Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin, antara rutin setiap tahun bagi mana-mana sekolah pun. Solat Hajat bagi mendoakan pelajar yang bakal menempuh peperiksaan besar setiap hujung tahun. Salah satu usaha. Bagi aku secara peribadi, program sebegini sudah banyak kali aku hadiri. Maklum orang ada anak ramaiiii....:)
Tadi, aku dan TOKLAKI hadir di sekolah ALIA untuk program yang sama. Kebetulan pula aku merupakan (dipilih dalam paksa-rela) AJK Permuafakatan Tahun 6 bagi tahun 2010. Bersama beberapa orang lagi parents lain yang masing-masing mempunyai anak bakal menduduki UPSR, kami bergabung menjayakan program ini. Dan untuk kesekian kalinya aku jadi Setiausaha juga. (macam dah takda jawatan lain nak kasi, bagi ler aku jadi Pengerusi ker.. ye tak? Ahaks!)
Sebahagian para bapa dan ahli jemaah surau berhampiran. (nampak puding yang aku ceritakan semalam tuh?)
Majlis berjalan lancar dan jamuan diadakan selepas segala program selesai. Lazim bagi program yang melibatkan anak-anak seusia 12 tahun, walaupun tidak perlu disuap tapi segala perjalanan majlis harus dipantau sehingga selesai.
Bagi aku yang agak kerap juga mengendalikan program yang melibatkan jamuan dan anak-anak seusia ini, kurang kekok dan persediaan dari pengalaman memudahkan segala urusan. Pendek kata tanggung beres! Panjang kata, makan pun banyakkkkk... hehehehe.
Semoga segala doa para guru, anak murid dan ibubapa dimakbulkan dan semua yang bakal menduduki UPSR (10 hari selepas Raya) akan beroleh kejayaan. Aminnn...
*Terimakasih kepada semua para guru yang memberi kepercayaan kepada kami menjayakan program ini dan semua AJK yang terlibat.
*Terimakasih kepada semua para guru yang memberi kepercayaan kepada kami menjayakan program ini dan semua AJK yang terlibat.
Bergerak pulang selepas segala bersih dan kemas, bergegas ke rumah BONDA MERTUA, menjengahnya yang sedang demam. Esok harus ke hospital lagi untuk pemeriksaan lanjut.
....suatu malam yang penuh...
~...malam ini tiada bulan dan bintang untuk dipandang, rumput pula hanya samar basah dek hujan petang tapi SERI BULAN tetap pulang berseri-seri...~
hehehehe....akak lebih terserlah sbg setiausaha kut. bagus bila ibu-bapa dapat bersama2 menghadirkan diri dalam program anak2 di sekolah. bukan masing2 sibuk mencari alasan. Tahniah, akak bukan hanya bercakap kosong tapi melaksanakan sekali.
ReplyDeleteAzie..
ReplyDeletesebab orang tahu Azie boleh buat kerjalah, maka dipilih sebagai SETIAUSAHA. Kalau jadi Pengerusi, ketuk-ketuk pen tanpa menulis je....
(marah Pengerusi kat kakcik ni kang..) :)
syabbbbasss...I know you memang seorang yang sangat rajin dan kuat berusaha!**sambil tepuk2 bahu you tu**
ReplyDeletesetiausaha kena mulut becok...so,sesuai le dgn akak...hehehee
ReplyDeletesemoga besar pahalanya.. :)
ReplyDeletebaiknya aanas tolong doa 'semoGA'..
ReplyDeletenasib baik tak guna ayat
"BESAR pahalanya..macam tau2 jer..
layak yang itu besar yang ini kecil.."..huhuu..jangan kecil hati nanti BESAR hati
EELOBOR > yang penting happy...
ReplyDeleteKAKCIK > eh memang Pengerusi macam tu la. Ada kuasa tau. cewahhh... macam ayat orang gila kuasa jerr...harharhar
FAA > ehh takkan tepuk bahu jer? salam kaut takdak kerrrr?
ReplyDeleteACU > becok dan becak. harharhar
AANAS > terimakasih. aminnnn...
ReplyDeleteZEQZEQ > kalu nak ajak lawan main guli, pegi laman lain. Sini laman rumput bukan padang bola. Ahaks!