Wednesday, March 13, 2013

“Muda lagi?” Saya jatuh perasan...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
13-03-2013


Rabu, dah tak reti nak wordless dah. Selalu terlupa pun. Maklum kita bukan muda lagi.

Sebut pasal bukan muda ni, saya terkejut masa sembang suai-kenal dengan kengkawan sekerja. Ada soklan, “umur berapa?”. Bila saya sebut, depa boleh kata, “ohhh muda lagi.”

What? Muda lagi? Anak sulong saya age 23 okeh?

Ya, sebahagian besar rakan sekerja yang sama department dengan saya, memang lebih tua dari saya. Yang umur pencen pun ada. Senior yang sudah berkhidmat lebih 10–15 tahun pun ramai. Yang dah bercucu pun ada.

Lalu saya perasan la sekejap.

Sambung perasan lagi. Terbuai sekejap sebab saya sedang baca novel Teduhan Kasih (kali ke-2). Watak lelaki utama dalam novel tu buatkan saya suka nak kaitkan dengan watak-watak dalam siri drama I MISS YOU di slot Chamsarang. Terutama Han Ju Woo...! Opss, bukan muda lagi nak teringat-teringat tu semua. Pandai sungguh penulis novel buat kita jatuh perasan, kan?



Lama saya tak tengok guri sebesar ini di mana-mana. Rumah kampung dulu ada sebiji dua. Buat isi air tepi tangga (bersama batok), buat isi air ujan yang ditadah dari cucuran atap (atau bucu zink), buat isi santan nak buat minyak (MyBonda buat minyak sendiri dulu). Jika yang kecik sedikit, digunakannya untuk isi ikan pekasam (wadik), ditutup dengan plastik, dicekup dengan tempurung. Tahan bertahun.



Kiambang kah itu? Saya tak pasti nak sebut apa. Kiambang yang kecik terkapar di paya tu, kan?  Yang sering disebut orang kiambang bertaut tu kan? Ini pokok apa?

Teratai? Telipok?







 ~...menghayun kaki di malam hari bersama cahaya bulan yang sekejap terang sekejap samar, memberikan rasa indah di hati HISYAM kerana SERI BULAN sangat berseri bercerita tentang kisah lama mereka di kota dulu, tentang berpaut tangan dalam sesak orang beratur di kaunter tiket wayang, kini hendak menyentuh hujung jari pun tidak tergamak...~




39 comments:

  1. takde tua takde yg muda... muda pun tak selamanya muda... kiki.. bagus la perasan.. mmg muda pun .. kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sorang lagi membodek. Uishhh golak.

      Delete
  2. perghhhh.....teingat wadik pulak dah....! lama x mkn....huhuhu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sungguh nak cari wadik sekarang nih, kan? Kena pegi pasar tani la kot ada.

      Delete
  3. kiambang la Azie, if I am nt mistaken..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiambang la kan? Yang hijau terapung rapat di paya or parit tu pun kiambang juga kan? Saya dah keliru plak..

      Delete
  4. Azie,
    Alhamdulillah.. cakap tu doa.
    Sihat tubuh badan, tambah mungkin Azie mudah senyum tu sebab umur tak setara muka. Apa-apa pun, elok la tu.

    P/s;
    Lama dah Sham tak tgk pokok kiambang.
    Dulu arwah Uwan suka bela ikan puyu dalam tempayan. Dan di dalamnya, ada la pokok kiambang terapung-apung. Cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...

      Wahhh bela puyu dalam tempayan yang ada kiambang terapung. Memang la cantik dan indah jer, kan?

      Delete
  5. Memang la muda azie..kuat kagi.acik dah tak muda he he ..dah sakit2 sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lutut saya pun dah longgar juga ni Acik. Skru lain pun ada yang dah bunyi bunyi.

      Delete
  6. Betul kata Sham tu, muda tu doakan.
    memang memang nampak muda!
    hehe terasa pulak mama dah tua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda lawannya tua. Yang muda akan tua juga. Takpa, tua berpengalaman, kata orang.

      Delete
  7. tp mmg nampak muda...hehehe..senyum selalu...

    x silap kiambang la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap biarlah kita mampu senyum sampai ke tua.

      Delete
  8. x kenal sgt pokok2.... wadik tu bahasa apa?

    ReplyDelete
  9. muda lagi tu kak..sebaya dgn kakak sy. nmpk mak dgn anak mcm adik beradik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu pompuan yang kahwin muda, pastu dapat anak awal memang la dengan anak nampak macam adik-beradik. Hehehehe

      Delete
  10. azie..tu pokok SALAD AIR...atau Floating lettuce..

    saya ni dah 43 th ni..kdg2 panggil azie..kdg2 membahasakan diri sendiri akak..sbnrnya tak tau org disan aberapa umurnya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh pokok Salad Air. Orang kampung sebut kiambang la agaknya.

      KOMPOM, saya lagi tua dari Kamsiah. Panggil nama pun boleh, panggil Kak Azie pun boleh. Yang pasti Kamsiah dah tak boleh bahasakan diri Akak lagi dah. hahahaha!

      Delete
  11. bila berada di Jabatan yang bertahun usianya terasa muda dari biasa.. ;)
    moga akak semakin sihat dan gembira dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai sungguh senior kat sini. Yang da bercucu pun ramai...

      Delete
  12. kiambang la tu kak azie..
    memang nampak muda kan rupanya dah ada anak dara:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh betullah tu kiambang kan?

      Ehh Zie tukar nama profile?

      Delete
  13. Sebab suka gelak dan hepi sentiasa Kak Azie memang nampak muda!

    Itu pokok kiambang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka gelak tapi gelak kuat. Ada juga orang meluat.

      Delete
  14. AA...biar usia tua tapi luaran nampak muda selalu...hati macam tamankan org seusia kita nih...kakakaka....grrrr je or baca...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT, yang penting kita happy selalu. Tua ker muda, itu lumrah hidup.

      Hahahaha dalam hati ada taman rama-rama. tu la pasal.

      Delete
  15. Bukan teratai, bukan telipok. Confirm kiambang. Tapi bila orang cakap muda, iyakan ajerlah kak... Kita pun boleh jadi awet muda sebab dalam hati terasa muda...hihihihii. Saya nak tunggu siapa nak cakap saya muda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kiambang.

      Ehh Aziela memang la muda. Jauh lebih muda dari Kak Azie. hehehe muda la jugak tu kan?

      Delete
  16. Err, bekas yg dipgl guri tu....tak bela aedes ke kak? Heeee...seloroh je.

    Kak Azie mmg dah tua ke? Ishhh....taklah smpi 50 lagi, kan??? Heheheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang la pula orang kaitkan simpan air dalam guri tu dengan aedes. Sebab air tu selalu bertukar ganti dan diguna. Tak sempat pun nyamuk nak masuk.

      Delete
  17. kiambang ke kelipok ka sy xkenal. tp part pekasam tu sy suka! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekasam tu goreng garing, dengan bawang. Pastu perah limau. Nasi panas. Perhhhh...!

      Delete
  18. Lepas ni kalau kita melepak, saya nak telek muka akak betul2...nak tgk, muda ke, tua ke....


    larikkkkkkkkkkkkkkkk


    hahahaha

    ReplyDelete
  19. guri tu sama dengan tempayan kan...?!!!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails