Friday, June 28, 2013

Kerja sampai otak dan minda jadi sakit jiwa, itu gila namanya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
28-06-2013


Sebenarnya saya pelik tau dengan beberapa situasi di tempat kerja saya. (Lagi kisah tempat kerja, macam takda benda lain nak citer).

Rupanya beberapa tahun dulu sudah ada kes, seorang staf yang terpaksa disuruh berhenti kerana kesihatan mindanya sangat parah. Dalam erti kata, sakit jiwa. Saya memang terkejut sebab ada kes camtu. Kenapa? Stress. Depression. Ohh tidak, saya cukup tak faham.

Masih ingat kisah Miss Y yang saya citer tempohari? Dia juga disebut-sebut sebagai cenderung ke arah itu. Sampai ada yang sarankan dia jumpa psychiatrist (cuma berani sebut di belakang jer).

Miss Y bukan saja jumpa beberapa orang secara senyap dan tanya/cakap benda pelik-pelik. Contohnya:
  • kunun orang sekeliling semua mengata-ngata dia. (kata apa pun tak tau, sebab dia bukan campur dengan orang pun, dan orang lain memang tak pot dia. Dia tak mai keja pun orang tak peduli)
  • dia citer, Imam surau taman dia, mengata dia. Konon dia dengar Imam bersembang dengan orang surau bercakap pasal diri dia. (yang pelik, Imam tu kenal dia ker, yang jenis balik keja malam-malam pastu sibuk jaga anak lagi [dia sebaya saya, belum kahwin tapi bela sorang anak angkat pompuan. Pelik, anak itu tidak menjadikan dia rasa happy dan ceria.])
  • dia jumpa ramai orang di department lain, bagitau orang department kami mengutuk dia. (kutuk apa? dia pun tak sebut), juga suka terjah orang dan tetiba bagi warning jangan mengata dia.
  • dia jumpa staf lelaki Cina dalam lif, menangis-nangis konon semua orang tak suka dia. (tak suka sebab apa?)
  • taip surat layang dan letak di meja beberapa orang tanpa orang faham apa isi cerita.
  • taip surat macam memo amaran dan tampal kat skrin pc dia, then balik, tapi sebenarnya dia berdiri setengah jam di pintu luar (nyorok) pasang telinga nak dengar apa orang nak mengata dia bila nampak memo tuh. Tapi kami tak peduli pun. Takda keja lain, kah?
Lama-lama our Supervisor bengang sakan, sebab hampir semua orang kena kacau sampai ramai orang naik tension, termasuk Supervisor department lain. Yang pelik dia tak berani approach saya, or cakap apa-apa dengan saya. Saya tegur jer dia macam biasa, seperti saya tak tau apa-apa pasal rumours dia. Actually saya malas terlibat.

And then, semalam Manager diberitahu. Lalu dia dipanggil bersama 2 orang Supervisor. Bermulalah sesi motivasi dan luahan rasa. Saya malas nak ambil tahu, cuma dengar hujung-hujung telinga. Miss Y dikatakan langsung tak percaya takda orang mengata dia. Dia yakin semua orang memang tak berhenti bercakap pasal dia. Cakap apa? Pelik sungguh! Dalam masa yang sama, saya jadi meluat dan rimas sehingga saya jadi benci nak dengar kisah dia. Macam takda keja lain pulak.

Cara saya senang saja. Time kerja, saya jaga kerja saya. Time makan/rehat/solat, kita buat apa yang perlu untuk masa yang diperuntukkan. Masa makan, borak gelak happy-happy. Yang penting, jangan mengata orang walau di depan siapa. Pengalaman mengajar saya untuk berhati-hati walaupun orang sangat baik dengan kita di depan. Belakang belum jamin lagi.

Bila kuar ofis, lupa kerja. Hidup sebagai keluarga, masak makan-makan dan buat tanggungjawab lain. Bila jumpa kawan, happy-happy. Bila ada program, bergembiralah. Jika ada aktiviti di luar, berseronoklah. Kena ada hobi or kegilaan walaupun mungkin orang lihat kita pelik. Yang penting kita happy dengan diri kita. Mudah kan? Bagi saya, hidup saya simple dan mudah. Mungkin saya jenis yang tidak banyak karenah or juga tidak banyak meminta. Saya suka sederhana. Saya sangat berdikari. Positif lebih banyak dari sentap-sentap wpun saya juga mudah terasa sekali sekala. Itu lumrah fitrah pompuan.

Kenapa nak sulitkan dan rumitkan kehidupan dan pemikiran? Tuhan tu Maha Adil. Ada benda kita dapat, ada benda kita dapat lebih. Well, syukuri kehidupan dengan gembira then kita akan dapat gembirakan orang-orang di keliling kita. Saya rasa hidup kita ni indah sangat.

Dan saya tak pernah pula (belum lagi) merasa kerja saya adalah suatu tekanan sampai orang perlu merasa stress or depression. Tu yang saya pelik kenapa nak seksa diri sampai biar otak stress? Memang seksa diri, namanya. Padahal kerja kami sama saja. Di mana yang susah dan rumitnya sampai nak kena rasa stress? Jika tak sanggup, berenti pegi cari kerja yang sesuai dengan jiwa. Paksa diri buat apa?

Kenapa tak buat hobi atau berblogging? Cewahhh... boleh juga luah perasaan, kan?

Tayang-tayang:


Masak dan makan sakan-sakan juga antara ubat penghilang sress. Saya rasa gitu lah.

Bekal saya semalam. Bawal Masak Kari (dah jemu sebenarnya). Keropok Binjai yang lemak-lemak pahit. Ikan Gelama Kering digoreng garing yang sentiasa ditunggu kengkawan semeja makan.

*****

Ini entri terakhir minggu ini. Saya akan berada di rumah seorang kenalan bermula petang ini hingga esok petang untuk satu majlis walimatulurus. Blog tidak akan dijengah sehingga Ahad... or jika penat mungkin sehingga Senin depan.

Saya harap Senin depan, entri saya akan dapat diupate untuk beberapa luahan perasaan saya (or orang lain) untuk sesuatu yang istimewa. Kalu takda pun, takpa. Hidup tetap diteruskan.


Akhir kata, terimakasih kerana anda sentiasa menjengah, mengomen dan berkongsi rasa. I appreciate it. From bottom of my heart.





 ~...setiap kali selesai acara masa senggang dengan berlepak di bawah rimbunan pokok meranti, berebut buaian dek kerana segan nak berbuai bersama kerana malu kepada ikan-ikan yang tidak pernah pejam di Sungai Menghijau Lumut, lalu SERI BULAN hanya menulis surat berlipat empat untuk diletak di bawah tempurung di tepi ampaian dan HISYAM hanya tersengih membaca barisan ayat “terimakasih untuk masa yang ada untuk aku”...~




Thursday, June 27, 2013

Khamis: matahari nampak indah bersinar walaupun masih terkurung dalam samar jerebu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
27-06-2013


Dit tempat keja saya, kerana ramainya orang-orangnya maka agenda makan-makan selalu menjadi suatu acara yang best dan meriah. Dalam sebulan, ada saja yang murah hati belanja orang lain makan. Samada dalam kelompok kecil (read: group sarapan pagi) atau belanja satu department. Cuma nak belanja satu ofis jer yang tak mampu. Yang tu, Top Gun la yang belanja.

Ada yang meraikan sesuatu acara istimewa, hari special or sebagainya, ramailah kengkawan yang dapat makan percuma pada hari-hari tertentu tu. Selalunya akan ada pengumuman kecil pada hari sebelum “esok jangan beli sarapan, ada orang sedekah makan!”

Samada Nasi Lemak sedap, kuih-muih yang ditempah khas, atau yang masak sendiri, semua sedekah sangatlah dihargai dan kami sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk si pensedekah... semoga murah rezeki belanja lagi.


Pulut Kuning + Ayam Masak Merah, hasil tangan seorang kawan sekerja yang muda dari saya. Baru nak belajar buat, katanya. Lalu dia bertanya-tanya saya juga cara terbaik masak Pulut Kuning. Dia buat dan bersedekah sempena anaknya mengaji naik Qur’an.

Semalam pula, dua orang berkongsi hari yang sama untuk bersedekah sarapan pagi Nasi Lemak dan 4 jenis kuih. Sempena ulangtahun kelahiran, dan seorang lagi sempena nak sambut Ramadhan.

Mengikut tradisi di sini, Ramadhan disambut dengan makan beramai-ramai dan makanan secara potluck. Tapi lately kerja banyak, dan kerap stayback late.... semua orang macam penat. Mungkin potluck beramai tu tak sempat kot.

Hmmm... jerebu masih ada, tak banyak perubahan walaupun ada hujan malam kelmarin.


Ini gambar matahari pagi ini, Khamis pada jam 7:16am tadi. Ya saya sampai seawal itu ke tempat kerja. Snap dari tingkat atas, balkoni luar department saya. Boleh nampak kawasan kilang di sekitar juga satu tapak tanah di hadapan (khabarnya tanah tu milik arwah jutawan kosmetik Susilawati) yang sedang dalam pembinaan sebuah kilang. Tak pot la pulak kilang apa.

Matahari nampak cantik dan indah walaupun masih terkurung dalam samar jerebu.




 ~...HISYAM memang sering berada jauh dari koordinat biasa, sehingga tak terlihat di ruang satelit, terlindung oleh awan gemawan namun begitu SERI BULAN yakin sekali masa untuk melihat kembali kelibatnya di laman Teratak Nyatuh harus disuluh dengan lampu picit berbateri 4AA di malam hari dan dipancar jamung di lorong denai....~




Wednesday, June 26, 2013

Teduhan Kasih: Adi Putra oh Adi Putra....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-06-2013


Isnin hari tu, kami cuba minta untuk balik awal kerana jerebu sangat ‘pekat’ dan ramai yang agak takut nak memandu waktu malam. Tapi arahan keluar, semua orang kena stay sampai 8:00 malam.

Then semalam, entah cemana our Manager melepaskan kami balik jam 5:00 petang. No OT. Waaaahhh... no OT okeh! Yesss....! (wpun rate OT sangat best youuuu!).

Alasan, haze yang semakin buruk dengan jarak penglihatan membimbangkan. Lalu saya sempat sampai rumah seawal 6:30 petang. Dan sempat la tengok sedikit drama TV3 petang-petang yang saya perasan ramai dok tulis kat FB. *Teduhan Kasih, by Marissa.

Masa saya MC minggu lepas, saya sempat tengok beberapa minit tapi saya tak mahu layan. Kenapa? Sebab, saya dah baca novel tu dah dua kali. Dah faham selok belok drama tu. Then, sebab kedua kerana heroin (watak utama si Nurul Iffa tu) sangat saya tak berkenan.

Dalam novel tu, gambaran Iffa adalah pompuan muda yang lembut, kecik comel, sopan tapi tegas. Yang berlakun tu (sapa nama dia? Sherry?), tinggi lampai dah nak sama tinggi dengan Ehsan (Adi Putra) dan raut muka pula agak garang dan ‘gedik’. Kan bagus kalu dia bertukar watak dengan Nabila Huda tuh?

Apapun watak jahat by Nabila Huda memang menjadi, gandingan dengan Zarina yang kadang-kadang over dibuat, kadang nampak lucu sebab dia macam nak gelak-gelak masa tengking mak sendiri dalam drama tu.


Kalu novel ni dah diadaptasi menjadi drama, saya dah malas nak buat review. Tengoklah drama tu, memang plotnya sebijik. Malahan hampir semua dialog (saya rasa gitu la, berdasarkan drama lain  yang seumpama) juga adalah dari novel. Sebijik sebijik.

Saya dah baca dua kali, jadi saya berani kata, drama ni mengecewakan saya. Kecewa tanpa sebab. Hahaha sapa soh tengok, kan dah rasa bengang?

Adi Putra sebagai Ehsan. Lakunan dia tak pernah mengecewakan. Saya suka juga, tapi masa saya baca novel ni saya tak bayangkan Adi Putra pun untuk gambaran watak Ehsan tu.(dalam drama ni Adi Putra terlampau lampau romantisnya, macam tak kena tempat pula). Saya bayangkan orang lain. Seseorang yang lebih tegas, lebih berkarisma.. hmm sapa? Tak terfikir la pelakun Melayu kita. Kalu saya nak letak yang macho macam Antonio Banderas (masa muda), boleh? Hahahahaha! Melampau fantasi ko Azie!


Drama ni saya berani kata, biasa saja. Tema rumahtangga, pengorbanan, pembalasan. Konflik pun takla heavy or suspens mana pun. Tapi apa yang lebih menyerlah adalah lakunan watak-watak antagonist terutama oleh Nabila Huda, Zarina dan Julia Ziegler.

SPOILER:
  • Iffa memang bahagia dengan Ehsan wpun ada usaha memisahkan depa. Depa dapat anak kembar pompuan.
  • Ayu cuba rebut Ehsan pun gagal, hingga abaikan suaminya Ryzal. Ryzal accident lalu meninggal di hospital. Ayu jadi gila.
  • Kak Long pun meroyan jugak, sebab suami dia kahwin lain di Siam. Dah tiga tahun baru dia tahu. Mak dia (bekas mertua Iffa) dapat layanan buruk di rumah sendiri. Padan muka depa semua!
  • Ehsan berjumpa semula dengan adiknya pada hari kematian adiknya, kemudian dia berbaik semula dengan ayahnya Datuk Jamil.
 Hahahaaha sori ya, saya jadi spoiler!

*******

Alang-alang menulis tentang novel–drama, saya nak tulis sedikit tentang satu lagi drama yang diadaptasi dari novel iaitu Sebenarnya Saya Isteri Dia. Drama ni di TV9. Saya lebih memilih untuk tengok drama ni berbanding yang di atas tu, tapi pun tak sempat tengok semua episod.

Lakunan Izzue Islam nampak sesuai dan serasi pula dengan Tizz Zakyah. Drama ni memang tepat disebut drama komedi romantik. Ada komedi, ada romantik.


Pun saya dah baca dua kali. Novel lebih tebal, lebih ‘drama’ dan lebih real. Masa yang panjang tempoh mengenali dan memahami bagi pasangan yang berkahwin secara paksa, nampak menarik dan real. Buat kita ternanti-nanti. Tertunggu-tunggu reaksi dan respons sesama mereka setelah ada usaha dalam diam, perasaan dalam rahsia, juga rasa kasih yang meresap dalam senyap. Best!


Pelakun hampir menepati gambaran di dalam novel. Hero dan heroin nampak sangat serasi dan ngam. Cuma yang saya tak berkenan, nama watak sangat canggih sampai susah nak ingat, boleh tersyasyul nak nyebut nama watak.


Bukan semua novel menjadi di novel, dan bukan semua gagal. Masih ada yang mampu memikat hati, walaupun ada kekurangan there and here. Adatlah.

Cuma, bila drama yang diadaptasi dari novel, saya lebih memilih untuk membaca novel saja.

Saya tahu ada banyak lagi drama akan muncul hebat di tv yang diambil dari novel. Untung novelis masa kini, peluang luas untuk menambah income. Ini fakta. Dan drama tu melonjakkan lagi jualan novel. Saling berkait. Itu income. Ini pun fakta juga yang tidak boleh disangkal.

Yang saya tahu setakat ini, filem Suami Aku Ustaz tu dah ready nak tayang jer. Saya dah pernah ulas novel ni lama dulu (entri Suami Aku Ustaz). Pun heronya Adi Putra. Saya harus setuju. Gandingannya dengan Nora Danish nanti pasti meletup di panggung, dan boleh memecahkan pintu kaca kedai buku!

Okeh... bagi yang tak minat novel or drama, sila jamu mata dengan tayangan ini:


Asam Pedas Pari. Ada bendi dan belimbing buluh (yang dari kebun kawan sekerja). Pari segar, tak berbau, cukup lembut tapi saya makan seketul saja. Bawak bekal selalu ekstra, sebab sharing is caring. And bila kita caring pasal orang lain, orang pun akan caring pasal kita juga. Harap-harap begitulah.






 ~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam lalu tiba-tiba jadi pandai pula berdendang lagu irama padang rumput...~




Tuesday, June 25, 2013

Terimakasih angin... terimakasih Tuhan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
25-06-2013


Nampak gaya angin menolak jerebu perlahan-lahan sejak pagi,  menjadikan suasana semakin cerah dan terang.

Terimakasih duhai angin, menipiskan jerebu... walaupun saya dah beli face-mask satu set 5 keping semalam.

Terimakasih Tuhan. Mengabulkan doa-doa kami.

Dan andai angin masih sudi menolak bayu lagi... bawa sekali salam rindu saya kepada seluruh ahli keluarga saya di mana saja mereka berada.

Sebab saya sedang rindu...!



Kini kosong, dan sepi...







 ~...syukur...~




TIPS: Petua kepada Pemuda...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
25-06-2013


Jerubu nampak semakin parah sehingga petang. Sepanjang hari walaupun berkurung saja di tempat kija, tapi bau asap dan debu memang terasa sungguh. Matahari terlindung di balik jerebu lalu sinarnya menjadi merah dan nampak ‘sakit’.

Empat orang MC di tempat kija hari ini. Saya sendiri terasa pedih mata, bersin kerap, batuk sedikit, dada sakit... dan yang tak tahan petang tadi saya muntah di opis. Sebab kepala sakit berdenyut dan rasa loya-loya.

Walaupun tak pernah lupa untuk ambil supplement VitC yang diorder khas dari kenalan doktor, tapi rasa sakit dada dan bersin tu tetap terasa bermula.

Lalu mood malas merentap segala semangat kerja saya hari ini. Hanya semangat dalam diri jer yang kata, “jangan putus asa.”

Tiada bekal dimasak, sebab saya balik keletihan. Padahal baru hari pertama minggu. Uishhhh...  balik rumah terus melepek, mood blogging out ke laut!

Perjalanan pegi balik kerja yang agak jauh dan lama sebenarnya memang letih, tapi kerana saya masih mengira ianya sebagai berbaloi, redah juga la.

Nasihat ramai orang, minum banyak air. Ya setuju.

Nasihat orang tua-tua pula... hmm banyak.

Pernah dengar, jika menumbuk cili/lada dan terpercik ke mata, cepat-cepat makan ‘ibu garam’. Sejauh mana benar or berkesan, saya tak pernah cuba. Sebab masa pernah terkena sekali dua dulu, saya cepat-cepat basuh mata dengan air mengalir. (Btw, ‘ibu garam’ tu cemana? Garam yang paling besar ketulannya, kah?)


Sambal Belacan, yang diusahakan oleh Dak AMOI. Sekarang ni, bebudak dalam rumah ni pun dah tak pernah terkena cili ke mata lagi dah. Sebab dah pandai skit skil menumbuk, sambil tutup muka dengan pinggan kaca jernih, macam topeng lutsinar. Hahahaha...! Tak perlu petua pun.

Orang tua-tua pernah larang, anak dara jangan menyanyi di dapur nanti dapat suami tua. Memang banyak betulnya, sebab saya memang suka menyanyi di dapur sejak dulu-dulu lagi. Akhirnya? Naaahhhh... saya memang dapat laki tua pun. Tua lima tahun dari saya! Hahahahaha.....






 ~...mengisi masa senggang berdua sambil diawasi mata oleh Mak Utih dan Pak Utih sejarak tidak mendengar sebarang kata bual, SERI BULAN rela berebut buaian dengan HISYAM kerana sesi rebut-merebut sambil ejek-mengejek akan menjadi kenangan manis lagi lucu bila masing-masing rajin pula hendak mengulas ketika tiada topik hendak disembang, tiada isu hendak dibincang dan ketika itu SERI BULAN terasa hendak menumbuk HISYAM di dadanya sehingga retak...~




Monday, June 24, 2013

JEREBU: sama-samalah kita berdoa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
23-06-2013


Musim JEREBU berulang lagi kali ini. Musim yang berulang saban tahun. Ntah di mana solusinya, dan sejauhmana usaha yang dibuat pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah bakar tanah pertanian di negara seberang sana. Tapi... kita di Malaysia masih perlu menempuh musim “penyakit” ini setiap tahun. Yeaa... setiap tahun.

Rasanya tahun ini jerebu paling teruk. IPU dah mencecah lebih 700 di Johor sana. Tak mustahil akan meningkat lagi.

Hari ini, pagi tadi semasa keluar ke pasar pun, saya ngeri tengok suasana persekitaran. Suram, redup dan sangat-sangat tak sihat. Dalam perjalanan balik, tengok ada temasya sukan tahunan sebuah sekolah sedang berlangsung pula di Kompleks Sukan Kg Pandan. Aduhai... kesiannya kat budak-budak tu. Mungkin pihak sekolah tu pun tak sangka jerebu sangat teruk di hari Ahad, sebab sebelum ni, jerebu tak teruk sangat. Harap-harap bebudak yang bersukan tu taklah diserang sakit or batuk-batuk. Kesian kat budak-budak.

Tentu ramai dah tengok banyak gambar diupload tentang jerebu dan suasana muram di seluruh negara. Memang muram sungguh!

Sekolah di beberapa negeri sudah disahkan ditutup esok. Manakala di selatan, sekolah akan ditutup sehingga suasana kembali ‘sihat’. Di KL & Selangor, cuma disebut sehari esok saja. Selasa, cemana? Entah, tak sempat dengar pun.

Apapun, semoga masalah jerebu ini segera berakhir. Kalu boleh janganlah kita mendapat sakit yang serius.

******

Tayang-tayang:
Sekitar majlis bermesorat ringkas yang saya terlibat malam semalam. Mesorat nak kenduri walimatulurus, seorang kenalan dari AnakPerlis.com (AP.com). Keluarga kenalan yang saya kenal dan sering terlibat sejak beberapa tahun lamanya, sehingga merasakan depa dah macam kakak dan abang sendiri. Dah macam famili sendiri. Lalu penglibatan ini merupakan suatu komitmen yang ikhlas dari saya.



Sebahagian yang hadir. Kaum lelaki. Kaum perempuan duk belakang sikit. Macam biasa, bila ada mesorat jer masing-masing potluck dok bawak macam-macam menu. Aduhai... semua sedap wey!


Ada yang bawa Mee Kari, Ubi Rebus, Pulut Panggang, Durian Crepe, Buah Salak selain Nasi Goreng sedap dari tuan rumah. Yang hijau tu bahagian saya; Kuih Tokyo yang saya tempah lagi dari kawan di tempat keja. (nak habaq jugak tuhhh..!)

Paling menyerlah ialah Pulut Tanak dan digandingkan dengan durian mentah. Memang menjadi tradisi orang Perlis, makan durian mentah dengan santan lemak dan gula. Tapi kerana malam tu takda santan, lalu digandingkan dengan gula dan air garam.


Pulut tanak + durian + air garam + gula digaul bersama lalu dimakan dengan tangan sehingga menjilat kelima-lima jari...!


*yeaaa dongak atas, header baru. Khas untuk bulan Julai. Ada ciri kebiruan sket.





 ~...setiap kali berpergian ke mana-mana dan menyembunyikan teman pengiring, Kak Utih sering curigakan SERI BULAN tetapi apabila HISYAM sendiri tidak berusaha mengorek rahsia, Mak Utih hanya mampu diam dan memandang Pak Utih tanpa kata, kerana mereka tidak pernah tahu ada ikrar antara teruna dara itu yang mahukan janji terus diteguhi bahawa rasa percaya dan telus itu harus berterusan sampai bila-bila...~




Friday, June 21, 2013

Ban Pecah dan si ikan masin...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
21-06-2013


Kampung saya dekat dengan kampung nelayan dan laut walaupun kami sepenuhnya adalah bersawah. Majoriti orang kampung saya memang buat bendang, terutama yang di sebelah darat. Manakala yang di seberang yang hampir dengan laut, juga ada yang berbendang juga bersambil ke laut. Lalu nelayan dan hasil laut tu amat mudah di kampung saya. Hanya masa kecik, masa sekolah dulu saya tak heran pun dengan makanan laut ni.

Then bila saya meninggalkan kampung, saya semakin perasan akan uniknya kampung-kampung nelayan di persisir laut berhampiran kampung saya. Malah ada jaluran pantai yang cantik yang hanya 10 minit bermotor/berkereta dari rumah MyBonda... yang semakin popular semakin dikunjungi ramai setelah dibaikpulih beberapa tahun kebelakangan ini.

Dulu, jaluran pantai ni hanya tempat orang menangkap ikan/kerang semata kerana ianya pantai berselut (berpokok bakau) dan langsung tak boleh mandi manda. Malah hingga hari ni pun, memang tak boleh mandi manda pun. Nama tempat tu Ban Pecah. (ban tu lebih merujuk ‘batas’)

Masa saya kecik dulu, ban ni langsung tak menarik. Kemudian ianya ditambak dengan batu-batu besar untuk mengelakkan hakisan air laut, kerana ban itu semakin menipis dan satu-satunya yang memisahkan antara laut dan kampung. Sekiranya ban tu runtuh atau semakin pecah, air laut akan melimpah ke bendang dan kampung, kompom lah kampung saya akan banjir! (syukur tak pernah lagi la banjir)


Dulu, batu-batu besar tu langsung takda, sekarang ditambak untuk mengukuhkan struktur pantai. Ban Pecah menjadi cantik (dalam kategori pemandangan, tapi tak boleh nak mandi juga) walaupun tidak berpasir landai bersih putih, tetapi viewnya memang menarik. Ini pic semasa MyAnakBuah kahwin, dan buat outdoor shooting. Kami “the dayang-dayang” pun posing sekali.



View semasa senja, waktu matahari jatuh juga cantik dan unik. Saya suka view camni, tapi saya tak selalu dapat balik kampung, sementelah rumah kampung MyBONDA pun dah kosong tidak dihuni orang. Ahhh... saya rindu!

Sekarang Ban Pecah semakin menjadi tumpuan kerana ada banyak gerai-gerai makan dibuka di situ dan setiap hujung ramai orang datang berkunjung berehat jalan-jalan atau memancing.

Sebenarnya, nak citer kisah si ikan masin dari kampung saya. Memang saya selalu dapat stok ikan masin dari sana bila MyKakak selalu turun naik ke KL.

Then, baru-baru ni semasa ada gathering blogger hari tu, saya kirim melalui seorang rakan blogger yang memang menetap di kampung saya (town Parit Buntar) untuk belikan Ikan Masin Gelama Masam dari pantai Kuala Kurau. Saya order banyak-banyak kilo(s)! Saya nak buat stok di bulan posa.

Dapatlah saya beragih serba sikit dengan kengkawan di tempat kerja. Laku youuu...!


Yang ini saya jemur untuk keringkan sikit, sebab terlampau lembap akan mudah busuk.



Ini gambar berulang. Saya ulangtayang, sebab nak eksyen tunjuk Ikan Masin Goreng.



Yang ini Ikan Masin Sepat Ronggeng yang MyKakak bawakkan untuk saya dari kampung. Wahhhh saya rindu zaman kecik cute saya dulu, berlari dalam air sawah yang paras paha, menangguk ikan sepat ronggeng di tengah bendang. Benda penangguk tu pun saya dah tak pernah jumpa dah sekarang.

Yeaa saya anak orang bendang yang tak reti nak buat bendang. Saya patut malu, kan?





 ~...semalam si JALAL mampir ke ambin menerpa SERI BULAN bagai orang terdesak nak memasak, mujur SERI BULAN tidak jemu beramaran bahawa rasa kasih tidak boleh ditumpu kepada seorang, lalu perhatian harus sama rata dan apabila HISYAM tiba-tiba pulang mengejut JALAL terasa hendak melompat lari dan SERI BULAN panik tanpa peluh mercik kerana tinggal seorang di Teratak Nyatuh boleh mengundang bidaah dan resah...~




Thursday, June 20, 2013

Dah dua puluh haribulan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
20-06-2013


Hari ni dah kebah sikit, masuk kija la macam biasa.

Hmmm.... dah 20 haribulan. Ada apa hari ni Azie? Takda apa pun. Mengira hari jer lah.

Saya sedang berusaha menghabiskan baca novel yang saya beli banyak masa Pesta Buku hari tu. Ohh sangat berbeza. Kalu dulu boleh selesai satu novel tebal dalam masa 2 hari, tapi sekarang 2 bulan pun tak boleh nak habiskan novel yang hanya 500± pages.

Masa oh masa. Kerja oh kerja...



Bekal saya. Bukan hari ini punya. Sup Bebola Daging + Ketola@Petola (yang dari kebun kawan sekerja).




 ~...semakin lama berada di Kampung Separuh Desa semakin yakin pula SERI BULAN akan ketetapan hati si HISYAM untuk mengotakan beberapa janjinya sebelum ini terutama untuk pergi jauh dari laman kenangan, jauh dari pandangan insan yang menjadikan mereka pasangan kesayangan juga mengotakan katanya terhadap SERI BULAN bahawa suatu hari nanti kehidupan bersama itu akan direalisasikan menjadi bukti isi hati...~




Wednesday, June 19, 2013

Mee Bandung: cuma demam bukan mengandung

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
19-06-2013


Hari: Rabu
Masa: Pagi, baru balik dari klinik panel
Lokasi: Rumah sendiri, bukan kompleks shopping-shopping
Mode: demam
MC dapat sehari
Perasaan: risau sebab kerja menimbun kat opis


Mee Bandung (yang tak boleh dapat kat Bandung) ni saya order untuk lunch suatu hari tu. Masa hilang mood nak masak untuk bekal.

Satu hal nak share: saya pernah sebut saya susah nak dapat sakit sebab saya rajin makan pil Vitamin C (tempah khas dari kawan doktor saya, takda jual di kedai) untuk elak selsema or demam ringan (selain nak cantik kulit, kunun...!). Tapi TUHAN tu Maha Mendengar. Saya takbur sangat... nahhh hari ini demam terus..! Insaf wey.






 ~...melihat berdedai orang datang singgah lalu berimpun di ambin Teratak Nyatuh kemudian terhidu bau kemenyan diasap bagai diperun, HISYAM segera mengerti seorang pawang sedang datang, lalu dia hanya mampu menggeleng lalu memusing arah ke lawang dapur mencari SERI BULAN untuk berkongsi resah dan gelisah sehingga lupa bertanya siapa yang sakit, siapa yang bangkit...~




Tuesday, June 18, 2013

Nasi Lemak 70-an: di bawah tangga jambatan Kotaraya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-06-2013


Sesapa yang seusia saya (yang dah agak banyak nih), or yang lebih lampau dari saya, dan dok KL bertahun, naik pula pengangkutan awam masa zaman mula keja dulu.... haruslah boleh ingat akan gerai Nasi Lemak di bawah tangga jambatan Kotaraya nih.

Gerai ni memang berniaga di bawah tangga tu dan ramailah orang yang nak pegi keja yang tunggu bas (terutama time tu bas Sri Jaya lah...) akan beli nasi lemak pakcik nih. Kemudian bila banyak kemajuan, perubahan dan ubai suai area situ, gerai tu ‘hilang’ camtu jer. Saya pun kemudian tak lagi berulang naik bas hingga ke KL kerana berubah-ubah tempat kerja juga. (Masa tu saya kerja di Jln Loke Yew, 6 tahun ke KL untuk ambil bas Sri Jaya, sampai WAK drebar tu dah jadi macam geng kamcing!)

Rupanya, gerai ini memang masih berniaga tetapi di area Kampung Melayu Ampang, berdepan sekolah kebangsaan, dekat LRT. Yeaaa... saya dok ulang alik situ sekarang ni.

Gerai ni buka pagi (saya tak pernah la jumpa, sbb saya dok kuar awal lagi dari dia), dan juga petang hingga malam. Saya memang akan lalui depan gerai ni tapi saya baru beli 2 kali saja.


Saya minta izin si anak muda (anak pakcik asal bisnes ni) untuk snap gambar banner nih.


Sambil menunggu ayam sedang digoreng. Ayam Gorengnya memang sangat menggoda, garing dan besar. Wangi lak tuh!


Part ni saya tak nak. Nak yang baru naik dari kuali.!


Suka gak la saya nak bagitau, gerai ni cuma ada extra lauk lain; Sambal Sotong. Takda yang lain. So specialties nya memang Ayam Goreng dan Sambal Sotong jer lah. Saya tak pernah beli Sambal Sotong sebab....

sambalnya sejak dulu memang failed! Saya tak gemar, sebab tak pedas sangat dan kureng. Mungkin perkataan “international” itu yang membuatkan depa maintain sambal tak pedas, sebab ada juga pelancung asing yang beli, dan orang putih ni kekadang memang takut cili. Rugi...!

Lagi satu, depa tak pernah ada kacang goreng. Ohh.. anak-anak saya kalu beli nasi lemak takda kacang goreng, memang komplen panjang lebar!



Saya beli juga malam tu, sebab saya teringinkan ayam goreng tu untuk dinner. Satu set Nasi Lemak + Ayam Goreng = RM5.00. Nasi Lemak Biasa ialah RM1.50. Pada saya reasonable, sebab portionnya agak besar. Satu bungkus yang biasa memang boleh kongsi dua orang. Cuma.. again, sambalnya tak kick langsung. Kalu lah depa boleh improve sambalnya...

*bagi yang kurang faham, Bas Sri Jaya adalah bas pengangkutan utama di KL sejak zaman dulu (selain beberapa nama bas swasta yang lain seperti Tong Fong, Foh Hup dll). Kemudian di‘upgrade’ menjadi Bas IntraKota sebelum bertukar pula menjadi Rapid KL seperti hari ini.




 ~...Mak Utih pernah bertanya kepada HISYAM kenapa tidak langsung menetap di Kampung Separuh Desa lalu menjadi kepala keluarga di bawah bumbung Teratak Nyatuh seterusnya menjadi khalifah untuk insan di bawahnya, tetapi HISYAM pernah membuat janji untuk membawa SERI BULAN pergi jauh dari tempat berkhidmat, pergi jauh dari tempat kenangan demi sebuah janji lain yang sentiasa diupdate dari tahun ke tahun, dari bulan ke bulan sehingga bulan menyabit pun janji ikut sama menerbit...~




Terimalah kegilaan saya itu sebagai kelemahan saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
17-06-2013


Sejak jadi blogger, ya memang betul saya suka ambik gambar. Snap sana snap sini. Ada saja yang hendak dijadikan bahan modal.

Lalu habit saya ini, semakin difahami oleh orang-orang terdekat saya. Anak-anak dah tak heran lagi kalu bila siap masak, saya suka snap menu yg saya masak padahal rasa ntah apa-apa. Plating memang out ke laut! But... dalam banyak hal, ada aku k?

Then, tentu ramai terbaca satu article tentang kajian di Jepun: orang yang suka snap gambar makanan tiap kali makan dikatakan ada sindrom ‘mental disorder’. Dalam erti kata lain, penyakit gila ler tuh.

Namun begitu, bila dalam public saya masih berhati-hati, masih menapis-napis apa yang perlu disnap atau melihat apa yang tidak boleh disnap.

Begitu juga bila saya mula kerja di tempat baru, sekali sekala memang saya snap pic makanan saya depan beberapa orang kengkawan. Dalam banyak keadaan, saya snap seawal pagi (kebetulan memang saya selalu sampai seawal 7.15am, selalunya memang kami berdualah yang paling awal. Peluang untuk saya bebas snap memang di awal pagi.

Kemudian, beberapa kawan yang semeja time sarapan mula memahami ‘kegilaan’ saya wpun mula-mula depa heran dan tanya-tanya. Saya kata, ‘saya suka simpan untuk web saya jer.’ Of course la saya tak boleh sebut perkataan ‘blog’ wpun setakat ini saya tak pernah dengar lagi mana-mana kawan ofis saya yang cakap pasal blog or jadi blogger. (rata-rata depa ni tak bersosial di laman maya, malah ramai juga yang tak tahu apa Yahoo, apa tu Google...)

Then, terdengar juga la soksek mulut yang celupar menyindir dan cakap belakang ‘macam tu pun nak amik gambar!’. Ok saya dah lama agak, sebab sesuatu yang agak ‘pelik dan menongkah arus budaya depa’ memang akan menerima kritik or komen or kata sindir. Fine, saya tak kisah.

Cuma saya sangat berharap depa menerima ‘kegilaan’ saya yang satu ini sebagai satu kelemahan saya. Mudah, kan?

Tayang-tayang:


Pulut Kuning yang saya buat khas untuk kawan satu department siang tadi, atas niat yang baik-baik. Dah lama hajat nak buat. Jika tangguh lagi, nanti dah masuk Ramadhan. Rendang Ayam yang sudi ditaja oleh seorang lagi kawan sekerja, tak sempat nak snap sebab orang dah makin ramai yang sampai. Segan la saya nak snap.

Sambal Tumis Ikan Bilis saja. Ikan bilis import dari Penang. MyAMOI bercuti ke Georgetwon minggu lepas so saya kirim ikan bilis.

Ya... ya pic Pulut Kuning saya adalah bosan, sebab dah banyak kali saya menunjuk Pulut Kuning saya. Dah ada yang tegur, boring tengok. Takpa lah, nak buat macamana, ini memang kelemahan saya.






 ~...belum pernah HISYAM merasa serik untuk terus menjadi pendamping setia SERI BULAN sepertimana SERI BULAN begitu tinggi juga graf kesetiaannya terhadap HISYAM walaupun ada usaha memisahkan mereka dengan fitnah dakyah dan bidaah yang melukakan kulit merobekkan hati tetapi hanya satu perkataan yang menguatkan jiwa kental mereka berdua menjadi lebih kenyal...~




Monday, June 17, 2013

Pekena Nasi Kandar Padang Kota: bila jemu ngadap muka yang sama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
16-06-2013


Bukanlah setiap hari saya kekal bawak bekal. Ada juga sekali dua hari yang saya dilanda malas or takda idea nak masak, atau kekadang saya memang masak tapi saya tak bawak. Sekali sekala saya nak makan ‘benda’ lain dari nasi.

Kadang-kadang juga, saya pegi makan di luar bila ada kengkawan yang rajin mengajak. Hmmm... rupanya, walaupun saya masih baru di sini, rasanya saya lah yang lebih kerap pegi makan di luar berbanding kengkawan yang lain. Sebab yang mengajak saya lunch di luar memanglah kawan-kawan luar pejabat saya.

Dan suatu hari tu, saya ikut 2,3 orang kawan saya pegi lunch kat area tidak jauh dari tempat keja saya. Terimakasih lah pada depa yang terlibat yang selalu rajin datang amik saya time lunch dan ajak makan di beberapa tempat makan yang best sekitar KD.

Kami makan di Restoren Padang Kota, berdepan dengan sekolah antarabangsa KDU dan Segi University tuh. Ini bukan kali pertama pun kami makan di situ, tapi ini kali pertama saya snap gambar,

Nasi Arab. Ada 2 pakej, dengan ayam dan dengan daging kambing. Saya pilih Nasi Arab dengan ayam.



Satu set Nasi Arab ni RM11.00 sepinggan.


Memang set Nasi Arab datang dengan telur rebus sebiji, kuah dhal sepiring, pilihan ayam atau daging. Sayur dan Papadom adalah side order.

Ya, tak perlu ke Penang pun nak makan Nasi Kandar or apa saja menu Penang. Di restoren ni, memang banyak menu mamak, termasuk lah Tose, Itli, kuih-muih India... yang mana saya paling suka Vadai. Kekadang pagi-pagi saya singgah di situ semata-mata untuk Vadai.

Cuma...
area restoren ni mengenakan caj parking RM3 per entry. Seorang lelaki India akan bermotor meronda 24 jam (restoren dan lain-lain kedai ada yang 24 jam situ) untuk kutip caj parking. Sebab tu la ramai yang singgah situ akan park keta di tepi jalan, jika semata-mata nak singgah lain kedai di situ. Sederet rumah kedai situ, ada 7-11, ada Bintang Cafe, ada 9-to-9 Mart, ada Subway... jadi ramai lah yang berenti tapi tak masuk area shop lot. Kami dah pernah kena sekali, so lepas tu kami pun park kat tepi jalan luar saja.

Jika tak silap, wartawan Mazidul Akmal Sidik dah pernah buat liputan komplen tentang caj RM3 tu, tapi sampai skang tak pernah ada perubahan pun. Pandai sungguh depa buat duit atas angin.





 ~...musim katak melalak kala senja semakin kerap sekarang seiring dengan musim basah becak sehingga kebun getah jadi lengang, bendang bagai padang dan suasana indah kering di waktu rembang berubah menjadi indah redup senja bersama gerimis dan HISYAM pernah kata, “dulu masa kita di sana, keadaan macam ni tak pernah kita rasa indahnya kerana terlalu sibuk dengan kertas kerja, kan?” lalu SERI BULAN hanya mampu senyum dan senyum...~




Sunday, June 16, 2013

Anugerah apa sebenarnya ni?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
15-06-2013


Pagi tadi buat pertama kalinya, saya lari awal dari opis. Arahan keluar pada hari sebelum, semua orang kena stay sampai 8.00 malam pada Jumaat dan sehingga 4.30 petang pada Sabtuday. Tapi kerana saya ada hal lain (janji nak ke Jinjang), saya mohon nak go off pada 2.30 petang. Kunun...! Tapi bila ada yang cabut kul 12.30 tengahari, saya pun tergoda sama. Lalu pelan-pelan saya bergerak keluar. Heheheh jahat la kunun.

Sebenarnya, today is my off day, jadi kehadiran hanya dikira OT. Bila dah kuar camtuh, ada gak la rasa menyesal dan serik meninggalkan kerja masih menimbun. Tobat takut nak buat lagi dah...

Apapun, hajat tetap dilaksana. Saya ke Jinjang, menjengah MyBONDA. Rasa macam dah lama saya tak pegi tengok dia walaupun saya kerap juga telepon dan borak-borak. Saya bimbang, masa saya yang sentiasa padat dan bila tiba Ramadhan nanti saya semakin tak sempat nak ke mana-mana pun.

Selain bawakan serba sedikit barang mentah sebagai stok dia di bulan posa nanti, juga baju raya dia,  saya juga bawakan kuih ini:

Kuih Tokyo yang saya tempah khas dari kawan sekerja. Satu kotak (saiz loyang 12" x 12" bersegi) berharga RM22.00.


Zoom dekat sikit. Macam kuih Serimuka, atas hijau tetapi di bawahnya ialah Sagu + Kelapa Parut. Ohh memang sedap. Bak kata CHAK. “Sedap giler!”


**********

Malam: ada siaran langsung Anugerah Blockbuster 2 di Astro. Bab program anugerah hiburan camni, anak-anak saya memang kurang skit. Saya tune tadi, dah jalan setengah pun. Masa tu nampak penyampaian anugerah utk Pelakun Penjahat Terhebat. Wahhh kategori camtuh pun ada?

Then, nampak si pengarah muda yang hensem (dan saya suka tengok dia jadi Shark dlm KL Gangster) Shamsul Yusof bagi anugerah Pengarah Baru Terhebat.

*Btw, TERHEBAT tu dikira atas kategori or ciri yang cemana? Filem jual juta-juta? atau filem tu menjadi sebutan ramai or mendapat pujian wartawan di semua paper dalam Malaya nih...?

Dan bila diumum pula Dharma Harun al-Rashid yang menang anugerah tu, saya lagi heran. Pertama, sejauh mana hebatnya filem Anak Manja Returns tuh? Takpa, saya bukan orang industri lalu boleh saja dianggap: jika tak tau apa-apa baik jangan kata apa-apa.

Dan... oh sungguh tak berkenan pula mata ni tengok Dharma ni naik pentas terima anugerah dengan pakaian yang sempoi. Kemeja kotak-kotak dan jeans lusuh. Butang kemeja atas terbuka dua, menayangkan rantai rugged. Memang pantang saya tengok lelaki pakai rantai!

Jika tak silap, ini bukan kali pertama pelakun yang sorang ni pakai camtuh di majlis sebegini. Dulu dah pernah sekali gitu sampai masuk sokabar.

Selebihnya dah malas nak layan sebab masa ada persembahan selingan, kumpulan Spider nyanyi rock, ada pula sekumpulan kira-kira 20 orang bebudak muda (remaja Melayu la of course!) menari melompat dan terkinja-kinja di suatu sudut tepi pentas tuh. Apa fungsi? Nak bagi nampak meriah majlis atau sebagai iringan lagu rancak? Dan... berapa ratus RM agaknya bebudak tu dapat bayaran?

Hmmm... dunia hiburan kita. Kadang-kadang tak faham.

Yang pasti, saya masih suka beberapa filem Melayu, masih suka tonton lakunan orang seni yang hebat, masih kagum dengan drama yang bermesej dan bernilai...

masih suka ber la la la... jika ada lagu yang sedap di telinga... masih layan lagu rock yang boleh menghibur hati... tetap layan lagu jiwang yang kadang buat jiwa terlayang...!

tapi, sangat sangat tak berkenan bila tengok gambar cenggini:


Tapi mata orang jantan, saya tak tau lah...! Suka benor la kot?






 ~...pertama kali SERI BULAN terperangkap di dapur dalam keadaan berkemban dan kepala berlitup tuala, kemudian terjemuh dengan HISYAM yang datang tidak bersalam masing-masing bagai terkaku kaki di lantai, mata terkunci di mata juga mulut ternganga hilang kata sehingga bunyi angin meniup daun mangga pun boleh terdengar sampai ke telinga mujur pula kemudian masing-masing bersyukur bunyi kucing tetiba jadi penyelamat kesedaran...~




Saturday, June 15, 2013

Sori Berlori (again): no updates...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
14-06-2013


Baru 2 hari tak update blog, seorang kawan sms bertanya, “Kenapa tak update? Kita nak tahu cerita-cerita awak.”

Cerita saya? Cerita apa yang saya ada? Tak banyak, kerana rutin saya untuk seminggu memanglah sangat padat. Kebetulan MyManager bercuti selama 2 minggu, dan kerja mula naik tidak putus-putus, bercampur tekanan kiri kanan dari orang-orang yg diamanahkan mengawasi, boleh bertukar menjadi lebih sudu 4,5 batang dari kuah, dalam mangkuk sup yang tak berapa besar mana pun > kalu tak faham, abaikan saja.

Saya mencuba juga memberi ruang kepada diri sendiri, mencari masa sedikit untuk blog, tetapi setiap masa selepas keluar opis, adalah untuk keluarga. IKA dah pun balik semula ke kampus, kerana semester akhirnya sudah bermula. Rutin kesibukan dah masuk semula ke dalam rumah.

Dalam pada masa yang sama, terpaksa juga menyemak kalendar melihat beberapa peristiwa dan perkara penting di sekeliling, among kengkawan. Termasuk kenduri nikah kahwin menyambut menantu. Tentulah tidak wajar mengenepikan ukhwah yang terjalin bertahun, jika tidak sama-sama meraikan hari besar dan gumbiranya orang yang nak terima menantu.

Lalu ada 2,3 tarikh yang perlu ditanda agar tidak terlepas. Malah saya terpaksa menyusun semula jadual kerja saya untuk hari Sabtu, samada saya boleh skip pada hari off saya untuk tidak datang buat OT. Semua tu harus ada perbincangan, lapuran progress kerja sebelum boleh dapat kebenaran untuk skip. Nasib kuli macam ni la, apa lagi bahagian production. Mesin kena jalan 12 jam sehari..!

Yang pasti, di saat beberapa orang merungut penat dan bosan, saya masih lagi... ya masih lagi rasa happy dan cergas. Kepenatan fizikal adalah bersifat sementara. Balik rehat dan tido, recharge tenaga. Sangat berharap agar keletihan tidak menjalar hingga ke minda. Kerana kalu minda sudah dikuasai oleh unsur negatif... hmmm apa pun tak boleh!

Tayang-tayang:


Bekal saya seterusnya. Ayam Masak Hitam. Seorang kawan yang mengendeng makan, juga turut mengendeng resipi. Hahahah... saya kata, saya beli rempah dalam paket di Tesco jer. Jenama apa ntah, lupa sebab masa tu promosi. Nanti kalu jumpa, saya belikan lah untuk dia cuba masak sendiri pulak.







 ~...melihat SERI BULAN pulang mengayuh langkah seperti berkawad di padang kemudian melangkah anak tangga berselang dua Mak Utih akhirnya segera menangkap ada kes sudah berlaku di belakang waktu dan akan ada merajuk panjang antara HISYAM dan teman setia lalu Pak Utih segera berisyarat agar jangan diusik air yang berolak di bawah dasar kerana bimbang percikan melimpah hingga ke lantai dapur...~




Wednesday, June 12, 2013

WW: dari ikan ke ikan, jangan sampai kena makan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
12-06-2013


Wordless Wednesday bertarikh 12 Jun, 2013.


*Ikan Masin (Gelama Masam) vs Ikan Kurau Masak Lemak Cili Padi + Kacang Panjang dari kebun kawan seopis.





 ~...menghampiri rumah kenduri dengan diiringi bunyi lagu Selamat Pengantin Baru dan kompang dari kumpulan kompang Kampung Separuh Desa membuatkan HISYAM tiba-tiba mengerling ke arah SERI BULAN sambil tersengih nakal lalu hati SERI BULAN berkata, “Eh apahal?” dan Mak Utih pun ikut tersenyum bagai mengharap suatu hari nanti pelamin di tengah khemah itu akan menyandingkan pula mempelai yang dibayangkannya...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails