Saturday, October 6, 2012

Sampai sekarang aku tetap kata ND Lala tu masih kacak!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
06-10-2012


Sejak dia balik selepas memenangi pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, Chin, dia diundang ke banyak stesen radio juga program tv.


Hari itu aku dengar dia di Sinar.fm, kemudian dia juga berada di studio Hot.fm. Kemudian semalam tonton dia di program 9 Soalan di TV9.

Apa yang menarik perhatian aku, ialah cara dia menjawab, cara dia menceritakan tentang kemenangan itu. Dia kelihatan semakin matang dan penuh yakin. Ketenangan dia menjawab soalan-soalan berisiko pun jelas menunjukkan keyakinan diri dia yang sangat tinggi. Terutama soal wang kemenangan RM5 juta yang sebenarnya dalam bentuk dana, bukan tunai yang akan dilaburkan untuk mengembangkan kariernya di Shanghai kelak.

Melihat sendiri detik pengumuman juara pertandingan tersebut, melihat gelagat artis legend China, penyanyi tersohor mereka Alan Tam memang sungguh mencuit hati. Detik itu pasti menjadi memori manis buat Shila, tentunya. Ternyata bakatnya diiktiraf, walaupun dia seorang gadis penyanyi dari negara Islam dan imej berhijab pula.

Kesimpulan, selain dari penghargaan yang Shila sebut terhadap peminat, rakan media dll, aku yakin penghargaan dan pujian tertinggi adalah kesyukuran dan juga kepada ibuayahnya yang menjaga, membimbing dan mengawasi dia sentiasa. Kita sentiasa yakin bahawa anak-anak yang mendapat restu dan bimbingan ibubapa selalunya akan beroleh kejayaan.

Di zaman aku dulu, ND LALA (Amir Hamzah) adalah seorang pelakon drama yang terkenal sebelum menjadi pelakun filem. Sapa masih ingat drama lakunan dia yang menjadi bualan bertajuk Penghujung Rindu bersama Liza Abdullah (sekitar 80-an). Ada 2 siri drama itu, drama RTM, hitam putih masa tuh. Aku suka drama tuh...

Masa dulu ND Lala ramai peminat kerana dia tergolong artis lelaki yang hmmm... good looking. Sampai skang pun aku tetap kata, ND Lala memang masih kacak!

Tahniah Shila. Malaysia bangga dengan you!





 




43 comments:

  1. Penghujung rindu ...... memang separuh gila masa tu kan .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ingat juga ya? Dulu, ND Lala ni macam artis Korea yg zaman sekarang orang dok gila.. hehehe

      Delete
  2. memang minat anak nd lala..bapak nya tengok2 gitu je..tak dinafikan..kacak jugak..hee.. :D

    tapi dengan shila ni..makin minat...sebab dah mula berhijab. mudah2an kekal la begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ND Lala ni popular masa zaman Kak Azie sekolah menenganah dulu. masa tu standing la dengan Razis Ismail, Nasier Wahab, Siti Fairuz... Mula tu berlakun drama, then filem kemudian jadi penyanyi.

      Delete
  3. Tp mmg sedap suara dia....

    X ingat la dh citer lakonan ND lala tu...huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yg lahir pada tahun 60-an, membesar dengan lagu-lagu retro dan drama zaman itu. Yang baru-baru, ramai yang hanya kenal nama beliau saja.

      Delete
  4. shila mmg ada bakat. suka tgk persembahan dia sejak dr dia msk 1 in million kot tak silap. lps tu dlm mania. tak tau nape nama dia tak berapa nak gah kt sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia berani semasa masuk One in Million dulu, sebab dia dah jadi penyanyi time tu. Tapi dia sentiasa belajar memajukan diri dia.

      Delete
  5. tak sangka boleh berbahasa cina juga...
    tahniah shila........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia citer dia pernah sekolah tadika dan sekolah rendah di sekolah Cina sehingga Darjah 2. Untuk pertandingan ni, dia memang masuk kelas dan belajar sungguh-sungguh.

      Delete
  6. penghujung rindu, ingat2 lupa la..tapi tak dinafikan nd lala memang kacak, saya minat shila ni, cantik pulak lepas dia berhijab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betullah. Shila dah bertudung, semakin sweet dan berseri la pulak.

      Delete
  7. Ooooo........

    peminat nd lala eh?
    puja sakan wakaka...akak foooooooonnnnnnn ahak3

    drama dia ngan halina kamsan, yg depa menyamar konon dah nikah, pastu haslina mati bersalin, tu citer apa tuh, best gak tuh kalau diulang tayang ek? ada moral kat situ...

    eh nanti akak baca lagi, kawan dah tunggu nak pi lawat sedara sakit, tata Azie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Kak Queenie, saya terus teringat drama tu. Berlakun, ND LALA dan Haslina Kamsan terlanjur dan mengandung. Si ND LALA bagi dia minum ubat apa ntah, macam-macam. Tetiba si pompuan (Haslina) mati keguguran, kan?

      saya ingat ingat lupa drama. Best, kan? Memang patut menjadi tauladan.

      Delete
    2. Ehh... bukan keguguran. Ya mati bersalin. Depa menyamar kat tuan rumah yg depa sewa rumah tu konon depa dah kahwin.

      Delete
    3. betul tu, macam real jer citer tuh ek? akak berdebar2 masa tuan umah tunggu emak bapak depa, naper tak dtg2 jenguk jenazah anak menantu depa kan? sebab tak logic kalau depa tak dtg...cemas sgt masa tu...mungkin drama tu dari kisah benar kot hehehe (memandai jer ek?)...

      drama dulu best2 jugak la...macam drama titian lakonan azean ngan ahmad tarmimi...dan semua drama lakonan mereka juga rahim razali, izaidah khairudin...best2...kalau diulang tayang alangkah baiknya, dapat jugak kita pandang pesen baju dan stail rambut kita zaman dedolu hahaha...apa yg ada pada artis, ada pada kita hek3...

      tak gitu Azie?

      Delete
  8. nd lala, jay jay, nasser wahab - tu sume kategori kacak lagi tuh kak. kehkehkeh!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Suka dgn dia sejak dulu...kagum sebab dia anak KL yg mana2 pegi mesti bapak dia nan ensem tu teman sooooooooooooo sweeettttttt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang kita nak jumpa artis hari ini sebegitu, esp. yang towngirl. Biasanya depa lebih suka bebas buat keputusan sendiri atau lantik orang luar sebagai manager.

      Delete
  10. dolu2 mmg tak minat sangat nd lala & shila nih. tapi lelama tgk shila ni makin best pulak. terus minat dia, dengan bapak2 dia sekali. haha

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... ni kira minat ikut package la ya?

      Delete
  11. maintain je muka nd lala tu kan....mmg dia ensem jugak masa muda2 dulu...kecik2 dulu ada jugak saya tgk dia nyanyi n berlakon kat tv...tp da tak ingat lagu n drama ape...

    pandai dia bentuk anak dia...sehingga berjaya ke tahap nih...kelebihan shila adalah selain mempunyai pakej fizikal yang menarik dia jugak berkebolehan berbahasa cina dan english dengan baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara lagu ND Lala yang popular ialah ‘Alahai YB’ lagu sinis sindiran kepada wakil rakyat.

      Delete
  12. bestkan kak tgk shila nyanyi, mmg best suara dia, cantik lak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Package dia lengkap, tapi dia mengambil masa yang lama untuk menonjol. Tapi kali ini sngat berbaloi.

      Delete
  13. acik pun tengok masa tu azie..penghargaan semua masa tu acik pun ikut sama macam nak nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Acik. Saya pun sama terharu melihat detik pengumuman tu.

      Delete
  14. ND Lala bukan saja masih good looking tapi juga seorang jutawan. Wajar dijadikan contoh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh yang baik dan bukan nak hasad dengki pula, kan?

      Delete
  15. Sampai sekarang saya pun setuju dengan Azie.. ND lala kacak.. Shila sweet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Terimakasih menyokong pula.
      Saya rasa Shila sweet lebih ke wajah mama dia.

      Delete
  16. drama PENGHUJUNG RINDU tu memang berhantu betoi .. ada sambungan pulak sebab ramai yang minat giler. Cerita cinta budak2 muda yang juga berjaya dalam pelajaran .. saya pun jadi ' angau 'nonton citer tu .. nonton penuh penghayatan. Hero ke dua .. MUBARAK MAJID .. memang tika itu rasa simpati berbelah bagi ... antara ND LALA dan MUBARAK .. memang berkesan di hati betul drama tu. Si SHILA ni saya suka suaranya .. lantang dan power. Tapi tu lerr .. macam ada yang tak kena bila dia kurang top . nampaknya kejayaan di CHINA bakal menyerlah bakat nya di peringkat antarabangsa. Malam tadi ter nonton GALAKSI .. walaupun di provoke oleh pengacara dgn soalan-soalan panas .. dia maintain cook je menjawab .. ala-ala CT NURHALIZA gitu .. TAHNIAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh nampaknya awak lebih ingat dari saya. Saya lupa banyak part. Cuma dok ingat kisah Liza Abdullah tu student U, bercinta dgn ND Lala dalam drama Penghujung Rindu tu. Lupa terus pasal Mubarak Majid.

      Ya, jika Shila kekal dgn sikap merendah diri tetapi berisi itu, tak mustahil dia pun boleh jadi penyanyi hebat. Sekarang pun, dia sudah menjejak dunia antarabangsa.

      Delete
  17. saya x sangka shila anak ND lala .. sbb saya juga peminat dia kak ;))

    ReplyDelete
  18. pernah tgk satu filem je lakonan ND LALA ... tapi dah lupa tajuk dia yg ada sallih yaakub dgn ar badul tu... liza abdullah pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu filem Jejaka Perasan. hehehe memang kelakar jer tengok filem tu.

      Delete
  19. Tahniah pd ND Lala and Shila Amzah. Anak beranak sweet and encem. Tak ingat lansgung filem2 ND Lala. Cuma ingat lakunan dia kat TV kut... kalu tak silap Siri Siput Gondang (Siput Gonde) bersama siapa ya... entah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak berapa ingat sangat filem dia. Kalu siri Siput Gondang tu lagi la saya tak ingat.

      Delete
  20. oh...saya sangat gilerkan drama yang bertajuk 'penghujung rindu' itu...dah tentu juga saya jatuh cinta pada ND Lala, padahal waktu itu saya baru darjah 3 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh ya ker? Masih ingat ya? Seronok kalu kita dapat tengok balik drama tu kan?

      Delete
  21. Kalau azie boleh download drama penghujung rindu tu kat blog azie lagi bagus, boleh sama sama kembalikan nostalgia zaman kegemilangan nd lala

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails