Sunday, August 1, 2010

Dari Cendol ke Pasembor... Mujur tak menyembur!

Setelah lebih kurang 2 minggu merancang secara suka-suka untuk pergi merasa Cendol di gerai Leman Dawi, akhirnya pagi tadi kami berkesempatan juga pergi. Walaupun hanya 3 kereta yang join, tapi cukup meriah juga konvoi kami. (walaupun dalam FB, lebih dari itu yang berhajat)

Bagi aku (dan anak-anak) yang baru pertama kali tiba dan merasa, memang rasa sangat sedap dan lain dari yang lain. Selain dari rasanya, konsep jualan juga sangat sangat berbeza dari yang pernah kita lihat atau kita rasai.


Bagi yang sudah biasa mendengar tentang gerai cendol LEMAN DAWI, pasti masih ingat bagaimana pesara tentera ini bermula dari gerai tepi jalan dengan signboard (papan flywood saja) di tepi jalan Sg Gadut, Seremban (laluan menuju Rembau). Setelah meningkat maju, beliau berjaya mendapat tapak bekas R&R Sg Gadut secara keseluruhan, dan sudah tentu lebih luas dan selesa.


Dengan parking luas, ada taman permainan kanak-kanak dan pondok berehat, orang ramai tidak putus-putus masuk. Kami memulakan dengan Cendol Pulut dulu, kemudian berehat menanti group yang lain. Bila semakin ramai, kami mengulangi dengan Cendol Kacang & Jagung pula. Perhhh puas mencendol hari ini.


Selain itu, LEMAN DAWI sendiri melayan hampir semua pelanggannya dengan cara yang sungguh tersendiri dan istimewa. Tidak pernah aku lihat seorang tokey gerai makan berbuat seperti dia. Berbual mesra dengan hampir setiap orang, bertanya asal dan kemudian dia menyebut fakta tempat asal orang tersebut penuh lengkap, contoh: keluasan negeri Perak, dari mana asal nama Taiping, berapa jumlah penduduk.. dll yang sungguh detail. Perhhhh calang-calang cikgu Sejarah or cikgu Geografi pun tak leh menghafal begitu banyak fakta macam dia. Dalam poket apron dia yang banyak, terselit buku-buku fakta (yang sudah lunyai dek kerana kerap diulang baca sudah tentu) yang sentiasa ditunjuk sebagai bukti statistik itu sangat tepat. Kami bertepuk tangan kagum bila dia menyebut begitu banyak fakta. Hebat!

Keistimewaan gerai Cendol ini pernah disiarkan di tv dulu kerana konsep jualan begitu berbeza. Bayar untuk mangkuk pertama sahaja, kemudian di meja yang kita duduk tersedia air gula, cendol dan aisbatu untuk kita menambah. Yang tambahan ini, semuanya FREE! Malah ada juga disediakan tong besar Air Barli yang tidak dijual tetapi boleh diambil, juga boleh dibungkus. FREE juga. Sungguh pemurah si LEMAN DAWI ni...

Suatu ruang yang menjadi ruang pameran dipenuhi gambar-gambar kenangan berniaga juga gambar semasa LEMAN DAWI masih dalam servis dulu.

Moga murahlah rezeki beliau sekeluarga. Kalu tak silap, beliau sudah berniaga lebih dari 10 tahun.

Bergerak pulang dalam rembang petang, singgah pula di Kg Baru mencari Pasembor sedap (pernah muncul dalam program JJCM 2,3 minggu lepas). Tapi kerana kami sudah beberapa kali makan di gerai itu, samada masuk tv or tidak, memang sedap! Siap tapau Mee Rebus lak bawak balik.


CHAK dan ALIA order Nasi Ayam. Kelaparan ini budak 2 orang!

Terimakasih penaja.


~...berlainan selera makan, berbeza minat di mana SERI BULAN suka Ais Limau, jauh berbeza dengan tekak HISHAM yang suka air yang panas ditarik budaya Mamak, bukan halangan untuk sama-sama melepak berkongsi cerita...~

20 comments:

  1. Salam,
    Hepi akak kita ni dah "kembali ke asal" dan makan dengan meriah. x payah pi Padang Kota nak pekena pasemboQ ya ;)

    ReplyDelete
  2. Salam ANYSS... sihat?
    masih juga sibuk, tapi dok curi masa gak ler nak memblogging.

    Sebenarnya, Pasembor tu memang resipi asal dari Utara, hampir sama macam yang Penang punya. Perhhh!

    ReplyDelete
  3. BRUTAL SOLO > Lapar? siannnn.. jangan terus jadi solo. hehehehe cari ler orang rumah, leh masak supaya tak lapar lagi...:)

    ReplyDelete
  4. Rezeki Allah s.w.t kan? Sekali pkir mcm mana dia blh untuk gitu kan? Pernah tgk rancangan pasal nie kuar kat tv sblm nie. Memang berhajat jgk nak pegi itu pun sekiranya kebetulan melalui jalan yg sama, mgkn akan di singgah.

    ReplyDelete
  5. bestnye... makan ramai2 plak tu :) murah rezeki tauke kedai tu:)

    ReplyDelete
  6. EELOBOR > berniaga ni macam sedekah gak. Lagi banyak kita sedekah, lagi banyak keuntungan. Memang terbukti pun. Singgah ler cuba.


    SHAZRIENA > jom ler join Kak Azie lak lain kali. :)

    ReplyDelete
  7. Salam Azie..


    secara detailnya.. gerai pasembor kat Kg Baru tu di mana, ya? :)

    ReplyDelete
  8. wahh...cendol...syok nyer, cendol pulut tu feveret tu...mesti sedap kan?

    ReplyDelete
  9. Nak kena pi caru gak nih...
    tak boleh jadi ni..
    dok dengaq cerita ..terasa sodap nye tu..

    ReplyDelete
  10. Sedapnya tgk cendol tu....
    Nasib baik bukan bulan puasa... hehehehehe

    ReplyDelete
  11. Salam Azie
    Agaknya bilalah Pakcik Leman Dawi nak bukak francais kat 'Anting2' ek?

    ReplyDelete
  12. sebab tu rezeki mencurah bila byk bersedekah.abg aku baru sebut pasal cendol ni bila dia ternampak kat tv :)

    satu hari nanti aku pun teingin nak bertemu mata dgn ABG leman dawi teheheee :p

    ReplyDelete
  13. salam ziarah sambil nengok cendol..

    ReplyDelete
  14. KAKCIK SEROJA > Jalan Raja Alang kak.. Harap Azie tak silap. Nama kedai tu Pasembor Utara. Kerusi di kedai dia semua kaler kuning.


    ROSNANIE > Sedap memang sedap, tapi Kak Azie pernah rasa cendol yang lagi sedap dari itu (mengikut lidah Kak Azie ler). Cuma di pasar malam depan rumah saja. So far, yang itu paling best bagi kami.

    ReplyDelete
  15. LANA BULU > kalu sempat, sila cari dan makan. Baru puas.


    VIC > kalu bulan puasa, kalu teringin cendol, Kak Azie tak beli, tapi suka buat sendiri jer.

    ReplyDelete
  16. SOM > "anting-anting" tu tak jauh mana, leh pederas pi Seremban. Sebab Leman Dawi tak bukak cawangan, malah tiada langsung wakil penjual dibenarkan. Memang ada papan notis begitu di kedainya. Resipi Terpelihara.


    ECHAH > Meh ler turun KL. Aku akan paksa Pakcik Padin tu belanja hang. Jommm!

    ReplyDelete
  17. PENJEJAK MAYA > Salam. Terimakasih. Jangan tengok jer, nanti pegi cari dan rasa. :)

    ReplyDelete
  18. Salam Kak AA :) Apasal nampak macam akak nampak kurus, ker mata saya yang silap. Tapi tak kut, akak dah susut sikit :)

    ReplyDelete
  19. ACIK MLMW > ahaa.. nak kena buat spek dah tuuuu..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails