Friday, April 10, 2020

Saya memang seorang pesakit

Jumaat
10-04-2020


Apa fokus utama dalam penulisan blog saya?
Keluarga.
Kerjaya.
Minat/Hobi.
Pengalaman percutian.
Isu semasa.

Yeaa... semua di atas.

Ramai sedia maklum, terutama kawan-kawan di Facebook, tahu saya sudah 5 series. Saya ada penyakit. Bukan keturunan tapi penyakit salah sendiri cari sendiri.

Saya diabetic. Pertama kali doktor detect, bacaan gula 12.3 mmol. Tinggi. Saya termenung masa terima kad kaler biru.

Ada jadual checkup. Ada jadual ambil darah. Ada jadual makan ubat... blaa... blaa...blaa.

Saya ikut sedekat yang mungkin. Dan bacaan saya kemudiannya (selepas sebulan rasanya) tidak pernah melebihi 10. Tapi untuk turun ke paras normal, tidak pernah berjaya. Sentiasanya antara 7-9. Apatah lagi bila saya rajin ke kenduri, rajin jalan-jalan, sekali-sekala bercuti. Dan, makan-makan.

Sehinggalah saya akhirnya letih sendiri. 2 tahun lebih saya tidak pernah berjaya mendapat bacaan bawah 6. Salah saya. Silap saya.

Then, Januari 2020. Suatu pagi, saya ternampak suatu promosi atau iklan untuk Gaya Sihat, Makan Sihat untuk hidup sihat. Seorang blogger. Sudah lama saya nampak dia gigih menjalani gaya hidup sihat dan saya tahu dia berjaya. Usahanya berkesan. Sangat berkesan.

Saya terbuka hati untuk bersama dia. Ikut cara dia. Belajar dari dia (and group, of course), tukar gaya hidup dari dia, cara makan dan apa sahaja yang saya mampu untuk saya dapat bacaan gula yang baik dan hidup lebih sihat.

Saya sendiri namakan usaha saya sebagai program AA Eat Clean. Jauh untuk menyebut sebagai berjaya, tapi saya tetap terus berusaha. Masih mencuba. Masih belajar.

Akan datang saya akan menulis banyak tentang AA Eat Clean. Kerana itu fokus saya sekarang ini.

Ramai dah nampak saya ada simpan banyak gambar menu eat clean saya sebagai rujukan sendiri, di album saya di FB.


Krabi, Julai 2019.
Ya, Krabi seperti juga Haatyai, syurga makanan.



 ~...apabila kelak HISYAM mendapat tahu SERI BULAN sudah pandai menyorok berita menyimpan cerita, sudah pasti dia akan cuba memujuk Mak Utih menjadi penyampai dan Pak Utih akan melarang dalam santai, tanpa dia sedar SERI BULAN akan lebih merajuk sehingga rasa hendak bermalam sahaja di balai raya Kampung Separuh Desa...~



7 comments:

  1. Semoga berjaya melawan ancaman gula dalam darah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    In shaa Allah... dengan amalan gaya hidup sihat, penuh disiplin, kuat semangat, gula dalam darah akan turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Sedang berusaha ni. Lambat asalkan berhasil.

      Delete
  3. In Sha Allah akak berjaya kawal paras gula ke tahap normal.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails