Monday, March 4, 2013

Pulut panggang walau tak banyak masa senggang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
04-03-2013


Lanjutan cerita mencari daun pisang ‘mahal’, sebenarnya saya nak selesaikan Serunding Kelapa yang terlajak lebih hari tu. Baki yang saya simpan baik-baik. Walaupun kelapa mudah basi, tapi jika kita masak kering dan lama, insyaAllah tak akan basi.

Projek Pulut Panggang. Dah lama tak buat. Kali akhir rasanya bulan posa tahun lepas.



Pulut cuma 1 kg, tapi banyak jugak dapat hasilnya. Simpan peti sejuk dan akan dipanggang sebanyak mana yang perlu saja.

Saya memang tak pandai nak balut comel, kecik standard macam orang meniaga tu. Nak jadikan sama saiz pun saya tak pandai. So jadi la besaq kecik besaq kecik.

Masa zaman kecik di kampung dulu, MyBonda steady buat jer Pulut Panggang ni. Dikuncinya dengan lidi yang dibuat dari lidi kelapa. Mana la saya nak cari lidi kelapa, so stapler adalah penyelamat.

Panggang time...!



Rupanya memang gumuk-gumuk (macam puan yang buat la, kan?) tapi takpa lah. Saya tak perlu beli dari kedai, yang kompom la depa joi 5 kupang seketui. Dah la kecik haluih macam jari budak, kadang tu inti tak lemak. Macam hampas saja nyoq nyer. Nasib-nasib...

*saya dah malas nak taruh watermark pada gambar-gambar saya. Kalu ada yang nak cilok (plagiat) pun nasiblah. Dia tahu sendiri laaa...






 ~...pertama kali dikerah oleh Mak Utih duduk mengukur kelapa bulat di atas kukur bertaji lengkuk ayam, SERI BULAN tidak dapat menahan ketawa melihat betapa kekoknya HISYAM samada hendak mencangkung atau berlunjur dek kakinya panjang dan Pak Utih bagai mempersenda anak orang bandar dari dulang emas kini menjadi orang Kampung Separuh Desa...~




16 comments:

  1. saya suka pulut panggang, takpe..lagik gemuk lagik untung org yg makannya kan..kenyang!

    ReplyDelete
  2. assalam AA..kalau hari sabtu pi pasar..confirm acik beli..tapi sekali masuk mult je.kalau kunyah 44 kali boleh la terasa..kot acik..kunyah dua tiga kali je..tak sempat rasa sedap ke tak he he

    ReplyDelete
  3. sedapnye pulut panggang!~ buat minum petang.. syok..

    ReplyDelete
  4. buat sendiri lagi sedap dari beli.. ;)
    tapi masih ada yang jual sedap cuma susah nak jumpa.. ;)

    ReplyDelete
  5. suka pulut panggang..tapi kadang tu kalau beli inti seciput je..nak buat tak reti pulak..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Azie

    meleh air lior den..... :)

    ReplyDelete
  7. Oklah tu...janji sedap. Kak Zai pun tak berapa mahir buat kuih yang jenis bungkus2.

    ReplyDelete
  8. mak acu sangat suka makan pulut panggang

    ReplyDelete
  9. Orang utara panggey pulut udang. Walaupun tak tau tang mana dok udangnya, tak pernah jumpa pun dalam pulut tu, tapi panggey pulut udang jugaks. Mak cek suka nih.

    ReplyDelete
  10. Betul tu Azie, Sekarang ni bila beli kuih muih yang ada inti kelapa, jarang dapat yang sedap sebab kebanyakkan inti rasa macam hampas kelapa je, tak lemak!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    nyummmm nyummmmm! payah nak dapat yg sedap2
    nak pi hulur taperware besau lah!

    ReplyDelete
  12. Terima kasih untuk pulut panggang yang sedap itu. Tak sempat nak pukoi gambaq... ;)

    ReplyDelete
  13. saya pulut panggang ni kureng sikit..kalau bab kuih muih sy prefer yg manis2..pedas2 tak brapa suka..
    anyway..kalau jual laku ni..memang gomok2

    ReplyDelete
  14. Saya sangattt suka pulut panggang. Especially kalau intinya pedas dan lemak. Aduhh...

    ReplyDelete
  15. Tiba2 rasa nak makan pulut udang buatan mak!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails