnya darah yang didermakan...
    Kekurangan darah bagi pesakit boleh mengakibatkan kekurangan oksigen... ALHAMDULILLAH.. dengan darah yang didermakan akak dapat bernafas kembali setelah sebelumnya mengalami kesukaran nak bernafas..(dah sesak nafas).
    Akak amat berterima kaseh berjuta-jutanya atas mereka yang menderma darah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat suka nak menderma Kak. Sangat ingin menjadi antara penyumbang darah. Kalu boleh nak derma tiap tahun. Apa kan daya, belum sampai hajat saya....

      Delete
  3. citer pasal derma darah .. saya dah jarang derma kak
    x der kesedaran saya nie kak
    takuttttttttttt huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh takut juga ya? At least pernah la juga menyumbang darah. Tahniah...!

      Delete
  4. niat tu ada, tapi kesungguhan belum datang.. hehe

    ReplyDelete
  5. saya takut derma darah. kat ampang point selalu ada kempen ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah takut, kempen depan mata pun tak terpegi, kan? Alahai... kalu Kak Azie boleh, memang nak derma selalu!

      Delete
  6. saya baru dua kali menderma darah. darah saya kategori "O"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama. O juga. Jeles saya awak dah pun menderma 2 kali!

      Delete
    2. tempat kerja saya setiap ujung tahun ada program derma darah.

      jadi para pekerja ada peluang utk menderma :)

      Delete
    3. Salam kulaan.. Azie Dan Jagau ..

      Akk pun darah jenis 'O'. Sudah berhenti menderma darah bila umur mencecah 55. :)

      Insyaallah tiba masanya nanti Azie Ada peluang menderma darah.. :)

      Delete
    4. Salam kulaan Kak Ya. Banjar juga eh?
      InsyaAllah, saya sangat berharap suatu hari nanti dapat juga saya menderma darah.

      Delete
  7. Salam. Kalau dah ada niat yang baik tu, insyaAllah tak lama nanti dapatlah menderma darah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sila masuk. Terimakasih.
      InsyaAllah. Saya sangat berharap.

      Delete
  8. Hanya sekali kakcik berpeluang menderma darah...

    ReplyDelete
  9. Niat dah ada tu yg terbaik.
    Kakak ni takut AA. Tak pernah pun menderma (kedekut kan)
    Nampak jarum pun masya-allah ngilunya tak terkata.

    ReplyDelete
  10. sebelum derma kat PDN, dia mmg check level iron akak ke?

    ReplyDelete
  11. Salam sejahtera AA

    Walauapa pun tahniah, Mama tak pernah, kdg tu teragak2...tua tapi takut!
    semlm tampalgigi takut jugak...padahal tak sakit pun!

    ReplyDelete
  12. setakat nie dah banyak kali jugaklah menderma


    yang tak syok nya .... buku merah tu hilangggggg


    dah carik tak jumpa jumpa lagi ...


    mana letak , entah

    ReplyDelete
  13. perempuan memang selalunya kurang hemoglobin tu..
    sebab tiap tiap bulan kita buang darah

    ReplyDelete
  14. semangat yang ada tu dah cukup bagus kak azie.. tp mungkin kesihatan akak lebih utama bagi mereka.. takpe kak.. makan aje sayur byk2 lagi biar zat besi akak bertambah dan boleh derma darah nanti.. semoga selepas ni hajat murni akak tu akan dapat tertunai.. saya pulak dah lama tak derma darah.. rasanya last derma darah 5 tahun yang lepas..

    ReplyDelete
  15. Saya sangat suka derma darah sejak zaman study lagi. Dah berjaya pengaruh dan pujuk rakan2 seangkatan dan yg terakhir, saya berjaya pujuk hubby da rakan2nya di kilang untuk derma darah. Saya tak guna buku merah pun. Asyik misplaced jer and saya tak kisah sebab saya ikhlas menderma. Niat saya, agar darah saya boleh membantu nyawa seseorang di luar sana. Kita kata kita takut nak derma (alasan majority orang), tapi bila kita berada di ambang maut dan perlukan darah, mungkin kita tahu nilai setitis darah kita.

    ReplyDelete
  16. Kak Azie, saya sambung sikit yer (macam nak buat blog sendiri plak kan). Keperluan body setiap orang adalah berbeza. Ada yang tak berapa makan sayur, tapi dia cukup zat, ada yang banyak makan sayur, tapi body dia guna banyak zat sampai tak cukup2. Tak apalah kak... yang penting kesihatan akak perlu di utamakan.

    ReplyDelete
  17. Aina tak pernah derma darah...tak berani langsung!

    ReplyDelete
  18. dah lama tak menderma.. ;)
    ada je halangan..

    ReplyDelete
  19. Munna pun blm pernah derma darah..... teringin tapi takut

    ReplyDelete
  20. x pe kak. sy ni dah 2 kali ni kena rijek. dah amik vitamin pun ni ha...kalau berjaya derma hjg mgu ni, alhamdulillah.

    sy mmg selalu ada prob pasal hemoglobin ni. n darah sy mmg cair. penah sekali tu sy kena tahan soh baring atas katil sejam lepas derma sebab cepat sgt, x sampai 5 min. doc kat situ asyik ulang cek sy pening ke x.

    mana2 kempen pun sama saja urusan pemeriksaan penderma. bukan apa, kang kalau kita pitam, bahayanya pada kita jugak.

    cuba lagi kak, jgn putus asa!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails