Friday, May 31, 2013

Gathering Blogger lagi: Pengumuman...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
31-05-2013


Salam Jumaat.

Saya letih. Lalu idea pun macam dah habih. Tak dapat la nak melebih-lebih.

Esok ada BBQ Gathering bersama blogger bertempat di Bandar Baru Bangi.

Selaku Urusetia — yang melantik dirinya sendiri — saya suka juga nak menjemput para blogger yang sudi hadir sama memeriahkan gathering kali ini.

Tiada agenda khas atau aturcara rasmi. Sekadar duduk lepak, santai berkenal mesra bertanya khabar. Makan gelak. Makan gelak.

Sudi-sudikan:

Program: BBQ Gathering Blogger
Tarikh: 1 JUN 2013, Sabtu
Tempat: Musollah Ehsan, Bangi (No. 8 Jalan 3/6F)
Masa: Bermula jam 3.00 petang
Konsep: POTLUCK
bawa la apa yang mahu, tapi tiada paksaan, sebab biasanya makanan memang berlebih.




Map ke lokasi kejadian.

Terimakasih kepada blogger Dato’ LF yang sentiasa sudi menjadi ‘tuan rumah’ lokasi sejak dulu lagi.

Juga kepada para blogger yang sudah mengesahkan penajaan makanan BBQ untuk esok.

Jom kita enjoyyyyy....!







 ~...mengharap kerang bakar terbuka sendiri adalah mustahil selagi arang tidak berperang, selagi sabut tidak direbut dan selagi itulah juga HISYAM terkial mencari punca buluh untuk meniup sampai kembung pipi dan SERI BULAN terkekeh ketawa melihat teman sejati macamkan orang asli...~




Thursday, May 30, 2013

Saya adalah Buah Cempedak di Luar Pagar itu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jumaat
30-05-2013



Sori Berlori again, kerana lately semakin tak punya banyak masa untuk membalas komen juga untuk masuk mengomen di banyak blog. Ramai blogger baru yang masuk mengomen di sini, saya tahu. Memang saya tahu. Saya baca, saya sengih, saya senyum. Hati berbunga. Tapi kendian bunga tu menguncup semula, sebab nak menjengah kembali masa dah tak sempat.

Balik kerja minggu ini adalah jam 8.00 malam dari opis. Sementara turun ke tingkat bawah, masuk keta, si kakak yang drive tu belek itu ini, sapu minyak kat hidung dan leher, betulkan cermin baru keta gerak > semua tu ambil masa 10–15 min. Lalu jika nasib baik jalan tak jem dalam masa 45 min baru sampai stesen LRT kat rumah dia. Sementara nak tunggu LRT + saya jalan kaki sedikit, setengah jam kendian baru saya sampai rumah.

Tak perlulah bayangkan. Cukup sekadar baca.

Mujurlah, pengalaman bertahun-tahun berhadapan dengan ramai orang, pelbagai jenis karenah dan bentuk tekanan kerja atas bawah kiri kanan dulu, kali ini saya langsung tidak merasakan ini suatu tekanan. Agak pelik, kerana saya happy jer. Saya masih boleh makan dengan gumbira, (makan laju plak tuh...) boleh bergelak, masih banyak idea untuk merapu semasa kami duduk makan, still boleh senyum dengan orang keliling...

...berbanding, beberapa orang yang saya lihat muka ketat hampir setiap masa, nada suara lebih berbentuk emosi, yang kadang-kadang saya malas nak tengok apalagi nak berurusan. Cuma saya nak kata, alangkah rugi membiarkan diri terhanyut bersama tekanan kerja.

Saya memang tak pandai, sebab saya budak baru belajar. Tetapi setiap ruang yang ada harus direbut untuk berada di dalam kelompok yang sama. Supaya saya juga dilihat ‘mampu’ berdiri sama tinggi dalam mengendalikan projek hebat dan besar > wpun kompom la saya ni memang jenis tak cukup tinggi...!

Hanya kita tahu sejauh mana kita mampu. Mungkin tidak ramai orang nampak apa yang kita boleh lakukan, apa yang boleh kita beri. Beri sedikit masa pada diri sendiri. Keyakinan jangan terjejas. Suatu hari, kita akan tersenarai sebagai orang yang boleh diharapkan.

Waktu tu, galah tidak lagi diperlukan untuk mengait buah cempedak di luar pagar itu! Buah cempedak tu pun sebenarnya berat, dan bila jatuh dari pagar sebenarnya sangat sakit, okeh!

Tayang-tayang:


Inti Popia versi saya. Dah lama saya plan nak buat Popia ni.
Inti = mix vege + chicken ball vege (jenama Farm Best, paket kaler hijau).



Gulung di malam hari (Senin kelmarin) sambil mata tengok siri Chamsarang Korea; I Miss You. So popia jadi kecik besar kecik besor. Dapat la kira-kira 80 pcs. Simpan dalam tepawer kedap, jangan terdedah nanti kering kejung. Goreng setakat mana yang mahu saja.


Antara hasilnya. Yang ini saya bawa untuk kengkawan di tempat kerja. Memang tak cukup kalu nak belanja semua orang, jadi sesapa yang duduk semeja dengan saya waktu sarapan awal, ada la rezeki. Sapa yang sarapan selepas kul 8.15am memang sori berlori.

No sos buat sendirik. So saya beli Sos Cili Thai ready made dari kedai saja. Sebab saya selalu failed bab buat sos. Kena la jadi ‘buah cempedak di luar pagar’ semula...!





 ~...sepanjang menganggap Pak Utih dan Mak Utih ibarat orang tua kesayangan sambil menjadi juru pandu dalam banyak hal dan urusan HISYAM sentiasa mendapat markah tertinggi yang diyakini oleh SERI BULAN adalah kerana bukan sahaja budi baik dan hati mulianya tetapi juga turut didorong oleh rupa paras menenang jiwa, mata sedikit sepet yang indah direnung, termasuk senyum di bibir yang kadang sumbing kadang kambing, akhir sekali mungkin kerana gelak rendahnya seperti irama indah di banyak telinga...~




Wednesday, May 29, 2013

Teringat Azie bila di Mekah.... (lagi?)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
29-05-2013


Buah tangan dari rakan sekerja yang baru balik dari umrah minggu lepas. Saya satu-satunya orang di tempat keja yang dapat sejadah sebab saya yang kirim. Sejadah kecil untuk muka dan mudah dibawa travel.


Katanya, “Akak memang asyik teringat Azie saja masa sampai di sana.” Alhamdulilahhh... terkejut juga saya.


Lately, ramai sungguh orang di keliling saya yang membuatkan saya terharu... dan pilu, dan rasa syahdu. Kemudian malu, sebab dah tua tak boleh nak menangis tersedu.

Selingan:

Bekal saya semalam. Bawal Curry + Bendi (dari kebun kawan sekerja). Set dengan Papadom Goreng Sendirik. Soya Jagung.

Untuk hasil lebih dramatik: pinggan free hasil kawan saya beli sabun pencuci kain. Memang disedekahkan banyak di pantry. Lalu saya makan berhidang macam rumah sendirik!

Oh ya, Kakak yang balik dari umrah tu bercerita, sebaiknya jika ambil pakej umrah, tak perlu teruja sangat dengan pakej yang ada banyak lawatan/ziarah. Sebab ada kes yang dia jumpa di sana, satu grup yang dibawa transit sampai 2 kali, then singgah lawatan Istanbul 2 hari. Pastu baru masuk Mekah. Masa tu, masing-masing dah letih sangat dan terjejas tumpuan untuk beribadat.







 ~...walaupun bukan sekali dua SERI BULAN pernah melihat HISYAM berduka dan berair mata, tetapi sedaya mungkin lelaki itu tidak mahu mengaku akan adanya rasa sayu dan pilu, lalu hujan yang turun di senja itu dijadikan alasan untuk melindungi basah di pipi sekaligus cuba menyejukkan bahang rasa dan menenangkan gelombang asrama yang disebut orang bergelora tapi membara...~




Tuesday, May 28, 2013

Berduit, tapi duit payah nak cuit...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
28-05-2013


Tempat kerja saya memang jauh dari mall. Jauh juga dari kompleks, wpun bersepah jer kompleks hebat area KD nih.

Jauh di sini maksudnya, kami tak akan mungkin dapat jalan-jalan meronda waktu lunch. Nak pegi dengan keta pun tak mungkin juga, sebab masa untuk pegi balik dah mengambil separuh dari masa lunch jadi tak pernah la saya dengar ada kengkawan kerja saya yang kuar waktu lunch semata-mata nak masuk mall meronda. Apatah lagi pada hari Jumaat, kami kaum pompuan tetap lunch sejam juga, sama saja dengan hari-hari lain.

Peluang untuk mengabiskan duit waktu lunch hampir tiada, so boleh la jimat (bagi yang nak jimat la). Lalu, berniaga apa saja di tempat keja saya ni memang ada potensi.

Saya dah test market dengan jual Tart Nenas Sepanjang Tahun. Peringkat permulaan setakat boleh jual 10 pek bagi saya adalah petanda baik, sebab tak lama lagi dah nak raya. Tu kira promosi pengenalan saja la.

Kemudian sorang kawan saya (yang selalu berurusan dengan saya bertahun-tahun sebab saya pelanggan setia dia utk kain ela, tudung dll) minta saya bawakkan kain ela dari China. Saya berjaya jual sebanyak 6 pasang (harga RM100 & RM120). Walaupun dicadangkan untuk ansuran 2x saja, tapi sebab ada yang merayu untuk installment 3x, saya beri kelonggaran semua orang boleh ansuran 3x.

Kemudian minggu lepas, saya bawak kira-kira 50 helai tudung pelbagai warna, gaya dan fabrik. Wahhh yang ini memang best, sebab sambutan hebat. Di department saya saja boleh jual lebih 20 helai. Tak mahal pun, harga sekitar RM25–RM45 saja. Department lain walaupun saya tak tunjuk, tapi saya letak di surau. Sapa berkenan, ambil dan lapor dengan saya untuk rekod dan bayar.

Yang tak best, ada sorang kakak senior (dah pernah dah orang ‘amaran’ pada saya tentang kakak ni cenekel skit bab bayar), beli tudung harga RM25 pun nak mintak installment dengan saya. Adehhh!

Sedangkan gaji dia jauh lebih banyak dari saya, OT lagi (dengar khabar depa selalu boleh dapat OT sampai RM500–RM700 sebulan), takkan la tudung sehelai nak buat installment. Kalu kena keluar ke town beli sendiri? Minyak keta lagi, masa lagi? Kalu harga lebih RM50, saya boleh consider laa... Lagipun kakak tu takda tanggungan pun. Anak takda. Dia single (widow).

Saya terus cakap, “Sori la kak. Tak boleh installment. Semua tudung cash. Kalu Akak sorang mintak installment, nanti lain orang pun nak juga. Teruk la saya.”

Begitulah. Kena bertegas dan bersedia dengan pelbagai kerenah. Walaupun saya takla pandai sangat berniaga, tapi bila ada kawan minta tolong jualkan tak sampai hati pulak menolak. Lagipun, saya pandai bodek, pandai promote. Hehehehe! Cuma kita jangan paksa orang. Jangan sekali-sekali paksa.


Sarapan orang malas!







 ~...mengimpikan sebuah keluarga yang unggul sentiasa menjadi senarai teratas impian HISYAM tetapi setelah tiba di Kampung Separuh Desa, dicabar dan diduga dengan pelbagai karenah berbentuk fitnah dan bida’ah dia hampir tewas untuk pergi, pergi terus mengheret SERI BULAN mencari tapak kukuh lain yang lebih indah sambil membina keunggulan impian bersama selagi mereka masih SB... masih SB...~




Monday, May 27, 2013

Lagi kisah 3 Abdul Pasar Pudu....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-05-2013


Seperti biasa, rutin saya ke Pasar Pudu setiap kali cuti hujung minggu. Stok bahan basah apalagi saya memang bawa bekal setiap hari ke tempat kija.

Semalam seperti biasa, saya ke sana lagi. Jumaat lepas, masa cuti umum tu, saya dah pergi tapi Ahad kena pegi lagi sekadar untuk tambah lauk. Saya biasa beli ayam dari sorang penjual ni. Pembantu dia sorang lelaki Indonesia yang baik, peramah. Tapi si penjual ni (Melayu), sorang anak muda yang sedikit kasar (saya dah sedar sejak awal tapi tak kisah pun).

Entah kerana apa, kali ini dia marah-marah pula bila saya tanya harga ayam. Mana tahu harga mungkin beza. Ini biasa. Saya terkejut bila dia cakap marah-marah. Terus saya kata, “Saya tanya jer, janganlah nak marah-marah.” Dan saya terus jalan. Kensel beli ayam! (sebenarnya ayam masih ada sikit lagi stok kat rumah).

Jika ada yang masih ingat, dulu saya pernah tulis tentang saya menjadi pelanggan setia beli ikan darat (keli, patin, baung dsb) dari satu grup 3 orang anak muda (Grup Yop Perak). Yang mana depa sudah berpecah menjadi 3 lot berbeza tapi berjual sebelah-menyebelah. Saya juga pernah tulis, yang saya serba salah nak beli dari siapa, lalu saya stop beli dari depa.

Semalam saya melintas depan gerai depa lalu cepat saja salah sorang dari “3 Abdul” ni yang cam saya lalu mengeloi. Alahai...

Samada saya memang dianugerahkan hati lembut mudah kesian (saya memang nak beli keli pun), atau spontan terasa untuk berlaku adil, lalu saya singgah gerai pertama beli Patin, Ikan Talapia Merah dan Ikan Pacu.

Kemudian singgah gerai kedua, beli Keli pula. Pastu cuba mengelak untuk singgah di gerai ketiga. Tapi, si penjual tu terus tegur saya, “Kak, beg tu masih ringan lagi. Singgah la Kak!”

Adehhh cair jugak hati saya. Lalu beli Keli lagi sekilo. Kenduri Keli la saya minggu nih.


Masak sendiri makan di rumah, lalu hidang cara saya yang agak bersepah tak pernah jadi masalah gambar untuk masuk bog, kan?



Saya gandingkan dengan Sayur Bayam Tumis Air + Karot + Cauliflower. Masak bening kata orang. Saya patut buat Sambal Belacan, tapi... ahh malas!

Kemuncak hari minggu semalam, ialah Ketam Masak Lemak Cili Padi. Perhhh.... kami makan berhidang duduk bersila sambil bersulam Air Oren Buat Sendirik yang manis lagi enak. Tengahari yang panas terasa sungguh nyaman!


Memang masa saya dengan famili sangat terhad sekarang. Tiap Sabtu pun kena kerja wpun off-day. Dijangka projek tengah lebat masuk dan akan bertambah busy sehingga menjelang bulan posa nanti.

Saya dah bayangkan, tahun ini bulan posa akan berbeza bagi anak-anak saya. Sedih gak bila diingat, pada hari bekerja, saya akan mungkin berbuka di atas jalan, dan anak-anak akan berbuka dengan menu ala kadar sebab si tukang masak ‘dapur magic’ depa tak upaya balik awal macam tahun-tahun sebelum ini.






 ~...belum pernah HISYAM berani untuk menegur SERI BULAN tentang keramahannya dengan hampir seluruh warga Kampung Separuh Desa, terutama kaum pria yang mencari masa untuk singgah ke laman Teratak Nyatuh sambil mata bak helang mencuri pandang SERI BULAN di balik kain tutup tingkap yang sentiasa berkibar lembut, kerana bimbang dituduh cemburu tak bermata...~




Sunday, May 26, 2013

Udang Goreng Tepung versi saya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
25-05-2013


Saya bukan blogger masakan dan blog saya bukan blog resipi or menu-menu. Walaupun saya suka snap gambar makanan yang saya masak, tapi saya bukan tukang masak handal yang boleh ditiru atau pandai nak kongsi resipi.

Apapun kalu ada yang tanya saya suka jer nak kongsi apa yang saya tahu. Menu versi saya la. Yang saya belajar dari sejak saya kat kampung dulu, atau yang saya belajar dari arwah Mak Mertua saya, or dari pembacaan, tanya-tanya orang dan juga reka reka sendiri.



Udang Goreng Tepung ni memang paberet bebudak saya terutama si CHAK. Malam tadi saya buat Nasi Goreng dan digandingkan dengan Udang Goreng Tepung ni.

Mudah saja. Saya guna Tepung Gandum, tak perlu pun beli tepung segera ker, atau tepung tempura.

Bahan:
  • Udang — saya beli udang putih yang sederhana besar (anggaran harga RM15.00 per kilo). Sila pilih udang yang kulit lembut ya.
  • Tepung gandum — agak-agak bergantung berapa banyak udang yang hendak digoreng.
  • Sebiji telur — untuk menggebukan adunan.
  • 5,6 ulas bawang putih — tumbuk. Ini macam bahan wajib, tanpa bawang putih, terus rasa tak sedap.
  • Sedikit kunyit for color. Garam.
Gaul/adun semua bahan macam buat beter untuk celup pisang (Goreng Pisang). Goreng macam biasa. Saya goreng sekali 2 ekor, cukup untuk sekali ngap. Hahaha!

Saya pernah bawak satu bekas ke tempat kija, share dgn kengkawan. Wahhh ramai yang suka.





 ~...SERI BULAN sering rindukan tempat-tempat makan yang bukan sedap mana, tapi seronok bergelak dengan kawan-kawan seiring dan sejalan sehingga HISYAM sendiri jadi penasaran lalu dia sedar mata wanita itu sering menjelingnya yang berdiri tegak di sebalik tiang seri kerana cemburu gagal memburu tetapi penuh nekad HISYAM memaksa diri untuk duduk bersama di bawah pokok rimbun menanti saat sesuai untuk mengenyit mata...~




Saturday, May 25, 2013

Entri lama tapi jawapan baru...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
25-05-2013


Saya terjumpa semula entri lama berkaitan tagging. Dah lama blogger tak main tag tag nih. Seseorang pernah tag saya dengan beberapa soklan santai sebegini (tapi ada beberapa jawapan saya ubah mengikut masa terkini):

Apa benda penting dalam hidup korang?
Jika bukan benda; Keluarga. Keluarga. Keluarga.
Benda; telefon bimbit.

Benda terakhir yang korang beli gune duit korang?
Pagi semalam, beli topup Touch & Go.

Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Akak dah kahwin dikkkk...

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Every single days...!

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Forever ever ever, insyaAllah.

Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
Di rumah, di bilik... heh heh heh

Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Novel terkini tulis Melur Jelita tajuk My Precious IRIS, tapi masih dok dalam plastik lagi. Adeh!

Apakah nama penuh korang?
Ni pehal nak tau nama penuh plak ni. Polis ker. Meh tunjuk kad kuasa dulu...!

Apa nama penuh kucing korang?
Sehingga hari ini belum lagi terbuka hati nak bela kucing.

Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Sama jer, tapi kalu nak kira, lebih rapat dengan arwah AYAH.

Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
Abdul Talib Hassan, seorang novelis.

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Baju biasa guna mesin. Baju kerja basuh tangan. Tangan sendirik.

Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Makkah (selain itu teringin nak pegi Switzerland)

Pilih salah satu, peluk atau cium?
Saya mahir kedua-duanya sekali. Nak mana dulu? Hahahahaha!

Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
1) beliau blogger yang unik
2) beliau menulis begitu santai
3) seorang yang humble

Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
Telefon bimbit, handbag, kasut, koleksi novel, koleksi jamtangan, koleksi FM.

Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Lately, suka lagu Di Muara Kasih. Juga suka lagu KNIFE by Rockwell (ni lagu lama)

Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
Tak suka nak sebut, tak suka nak sambut.

Rakan Blogger yang korang nak tag:
Berapa orang mau? Ada ramai blogger tauuuu... hehehe

Saja boh gambar ni, sebab gambar ni belum pernah masuk blog lagi.


Dekat Museum TeddyBear, Namsam Park, Seoul.
Oppa Gangnam Style...!







 ~...pernah suatu ketika, SERI BULAN ingin sekali HISYAM menjadi burung yang suka bertenggek di belakang kerbau, terbang tinggi tetapi akhirnya kembali menyinggah walau tanpa pesan tanpa amaran atau mungkin menjadi sirih yang menjulang tinggi di pasak kayu, menunjuk pucuk tetapi akhirnya terpaksa kembali ke dulang hantaran walaupun berjunjung tapi masih boleh dicapai tangan....~




Friday, May 24, 2013

“Kenapa mesti bersama keyboard putih, Azie?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-05-2013


Mana-mana ruang sosial bertulis, semua update pasal cuti, pegi bercuti dan menikmati cuti. Cuti umum hari ini bersambung dengan cuti hujung minggu, digandakan lagi dengan cuti sekolah yang baru bermula... wahhh banyak plan, kan?

Kengkawan lain pun ramai yang amik cuti, tapi dalam keadaan terkawal. Yang mana minta 2,3 hari, cuma dapat lulus sehari saja. Sekarang kerja memang tengah banyak.

Di tempat keja saya, rekod cuti setiap staf sudah keluar dan dipampang di papan notis (setiap department). Berbeza dengan orang lain, saya memang takda cuti. Jika saya terpaksa ambik cuti akan dikira ‘unpaid’. Sejak cuti bercuti ke Korea ritu, sampai sekarang saya belum cuti. Takpa, kena la tunggu sampai tempoh layak itu tiba.

Yang saya geram, ada 5,6 orang staf yang masih ada banyak cuti sampai 38 hari, 121 hari dan yang paling tinggi, sorang designer senior, masih ada baki cuti sebanyak 220 hari...! Wow! rasa nak beli jer leave dia tuh!

Hari ini saya cuti sambil masak sakan-sakan. Kuey Teow Tomyam dah ready.

Tayang-tayang:


Gulai Lemak Ikan Masin + Nenas & Sayur Kelisa Goreng, bekal saya semalam. Ada orang komen tanya, kenapa saya suka snap gambar bersama dengan keyboard putih saya? Ohh ianya sekadar identiti saya sahaja. Untuk menunjukkan, keyboard putih itu ‘signature’ saya. Kunun. hehehe! And kawan-kawan saya dah mula gelak-gelak bila saya asyik ‘kemaruk’ snap gambar makanan saya. Macam biasa, ada aku K?



Saya cuma makan sesenduk lauk, tapi bawak memang boleh makan 5,6 orang. Sengaja. Sebab suka berkongsi lauk dengan kengkawan lain yang ramai. (and I know, depa sangat sukakan lauk saya, sebab masak sendiri bukan beli).

Ikan masin apa ntah. Kawan MyToklaki balik ke Sarawak dan bagi dia 2 ekor yang besar.

Oh ya, saya cuma cuti hari ini saja. Esok hari kerja saya. Wuaaaaa...!





 ~...mencuba-cuba mengisi masa senggang dengan menjadi pengiring dan peneman Pak Utih ke jeram menangkul udang rupanya memberikan suatu mimpi ngeri kepada HISYAM kerana malam pulangnya penuh dengan igauan dan raungan sepanjang malam sehingga SERI BULAN tidak lagi mengenal mana HISYAM mana jin jeram...~




Thursday, May 23, 2013

Ustaz Kazim oh Ustaz Kazim: ramai betul pembela wanita...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
23-05-2013


Sabtu lepas, Harian Metro muka depan. Tajuk besar “Ustaz Kazim diugut bunuh” lalu mendorong beliau mengambil keputusan untuk berhenti terus dari berceramah bermula November nanti (mungkin sehingga bulan itu, beliau sudah ada beberapa job yang sudah dipersetujui dan tidak dapat diubah).

Kemudian menjadi sedikit bahan bahas semasa duduk-duduk sarapan sesama kami di tempat keja. Rata-rata kaum wanita memang akan sokong ‘habis’ lah Ustaz nan seorang ini. Well, ramai tahu ceramah beliau berbentuk motivasi dan agama menjurus ke arah kekeluargaan, perkahwinan dan keluarga.

Bila saya cuba provoke, “Ehhh itu yang kat tv, dah di edit. Mana tahu, ceramah bebas beliau yang lain yang tak masuk tv tu. Mungkin ada isi ceramah dia yang menjurus cenderung ke arah sesuatu parti? Kita mana tahu? Sebab tu ada pihak yang marah.”



Apatah lagi, abang beliau ialah ADUN Negeri Perak (YB Kapt (B) Dato Hj Mohd Najmuddin bin Elias).

Hehehehe ramai sungguh yang minat ustaz nan seorang ni. Maklumlah, bila berceramah tentang rumahtangga or nikah kahwin memanglah seronok dan ceria. Usik sakat, nyanyi nyanyi dan ceramah yang kekadang ‘kena batang hidung’ tu menjadi identiti beliau sehingga ramai yang menanti siri ceramah beliau di Astro Oasis setiap Selasa.

Saya sendiri, selepas tonton siri ceramah beliau, esok siangnya saya suka ajuk ajuk balik apa-apa perlakuan Ustaz Kazim yang lucu kemudian kami bergelak seronok. Terhibur dengan gaya Ustaz popular ni dalam berceramah. Itulah daya penariknya, sebab tu tonton tak jemu.

Sebenarnya, saya teringin nak tonton ceramah Ustaz Kazim ni secara live, duduk berdepan semasa beliau berceramah (sambil bernyanyi), kemudian bila tiba ‘part panas or punch line’ saya tingin nak tengok reaksi wajah-wajah kaum lelaki bila ada isu yang kena tang batang hidung depa!

Apapun isunya, saya yakin Ustaz Kazim lebih menjaga kebajikan dan keselamatan anak isteri beliau sehingga terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti berceramah.







 ~...musim kenduri sudah semakin rancak serentak musim mengemping lalu SERI BULAN bakal meronda malam lagi dari satu rumah ke satu rumah melihat pesta mengemping berteman HISYAM sepanjang denai sambil berawas oleh Pak Utih di hujung lorong kerana bimbang gajah yang gagah bakal dengkot dipatuk ular berbisa di dalam gelap....~




Wednesday, May 22, 2013

Isu: Pen merah, pen biru. U marah, I malu...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
22-05-2013


Sejak dari zaman sekulah lagi, saya memang suka menulis dengan pen merah. Ntah kenapa, tapi bagi saya tulisan warna merah sangat ‘menangkap’ mata. Ianya nampak menarik dan ‘outstanding’. Malah diari harian saya pun memang saya tulis guna pen merah.


Lalu perangai suka menulis dengan pen merah terbawa-bawa sehingga ke alam kija. Banyak nota (hampir semua) saya gunakan pen merah. Ianya tidak pernah menjadi masalah kecuali untuk urusan rasmi wajib guna pen hitam or biru.

Bila di tempat kija yang baru ini, saya masih setia dengan pen merah saya, lalu pernah satu kali saya terbabas menulis laporan progress job (setiap orang mesti kena ada laporan progress project yang dihandle untuk disemak oleh supervisor, setiap hari). Seseorang ternampak lalu tegur. Supervisor ok saja, tak kisah asal job done.

Kemudian, saya guna pen merah untuk tulis rekod OT saya. Wahhh meledak isu pen merah. Ada yang kata saya ni nak marah siapa?  Okeh... saya silap kerana taksub sangat guna pen merah.

Isunya tak besar mana pun, tapi menuduh saya sebagai orang yang melawan, adalah tidak tepat. Takpa, saya akan lupakan.  Yang penting, saya nak jaga kerja saya jer.


Selain jaga kerja, saya juga jaga perut dan tekak sendiri. Hahahaha! itu yang betul. Sarapan pagi saya hari tu. Maggi goreng — beli punya.





 ~...bila hasrat bercuti dan pergi sebentar dari Kampung Separuh Desa, HISYAM menegaskan perginya bukan kerana gentar kata nista tentang surat bawah tempurung yang terapung ketika hujan, tetapi kerana ingin menguji kegigihan SERI BULAN menanti walaupun tali buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut hampir reput dihayun digoyang...~




Tuesday, May 21, 2013

I Miss You: saya pun terjebak dek kerana si Harry yang malang...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
21-05-2013


Hero dan heroin sangat cantik dan kacak. Putih melepak gebu dan menawan. Baik yang lelaki, apatah lagi yang pompuann.

Walaupun semakin menjadi fenomena, saya tidak sampai ke tahap ketagih Gaban, tapi terjebak dan terperangkap dengan konflik cerita membuatkan saya tidak mahu tinggal walau satu episod pun. Tapi banyak sebenarnya yang saya dah tertinggal.

Irama latarnya mengharukan. Lagu temanya mendayu dan menyentuh hati. Sayu. Pilu. Sedih. Kecewa. Hampa. Merana. Pernyataan 3 jiwa yang berdepan konflik tiga segi sejak dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa. Tidak berkesudahan. Lalu saya jadi simpati.

Jika ramai orang lain mungkin lebih memihak simpati pada si hero yang menanti Lee Son Yeon selama 14 tahun, tapi saya lebih simpati kepada Harry Bolsen @ Kang Hyung-Joon (lakunan Yoo Seung-Ho).


Hero kacak ni sebenarnya seorang pembunuh, tapi pada saya sebenarnya jiwanya sendiri yang terbunuh. Saya melihat, dalam banyak keadaan, Harry ni yang sebenarnya mangsa keadaan.

Saya malas nak ulas terlalu banyak pasal siri ni. Siri ni menjadi fenomena ramai remaja sebab ceritanya memang best. Persahabatan sejak kecil ‘childhood friend’ yang membawa kepada beberapa tragedi yang mengharukan, memisahkan dua sahabat karib. Ala-ala cinta platonik.


Siri ni dah habis ditayang di Seoul. Bebudak saya dah tengok habis dah siri ni (download laa...) tapi kini ditayang di TV9.

Sejak semalam (untuk sepanjang minggu ini), saya dikerah untuk stayback sehingga 8.00 malam. Jadi dapat tengok pun dah hujung-hujung. Rasa release tension juga sebab walaupun lagunya sedih, saya tetap terhibur!

Saya pernah baca tentang ada group peminat fanatik siri ini yang anjurkan beberapa siri pertemuan @ gathering sesama mereka. Memang dahsyat juga, sebab rata-rata adalah remaja wanita.

Wpun dalam rumah saya semua yang pompuan ni kemaruk Korea, tak pulak depa tingin nak pegi join mana-mana group kelab peminat. Mujur lah...




 ~...merenung mata HISYAM yang juga sedikit sepet seperti tersenyum, selalu membuatkan SERI BULAN tertanya-tanya darah warna apakah yang ada di dalam tubuhnya sedang semasa terlibas cangkul di kaki dan darah masih berwarna merah dia tahu ada campuran lain yang menjadikan HISYAM memiliki senyum yang menawan, mata yang menikam dan perilaku yang merenyam...~




Monday, May 20, 2013

Orang ‘pandai’ makan (plus kuat makan?)...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-05-2013


Pernah dengar istilah atau gelaran ‘orang pandai makan’? Orang pandai makan tak semestinya kuat makan. Tapi orang yang pandai makan ni, dia pandai rasa mana makan yang best, suka cuba pelbagai makan dan tak takut pun nak cuba apa-apa menu walaupun pertama kali jumpa di mana pun. Itulah saya.

Ke mana pun saya pergi, jauh dekat selalunya makanan adalah tumpuan utama (termasuk saya memang kuat makan jugak laa). Apatah lagi jika saya berpergian ke tempat yang jauh dan pertama kali. Memang saya akan cuba makanan tempatan di situ, samada yang pelik atau unik apalagi yang tradisi. Amat rugi jika tidak mencuba.

Masa saya pertama kali nak try Nasi Kerabu bertahun-tahun lalu, si penjual tu sampai tegur saya sebab saya tak tahu apa set untuk Nasi Kerabu. “Belum banyak berjalan jauh ni.” Ya.. malu la time tu sebab tak reti nak makan Nasi Kerabu. Tapi sekarang, kalu bab Nasi Kerabu saya mesti pastikan setnya lengkap, such as mesti ada Daging Bakar, Budu, Solok Lada, Keropok, Telur Masin. Ikan kembung goreng tepung kira bonus la jika ada.

Baru-baru ni, kengkawan tempat kija saya mencuba seminggu order lunch dari satu restoren yang lain.  Kan saya pernah citer, restoren yang sebelum ni amat-amatlah tak sedap dan sayurnya selalu lunyai!

Seminggu depa mencuba tapi saya hanya order sekali saja sebab saya sentiasa bawak bekal. Itupun kerana saya tertarik seorang kawan order Lontong untuk lunch (boleh panaskan di pantry). Kerana citernya Lontong tu sedap dek sebab ada Serunding Kelapa, saya tertarik dan order pada esok harinya. Untuk menyedapkan lagi tekak dan selera orang pandai makan (serta kuat makan) ni, saya beli juga seketul Ayam Goreng Berempah.


Ayam dipotong (saya gunting) dan serve bersama Lontong. Perhhhh...! Kawan-kawan saya hairan, saya boleh buat camni. Ehhh depa ni, itu pun nak heran.

Sebenarnya, perangai suka campur ayam goreng ni dah lama saya buat. Dulu lagi, bila saya order Kuey Teow Kungfu atau Maggi Kari pun, saya suka order sekali ayam goreng yang dihidang bersama. Enak sangat tau...!

Ketika saya suka melayan tekak saya dengan beberapa menu barat or Itali, masih ada beberapa orang tak pernah rasa apa itu Macaroni Salad, ada yang langsung tak pernah makan hotdog. Malah bila saya bawak bekal Chicken Cabonara (& mushroom) hari tu, kecoh sekejap seolah-olah benda tu menakjubkan. Aduhai, saya pulak yang malu seolah-olah makan benda paling pelik dalam dunia. Jujur, saya tergamam dengan situasi ini, sehingga saya naik malu dengan diri sendiri kerana selalu nampak pelik. By the way, pelik ker?

Saya bimbang kepelikan di mata depa tu akan menjadi bahan bualan, yang sebenarnya... pada saya takda mender pun.





 ~...malam semalam hujan lagi dan jatuhannya menimpa zink bumbung Teratak Nyatuh memberikan iramanya yang sungguh unggul lagi menghiburkan telinga SERI BULAN lalu HISYAM dipaksa-ajak untuk menjadi peneman di ambin sambil sama-sama menikmati lagu yang sudah lama tidak mereka dengari bersulam cerita ketika bersama di kota dulu berlepak santai di kafe tepi jalan bertemankan laptop yang kini sudah menjadi pelapik buku di bilik bujang kerana tiada liputan yang hendak ditangkup...~




Hadiah Hari Ibu saya (lagi?)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Monday
20-05-2013


Sebelum ini saya dah tulis entri bertajuk yang sama. Masa tu hadiah dari Chak dan Alia. Kali ini versi kedua; dari Dak Amoi dan Ika plak.

Lalu, Sabtu lepas after OT saya lepak AEon dengan anak-anak. Ini kali pertama saya masuk sini semula selepas saya berhenti kerja di area sini tahun lepas. Dulu sinilah tempat saya meronda setiap kali lunch time, sampaikan si cashier tu pun boleh kenal saya. Malah si brother brother yang keja potong ikan dan ayam di supermarket pun boleh jadi sama peramah macam saya. Hahaha!

Kalu kuar dengan bebudak saya, tak sah kalu tak makan di restoren segera paberet depa. Kali ini McD la. Kebetulan balikk keja sekitar jam 4 dan belum lunch, saya sangat lapar.

Kemudian, shopping time!

Cari hadiah untuk Hari Ibu. Dak AMOI pilihkan saya baju dan kasut. Saya suka dengan pilihan depa.


Ini yang dipilih Dak Amoi. Ohh wedges kaler purple yang terus menawan mata. Yang penting selesa walaupun ada sale tapi jenama ini takdak diskaun pun. Jenama ni pertama kali buat saya. Sebelum ni saya banyak setia dengan Vincci & NautiFit saja.


Kemudian mata saya tertawan dengan wedges yang kaler putih bertali tuh. Takpa.. tu aim saya untuk bulan depan. Kena rebut. Tolong ingatkan saya yer jika saya terlupa. Heh heh heh!

Hadiah kasut ini ditaja oleh IKA. Dak Amoi menaja sepasang blaus kaler merah hati yang... pada saya... so ohsem!





 ~...setiap kali ujan malam dan di pagi hari laluan denai boleh membenamkan tumit kasut SERI BULAN, HISYAM akan tersengih kadang-kadang tergelak besar kelucuan tetapi tidak pernah menolak menjadi pembantu malah rela jika terpaksa mencempung SERI BULAN ke tangga sekolah...~




Saturday, May 18, 2013

Berangan gajet Samseng...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
18-05-2013


Hari ini saya tetap bekerja walaupun Sabtu minggu off saya. Saya dah tersenarai untuk handle projek yang agak rumit dan urgent. Tentulah peluang untuk sama level dengan staf lain tidak diharuskan dibuat main, kerana apa yang dipertaruhkan tentulah kemahiran dan kebolehan.

Lagipun jika bekerja di hari off, kiraan OTnya adalah lebih tinggi. Faham maknanya?

Kalu kerap gigih cenggini, ada harapan lah saya nak beli henpon baru cop Samseng tuh! hahahah

Tayang-tayang:


Saya jumpa orang berniaga Kuih Ketayap yang enak sebegini di area KD. Lalu saya borong 5 ketul terus. Puas hati...!

*****

Seorang kawan sebut semalam, “Ehhh tak menulis plak dia.” > merujuk saya tidak update entri seharian semalam. Ya, bila saya letih balik kerja, mood menulis blog memang ke laut dalam...!

Dan, saya terima pic ini di mms henpon saya. Memang saya suka gambar ini!


Lokasi di satu sudut Pulau Nami (Winter Sonata), Korea hari tu.






 ~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam, mujur tidak mengigau jatuh katil..~




Friday, May 17, 2013

Hari Guru saya dulu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
17-05-2013


Zaman sekarang, bila tiba saja Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun, berduyun la bebudak sekolah ke kedai cenderahati nak belikan sesuatu untuk cikgu masing-masing. Paling popular ialah kedai seperti Kedai Dua Ringgit or Kedai Lima Ringgit. Kan?

Tak kisah lah apa yang dibeli or berapa nilainya, yang pasti kita semua tahu bebudak tu memang nak hargai dan seronokkan hati cikgu depa. Apatah lagi kalu ada cikgu paberet masing-masing.

Semalam saya dengar di radio (apa ntah; Sinar.fm ker Hot...lupa sebab saya selalu tukar-tukar [dengar earphone di hp, sebab di ofis saya tak leh on radio secara terbuka], kadang-kadang tune Klasik Nasional), temuramah dengan seorang bekas Pengetua.

Dia kata, rata-rata guru memang tak harapkan pun hadiah apa-apa tapi tetap menerima sebagai penghargaan. Tetapi murid cemerlang itulah sebenarnya hadiah bermakna.

Dia kata, “Saya sampai naik segan sebab tiap kali Hari Guru, bonet keta saya penuh dengan hadiah”. Yaaa... memang itulah kenyataannya.

Tahun ini CHAK berikan cikgu dia hadiah mug yang dia ambil lemari gobok saya. Hadiah tu saya dapat masa kat majlis kahwin merata tempat. Recycle saja. Rasanya ramai budak lain pun merengekkan barang mak depa untuk dihadiahkan pada cikgu.

CHAK citer, kat skulah dia Cikgu Khairi dapat undian terbanyak untuk Kategori Cikgu Paling Popular. Hahaha...mentang-mentanglah Cikgu Khairi tu bujang lagi bergaya. Tapi CHAK kata dia tak suka, sebab “cikgu tu bajet control hensem!”

Ehhh memang orang yang nama Khairi ni hensem-hensem ker? Ahaks!

Zaman saya skulah dulu, Hari Guru dirai dengan persembahan jer. Ada juga yang bagi hadiah or kad, tapi saya tak pernah. Saya tak mampu.

Cuma kenangan yang saya tak lupa, waktu Form 5 saya pernah sertai grup tarian (menari lagu Sekapur Sireh, pakai baju kurung cekak musang dan bersamping songket, bersanggul dengan sekuntum bunga putih tepi telinga...cewahhh) masa persembahan di Hari Guru.

Akibatnya? Masuk kelas esoknya, 5-6 orang kami dalam grup tu kena marah sakan dek Ustaz Radzi sebab dia tak berkenan kami menari atas pentas, pastu semua pakat bukak tudung (jahil sungguh waktu tuh!) Wuaaaa....makcik ni nangis la bila kene marah tuh. Tobat weh! Beratur sekor-sekor ngadap ustaz tu minta maaf, tak buat lagi. Haahahaha!

Ada banyak kenangan masa skulah sebenarnya. Lain kali kalu teringat saya story lagi ya.

Tayang-tayang:


Bekal saya kelmarin. Bawal Masam Manis. Sayur Campur. Abaikan kuah sayur yang sedikit keruh, sebab saya tumis bawang tapi terlepa sekejap lalu bawang saya hangus! Ada aku K? Yang penting, sedap!

Ops! lupa. Selamat Hari Guru, cikgu!




 ~...sekian lama berada di tapak laman yang sama, di bawah bumbung atap yang sama, tetapi keterasingan tetap terasa bila HISYAM belum cukup berani untuk bergebang berborak dengan SERI BULAN walau ditinggal tanpa murid, sekadar jeling senyum kemudian sengih kerana nanti pasti akan ada surat di bawah tempurung di hujung ampaian...~




Thursday, May 16, 2013

Wajah saya di Kaabah dan Mekah...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jumaat
16-05-2013



Semalam adalah hari yang sangat penat buat saya. Mungkin kenana sepanjang minggu yang sangat sibuk serta tidur yang tak cukup, saya letih sangat. Tertidur sepanjang jalan balik keja.

Semalam juga saya bertembung dengan sorang jiran saya yang nak ke masjid (yaa... saya tiba rumah waktu azan Isyak). Ohh dah balik umrah rupanya. “Singgahlah ke rumah,” katanya.

Kebetulan melintasi rumahnya, saya dijemput masuk pula oleh si isteri. Perkataan pertama yang disebutnya ialah, “Saya nampak muka Kak Azie di sana 3,4 kali.”

Alhamdulillah...!

“Saya nampak orang Turki ke Arab ntah, muka macam KakAzie melintas depan saya 3,4 kali. Sungguhh...!” ceritanya lagi.

“Nanti Kak Azie sampai la sana pulak.”

Aaminnn... Aaminnn...

Mendengar cerita orang tentu saja tidak sama dengan pengalaman sendiri, kan?


Saya dihidangkan dengan air zam-zam dari set teko yang dibeli di sana, juga kekacang juga dari sana.



Cenderahati untuk saya. Inai Mekah dan set pengira zikir (yang dipakai di jari).






 ~...mengharapkan wajah itu menjadi ‘wajah kesayangan hamba’ ibarat meletak cermin di hadapan muka sendiri lalu SERI BULAN tidak mahu langsung menyimpan sebarang gambar HISYAM samada sengaja atau tidak langsung sengaja tetapi mendengar desus-desir angin membawa cerita betapa ramainya anak dara Kampung Separuh Desa yang inginkan gambar HISYAM sebagai peneman kala melelap mata, SERI BULAN akan pastikan tiada kamera dibawa masuk...~




Wednesday, May 15, 2013

I feel good. I feel down...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
15-05-2013


Seorang rakan sekerja yang lebih ‘kakak’ pernah kata, “Tiga bulan kamu kerja sini, tak pernah nampak kamu sedih sedih. Asyik ketawa saja. Kasi la sikit urat gelak kamu tu”.

Sapa kata saya tak pernah sedih? Malah ada yang pernah mengandaikan, orang yang suka gelak tu sebenarnya sedang menyembunyikan banyak kesedihan di sebalik gelaknya itu.

Bila saya sunyi, saya akan rasa sedih. Walaupun keadaan ‘sunyi‘ itu hampir tiada dalan hidup saya, tetapi sedih itu ada.

Saya sedih bilamana suatu harapan yang saya harapkan, tidak mendapat sokongan. Setidak-tidak saya mengharapkan suatu sokongan. Meski saya berani kata, saya agak gigih orangnya tetapi saya masih mengharapkan beberapa sokongan untuk saya terus yakin. Agak sedih bilamana harapan itu kemudiannya menjadi suatu harapan yang ‘salah letak’ pada orang yang tidak boleh diharapkan pula.

Sedih...!





Tayang-tayang: bekal saya hari kelmarin. Rendang Ayam + Kacang Panjang. Juga ada Kopok Belinjau.

Berbanding menu dari restoren yang depa dok order tuh, saya berani kata bekal saya lagi sedap dan berbaloi...!







 ~...sudah lama tidak menjengah Sungai Menghijau Lumut dan berebut buaian di tepian bersama HISYAM lalu minggu lepas bila Mak Utih terus setia menjadi peneman dan Pak Utih menjadi orang ke-empat yang sempat, SERI BULAN merasa puas bila HISYAM sudi menadah telinga sambil menadah tangan menunggu kulit kacang dikokak mujur juga tidak sama menadah bahu...~




Tuesday, May 14, 2013

Azie Azah: “betul ka saya ni blogger gile-gile?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
14-05-2013


Saya snapshot dari blog Amy Sinar Raudah. Timakacehhhh...!



Amboi amboi... but I like!



Bila entah dapat pi Kota Bharu lagi. Kalu ada peluang, memang nak ajak dating! — Dating dengan hubby Amy sekali, bleh? Ahaks!

Meh la turun KL, kita leh makan karipop puas-puas!

Entri ini entri penghargaan bukan setakat kepada Amy sahaja, tetapi apa yang Amy tuliskan di blognya tu, hampir menyamai perasaan saya juga.


Sarapan saya pagi tadi: Laksam yang enak!





 ~...ketika meninjau di laman Teratak Nyatuh, HISYAM tersipu kerana wajah SERI BULAN yang diharap di sebalik kain tutup tingkap, malangnya Pak Utih yang tiba-tiba berdehem lalu HISYAM terkejut bagai dipanah tahi burung di atas kepala! Hahahaha...!~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails