Tuesday, October 23, 2012

Cerianya Kamal Affandi walaupun “saya hanya serpihan jagung...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
23-10-2012


Pagi ini di MHI, penganalisa jenayah Sdr Kamal Affandi muncul dengan cerianya. Sejak keluar dari hosptal atas rawatan ke atas penyakit “Arteriovenous malformation” (AVM) — ada urat ekstra dalam kepala dan urat itu mengganggu fungsi koordinasi otak, berada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari.


Aku tidak mahu mengulas banyak tentang sakit dan rawatan tetapi Sdr Kamal hadir dengan wajah ceria dan penuh terharu.

Dato’ Dr Mohamed Ibrahim A, Wahid, pakar onkologi yang merawat beliau turut hadir menceritakan beberapa perkara berkaitan penyakit dan katanya, kesan sampingan hampir 0%. Masa itulah Kamal Affandi pegang rambutnya, “Ini rambut betul, bukan tanam.” Berseloroh pula dia.

Sebelum ini memang banyak pihak membuat seruan memohon bantuan untuk rawatan Kamal Affandi bagi menjalani pembedahan.

Dan dia menyebut betapa terharunya dia ke atas begitu banyak bantuan dari pelbagai pihak dan rakan-rakan yang mengenali juga yang tidak mengenali. Juga yang datang melawat beliau termasuk Dato’ Sharizat Jalil, beberapa orang kenamaan lain dan rakan taulan.



Memetik beberapa kata Kamal Affandi tadi:
“Saya hanya orang biasa, sebutir jagung, serpihan jagung....” Merendah dirinya dia.

“Kata orang, rakan ketawa senang dicari rakan menangis sukar dicari, tapi saya tidak mencari rakan menangis kerana ramai orang yang menangis bersama saya.”

“Saya akan melangkah selangkau lebih lagi selepas ini.”

“Ally cuba nak buat saya menangis, tapi saya tahan walaupun saya sangat terharu. Terimakasih semua.”


Kamal Affandi adalah contoh seorang yang kuat berjuang, yang aku yakin bukan untuk dirinya semata, tetapi juga untuk kita rakyat Malaysia! Kita perlukan ramai lagi orang seperti beliau.

Syukur, beliau sudah melepasi satu tahap dugaan...



 




18 comments:

  1. sebab tu saya kagum dengan beliau!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Azie

    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. penyakit yang dihidapi mmg jarang sangat org dapat...beruntung dia mendapat ujian begitu dari Allah swt

    ReplyDelete
  4. Semoga lekas sembuh. Pyh nak jumpa manusia yg merendah diri kan? Klu dirinya serendah kuli, mmg terus rendah2kan diri sendiri. Tp klu dirinya setinggi menara, adoi....

    ReplyDelete
  5. Siapa pun akan kagum dgn beliau azie. Lontaran kata-kata ketika memotivasikan org buat kita tunduk befikir ditambah sifatnya yg terlalu merendah diri - terbawa walau sedang sakit kuat semangat juangnya..

    ReplyDelete
  6. Aina suka tengok setiap kali dia bercakap. Penuh keyakinan.

    Semoga dia sembuh sepenuhnya secepat mungkin.

    ReplyDelete
  7. ceramah beliau cepat terserap dalam hati kita...
    mmg terkejut beliau sakit..kita sebagai hambanya tak kan lari dr dugaan hidup....
    moga beliau cepat sembuh.....

    ReplyDelete
  8. Memang banyak dugaannya. Keikhlasannya sering dipermainkan. Namun beliau ialah seorang yang pemaaf, asal saja lawannya itu turut mengakui. Berkawan tanpa memandang taraf dan sangat bijak berkomunikasi. Aura ceria beliau sentiasa tersebar ke sekeliling. Pantang buka mulut, terbahak2 kami bergelak ketawa bersama. Sebagaimana dia menghalalkan ilmunya kepada masyarakat, sebegitu juga Allah melimpahkan rezeki kepada beliau, Amiin.

    ReplyDelete
  9. Syukur lihat beliau berjaya jalani pembedahan itu

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. moga perjuangan tdk berhenti

    ReplyDelete
  11. dia sungguh humble kan kak azie.. suka tengok muka dia, senyum jek..

    ReplyDelete
  12. moga terlaksana impian selanjutnya..

    ReplyDelete
  13. alhamdulilah..dia telah melepasi ujian yg di hadapi nya teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah, selamat segalanya :)

    ReplyDelete
  15. Terimakasih kepada semua yang mempamerkan ehsan seraya mendoakan saya. Tiada apa yang mampu saya balas kecuali berdoa ke hadrat Allah supaya anda semua diberi balasan ehsanNya juga di hari tiada penolong kecualiNya.

    Kamal Fnd Hashim

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails