Sunday, March 24, 2013

Belajar memasak tanpa kena desak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
24-03-2013


Ramai kita belajar masak dari pelbagai cara. Tak perlulah saya senaraikan cara. Ikut mana suka.

Sejak 2,3 minggu lepas lagi Dak AMOI sebut nak makan Nasi Lemak TOK KI yang saya pernah borong dari Gerai Mak Long di BTHO — entri tentangnya “Nasi Lemak Lima Kupang TOK KI...

Dan semalam, masa saya sebut nak buat Nasi Lemak Masak Sendiri, saya pun try masak macam resipi Tok Ki tu. Yup, bubuh halba. Daun pandan jangan lupa. Yeahhh... memang sedap! Rupanya memang sedap!

Saya pun semak di Google tentang halba ni:
KEGUNAAN Halba
  1. Diminum sebagai teh untuk - Melancarkan haid - Menghilangkan kembung,sebu dan senak - Pencuci perut - Menguatkan jantung - Menghilangkan lendir tekak - Melegakan sakit kepala/ migraine - Membuang angin - Menyembuhkan buasir - Senggugut - Merangsang rahim - Kegemukan - Kurang berat badan - Mengawal kencing manis - Radang kulit dan Bisul
  2. Teh Halba + Madu - Kurangkan ketagihan rokok dan dadah - Anemia
  3. Untuk anak-anak yang baligh - kecergasan - kekuatan badan - Tumbesaran
  4. Untuk ibu menyusu - Banyakkan air susu
  5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
*sengih baca kegunaan nomot 5.


Saya memang sentiasa ada Halba dan Halba Campur di rumah. Bila masak Kari Ikan, memang saya wajib buh Halba Campur.

****

Cerita lain.

Saya terkenang masa kecik-kecik dulu. Bila Raya or jika ada kenduri kahwin di rumah saya or rumah orang kampung lain, mesti ada hiasan riben sebegini. Yang digantung di empat penjuru siling rumah dengan ‘sebiji bintang or bulan riben’ di tengah. Berpintal-pintal, berkelip, berkilauan dan berayun-ayun ditiup angin. Cantik sesangat.

 Seperti ini — dari filem Anak Bapak.

Rasanya sekarang, orang dah hias rumah or dewan sebegini lagi dah.





 ~...ketika kopi buat sendiri masih belum menipis asapnya, Pak Utih tidak menunggu lama untuk bertanya kepada HISYAM tentang cerita orang yang berlegar dari baruh ke hulu, dari sawah hingga ke telinga kerbau pawah yang mula berkisah tentang resah anak dara Pak Imam sehingga kecoh dia mandi tidak basah, makan tidak lalu kerana tekak kembang dan SERI BULAN mula terkunci kata di belakang Mak Utih yang masih terbata-bata...~




16 comments:

  1. dah tak pernah jumpa lagi kak, orang hias depan dengan reben2 gitu. hias dengan bunga2 tergantung adalah, ala "in the garden" katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang mampu tu, akan gunakan banyak bunga-bunga hidup yang segar. Zaman dah berubah, hiasan dalaman dah jadi bisnes yang maju dan boleh cari makan di zaman sekarang.

      Delete
  2. saya juga suka nasik lemak yg ada halba ni..sebab bau dan rasanya sedap sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jarang jumpa orang menjual nasi lemak ada halba. So bila dah rasa, dan try buat sendiri, ohhh memang sedap rupanya, kan?

      Delete
  3. Sy mcm x dpt tgkp la hiasan yg mcm ne. Tgk pic anak bapak tu, mcm x bpe nak jelas. Kak, sy pnh mkn ns lemak dgn halba ni tp x bpe nak msk. Suke yg simple. Halba bg sy bkn satu kehairanan sb da biase tgk mak msk kari, nasi dagang n ade satu lauk dr ikan kekek. Mcm ala2 sup. Sdp! Org utara mybe familiar dgn lauk ni. Tp mak mertua sy lak, msk asam pds msk halba. Yg itu mg bkn kebiasaan. Tp sdp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiasan riben berpintal tu zaman kecik Kak Azie dulu jer ada. Bagi generasi sekarang, memang ramai yang dah tak jumpa dan tak boleh nak bayangkan hiasan tu.

      Ohh masak Asam Pedas boh halba ya? Hmm pertama kali dengar. Tak pernah la pulak jumpa. Biasa Nasi Dagang jer. Kalu Kari tu, biasanya Halba Campur.

      Delete
  4. saya suka makanan yang ada halba. nasik lemak ke, nasik dagang ke...bubur lambuk ke...kalau ada halba wanginya lain macam kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, dalam Bubur Lambuk biasa ada. Ia akan masak dan jadi jernih macam selasih. Memang ianya sedap. Kak azie jarang guna, tapi kini baru tahu, sedap sangat.

      Delete
  5. oh halba yang biasa saya jumpa dalam nasi dagang dan kari....ada setengahnya tak suka halba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang tak tahu, dia makan jer. Macam saya. Hehehehe

      Delete
  6. assalammualaikum...
    halba wajib dlm nasi dagang..
    tapi halba buat urine kita bau..macam orang makan petai..

    Azie..
    akak lalui era hiasan dalaman macam tu..
    hiasan macam tu pada tahun 70an dan 80an kira grand ah..
    sekarang dah takde...anak2 kita pun tak pernah tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ya ker? Ada bau ya?

      Halba ni memang rempah-ratus yang sangat banyak kegunaannya, kan? Saya nampak yang sedap jer. :)

      Delete
  7. assalamualaikum kak azie...salam ingatan....:-)akak..kat mesir ni halba adalah minuman harian diorang..lelaki perempuan semua minum..dan dalam biskut pun ada halba dan habatussauda....tu sebab diorang ni kumpulan minoriti ada penyakit seperti kencing manis darah tinggi ni....huhuhu....masa dil lepas je bersalin diorang tolong bancuh 2 sudu halba dengan madu 2 sudu dalam mug....memang segar dan akan membanyakkan susu..sampai sekarang dil x tinggal minuman ni..tambahan musim sejuk..best..cubalah...

    *sodap nasi lemak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dil, Kak Azie pun baca d Google, betapa banyaknya dan meluas kegunaan halba di Mesir (dan Tanah Arab lainnya).

      Kak Azie pun nak cuba bancuh halba dengan madu ni. Mesti la sedap kan?

      Delete
  8. Tq share kak... berlangsir baru rupanya.hehehe.
    Kalau membiak sgt nnti susah jugak yer kak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langsir baru tu memang dah terbiasa nak tukar-tukar. Ikut suka hati jerrr

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails