Ya, Ramadhan datang lagi. Syukur. Aku tidak mahu membuat ucapan panjang, tapi semoga semua orang yang membaca dan mengenali aku, berada dalam keadaan sejahtera menyambut Ramadhan.
Lumrahnya Ramadhan, kemeriahan berbuka, berterawih, bertadarus dan bersahur menjadi agenda yang sungguh menyeronokkan. Belum lagi dikira kesesakan jalanraya kerana semua orang nak balik awal. Mengejar masa nak masak, mengejar menu paberet di Pasar Ramadhan...
Bagi aku tidak banyak yang berubah. Waktu balik dan masuk kerja tidak berubah sama sekali (di tempat lama dulu, kami masuk awal setengah jam dan balik awal sejam, itupun tetap 5.30). Tapi sekarang aku balik seawal jam 5 petang dan jika tidak singgah mana-mana, sebelum 5.10 minit aku sudah berada di rumah.

Tidak banyak perancangan khas sempena Ramadhan. Segalanya mengikut tradisi seperti selalunya. Berbuka dengan anak-anak menjadi keutamaan, memasak sendiri suatu kemestian. Kami jarang ke Pasar Ramadhan kerana menu utama biasanya memang aku masak sendiri. Jika sekali sekala singgah membeli, hanya untuk mencari kuih yang jarang-jarang ada di musim lain, atau yang susah hendak dibuat.
Jika setakat Karipap, Kuih Koci, Puding, Kuih Gulung, Cucur Udang, Meehoon Goreng/Sup, Cendol... semua tu aku boleh buat sendiri saja. Lebih puas dan berbaloi, dan terjamin kebersihannya. Apatah lagi dimasak dengan penuh rasa Kasih dan Sayang... Tambahan sekarang semua harga barangan utama dapur, naik harga dan sungguh tidak padan dengan apa yang hendak dimakan. Dan anak-anak memang lebih suka makan segala benda yang MAK depa sendiri masak.

Tahun ini aku tidak berkesempatan hadir ke gathering terakhir sebelum puasa. Tahun lalu kerana puasa jatuh pada Sabtu, so pada Jumaat aku dan geng biasa aku sempat gathering di Tangling. Selasa lalu, mereka bergathering di Bellamy tanpa kehadiran aku.
*Kenangan bulan puasa: masa kecil dulu, aku pernah curi petik putik jambu batu belakang rumah, sebab teringin sangat, bila dah berbuka dan kenyang, putik jambu tu buat baling cicak saja...
*Kenangan bulan puasa: masa kecil dulu, aku pernah curi petik putik jambu batu belakang rumah, sebab teringin sangat, bila dah berbuka dan kenyang, putik jambu tu buat baling cicak saja...
~...samada turunan dari generasi pelikat atau khurta, HISYAM tidak dapat dipisahkan dari Air Tarik budaya Mamak, sedangkan SERI BULAN lebih suka Air Jernih budaya Banjar...~
00000....bekas pencurik jambu batu yerr ko nihhh...
ReplyDeletepatut larrrr dan macam batu....hik hik maaffffffff d bulan ramadan..
Wah.. licinnya wajah Azie.. apa rahsianya??? :)
ReplyDeleteSelamat berpuasa dan selamat berbuka untuk Azie sekeluarga...
selamat menjalani ibadah puasa buat kak azie sekeluarga
ReplyDeleteSelamat berpuasa buat Kak Azie
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSelamat jalani ibadah puasa...mak jauh la nak masak segala ni. Berbuka dengan cekodok bawang je lah. Boleh ajekan? Siapa suruh malas hu hu hu
selamat beribadah di bulan ramadhan azie...
ReplyDeleteterbaru dari saya : insan yang terbaik
kak azie..!!!!!!!!!!!
ReplyDeletegambaq baru ka????
makin jelita la kak....
Azieazah
ReplyDeleteSelamat berpuasa, and have a lovely buka puasa, hari-hari! Apa tak lovelynya, bilamana semua juadah hasil tangan sendiri. Membeli juadah di luar memang amat mahal sekarang ni, baik dari segi masanya, tenaganya, dan apa lagi dari segi RMnya. Salam bahagia.
sekali duakali belilah ape salahnya.rezeki dikongsi berkat tau dibulan ramadhan ni...kesian jugak dorang pun carik rezeki utk famili kan ^.^
ReplyDeletesalam ramadhan al mubarak beb (*_*)
FADZIL.... ops! bukan awak pun selalu gak curik jambu??
ReplyDeleteKAKCIK > jangan percaya tu. Tu semua Super Impose tuh.. hikhihkihik!
EELOBOR > terimakasih. Selamat berpuasa jua...
ReplyDeleteI AM NAA > Sama-sama kita.
ANYSS > cabaran tuh. Apapun cekodok bawang pun sedap tauuuu..
ReplyDeleteCIKGU NORMAH > Selamat berpuasa jua. InsyaAllah, nanti saya jengah.
ACU > gambaq memang baru, tapi yang jelita tu dah lama dahhh..harharhar! > ayat perasan
ReplyDeleteBANG TEMUK > Salam bahagia.
Tapi kalu dah hari-hari masak, letih jugak bang...
ECHAH > tetap juga beli kalu anak-anak teringin nak makan menu yang pelik dan yang susah nak buat...
ReplyDeleteBetul tu, ramai yang berusaha gigih mencari rezeki berlebihan di bulan Ramadhan.
*Tahun lepas aku meniaga air tebu tauuu...
salam kak azie.. umah dekat nyer dengan ofis.. 10 minit dah sampai.. beshh.. akak ni sure jenis rajin masak kan, kadang tu orang ada kesempatan masak pun tak masak gak (mcm saya nii) sebab malass.. jadik buka hari ni, kita beli jer lahh..
ReplyDeletep/s: echeh malu2 lak orang puji kulit.. :)
AANAS > rajin malas tu sekadar sifat jer. Boleh ubah bila-bila.
ReplyDeleteKak Azie pun adakala beli jugak, kalu dah teringin nak makan yang pelik dan yang tak reti masak...