Akhirnya Program BBQ AnakPerlis.com (AP.com) sempena menyambut kedatangan Ramadhan dan juga turut meraikan Anniversary 2 pasangan “otai” AP.com yang jatuh pada tarikh yang sama (07-07), berlangsung dengan jayanya pada 31 Julai lalu di tempat biasa, perkarangan rumah MG@MatGebang@Dr.Dinon.
*Memang bestttt...!. Belum sampai rumah MG, aku dah belasah makan durian paling besar sekali dalam van semasa mengangkut durian dan 2 tong ikan keli dan puyu.
Aku hadir sebagai salah seorang ahli gotong-royong. Walaupun tidaklah sebesar majlis nak sambut menantu, tetapi kerja tetap banyak yang perlu diuruskan secara beramai-ramai. Kebanyakan ahli AP.com yang sempat hadir awal, datang bersama menyiapkan pelbagai kelengkapan yang biasanya wajib diadakan sepertimana majlis-majlis kenduri lainnya juga.
Walaupun mengikut jadual, waktu jamuan makan adalah jam 2 petang, tapi bagi kami yang sentiasa berada di dapur, macam tukang masak “emport” kalu rasa nak suap, selamba jer suap masuk mulut. Tau-tau dah kenyang, tapi pinggan makan tak kelih pun...!
Antara menu utama yang sentiasa “terangkat giler” bagi aku adalah Kambing Golek Panggang (menu wajib), Ayam Golek Panggang Raja (menu tradisi resipi dari KAK E, isteri MG), Gulai Rebung (menu tradisi Perlis), Ikan Keli Goreng Garing, Puyu Masak Asam + Keledek, Ayam Panggang Madu... (semua menu mempunyai penaja masing-masing).
Lain-lain adalah Sayur Campur, Sambal Belacan, Pulut Sibaq (ada yang tak tau?), Kek Anniversary (yang dibuat sendiri oleh ahli keluarga Kak E), Kuih Talam Durian (yang ini memang dahsyat, malatop! dibawa oleh sapa ntah, lupa tapi aku dapat makan 2 ketoi jer, cissss.... mana cukup!), kuih-kuih muih termasuk biskut-biskut raya buat rasa sebagai promosi... Juga DURIAN yang ditempah khas dari Jelebu, yang juga mendapat tajaan penuh sebanyak 3 jaras yang dihadap sejak dari malam lagi. Perhhhh! Puas sungguh aku makan durian yang enak banget... lagi fresh.
Air pun macam-macam juga. Sirap + Soda, Sirap Bandung, Air Limau, pastu buat plak Air Oren, kemudian Air Mangga. Yang mengada ndakkan “ayaq perambat” dijamu pula dengan Air Kopi Vietnam (memang MG ni selalu pegi luar negara atas urusan kerja). Cuma air paip jer yang tak dijamu sama. Tu pun mujur takda yang terminum “Air Limau Besen” yang direka khas oleh ZIES Misi. Har har har har!
Pasangan yang diraikan, 25 tahun Anniversary. *Hanya gambar ini yang aku dapat, kerana aku tak snap, copy dari FB dan web AP.com jer, tapi tak banyak gambar kali ini.
Seperti lazimnya majlis sebegini, mengerat silaturrahim kerana jarang berjumpa, malah kebanyakannya bertemu muka setahun sekali sahaja, dan ramai juga muka-muka baru yang hadir, keseronokan berborak@bergebang bersulam pula dengan usiksakat kutuk... tahap Gaban lak tuh...! Sapa tak tahan, bleh menangeh di situ jugak. (ada ker?)
Mana ada majlis kenduri tak penat? Samada penat buat kerja sampai kebas tangan, penat makan sampai terbelahak, penat minum sampai kembung, atau penat bergelak... yang pasti sama-sama happy.
Alhamdulillah, semua tetamu makan puas, makanan cukup, tidak banyak berlebihan malah ada yang dapat “tapau berkat” lak lagi.
Walaupun, aku balik ke rumah dengan kepala berat dan pening berpusing-pusing (penangan Kambing Golek + Durian + Pulut), tapi hati rasa puas. Balik kira-kira 8 malam dengan hasrat untuk tido awal (nak jengah FB pun dah rasa nak termuntah...), sebab esok paginya nak pergi mencendol di Leman Dawi pula (entrinya dah kuar).
Terimakasih kepada sekian ramai penaja yang begitu bermurah hati, juga kepada seluruh ahli komuniti AP.com yang sentiasa mempelawa aku join, dan sentiasa bekerjasama, sudi menerima aku sebagai sebahagian dari DEPA. Tahniah atas penganjuran ini...! (seingat aku, ini merupakan program sebegini kali ke 5 yang aku turut terlibat menyibuk).
*Jika ada beberapa fakta di atas tersilap, saya mohon maaf dari AP.com.
**Untuk makluman, AA bukan berasal dari Perlis, bukan anak Perlis dan tiada kaitan pun dengan sesiapa di Perlis.
***Bagi blogger yang berasal dari Perlis, tetapi belum berkesempatan menjadi sebahagian mereka ini, lawati: www.anakperlis.com.
**Untuk makluman, AA bukan berasal dari Perlis, bukan anak Perlis dan tiada kaitan pun dengan sesiapa di Perlis.
***Bagi blogger yang berasal dari Perlis, tetapi belum berkesempatan menjadi sebahagian mereka ini, lawati: www.anakperlis.com.
~...SERI BULAN tiba-tiba menjadi bulan yang malu mengambang, bila bayangan HISYAM muncul di celahan daun kelapa gading, tidak tersenyum tapi bernyanyi lagu dangdut!...~
tang kambing golek panggang tak boleh nak tahan nie. mana nak cari malam2 buta nie....tolongggggg
ReplyDeleteEELOBOR > harharharhar! tak dapek den nak nolong!
ReplyDeleteDah lepaslah kempunan nak makan durian banyak2, ek? :)
ReplyDeleteBanyaknya durian. Pesta durian ye, jelesnya vic....
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKebulox Droyan ni....ya ampunnnnnnn! sape nak taja ni?
salam kak azie... cuma nak sampaikan pesanan penaja kingdom of iCe je...
ReplyDelete" I MISS U LIKE KELEZI KELAUN LAAA KAK AZIE "
muahahahaaaaa tu aje... sekian terima kasih..!!!
bab makan yang tak menahan ni....semua peberet lak tu. cisss...sungguh tak aci..pi makan-makan tak ajak pun...huhu
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletebanyaknye makanan tapi durian tu juga yang tak tahan nengoknye hehe..
salam,
ReplyDeletebanyaknye makanan tapi durian tu juga yang tak tahan nengoknye hehe..
saya anak selangor malu nak ngaku anak kelantan
ReplyDeleteTERMINUM AIR LIMAU BESENNNNN......ekek kek ada yg nak kena rewah dengan ayag lam besen tuhhh..
ReplyDeleteKAKCIK SEROJA > yesss! sungguh puas, sampai tak mahu dahhh... heheheh
ReplyDeleteVIC > dah musim nyer. Apa lagi, belasah jerrrr
ANYSS > Kalu dapat cari penaja, baik cari yang ada dusun terus. Baru berbaloi. Hehehe
ReplyDeleteICEEEEEEEEEEEE...!
I miss U tooooo, three fourr...!
SITI > memang nak ajak... Nak sangat ajakkk.. Sanggup datang?
ReplyDeletePENJEJAK MAYA > cewahhh... saborrrrr!
ZEQZEQ > jangan jadi anak Kelate murtad berpaling tadah. Tak elokkkk tuuu.
ReplyDeleteFADZIL > elok sangat lar kena rewah dgn ayaq besen tuh, buat penyejuk badan hangat makan deriyan banyak..
ReplyDeleteTeringat2 dan terkenang2 gulai rebong....tukang masak impot nihhhhhhhh..........mai pedi perak nun.....penah dok di perlih....3 hari ja la tapi.... :D
ReplyDeleteCHE YAH.. hahahaha tukang masak empot yg muka sungguh tak malu dan tak serik-serik.. Dah kena sindiaq pun buat derkkk jer.. tik tau pasepa...
ReplyDeletehuhuhuhu... ada orang jampi kot. Ahaks!