السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
21-03-2013
Jika sehingga minggu depan pun, saya masih tidak mampu memberikan ruang waktu untuk BW apalagi nak mengomen, saya akan menutup sementara ruang komen di blog saya. Tidak la mangga terus, mungkin hanya pasang selak sementara saja.
Harap-harap ini lebih adil bagi semua orang. Seimbang dan tidak hanya sehala. Buat masa sekarang ni, saya hanya mampu reply komen di entri saya jer. Itupun beberapa peringkat. Mengikut masa dan kesempatan.
Kita tengok lah minggu depan macamana.
*******
Saya suka drama ni. Terbitan syarikat Rosham Noor (Suhan Movies), hasil karya & arahan Zulhuzaimy. Lagu tema juga dicipta oleh Zulhuzaimy. Saya suka lagu-lagu berirama lembut, mendayu dan penuh lirik ala-ala klasik dalam drama ini. Atuk Baen (lakunan Ruslan Madun) tu banyak berdendang, bergurindam, bersyair dalam drama ni. Saya suka! (selain konsep persahabatan sejak kecil yang sentiasa memberi makna mendalam buat saya)
Sampaikan Rindu – Izzue Islam & Sharifah Sakinah
Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang di dalam mimpimu
Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang di mana dirimu
Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti
Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu nanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu pasti
Pejamkan matamu kasih…
(OST Bunga Merah Punya)
Slot Aurora setiap Khamis, di TV9.
Ada beberapa episod saya tertinggal. Bukan nak tengok sangat, tapi lebih nak dengar lagu gurindam dan syair si Atuk Baen tu jer.
~...bila jalan denai nampak indah bersuluh bulan terang, Mak Utih dan Pak Utih sengaja melengahkan langkah untuk memberi lebih ruang waktu untuk HISYAM berbicara mudah dan sekali sekala dapat mendengar SERI BULAN ketawa rendah diusik sakat oleh kisah lalu yang penuh lucu dan sepanjang jalan pulang dari surau hingga ke laman terus berteman kerana mulut orang lebih lebar dari mulut guri...~
saya pernah buat dulu .. tapi bila tak ada orang komen, rasa macam cakap sensorang pulak .. lepas tu buka balik.
ReplyDeletesaya tak pernah tengok pun cerita ni kak...mengadap depan tv 5 mins lepas tu tv mengadap saya pulak.
ReplyDeleteada entry yg tak mahu orang komen saya off kan untuk entry tu jelah...
ReplyDeletesaya tak kisah pun azie tak sempat bw..faham..:)
ReplyDeletetakpa kak , orang akan memahaminya atas kesibukan yg melanda...*update entri lagak mcm blogger pames..tak perlu reply..tak perlu komen blog org lain..yg penting entri update ikut suka bila masa !
ReplyDeleteAtuk Baen tu guru besar di sekolah Haikal anak saya.
ReplyDeleteJanganlah tutup kotak komen tu. Saya percaya ramai peminat dan pengikut Azie tak kisah kalau Azie tak sempat melawat ke blog kami.
sy tak tgk citer tuh... huhu...
ReplyDeletesy rasa tak perlu la nak tutup... biarkan ajer kak... mungkin kita dikatakan blogger perasan fames tp sejujurnya perlu utk org mengomen atau hanya utk say hi... kiki.. mesti sama2 faham kesibukan kita sebagai bloger separuh masa... :-)
ala tak tutup pun xpe kak..masing2 faham..kitorang pun kadang2 tak mnyempat nak kunjung balas juga:)
ReplyDeleteoo xpernah tgk pun cite ni..sbb tv9 kot.jarang bukak
Aina jatuh cinta dengan drama ni sebab segala gurindam dan syair masa depa kecik2 tu. Ohsem! Jiwa rasa tenteram je...
ReplyDeleteizu berlakon ke?best ni
ReplyDeletetutup kotak komen?
emm byk dh blog buat mcm tu ;(
tengok pun sebab izzue je..tapi suara atuk dia tu sedap jugak..
DeleteAla, tak balas jejak pun x per kak, janji kami dapat berbual mesra di sini.
ReplyDeleteAzie
ReplyDeleteTak terfollow drama tu tapi pernah sekali dengar lagu dak berdua tu nyanyi...syahdu ek?
Kendalikan dulu kerja yg lebih mustahak. Blogging nih hanya waktu 'iklan' aje. Salam..
pernah tertengok sekali je..garang betul atok baen tu asyik pegang rotan kan..hihi
ReplyDeleteAlah, sy tak kesah pun. Kdg, sy pun bz gak. Tak smpt nak jenguk blog kwn. Tak apa....
ReplyDeletehehe suka baca cerita AA...
ReplyDeleteAla.. tak payah la tutup.. bila senang2 boleh la baca komen2 semua..
ReplyDeleteTk payah tutup lah kak...bukan harap sgt pun akak balas kunjungan, saja suke baca n3 akak ni.
ReplyDeleteTututppp elok tutup..kecik hati,,sejak bila nak berlaku Adil hihikk
ReplyDelete