السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
30-09-2013
Setelah 4,5 hari merasa dedar dengan suhu badan naik turun, demam yang on-off, akhirnya tewas juga. Lalu bila tersadai tak boleh bangun, terpaksa juga jumpa doktor panel dan surat MC sangat diperlukan.
Samada kerana cuaca yang semakin berjerubu sekarang, atau berjangkit dari orang-orang sekeliling, saya dah malas nak fikir. Yang penting, ubat kena makan. Makan pulak kena pantang.
Sebenarnya (tak ingat samada saya dah pernah sebut ke belum), saya juga mengalami sakit saraf di tangan sebelah kiri sudah masuk 2 bulan. Kerana saya seorang kidal, saya banyak gunakan tangan kiri untuk hampir semua kerja termasuk yang berat. Lalu, bila tiba-tiba saya terasa lenguh di seluruh tangan kiri saya sehingga nak perah kain pun tak boleh, angkat teko air pun rasa nak terlepas, saya tahu saya ada masalah saraf.
Minyak angin, ubat sapu dari doktor dan juga urutan tidak banyak mengubah keadaan. Tapi saya memang bertahan, asal saya tidak lagi gunakan tangan kiri untuk sebarang kerja berat, tidak banyak terdedah kepada aircond, saya biar saja. And again, saya malas nak fikir.
And then, sudah sebulan pula angkle saya pula menjadi masalah. Saya tak boleh berjalan laju, tidak boleh lagi pakai heels, tak boleh bersila dan bila solat, terpaksa menahan sakit. Kerana waktu kerja yang sentiasa padat (read: dok balik malam hari-hari) saya tak buat apa pun untuk pulihkan keadaan.
Then saya selalu nampak orang buat terapi ion di sebuah kedai yang saya hari-hari lintas tiap kali balik kija. Then tiba-tiba sejak minggu lepas, rawatan terapi ion tu buka cawangan di depan rumah saya (tidak jauh dari surau). MyToklaki dah buat banyak kali (rendam kaki) dan sehingga semalam dia dah buat sebanyak 8 kali.
Saya mencuba baru 2 kali (sehingga semalam) dan harus meneruskan untuk 3 hari berturut then boleh berselang hari. Rawatan ni sebenarnya dah lama wujud. Membuang toksin (racun dalam badan), melalui kaki di mana aliran elektrik vontan rendah, menggunakan mesin khas. Sekali rawatan hanya disarankan selama setengah jam sahaja setiap kali. (RM10 = setengah jam).
Pic: beberapa unsur racun berbeza warna menjelaskan dari mana racun itu bermula. Contoh, kolesterol, angin, racun dari hempedu, toksin dari paru-paru, perjalanan darah tidak lancar, sendi, kurang kalsium dan beberapa kelemahan lain.
Kesan jangka pendek yang saya rasa, angkle saya semakin baik. Jalan tidak senget lagi, malah saya dah boleh kilas angkle saya. Cuma lenguh di bahu dan tangan kiri saya masih belum berubah.
Hanya suatu ikhtiar.