Friday, October 5, 2012

Kes aniaya: kenapa kita tidak marah? sebab TUHAN bayar cash...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumaAAt
05-10-2012



Aku rasa aku akan menulis sedikit panjang di entri ini. JANGAN baca kalu tak larat. Tiada langsung niat untuk meraih simpati. Langsung tidak.

Tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, sekeliling kami, sekeliling mereka dan sekeliling aku. Sejak tahun-tahun dulu. Tidak berakhir dengan baik tetapi berlarutan dan tanpa aku duga sekali pun, ianya menjadi berkait-kait sesama sendiri.

Kita kadang tidak sedar (pesanan buat diri sendiri juga nihh..) apa yang kita sebut, apa yang kita ungkap dan apa yang kita buat. Banyak keadaan kita tidak sedar, kan? Bak kata kawan jahat aku: ‘bila taik gigi rasa coklat, orang perhatikan apa kita buat pun kita tak sedar’. Dengan kata lain, jika sedang dalam percintaan — tak kiralah, baru jumpa cinta atau bercinta lagi dan lagi — semua rasa indah dan janji semua manis belaka-belaka.

Lalu leka dan tidak peka dengan persekitaran. Langsung terlupa hendak melihat mana rahsia, mana bukan lagi rahsia, apalagi mana yang boleh dikongsi dan yang mana langsung tidak boleh. Ada orang mudah melatah, tanpa usul periksa, tanpa bertanya. Tak perlu pun menyiasat susah-susah, tetapi setidak-tidaknya mengambil sedikit masa untuk menilai, membanding atau mengkaji dengan mata hati.

Dan yang terjadi ialah, cerita yang dibawa memutuskan sebuah persahabatan yang selama ini dianggap seperti keluarga. Alangkah sedih pula bila kesan dari itu hilang sudah kepercayaan bertahun kerana  terlalu kecewa dituduh sebagai bermulut jahat sedang perkara jahat itu hanya dibawa orang?

Kemudian beberapa rentetan perkara terus juga aku dapat melihat, ‘mendengar tanpa perlu telinga’, membaca lalu memikir sendiri. Jika yang dulu boleh dianggap dendam amarah, sudah lama sebuah lagi persahabatan akan hancur. Tetapi mana mungkin orang berbuat jahat aniaya kepada kita, harus juga kita membalas serupa? Lalu apa bezanya? Tetapi, yang berlaku hari ini tidak dirancang, orang lain pula yang membalas  “bagi pihak” kita. Tak sangka, kan?

Selepas satu kekecewaan, satu demi satu perkara tidak gumbira dilalui mereka. Ada ketika aku seperti hendak kata, “Itu la... dulu lupa pernah mengadu domba, pernah menuduh, pernah membongkak diri, over confident hidup akan sentiasa berpangkat atas... lihatlah hari ini. Tuhan hendak membalikkan nasib seseorang sangatlah pantas.”

Sebenarnya, jauh di sudut seorang aku sangat sedih bila melihat, bila membaca dan mendengar orang-orang yang pernah aku kenali, pernah aku sayangi, melalui keperitan hidup. Aku pun tak senang, perit juga (tidak mampu, kata Kawan Kaya aku) tetapi aku turut sedih melihat sebuah kehancuran hidup orang yang aku kenali. Sedangkan ketika zaman gemilangnya, dia angkuh sekali bahawa langit tu sentiasa cerah. Lupa bahawa ada kata-katanya mengecilkan hati kawan, menghiris hati teman sehingga mengakibatkan ada orang putus sahabat. Lidah oh lidah... (buat Sup Lidah, sedap!)

Bukan aku tidak pernah lupa, dari mulut yang ada lidah (buat Sup Lidah, sedap!) yang sama itu pernah juga menganiaya (aku berani sebut aniaya) dengan cerita-cerita yang bertentangan supaya kawan sendiri terus dimusuhi. Sedangkan mereka sendiri sedar, dalam beberapa perkara, kerjasama yang diamanahkan sangat cemerlang (pun aku berani sebut cemerlang). Begitulah, politik di mana-mana.

Lidah oh lidah (buat Sup Lidah, sedap!) memang berkuasa untuk menggembirakan, malah juga untuk menjadikan seseorang dipandang jahat, dipandang tidak baik lalu segala budi dan sisi baik terus dilupakan. Diabaikan sama sekali. Malang sungguh...

Tuhan Maha Adil. Benar kata kawan jahat aku; “suatu hari kebenaran akan datang, cepat lambat saja.”

Untuk memulakan semula sebuah persahabatan yang putus pun kelihatan mustahil. Lagipun, bila sehingga ke tahap mereka sendiri mewar-warkan setakat kawan-kawan, sikit pun dia tak hairan. Kalu ada duit bertimbun, buat apa nak ada kawan lagi? >  mampu sengih saja...

Dan sesungguhnya aku sangat kesian kepada mereka itu. Bukan hendak menyebut balasan, tapi mungkinkah juga hukum karma? Apabila terlalu yakin dengan kehidupan hari ini, janganlah lupa hari esok yang mungkin berubah. Tuhan bayar cash. Jangan aniaya orang, terutama jangan aniaya anak-anak, jangan aniaya pasangan, jangan aniaya kawan yang selama ini berlaku baik...

Apapun aku sentiasa mendoakan mereka itu terus sejahtera dan terus maju jaya, terus kaya raya, terus cantik jelita, terus gumbira ria. Aku tetap aku seperti sedia-ada. Biasa-biasa saja.

Yang pasti aku sentiasa memaafkan mereka, malah tidak langsung merasa sebarang dendam. Aku mahu aman.

PEACE...!





~...di sudut tepi pintu serambi, SERI BULAN bersimpuh dalam resah sambil hati tidak keruan di jeling HISYAM dalam samar lampu minyak tanah kerana harus menjawab banyak soal-tanya dari Pak Utih dan Mak Utih, namun di penghujung jawapan, dia harus mengakui isu kasih sayang orang tua itu sebenarnya sama seperti kasihnya yang teramat terhadap SERI BULAN...~


 




7 comments:

  1. Salam AA,

    Ratna juga pernah mengalaminya punca dek 'LIDAH'itu... yang jelek hairannya diri ini tidak lansong termasuk didalam group Ratu-ratu tersebut, namun oleh karena berhasad dengki yang meluap kok diriku yang jadi mangsa tembakan cercaan yang bertaraf "PARAH'... walhal tidak tahu menahu punca asalusulnya persengkataan tersebut, lantas serta-merta diriku disisih jauh... lama nian.. dan Ratna hanya biarkan dengan kuasa Allah Ta'ala, pada hari yang terpilih olehNya maka berduyun-duyun lah yang datang dengan esakan&linangan airmata yang bercucuran + hadiah-hadiah dimana Ratu-ratu semua memohon kemaafan bertaraf nasuha lagi... iya AA.. kebenaran itu akan menjelma pabila tiba waktunya... Ratna hanya percaya kepada yang maha bersih dan benar sahaja jadinya tidak rugi berdiam diri dengan maruah&martabat diri yang dijagai murni seperti semahu dariNya...

    Ratna hanya berbaik dengan mereka semua hanya sekadar yang mungkin sahaja karena apa yang telah terjadi Ratna ada kan ruang darjat antara mereka dan Ratna, tidak mengenali mereka sepenuhnya dan tidak berhasrat untuk mengenali mereka karena kehidupan mereka sudah bertaraf jatuh tersungkur dek sifat keangkuhan yang disangka akan bermahkota diminda-kepalanya untuk selamanya, namun...

    Yang berada dipuncak tinggi berpaksi kan dengan keyakinan yang riak lagi sombong tidak akan lama berpeluang menikmati berkat kegemilangan yang lip lapnya hanya bercahaya samar-samar itu...

    Salam manis semanis madu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ketika kita rasa serik dengan kerenah kawan sendiri. Tetapi kita harus juga belajar menerima manusia itu tidak sama. Ada saja yang tidak puas hati seperti mana kita juga sering tidak puas hati pada orang lain.

      Delete
  2. walaupun saya masih muda remaja (ekekekek!!!), saya pun dah pernah terkena tempias kuah sup lidah yang tengah panas menggelegak di dapam periuk atas api.

    pedih. tapi takpe. sabar sikit, cari jalan keluar and get a better life. biarlah sup lidah tu mendidih sampai kering.

    ReplyDelete
  3. Perlu la ikhlas dlm sesuatu persahabatan
    Sahabat yg baik xkan sakiti sahabatnye sndri

    ReplyDelete
  4. Kak azie,
    Memang bahana sup lidah nih!! Sekali kena, serikkkkk.. Huhuhu. Btw, sabar ye kak. Tuhan tu ada. :)

    ReplyDelete
  5. Hi Azieazah, how you doin'? Just dropped by say hello.
    As my bahasa is out of tune, I am unable to faham your cherita.....nanti takut silap get mistaken asking for a date pulak. Lecheh tu. Ha ha.
    Have a nice weekend. Simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails