Syukur alhamdulillah, selamat sudah program Ziarah Ramadhan YKS yang berlangsung di dewan Flat Sri Sabah. Program ini merupakan salah suatu dari siri ziarah sempena bulan Ramadhan yang akan terus dijalankan sepanjang bulan ini.
Bersekali dengan program berbuka juga dijalankan sesi penggambaran bagi mengisi ruang dalam program Apa Kata Wanita (AKW) yang dihostkan oleh Zamzarina yang juga merupakan Presiden YKS.
Aku tiba seawal 2.30 petang, tetapi Ayam Masak Merah dah pun siap. Bubur Lambuk baru saja hendak dimulakan, dan dapatlah aku melihat dari awal bagaimana Bubur Lambuk dimasak. Tidak jauh beza dengan lain-lain tempat juga. Yang menyeronokkan bukan apa yang dimasak, tetapi cara memasak dan bagaimana kami beramai-ramai bergotong-royong memasak. Lagipun penduduk di situ dan pertubuhan Jalinan Kasih (anak-anak yatim Sri Sabah) sudah biasa dengan kami kerana ini bukan pertama kali pihak Yayasan terlibat mengadakan program amal.
Selain dari membantu, bagi kami para sukarelawan Yayasan dapat bersua muka, bertanya khabar mengerat silaturahim.
Agenda utama bermula tepat jam 7.00 petang tetapi team dari RTM sudah tiba seawal 4 petang untuk merakamkan beberapa aktiviti bagi slot AKW. Walaupun Zamzarina terpaksa hadir di tempat lain secara mengejut dan tidak dapat muncul, program tetap berjalan seperti yang dirancang. Tetapi beberapa agenda terpaksa diubah sehinggakan aku terpaksa menjadi "bidan terjun" menjadi pengacara majlis. (Dah lama aku tak buat kerja mengacara ni..) Cuma agak kurang seronok kerana aku tidak berpakaian yang sesuai (sebab tujuan hadir awal kerana nak bantu masak bukan nak naik pentas).
Majlis berbuka dengan anak-anak ini sangat meriah dan seronok melayan mereka. Dihidangkan dengan kuih-muih, kemudian solat Maghrib berjemaah, dan bersambung semula dengan jamuan nasi berlauk Ayam Masak Merah, Kari Daging, Sayur Campur, Roti Jala cicah Kuah Durian... yummy!
Terimakasih tidak terhingga kepada semua yang bersedekah menyumbang, juga kepada yang terlibat, termasuk pihak Yayasan sendiri, sukarelawan dari Institut Baitulmal dan seluruh warga penduduk Flat Sri Sabah Blok 64 yang begitu gigih menjadikan program amal ini berjalan lancar.
*Kenangan bulan puasa: Arwah AYAH dulu kalu buat Bubur Lambuk, ada macam-macam bahan dan makan sungguh puas, pastu ada Tembikai Susu yang dipetik dari batas bendang, bancuh dengan santan, campur ais. Perhhhh...!
~...memberi pujian bukan sifatnya, memperlekeh juga tidak pernah menjadi niatnya, tetapi perlakuan HISYAM ada kala sangat sukar bagi SERI BULAN memahaminya...~
Best nyer...Kak Azie...best kan bila dpt gotong royong...even mkn tu tak mewah pun tapi ramai tu yang buatkan semuanya rasa sedap. One thing that i like is to belajar masak dgn org-org lama time nie....dpt byk tip tu...
ReplyDeleteSalam Azie..
ReplyDeleteseronok kan terlibat dengan program kemasyarakat begini. Di samping berbakti dapat juga mengeratkan silaturrrahim.:)
salam akak,
ReplyDeletelain kali memang kena sedia pakaian utk jd pengacara sekali. sbb mana tau jadi lg kan? org dh taruh kepercayaan tu
Azie...
ReplyDeleteseronok juga bergotong royong beramai-ramai... makan beramai-ramai...
tentunya nanti sambutan hari raya mesti meriah jugak.
Salam Azie..
ReplyDeletemeriah sungguh yg merai dan dirai tentu gembira...tahniah berjaya dgn program kemasyarakatan ini.
teruskan usaha murni tu...and lengkali baik2 kacau tu, periuk tu besorrrr tu!
ReplyDeletebestnya kak!
ReplyDeletekerja2 amal begini, aduhai, indahnya kalau dapat buat selalu.