Friday, August 13, 2010

Ramadhan: Benci sudah menjadi rindu...?

Menjelang Ramadhan, banyak aktiviti biasa yang kita lihat sebelum ini akan berhenti dan diganti dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat amal jariah, bersedekah, majlis berbuka dengan insan-insan kurang mampu, juga majlis gotong-royong di surau-masjid...

Aku pernah juga terlibat dalam beberapa aktiviti sebegini dulu dan sungguh seronok. Bukan selalu kita dapat menyertai program sebegini kerana Ramadhan cuma setahun sekali.

Undangan berbuka di luar sudah ada, tapi bukan semua dapat dipenuhi. Kalu diikutkan hati, lebih selesa berbuka di rumah dengan semua anak-anak, tapi ada juga program yang memerlukan sedikit komitmen dan wajar juga dihadiri kelak.

ZU KT yang sudah lama tidak menghubungi, tiba-tiba sms membawa undangan berbuka bersama. Sukar untuk memenuhi tetapi sukar juga untuk menolak...

*Kenangan bulan puasa: sehingga hari ini aku tidak pernah merasa Bubur Lambuk seenak resipi bubur yang dimasak sendiri oleh arwah AYAH.


Kuih KALAKATAR, resipi tradisi orang Banjar, yang sangat susah nak jumpa tapi aku sangat suka nak makan. BONDA pernah buat masa kita orang kecik-kecik dulu.



~...bila lama tidak bersapa, HISYAM tahu benci ibarat perli, rindu sudah tidak perlu, kerana SERI BULAN pun sedia tahu gelak berdekah bukan kenyang jika tak pandai bersedekah...~


18 comments:

  1. Salam Azie..

    petang ni masak apa? Kakcik tengah sakit kepala dari pagi ni.. kalaulah ada orang tolong sediakan juadah (bukan orang bazar juadah), alangkah bahagianya... :)

    ReplyDelete
  2. Salam KAKCIK..

    alahai siannya sakit kepala. Kurang tido agaknya tu.
    Petang ni angan-angan nak masak Paprik Ayam, tapi lum pegi pasar lagi ni. Nanti balik keja baru nak cari bahan...

    ReplyDelete
  3. tak brapa makan bubur lambuk tapi kuih tu nampak cam sedap, ace le kongsi resepi bule gak buat koleksi

    ReplyDelete
  4. CEMOMOI > memang sedap, tapi kalu resipi memang tak tau ler. Sebab agak susah buat tu. Dan tak pernah pun cuba nak buat.

    Yang pasti, kuih tu dibuat dari ISI KELAPA MUDA + airnya. Sedap wehhhhh...

    ReplyDelete
  5. pertama kali dengar kuih kalakatar, nampak macam sedap. tak perlu bersusah payah mengunyah kan !

    ReplyDelete
  6. Bang HAMZAH > Kuih ini menu tradisi orang Banjar. Memang jarang jumpa dan agak susah buat. Tapi sedap lembut manis. Macam seri muka juga, tapi kerana isi utamanya adalah ISI KELAPA MUDA, rasanya lemak-lemak manis...

    ReplyDelete
  7. kuih kalakatar? mcm mana rasanya akak?

    ReplyDelete
  8. kuih tu memang sedap la kak Azie...have tried...betul...memang susah nak dapat kuih tu....

    ReplyDelete
  9. EELOBOR > Lebih kurang macam Seri Muka tapi rasa lemak-lemak manis sbb dibuat dari ISI KELAPA MUDA (campur air dia juga).


    I AM NAA > Banjar juga kerrr...

    ReplyDelete
  10. Salam AA
    Kuih kalakatar tu guna tepung beras ehh??

    P/S: Baru baca hal 2 bungkus nasi lemak. Some people memang takde aqal (senang cakap).

    ReplyDelete
  11. SOM > hmmm agaknya ler tepung beras kot. Tak ingat dah, dolu masa MAK buat, tak rajin nak belajor.. heheheh (nak sebut malas, malu) harharhahar..

    Isu nasi lemak tu, I redha... cewahhh!

    ReplyDelete
  12. Bila tengok gambar makanan ni.. teringat pula entri yang nak dibuat iaitu tentang masakan ibu petang tadi ... Huhuhuhuhuh.. Mungkin entri itu akan keluar esok jam 9.00 pagi.. Maklumlah.. esok saya tiada seharian dirumah.. Pergi ke kuala lumpur la katakan.. Hahahhahah

    ReplyDelete
  13. AYIE > amboi shopping raya sampai ke KL. Mana sudut agaknya nak hayun kaki. Jalan TAR? atau KLCC dan PV?

    Selamat bershopping..

    ReplyDelete
  14. bukan banjar...kengkawan ramai yg banjar....pernah mkn....tp susah nak dpt...

    ReplyDelete
  15. Kuih kalakatar tu nampak macam sedap jek. Tak tahu le sebab sedang berpuasa atau memang nampak lazat. Tak ada resepi ke?

    ReplyDelete
  16. KHAYALKHAYAL > tak da la. Dulu tak pandai nak minta resipi dari BONDA. Yang pasti, bahan utama kuih ini adalah ISI KELAPA MUDA.

    ReplyDelete
  17. Tgk kue tuh tiba2 teringat nk mkn khasidah la pulokkkk......

    Haruih beli tepung gandum blk satgi

    ReplyDelete
  18. Tgk kue tuh tiba2 teringat nk mkn khasidah la pulokkkk......

    Haruih beli tepung gandum blk satgi

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails