Friday, August 6, 2010

Sesungguhnya tidak tergamak....

Kisah jenayah di mana-mana. Samada kita menjadi mangsa atau orang lain yang kita baca menjadi mangsa, jenayah berlaku tiap detik, tiap saat. Siapa boleh menjangka?

Jenayah terancang, jenayah tidak diduga, yang pasti pasti ada mangsa dan pemangsa. Jangan dihurai soal pemangsa, kerana yang berhati setan iblis nan jahat tidak upaya kita halang bila mereka ingin melakukan jenayah. Sungguh takut.

Dan hari ini aku membaca beberapa kes yang sudah tidak menjadi luar biasa lagi.

KES 1: Betong, Sarawak.
Seorang datuk ditangkap kerana merogol cucunya sendiri yang berusia 13 tahun, manakala isterinya turut ditangkap atas tuduhan bersubahat merahsiakan perkara itu beberapa lama. Dan semasa ditangkap semasa makan di sebuah gerai, nenek itu boleh berlagak selamba. Tanpa rasa bersalah...!

Sungguh sedih bila saudara sendiri yang menjadi haruan dalam rumah sendiri. Malang sungguh cucunya itu, sementah itu sudah dirosakkan kehidupannya. Biadap, lahanat dan bodoh sekali si datuk yang boleh mengaku terangsang ketika si cucu merintih. Bodoh...! Bodoh...!

KES 2: Kuala Terengganu.
Seorang pelajar perempuan berumur 12 tahun dirogol kekasih sendiri. – seusia 12 tahun sudah ada kekasih??

Mereka berkenalan melalui sms. – seusia 12 tahun sudah ada hp sendiri??

Mereka berjanji untuk bertemu selepas 4 bulan berhubungan so pertemuan diatur (ala-ala blind date...) – seusia 12 tahun sudah boleh keluar sendirian??

Pelajar itu dibawa ke rumah sewa kekasihnya (yang berusia 22 tahun), dan dirogol dan lebih malang lagi, kawan kekasihnya juga merogol pelajar tersebut. Aduhhh....

KES 3: Shah Alam.
Seorang pelajar perempuan 15 tahun, keluar ke kedai runcit di waktu malam dengan membawa RM1, untuk membeli gam tetapi tidak pulang-pulang (sehingga sekarang). Dipercayai dibawa lari oleh teman lelaki sendiri berusia 18 tahun (yang tinggal di Padang Jawa).

Remaja sekarang. Sungguh berbeza dengan zaman kita dulu. Sudah tentu tak boleh dibanding antara zaman hingusan kita dengan zaman mereka yang matang sebelum usia, di hari ini. Tetapi beberapa kes di atas adalah contoh yang kita tidak langsung ingin berlaku, tidak duga akan berlaku.... tetapi sudah banyak berlaku.

Adakah kemajuan yang laju lagi canggih harus dibayar dengan harga diri, atau maruah dipertaruhkan? Ya... sepertinya aku menulis menjurus bongkak. Tidak, ini sebagai peringatan sesama KITA, juga luahan kebimbangan seorang yang bergelar ibu, juga tanggungjawab sosial kita sebagai ahli masyarakat (yang kita sering sebut prihatin...)

Andai aku boleh meluahkan atau menulis terperinci tentang isi hatiku yang sebenarnya tentang masalah salahlaku/moral anak-anak hari ini, Tuhan sajalah yang tahu...


Sebuah nilai kasih sayang dengan cara tersendiri:
Pic blogger NIDA sekeluarga yang berada di Auckland New Zealand muncul di akhbar Harian Metro hari ini dalam ruangan Salam Perantau (sempena kedatangan Ramadhan/Syawal).

Waaaaa... seronoknya tengok.


~....suatu waktu dulu, SERI BULAN saban petang bermain guli, congkak, layang-layang bersama lelaki senakal HISYAM, tanpa ragu dibawa lari ke sempadan Kampung Separuh Desa...~




15 comments:

  1. azie, masa i form 2 dulu, konon2 nak gi belajaq kat tempat yg tenang konon, kat bawah pokok. pastu ada cina gila tu tunjuk `barang' dia. Larrriiiiiiiiiiii.........

    ReplyDelete
  2. bila baca sume fakta yg akk tulis tu kan,seram sejuk lak Tuya..

    esok2 zaman lg canggih,mcm ne la nak control anak2 kan?

    ReplyDelete
  3. FAA > harharhar! berselerak U lari yer? Lari masuk reban atau lari terjun sungai?


    TUYA > kita kena berusaha yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Azie..

    dunia ini seolah2 semakin sempit membuatkan perasaan kita juga kian terkepit dan terhimpit dek permasalahan yang membuatkan hati menjerit dan rasa ngilu yang bukan sedikit.

    Semoga kita semua dilindungiNya dari segala noda dan dosa.

    (Kebetulan pula hari ini tidak membeli HM)

    ReplyDelete
  5. KAKCIK > Betul tu. Dunia serasa sempit dan tidak luas lagi kerana kita tidak lagi merasa selesa untuk bergerak bebas sesuka hati...

    Setiap sudut terasa tidak lagi selamat. Malang sekali begitu, kan?

    ReplyDelete
  6. rasanya kita berkongsi perasaan yang sama. sampai tak boleh nak di luahkan dengan kata2

    ReplyDelete
  7. ada 3 anak dara
    2 anak teruna
    mohon dilindungi oleh Nya....
    .
    tapi....doa sahaja tak cukup kan...???

    ReplyDelete
  8. Kak Zai pun macam azie juga risau tentang anak2 semoga kita dilindungi Allah SWT dari perkara2 yang membimbangkan.

    ReplyDelete
  9. ingatkan ada jual buah Gomak gamaknya...

    ReplyDelete
  10. beb...kes budak darjah satu "tiru aksi"buat ramai-ramai kat belakang sekolah pun ada.

    yg best tu bila disiasat "tengok dlm hp mak" huhuhu...bole gitu :p

    ko bayangkan darjah satu pun sudah bernafsu 'kuda'.

    pstttt...makpak dia tak baca doa kot masa toooooott :)

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Azie...

    Terharunya Nida bila lihat gambar Nida dalam blog Kak Azie ni... thanks kak... maaf jarang menjengah, sejak berada di Malaysia ni agak sukar nak akses internet... laptop pun suami bawa ke outstation.. rindu juga nak dengar celoteh Kak Azie yg seorang ni...

    p/s: selamat menyambut bulan Ramadhan... bila baca n3 akak ni buat kita merenung jauh pada masa depan anak2 kita..

    ReplyDelete
  12. nida??

    terharu..
    elok awak buka entry KHAS,AA atau Azie..
    lepas itu AA membalas
    buka entry UPDATE NIDA ..huuhh..

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  13. macam2 skrg ni...risau di buatnya

    ReplyDelete
  14. macam2 jenayah zaman sekarang.. macam mana pulak zaman anak2 kita yang masih kecik ni nanti.. entah apa pulak corak jenayahnya .. takut bila difikirkan.. apa pun, hanya perlindungan Allah jua dipohon ...

    note: dulu2 bukan setakat main guli kak, main kawin2 pun ada.. tapi takde la pulak sampai terjadi kes2 macam sekarang nih..

    ReplyDelete
  15. Cabaran melentur buluh pada zaman tanpa sempadan...


    *Selamat menyambut Ramadhan...dan maafkan segala salah silap cklah

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails