Saturday, August 14, 2010

Ramadhan: siri Ziarah Ramadhan YKS - Sri Sabah...

Syukur alhamdulillah, selamat sudah program Ziarah Ramadhan YKS yang berlangsung di dewan Flat Sri Sabah. Program ini merupakan salah suatu dari siri ziarah sempena bulan Ramadhan yang akan terus dijalankan sepanjang bulan ini.

Bersekali dengan program berbuka juga dijalankan sesi penggambaran bagi mengisi ruang dalam program Apa Kata Wanita (AKW) yang dihostkan oleh Zamzarina yang juga merupakan Presiden YKS.

Aku tiba seawal 2.30 petang, tetapi Ayam Masak Merah dah pun siap. Bubur Lambuk baru saja hendak dimulakan, dan dapatlah aku melihat dari awal bagaimana Bubur Lambuk dimasak. Tidak jauh beza dengan lain-lain tempat juga. Yang menyeronokkan bukan apa yang dimasak, tetapi cara memasak dan bagaimana kami beramai-ramai bergotong-royong memasak. Lagipun penduduk di situ dan pertubuhan Jalinan Kasih (anak-anak yatim Sri Sabah) sudah biasa dengan kami kerana ini bukan pertama kali pihak Yayasan terlibat mengadakan program amal.







Kopek durian untuk pengat kuah Roti Jala


Selain dari membantu, bagi kami para sukarelawan Yayasan dapat bersua muka, bertanya khabar mengerat silaturahim.

Agenda utama bermula tepat jam 7.00 petang tetapi team dari RTM sudah tiba seawal 4 petang untuk merakamkan beberapa aktiviti bagi slot AKW. Walaupun Zamzarina terpaksa hadir di tempat lain secara mengejut dan tidak dapat muncul, program tetap berjalan seperti yang dirancang. Tetapi beberapa agenda terpaksa diubah sehinggakan aku terpaksa menjadi "bidan terjun" menjadi pengacara majlis. (Dah lama aku tak buat kerja mengacara ni..) Cuma agak kurang seronok kerana aku tidak berpakaian yang sesuai (sebab tujuan hadir awal kerana nak bantu masak bukan nak naik pentas).


Rakaman sedang berlangsung.

Majlis berbuka dengan anak-anak ini sangat meriah dan seronok melayan mereka. Dihidangkan dengan kuih-muih, kemudian solat Maghrib berjemaah, dan bersambung semula dengan jamuan nasi berlauk Ayam Masak Merah, Kari Daging, Sayur Campur, Roti Jala cicah Kuah Durian... yummy!

CHAK dan ALIA bersama Presiden Jalinan Kasih Sri Sabah, En JAWAHER, kami panggil Encik JOE.


Terimakasih tidak terhingga kepada semua yang bersedekah menyumbang, juga kepada yang terlibat, termasuk pihak Yayasan sendiri, sukarelawan dari Institut Baitulmal dan seluruh warga penduduk Flat Sri Sabah Blok 64 yang begitu gigih menjadikan program amal ini berjalan lancar.


*Kenangan bulan puasa: Arwah AYAH dulu kalu buat Bubur Lambuk, ada macam-macam bahan dan makan sungguh puas, pastu ada Tembikai Susu yang dipetik dari batas bendang, bancuh dengan santan, campur ais. Perhhhh...!



~...memberi pujian bukan sifatnya, memperlekeh juga tidak pernah menjadi niatnya, tetapi perlakuan HISYAM ada kala sangat sukar bagi SERI BULAN memahaminya...~



Friday, August 13, 2010

Ramadhan: Ayam Paprik...

Menjadi juga hasrat hendak masak Ayam Paprik petang tadi, walaupun bahan dicari selepas balik dari kerja. Semua dilihat seperti lengkap, tetapi bila nak mula, baru teringat yang daun limau purut lupa nak beli. Potong!

Tapi semangat berkobar nak jamu anak-anak dengan menu ni, so mesti teruskan juga. Alhamdulillah, sedap ler pulok tuuu..


Sori, snap dari kuali. Baru nampak real, ye tak? :)

Walaupun jarang buat, tapi semakin yakin sebab bulan posa tak leh nak rasa, main agak-agak jer.

Menu ringkas, tak hebat tapi bila dah hidang, makan bersila dengan semua orang sekeluarga, semuanya jadi sedap...!


*Kenangan bulan puasa: masa kecik aku selalu juga jadi tukang beli air batu di kedai yang sepelaung dari rumah (sebab lum ada fridge).

Air batu dalam peti kayu, disalut serbuk kayu (ker serbuk padi?), potong 4 segi dengan gergaji ais yang panjang. Bungkus dalam kertas sokabar jer, rega cuma 2 kupang. Balik rumah tangan kebas, tapi tu yang seronok. Hmmmmm budak sungguh aku waktu tuh..



~...menata warna terlalu banyak tentang "true colours" of HISYAM, membuatkan SERI BULAN kehilangan warnanya sendiri...~


Ramadhan: Benci sudah menjadi rindu...?

Menjelang Ramadhan, banyak aktiviti biasa yang kita lihat sebelum ini akan berhenti dan diganti dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat amal jariah, bersedekah, majlis berbuka dengan insan-insan kurang mampu, juga majlis gotong-royong di surau-masjid...

Aku pernah juga terlibat dalam beberapa aktiviti sebegini dulu dan sungguh seronok. Bukan selalu kita dapat menyertai program sebegini kerana Ramadhan cuma setahun sekali.

Undangan berbuka di luar sudah ada, tapi bukan semua dapat dipenuhi. Kalu diikutkan hati, lebih selesa berbuka di rumah dengan semua anak-anak, tapi ada juga program yang memerlukan sedikit komitmen dan wajar juga dihadiri kelak.

ZU KT yang sudah lama tidak menghubungi, tiba-tiba sms membawa undangan berbuka bersama. Sukar untuk memenuhi tetapi sukar juga untuk menolak...

*Kenangan bulan puasa: sehingga hari ini aku tidak pernah merasa Bubur Lambuk seenak resipi bubur yang dimasak sendiri oleh arwah AYAH.


Kuih KALAKATAR, resipi tradisi orang Banjar, yang sangat susah nak jumpa tapi aku sangat suka nak makan. BONDA pernah buat masa kita orang kecik-kecik dulu.



~...bila lama tidak bersapa, HISYAM tahu benci ibarat perli, rindu sudah tidak perlu, kerana SERI BULAN pun sedia tahu gelak berdekah bukan kenyang jika tak pandai bersedekah...~


Thursday, August 12, 2010

Ramadhan: Syukur ia datang lagi....

Ya, Ramadhan datang lagi. Syukur. Aku tidak mahu membuat ucapan panjang, tapi semoga semua orang yang membaca dan mengenali aku, berada dalam keadaan sejahtera menyambut Ramadhan.

Lumrahnya Ramadhan, kemeriahan berbuka, berterawih, bertadarus dan bersahur menjadi agenda yang sungguh menyeronokkan. Belum lagi dikira kesesakan jalanraya kerana semua orang nak balik awal. Mengejar masa nak masak, mengejar menu paberet di Pasar Ramadhan...

Bagi aku tidak banyak yang berubah. Waktu balik dan masuk kerja tidak berubah sama sekali (di tempat lama dulu, kami masuk awal setengah jam dan balik awal sejam, itupun tetap 5.30). Tapi sekarang aku balik seawal jam 5 petang dan jika tidak singgah mana-mana, sebelum 5.10 minit aku sudah berada di rumah.

Tidak banyak perancangan khas sempena Ramadhan. Segalanya mengikut tradisi seperti selalunya. Berbuka dengan anak-anak menjadi keutamaan, memasak sendiri suatu kemestian. Kami jarang ke Pasar Ramadhan kerana menu utama biasanya memang aku masak sendiri. Jika sekali sekala singgah membeli, hanya untuk mencari kuih yang jarang-jarang ada di musim lain, atau yang susah hendak dibuat.

Jika setakat Karipap, Kuih Koci, Puding, Kuih Gulung, Cucur Udang, Meehoon Goreng/Sup, Cendol... semua tu aku boleh buat sendiri saja. Lebih puas dan berbaloi, dan terjamin kebersihannya. Apatah lagi dimasak dengan penuh rasa Kasih dan Sayang... Tambahan sekarang semua harga barangan utama dapur, naik harga dan sungguh tidak padan dengan apa yang hendak dimakan. Dan anak-anak memang lebih suka makan segala benda yang MAK depa sendiri masak.

Har! Har! Har! Har! Har!

Tahun ini aku tidak berkesempatan hadir ke gathering terakhir sebelum puasa. Tahun lalu kerana puasa jatuh pada Sabtu, so pada Jumaat aku dan geng biasa aku sempat gathering di Tangling. Selasa lalu, mereka bergathering di Bellamy tanpa kehadiran aku.

*Kenangan bulan puasa: masa kecil dulu, aku pernah curi petik putik jambu batu belakang rumah, sebab teringin sangat, bila dah berbuka dan kenyang, putik jambu tu buat baling cicak saja...


Ngeh! Ngeh! Ngeh! Ngeh!


~...samada turunan dari generasi pelikat atau khurta, HISYAM tidak dapat dipisahkan dari Air Tarik budaya Mamak, sedangkan SERI BULAN lebih suka Air Jernih budaya Banjar...~





Monday, August 9, 2010

Karenah: Takkan kerana Nasi Lemak pun nak majuk? Apa kelas!....

Hujung minggu yang redup, selesa walaupun petang Ahad aku sakit kepala. Sengaja mengosongkan diri 2 hari dari sebarang aktiviti – Sabtu dan Ahad – kerana si AMOI balik. Belum sampai rumah sudah sms, “Mak masak apa hari ini?”

So, si EMAK masak sesungguh hati walaupun yang dimasak biasa saja. Bagi orang dalam rumah dah tak heran lagi bila MAK masak Ayam Masak Lemak Cili Api. Sarapan pagi minggu dengan Cekedek + Kentang + Bilis cicah dengan Sambal Sardin. Kebetulan rezeki murah tul sebab ada orang bagi Dodol. Jiran kami tu agaknya testing masak Dodol di kampung untuk raya nanti kot. Dapatlah kami merasa.



Pastu seorang sahabat, yang aku panggil Kak Jam, dan anak-anak panggil MAK JAM, sms soh datang umah amik Acar Buah yang dibuat oleh maknya yang aku panggil TokNgah Terohah. Sedappppp...! Buat pembuka selera. Tak payah tunggu bulan posa dah.




TOKLAKI balik kampung (sebelah dia), dekat saja – Kuala Pilah, balik petang Ahad dengan sebungkus besar rambutan, buah mangga dan 5,6 papan petai kampung. Semua petik terus dari pokok. Wahhhh... best tuh.
(Rumah kampung sudah hampir siap sepenuhnya. Rumah lama sudah diroboh dan diganti baru. Dari rumah kayu ke rumah tak kayu lagi. So banyak urusan “touch-up” dibuat berperingkat-peringkat).

Dan, sebagai memenuhi permintaan khas, aku masak lauk paberet si AMOI. Sambal Ikan Bilis + Kacang. Biasa saja, tapi dia memang suka sangat. Hasratnya nak bawak balik ke SA, so aku pun ready nak tapau. Tetiba dia nak balik pagi Isnin lak. Sambil balik cuti hujung minggu, AMOI balik sebab nak ambik baju yang masih tertinggal di rumah. Isnin malam dia akan hadir ke majlis makan malam yang diadakan khas oleh fakultinya khas untuk semua penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) baru-baru ini. Tema: Kasual Merah-Hitam.



Bila dah ramai berkumpul, kami selalu lepak borak-borak sampai berjam-jam. Ada saja yang kami leh borak. Dari kisah dia di rumah sewa, di kampus, kisah kawan-kawan, kisah keruntuhan moral, kisah saudara-mara, termasuklah kisah artis. Hehehehehe. Sebab di kampus yang lama dulu dia selalu nampak Farid Kamil. Sekarang di induk, selalu nampak ramai selebriti yang menjadi pensyarah, antaranya Zizi Zulkifli, Syafinaz Selamat dan juga pengarah Razak Mohaideen.

Pastu lepas makan malam, tengok bola ramai-ramai. Game “The Community Shield” – Man U vs Chelsea. Hanya aku yang tak faham apa-apa. So aku kalah dengan suara majoriti dan remote tidak lagi berada di tangan aku. Baik masuk tidur.

****

Selingkar kisah, yang buat aku bengang seketika: sebuah luahan semata.

Seorang kakak di tempat kerja aku juga berniaga sambilan (nasi lemak). Ada gerai dan dijaga orang semasa dia pergi bekerja. Sesekali dia bawa nasi lemak ke tempat kerja dan belanja Manager.

Pagi tadi, dia interkom (kebetulan aku yang jawab), minta turun ke tingkat 1 untuk ambil sesuatu, katanya. Tapi bila aku tunggu di situ lebih kurang 2 minit, tiada siapa. Menyangka tersilap dengar, aku naik semula ke tingkat 3. Kemudian dia interkom lagi dan sebut, “Ok, sekarang.”

Aku turun lagi menunggu. Sama. Tiada siapa. Selepas 2 minit, aku naik semula dan interkom dia bertanya dengan soalan bodoh, “Tunggu tangga
mana?” (Macamlah ada banyak tangga lain kat situ...)

“Ok, saya naik sekarang.” Dan aku turun lagi. Rupanya nasi lemak yang dia nak belanja orang di atas. Cuma 2 bungkus, dan dia menyebut 2 nama orang yang di atas.

Well, amanah orang. Aku sampaikan pada yang berhak. Anda semua fikir apa? Ya, memang tiada untuk aku, kerana memang cuma 2 bungkus. Takper, esok pun aku boleh makan nasi lemak, sebab esok belum puasa lagi. Kan?

Seketika cuma rasa bengang itu, kerana aku segera SEDAR DIRI yang masih terlalu baru untuk menjadi sebahagian dari mereka. Itulah sebahagian ragam manusia.


~....SERI BULAN sering rindukan tempat-tempat makan yang kadang-kadang tu bukanlah sedap mana, tapi seronok bergelak dengan kawan-kawan sehingga HISYAM sendiri jadi penasaran...~



Friday, August 6, 2010

Sesungguhnya tidak tergamak....

Kisah jenayah di mana-mana. Samada kita menjadi mangsa atau orang lain yang kita baca menjadi mangsa, jenayah berlaku tiap detik, tiap saat. Siapa boleh menjangka?

Jenayah terancang, jenayah tidak diduga, yang pasti pasti ada mangsa dan pemangsa. Jangan dihurai soal pemangsa, kerana yang berhati setan iblis nan jahat tidak upaya kita halang bila mereka ingin melakukan jenayah. Sungguh takut.

Dan hari ini aku membaca beberapa kes yang sudah tidak menjadi luar biasa lagi.

KES 1: Betong, Sarawak.
Seorang datuk ditangkap kerana merogol cucunya sendiri yang berusia 13 tahun, manakala isterinya turut ditangkap atas tuduhan bersubahat merahsiakan perkara itu beberapa lama. Dan semasa ditangkap semasa makan di sebuah gerai, nenek itu boleh berlagak selamba. Tanpa rasa bersalah...!

Sungguh sedih bila saudara sendiri yang menjadi haruan dalam rumah sendiri. Malang sungguh cucunya itu, sementah itu sudah dirosakkan kehidupannya. Biadap, lahanat dan bodoh sekali si datuk yang boleh mengaku terangsang ketika si cucu merintih. Bodoh...! Bodoh...!

KES 2: Kuala Terengganu.
Seorang pelajar perempuan berumur 12 tahun dirogol kekasih sendiri. – seusia 12 tahun sudah ada kekasih??

Mereka berkenalan melalui sms. – seusia 12 tahun sudah ada hp sendiri??

Mereka berjanji untuk bertemu selepas 4 bulan berhubungan so pertemuan diatur (ala-ala blind date...) – seusia 12 tahun sudah boleh keluar sendirian??

Pelajar itu dibawa ke rumah sewa kekasihnya (yang berusia 22 tahun), dan dirogol dan lebih malang lagi, kawan kekasihnya juga merogol pelajar tersebut. Aduhhh....

KES 3: Shah Alam.
Seorang pelajar perempuan 15 tahun, keluar ke kedai runcit di waktu malam dengan membawa RM1, untuk membeli gam tetapi tidak pulang-pulang (sehingga sekarang). Dipercayai dibawa lari oleh teman lelaki sendiri berusia 18 tahun (yang tinggal di Padang Jawa).

Remaja sekarang. Sungguh berbeza dengan zaman kita dulu. Sudah tentu tak boleh dibanding antara zaman hingusan kita dengan zaman mereka yang matang sebelum usia, di hari ini. Tetapi beberapa kes di atas adalah contoh yang kita tidak langsung ingin berlaku, tidak duga akan berlaku.... tetapi sudah banyak berlaku.

Adakah kemajuan yang laju lagi canggih harus dibayar dengan harga diri, atau maruah dipertaruhkan? Ya... sepertinya aku menulis menjurus bongkak. Tidak, ini sebagai peringatan sesama KITA, juga luahan kebimbangan seorang yang bergelar ibu, juga tanggungjawab sosial kita sebagai ahli masyarakat (yang kita sering sebut prihatin...)

Andai aku boleh meluahkan atau menulis terperinci tentang isi hatiku yang sebenarnya tentang masalah salahlaku/moral anak-anak hari ini, Tuhan sajalah yang tahu...


Sebuah nilai kasih sayang dengan cara tersendiri:
Pic blogger NIDA sekeluarga yang berada di Auckland New Zealand muncul di akhbar Harian Metro hari ini dalam ruangan Salam Perantau (sempena kedatangan Ramadhan/Syawal).

Waaaaa... seronoknya tengok.


~....suatu waktu dulu, SERI BULAN saban petang bermain guli, congkak, layang-layang bersama lelaki senakal HISYAM, tanpa ragu dibawa lari ke sempadan Kampung Separuh Desa...~




Thursday, August 5, 2010

Solat Hajat lagi...

Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin, antara rutin setiap tahun bagi mana-mana sekolah pun. Solat Hajat bagi mendoakan pelajar yang bakal menempuh peperiksaan besar setiap hujung tahun. Salah satu usaha. Bagi aku secara peribadi, program sebegini sudah banyak kali aku hadiri. Maklum orang ada anak ramaiiii....:)

Tadi, aku dan TOKLAKI hadir di sekolah ALIA untuk program yang sama. Kebetulan pula aku merupakan (dipilih dalam paksa-rela) AJK Permuafakatan Tahun 6 bagi tahun 2010. Bersama beberapa orang lagi parents lain yang masing-masing mempunyai anak bakal menduduki UPSR, kami bergabung menjayakan program ini. Dan untuk kesekian kalinya aku jadi Setiausaha juga. (macam dah takda jawatan lain nak kasi, bagi ler aku jadi Pengerusi ker.. ye tak? Ahaks!)


Sebahagian para bapa dan ahli jemaah surau berhampiran. (nampak puding yang aku ceritakan semalam tuh?)

Majlis berjalan lancar dan jamuan diadakan selepas segala program selesai. Lazim bagi program yang melibatkan anak-anak seusia 12 tahun, walaupun tidak perlu disuap tapi segala perjalanan majlis harus dipantau sehingga selesai.


Bagi aku yang agak kerap juga mengendalikan program yang melibatkan jamuan dan anak-anak seusia ini, kurang kekok dan persediaan dari pengalaman memudahkan segala urusan. Pendek kata tanggung beres! Panjang kata, makan pun banyakkkkk... hehehehe.

Semoga segala doa para guru, anak murid dan ibubapa dimakbulkan dan semua yang bakal menduduki UPSR (10 hari selepas Raya) akan beroleh kejayaan. Aminnn...

*Terimakasih kepada semua para guru yang memberi kepercayaan kepada kami menjayakan program ini dan semua AJK yang terlibat.


Bergerak pulang selepas segala bersih dan kemas, bergegas ke rumah BONDA MERTUA, menjengahnya yang sedang demam. Esok harus ke hospital lagi untuk pemeriksaan lanjut.

....suatu malam yang penuh...


~...malam ini tiada bulan dan bintang untuk dipandang, rumput pula hanya samar basah dek hujan petang tapi SERI BULAN tetap pulang berseri-seri...~




Wednesday, August 4, 2010

Hati yang tersentap: Footnote...

Terimakasih atas ucapan kepada AMOI. Semoga segala doa akan termakbul. Tapi dia tak balik pun, mungkin hujung minggu baru ada free dan boleh balik ke rumah. Macam jauh sangat, padahal tak sampai sejam pun. Tapi dia ada banyak kerja sekolah...

Siang tadi, aku kuar time lunch, meronda masuk satu kompleks yang sepelaung dari tempat kerja. Cewahhh macam ler tak pernah masuk, tapi memang benar aku jarang, amat jarang kuar waktu tengahari. Tiada special reasons, tapi memang dah biasa begitu, yang pasti tiada kaitan dengan diet. Sebab tempat kerja dekat dengan rumah, (4 min perjalanan) so aku ada banyak masa lebih untuk masak di pagi hari (dulu tu kadang2 tak sempat). So bila dah rajin, aku selalu bawa bekal ke tempat kerja. Makan dalam aircond sambil baca novel. Dah memang style, sebab aku sejak berkurun lamanya, memang tak pernah ada geng untuk kuar berpoya-poya waktu lunch time. Lone Ranger jerrr...

*Bila rindu. Ni kat tempat keja lama...

Tadi akhirnya, selepas lebih sebulan di tempat baru, baru aku jumpa foodcourt yang hampir serupa macam di Walter Grenier dulu. Rupanya belakang blok jer, aku sungguh tak perasan sebelum ni, lagipun aku turun pun adakalanya seminggu sekali jer. Sangat murah lah itu Mak Cik jual nasi campur. Leh ler jadikan port tetap nanti kalu teragak nak beli lunch.

Tiada story lain yang seronok dikongsi, tapi tengahari tadi, baca paper (Kosmo ker Harian Metro?) ada 2 full pages kisah tentang blogger muda yang hebat (yang masih belajar di Russia) dan blognya memang sentiasa menjadi kunjungan ramai. Aku salah seorang yang sering baca blog dia yang penuh cerita pengalaman di negara orang. Kagum dengan kesungguhannya. Cuma aku jarang sekali nak tinggalkan komen (serik pun ada, sbb blogger kecik cam aku ni, orang tak mandang...).

Tahniah ARIFF: http://ariffshah.com/


Projek aku malam ini sebagai persediaan esok... (300 cups)


~...bila sudah kerap dipersoal menjurus diperlekeh, hanya orang buta tuli pekak BADAK saja yang tidak mengerti, dan orang keras hati seperti SERI BULAN akhirnya terpaksa mengutip hatinya sendiri yang jatuh di tepi tangga...~



AMOI's Birthday...

04-08-2010: Rabu.

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat NUR LAILY AZWA @ ALONG @ Amoi.. ke 20.



Semoga terus suksess dalam pelajaran, cemerlang dan sentiasa menjadi kebanggaan keluarga. Menjadi contoh kepada adik-adik, menjadi kawan kepada MAK dan menjadi harapan untuk kehidupan mendatang.





Masa 7 tahun. Sepet...!

Aku sentiasa berbangga dengan semua anak-anak aku.



~...apa hadiah yang lebih bermakna selain doa...~


Tuesday, August 3, 2010

YKS ~ ZAMZARINA ~ Apa Kata Wanita...

Terimakasih tak terhingga kepada yang menyumbang barangan dan wang untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur.



Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Presiden Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS), Zamzarina Zambri (pengacara program Apa Kata Wanita), yang berlangsung Isnin 2 Ogos lalu jam 3 petang.



Program sebegini sebenarnya bukanlah pertama kali dibuat oleh pihak YKS (dulunya YPN) terutama menjelang Ramadhan, sepanjang bulan sehingga menjelang Syawal.

Sudah lama tidak terlibat dalam program sebegini. {AA merupakan salah seorang SUKARELAWAN YPN (kini di bawah Unit Kebajikan YKS)}.


~...SERI BULAN sudah lama merasai dirinya yatim piatu...~


Monday, August 2, 2010

BBQ AnakPerlis.com: “Antara riyuh dan kecoh tanpa speka...”

Akhirnya Program BBQ AnakPerlis.com (AP.com) sempena menyambut kedatangan Ramadhan dan juga turut meraikan Anniversary 2 pasangan “otai” AP.com yang jatuh pada tarikh yang sama (07-07), berlangsung dengan jayanya pada 31 Julai lalu di tempat biasa, perkarangan rumah MG@MatGebang@Dr.Dinon.


*Memang bestttt...!. Belum sampai rumah MG, aku dah belasah makan durian paling besar sekali dalam van semasa mengangkut durian dan 2 tong ikan keli dan puyu.


**CHAK dan ALIA duduk dalam longgokan durian sepanjang jalan ke rumah MG.


Aku hadir sebagai salah seorang ahli gotong-royong. Walaupun tidaklah sebesar majlis nak sambut menantu, tetapi kerja tetap banyak yang perlu diuruskan secara beramai-ramai. Kebanyakan ahli AP.com yang sempat hadir awal, datang bersama menyiapkan pelbagai kelengkapan yang biasanya wajib diadakan sepertimana majlis-majlis kenduri lainnya juga.

Walaupun mengikut jadual, waktu jamuan makan adalah jam 2 petang, tapi bagi kami yang sentiasa berada di dapur, macam tukang masak “emport” kalu rasa nak suap, selamba jer suap masuk mulut. Tau-tau dah kenyang, tapi pinggan makan tak kelih pun...!



Antara menu utama yang sentiasa “terangkat giler” bagi aku adalah Kambing Golek Panggang (menu wajib), Ayam Golek Panggang Raja (menu tradisi resipi dari KAK E, isteri MG), Gulai Rebung (menu tradisi Perlis), Ikan Keli Goreng Garing, Puyu Masak Asam + Keledek, Ayam Panggang Madu... (semua menu mempunyai penaja masing-masing).



Ini jer gambar yang snap lauk.


Lain-lain adalah Sayur Campur, Sambal Belacan, Pulut Sibaq (ada yang tak tau?), Kek Anniversary (yang dibuat sendiri oleh ahli keluarga Kak E), Kuih Talam Durian (yang ini memang dahsyat, malatop! dibawa oleh sapa ntah, lupa tapi aku dapat makan 2 ketoi jer, cissss.... mana cukup!), kuih-kuih muih termasuk biskut-biskut raya buat rasa sebagai promosi... Juga DURIAN yang ditempah khas dari Jelebu, yang juga mendapat tajaan penuh sebanyak 3 jaras yang dihadap sejak dari malam lagi. Perhhhh! Puas sungguh aku makan durian yang enak banget... lagi fresh.

Air pun macam-macam juga. Sirap + Soda, Sirap Bandung, Air Limau, pastu buat plak Air Oren, kemudian Air Mangga. Yang mengada ndakkan “ayaq perambat” dijamu pula dengan Air Kopi Vietnam (memang MG ni selalu pegi luar negara atas urusan kerja). Cuma air paip jer yang tak dijamu sama. Tu pun mujur takda yang terminum “Air Limau Besen” yang direka khas oleh ZIES Misi. Har har har har!

Kek spesel yang dibuat sendiri oleh anak-anak dan kaum keluarga MG dan Kak E.

Pasangan yang diraikan, 25 tahun Anniversary. *Hanya gambar ini yang aku dapat, kerana aku tak snap, copy dari FB dan web AP.com jer, tapi tak banyak gambar kali ini.



Seperti lazimnya majlis sebegini, mengerat silaturrahim kerana jarang berjumpa, malah kebanyakannya bertemu muka setahun sekali sahaja, dan ramai juga muka-muka baru yang hadir, keseronokan berborak@bergebang bersulam pula dengan usiksakat kutuk... tahap Gaban lak tuh...! Sapa tak tahan, bleh menangeh di situ jugak. (ada ker?)

Mana ada majlis kenduri tak penat? Samada penat buat kerja sampai kebas tangan, penat makan sampai terbelahak, penat minum sampai kembung, atau penat bergelak... yang pasti sama-sama happy.

Alhamdulillah, semua tetamu makan puas, makanan cukup, tidak banyak berlebihan malah ada yang dapat “tapau berkat” lak lagi.

Walaupun, aku balik ke rumah dengan kepala berat dan pening berpusing-pusing (penangan Kambing Golek + Durian + Pulut), tapi hati rasa puas. Balik kira-kira 8 malam dengan hasrat untuk tido awal (nak jengah FB pun dah rasa nak termuntah...), sebab esok paginya nak pergi mencendol di Leman Dawi pula (entrinya dah kuar).

Terimakasih kepada sekian ramai penaja yang begitu bermurah hati, juga kepada seluruh ahli komuniti AP.com yang sentiasa mempelawa aku join, dan sentiasa bekerjasama, sudi menerima aku sebagai sebahagian dari DEPA. Tahniah atas penganjuran ini...! (seingat aku, ini merupakan program sebegini kali ke 5 yang aku turut terlibat menyibuk).

*Jika ada beberapa fakta di atas tersilap, saya mohon maaf dari AP.com.
**Untuk makluman, AA bukan berasal dari Perlis, bukan anak Perlis dan tiada kaitan pun dengan sesiapa di Perlis.
***Bagi blogger yang berasal dari Perlis, tetapi belum berkesempatan menjadi sebahagian mereka ini, lawati: www.anakperlis.com.



~...SERI BULAN tiba-tiba menjadi bulan yang malu mengambang, bila bayangan HISYAM muncul di celahan daun kelapa gading, tidak tersenyum tapi bernyanyi lagu dangdut!...~




Sejauhmana aku kreatif mereka alasan?

Cepat betul masa berlalu. ...time flies...

Lama sungguh tidak ke situ. Lama juga tidak singgah di sini. Lama betul tidak makan di kedai itu, juga lama sudah tidak meronda di sinun...

Banyak yang sudah kita tinggalkan, samada kegiatan dulu, aktiviti dulu, rutin lama dulu... dan lain-lain lagi.

Termasuklah, lama sungguh tidak jumpa orang itu, lama sungguh tidak melihat kawan ini, juga lama sudah tidak mendengar khabar kawan-kawan di sana...

Dan begitu juga aku. Lama sudah tidak mendengar khabar kawan yang seorang itu. Sekali sekala ada juga sms bertukar, itupun text yang tidak berapa penting, dan cuma beberapa patah. Selebihnya, saling memahami keadaan masing-masing. Cuba mengerti situasi pihak lagi satu, dan menanam rasa percaya dan tidak kecil hati.

Tapi berapa ramai yang mengerti atau yang boleh menerima keadaan itu? Bila terjadi pada aku, susah sungguh untuk membuatkan orang mengerti atau cuba memahami sedikit suasana, atau situasi aku yang tidak mengizinkan untuk mengulangi rutin dulu atau melibatkan lagi diri dalam kegiatan-kegiatan terdahulu. Sudah tentu aku ada alasan sendiri. Sepertimana juga orang lain yang juga ada alasan. Salahkah?

Cuma, pedih juga bila ketidakbolehan kita untuk menjadi “seperti dulu” sering disalahanggap. Contoh: ...aku disangka sudah melakukan program dengan orang lain yang lebih baik (dari kacamata penuduh) dan melupakan dia.

Ibarat: “sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi”. Masalahnya, dulu pun ingat aku dapat gading ker? Ada ker gajah yang nak bagi gading dia? Tanduk pun tak ingin, bukan boleh buat apa pun... Masa kecik dulu ada ler tanduk kat rumah milik arwah AYAH, tanduk kerbau yang boleh dibuat terompet macam nak panggey rakyat sekampung kalu ada musuh nak menyerang...!

Jadi, relevan kah tanduk nak berbanding gading? Sebab samada kita jadi gading pun, lum tentu orang nak bela simpan kat rumah, tak pasal-pasal Perhilitan mai siasat. Jadi tanduk pun lum tentu orang nak ambik, buat payah jer. Nak jemur kasi ilang bau lagi.... leceh lah.

So? Samada aku sudah jumpa gading atau masih nak simpan tanduk lama, itu bukan soalnya. Bukan juga alasan. Kerana alasan itu tidak pernah menjadi penting bila si penuduh tidak pernah membuka mata hati untuk memahami.

Mana satu nak pilih? Kalu dah sama cantik sama padan?


~....atas sebab-sebab terpencil jugalah, SERI BULAN hanya percaya, HISYAM seoranglah yang hingga hari ini menjadi orang kepercayaan, sejak zaman perkhemahan Jamboree lagi...~




Sunday, August 1, 2010

Dari Cendol ke Pasembor... Mujur tak menyembur!

Setelah lebih kurang 2 minggu merancang secara suka-suka untuk pergi merasa Cendol di gerai Leman Dawi, akhirnya pagi tadi kami berkesempatan juga pergi. Walaupun hanya 3 kereta yang join, tapi cukup meriah juga konvoi kami. (walaupun dalam FB, lebih dari itu yang berhajat)

Bagi aku (dan anak-anak) yang baru pertama kali tiba dan merasa, memang rasa sangat sedap dan lain dari yang lain. Selain dari rasanya, konsep jualan juga sangat sangat berbeza dari yang pernah kita lihat atau kita rasai.


Bagi yang sudah biasa mendengar tentang gerai cendol LEMAN DAWI, pasti masih ingat bagaimana pesara tentera ini bermula dari gerai tepi jalan dengan signboard (papan flywood saja) di tepi jalan Sg Gadut, Seremban (laluan menuju Rembau). Setelah meningkat maju, beliau berjaya mendapat tapak bekas R&R Sg Gadut secara keseluruhan, dan sudah tentu lebih luas dan selesa.


Dengan parking luas, ada taman permainan kanak-kanak dan pondok berehat, orang ramai tidak putus-putus masuk. Kami memulakan dengan Cendol Pulut dulu, kemudian berehat menanti group yang lain. Bila semakin ramai, kami mengulangi dengan Cendol Kacang & Jagung pula. Perhhh puas mencendol hari ini.


Selain itu, LEMAN DAWI sendiri melayan hampir semua pelanggannya dengan cara yang sungguh tersendiri dan istimewa. Tidak pernah aku lihat seorang tokey gerai makan berbuat seperti dia. Berbual mesra dengan hampir setiap orang, bertanya asal dan kemudian dia menyebut fakta tempat asal orang tersebut penuh lengkap, contoh: keluasan negeri Perak, dari mana asal nama Taiping, berapa jumlah penduduk.. dll yang sungguh detail. Perhhhh calang-calang cikgu Sejarah or cikgu Geografi pun tak leh menghafal begitu banyak fakta macam dia. Dalam poket apron dia yang banyak, terselit buku-buku fakta (yang sudah lunyai dek kerana kerap diulang baca sudah tentu) yang sentiasa ditunjuk sebagai bukti statistik itu sangat tepat. Kami bertepuk tangan kagum bila dia menyebut begitu banyak fakta. Hebat!

Keistimewaan gerai Cendol ini pernah disiarkan di tv dulu kerana konsep jualan begitu berbeza. Bayar untuk mangkuk pertama sahaja, kemudian di meja yang kita duduk tersedia air gula, cendol dan aisbatu untuk kita menambah. Yang tambahan ini, semuanya FREE! Malah ada juga disediakan tong besar Air Barli yang tidak dijual tetapi boleh diambil, juga boleh dibungkus. FREE juga. Sungguh pemurah si LEMAN DAWI ni...

Suatu ruang yang menjadi ruang pameran dipenuhi gambar-gambar kenangan berniaga juga gambar semasa LEMAN DAWI masih dalam servis dulu.

Moga murahlah rezeki beliau sekeluarga. Kalu tak silap, beliau sudah berniaga lebih dari 10 tahun.

Bergerak pulang dalam rembang petang, singgah pula di Kg Baru mencari Pasembor sedap (pernah muncul dalam program JJCM 2,3 minggu lepas). Tapi kerana kami sudah beberapa kali makan di gerai itu, samada masuk tv or tidak, memang sedap! Siap tapau Mee Rebus lak bawak balik.


CHAK dan ALIA order Nasi Ayam. Kelaparan ini budak 2 orang!

Terimakasih penaja.


~...berlainan selera makan, berbeza minat di mana SERI BULAN suka Ais Limau, jauh berbeza dengan tekak HISHAM yang suka air yang panas ditarik budaya Mamak, bukan halangan untuk sama-sama melepak berkongsi cerita...~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails