Tuesday, May 28, 2013

Berduit, tapi duit payah nak cuit...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
28-05-2013


Tempat kerja saya memang jauh dari mall. Jauh juga dari kompleks, wpun bersepah jer kompleks hebat area KD nih.

Jauh di sini maksudnya, kami tak akan mungkin dapat jalan-jalan meronda waktu lunch. Nak pegi dengan keta pun tak mungkin juga, sebab masa untuk pegi balik dah mengambil separuh dari masa lunch jadi tak pernah la saya dengar ada kengkawan kerja saya yang kuar waktu lunch semata-mata nak masuk mall meronda. Apatah lagi pada hari Jumaat, kami kaum pompuan tetap lunch sejam juga, sama saja dengan hari-hari lain.

Peluang untuk mengabiskan duit waktu lunch hampir tiada, so boleh la jimat (bagi yang nak jimat la). Lalu, berniaga apa saja di tempat keja saya ni memang ada potensi.

Saya dah test market dengan jual Tart Nenas Sepanjang Tahun. Peringkat permulaan setakat boleh jual 10 pek bagi saya adalah petanda baik, sebab tak lama lagi dah nak raya. Tu kira promosi pengenalan saja la.

Kemudian sorang kawan saya (yang selalu berurusan dengan saya bertahun-tahun sebab saya pelanggan setia dia utk kain ela, tudung dll) minta saya bawakkan kain ela dari China. Saya berjaya jual sebanyak 6 pasang (harga RM100 & RM120). Walaupun dicadangkan untuk ansuran 2x saja, tapi sebab ada yang merayu untuk installment 3x, saya beri kelonggaran semua orang boleh ansuran 3x.

Kemudian minggu lepas, saya bawak kira-kira 50 helai tudung pelbagai warna, gaya dan fabrik. Wahhh yang ini memang best, sebab sambutan hebat. Di department saya saja boleh jual lebih 20 helai. Tak mahal pun, harga sekitar RM25–RM45 saja. Department lain walaupun saya tak tunjuk, tapi saya letak di surau. Sapa berkenan, ambil dan lapor dengan saya untuk rekod dan bayar.

Yang tak best, ada sorang kakak senior (dah pernah dah orang ‘amaran’ pada saya tentang kakak ni cenekel skit bab bayar), beli tudung harga RM25 pun nak mintak installment dengan saya. Adehhh!

Sedangkan gaji dia jauh lebih banyak dari saya, OT lagi (dengar khabar depa selalu boleh dapat OT sampai RM500–RM700 sebulan), takkan la tudung sehelai nak buat installment. Kalu kena keluar ke town beli sendiri? Minyak keta lagi, masa lagi? Kalu harga lebih RM50, saya boleh consider laa... Lagipun kakak tu takda tanggungan pun. Anak takda. Dia single (widow).

Saya terus cakap, “Sori la kak. Tak boleh installment. Semua tudung cash. Kalu Akak sorang mintak installment, nanti lain orang pun nak juga. Teruk la saya.”

Begitulah. Kena bertegas dan bersedia dengan pelbagai kerenah. Walaupun saya takla pandai sangat berniaga, tapi bila ada kawan minta tolong jualkan tak sampai hati pulak menolak. Lagipun, saya pandai bodek, pandai promote. Hehehehe! Cuma kita jangan paksa orang. Jangan sekali-sekali paksa.


Sarapan orang malas!







 ~...mengimpikan sebuah keluarga yang unggul sentiasa menjadi senarai teratas impian HISYAM tetapi setelah tiba di Kampung Separuh Desa, dicabar dan diduga dengan pelbagai karenah berbentuk fitnah dan bida’ah dia hampir tewas untuk pergi, pergi terus mengheret SERI BULAN mencari tapak kukuh lain yang lebih indah sambil membina keunggulan impian bersama selagi mereka masih SB... masih SB...~




22 comments:

  1. Kakcik tak boleh berniaga sebab kakcik tak pandai nak minta bayaran... ;-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kita pulak yang malu kan kak bila nak minta dari orang yang hutang kita.

      Delete
  2. Ramai ke staf Melayu kat sana tu?

    Kira terer jugaklah Azie meniaga. Bolehlah JV dgn anak saya ..... ngeeee

    ReplyDelete
  3. Kak Azie cotton Vietnam mau ka? Hahhaaaa...

    Selamat le duit kalau tak ada tempat nak merayau tapi merayau di internet pun bahaya jugak kak azie.

    ReplyDelete
  4. Tu lah..seronok niaga di opis, tapi bila ada yang liat bayar tu frust nk niaga. hehe

    ReplyDelete
  5. bila dah rasa sendiri dengen kerenah 'akak' tu, lenkali akan lebih bersedia.. ;)
    seronok rasanya bila tengok hasil jualan kita laris.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Seronok kn..sy pun b4 ni suka beniaga mcm tu...dr mnjual nasi lemak smpi la ke kain tdg..tp tu la bla kita bt mcm tu ada sj mahkluk yg dengki..x bole tengok org sng...anw slmt berniaga n semuga terus beroleh rezeki yg lebih....:)

    ReplyDelete
  7. Hahahahahh
    25hinggit minta installment.. Bg 25kali
    Bayar.. Sehari seringggit.. Pastu hari ke 25 baru dapat tudung..
    Cadang pada org cenekel camtu
    - lama tak guna ayat cenekel..
    Rindu ayat tu sbb arwah mak selalu guna

    ReplyDelete
  8. Ade jugak org yg suke betul nak amalkan konsep hutang ni kan? Haih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada aje. Bagi mereka selagi ada peluang nak berhutang - walaupun seposen dua - selagi itu akan dirembat peluang berhutang itu.

      Delete
  9. lagu satu kalu kita memang orang baik,kita jual apa pun orang mesti beli..heheh

    ReplyDelete
  10. hahahaah ckp kt dia kalu tudung pon nk wat instalment, suh dia pakai tudung saji hehehehe

    p/s gath blogger tu 1hb ni kn kak? rs nyer x dpt dtg sbb ada seminar waaaaaaa

    ReplyDelete
  11. 25rgt bayar 3x boleh?hehehe

    opis sy dekat ngan mall..dikelilingi mall.tapi payah nak cari tudung.bila ada yang bawak tudung berbeg2 utk dijual apa lagi berkerumun macam semut jumpa gula!memang masyuk..

    ReplyDelete
  12. Wahhh Azie,
    Kalau kita satu department.. sng byk la Sham.
    Sham masa keja dulu, jenis rajin beli dr kenkawan sbb mls nk pi kedai.

    Penah jugak Sham try berjual brg2 dr kelantan (on behalf of in laws)
    Alhamdulillah.. sampai ke brg kemas pun Sham jual.
    Hasil mmg lumayan cuma Sham ni jenis x pandai mintak utang kt org.
    So at last.. pencen..

    P/s;
    Lama dah tak jumpa perkataan CENEKEL tu. Best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan saya kak. Office saya cuma saya aje perempuan. Tapi office jiran² sangat ramai perempuan nya. Ada yang jual tudung, baju dan tukang jahit juga. Jadinya saya beli baju dari mereka, tudung dari mereka dan hantar baju jahit pun kepada mereka juga. Senang hidup.

      Delete
  13. Salam..lama tak jengah..kasut pun dah bertukar...

    ReplyDelete
  14. saya berniaga perfume, bila orang mintak diskaun, saya kesian, last2 xde untung, kena tegas jugak, heheh

    ReplyDelete
  15. org cenekel ni kat mana2 pun ada kan?? kalau nk jd agen dropship supplemen, boleh contact saya ;)

    jemput join giveaway kat blog saya. ada hadiah bag -> http://bit.ly/11mV19E

    ReplyDelete
  16. dia minta bayo 5 kali ke? kehkeh!

    ReplyDelete
  17. buat bissnes seronok kalau takde yg liat nak bayar hehe....saya suka meniaga makanan (menu kelantan)...makanan takde yg nak hutang2 punya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kak kalau katering pun kadang kala ada juga yang berhutang.

      Delete
  18. bila berniaga..kena tegas..elok azie cakap mcm tu...kerenah org mmg macam2...kalau azie tau ada potensi tuk berniaga..tuk bodek hehehe..apalagi..terus kan la niat tu...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails