السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
10-03-2013
Saya dan beberapa orang sahabat, bersaing ke Tanjong Karang, memenuhi jemputan majlis walimatulurus anak perempuan Noraini Ibnu & Herman Tino (Kang Man). Tak susah rupanya mencari lokasi, Kampung Sg Gulang-Gulang.
Cerita seterusnya, penuh dengan gambar yang banyak.
Dari jalan masuk lagi sudah nampak khemah yang memutih. Banyak betul khemahnya. Tak kira la pulak, lebih dari 10 khemah rasanya. Kagum terpegun sebab rumah kampung Kang Herman sangat besar, dan laman yang sangat-sangat luas. Dinamakan Halaman Tino.
Khemah berpentas ini untuk sistem, pengacara majlis, band dan penyanyi.
Menulis di buku khas tetamu.
Ada 2 kolam sebegini. Di seberang sana meja pengantin makan beradap, satu khemah lagi ialah pelamin.
Saya tak tahu hadiah bernombor ini untuk apa, mungkin Lucky Draw kot...
Pelamin dengan karpet merah.
Ini antara khemah yang saya suka tengok. Persembahan gamelan. Sangat unik, so tradisional dan saya suka dapat lihat benda gini, di kampung yang masih kuat warisan budayanya, masih berpegang teguh dengan keJawaan itu.
Okeh, mari tengok makanan pula.
Ada banyak meja buffet, tak terpandang dah sebab tetamu memang ramai (pengacara sebut lebih 5,000 orang hadir). Nasi putih dengan lauk pauk (Ayam Masak Merah paling sedap), ada Rojak Buah (yang enak kata depa, tapi saya tak sempat ambil dah habis), ada Soto (pun saya tak ambil), ada Cendol (ohh... ini memang kena la ambik), ada Bubur Caca, ada meja menggoreng Cekodok Pisang dan Pisang Goreng panas juga... perh!
Di setiap meja ada pelbagai makanan termasuk balang-balang kuih kering (Kuih Loyang, kerepek, rempeyek), Bahulu Lapis dan sejenis kuih balut daun pisang. Kuih ‘Lempér’ disebut mereka, tapi saya rasa ianya adalah Pulut Serunding.
Meja Soto. Dah kenyang nasik, tak boleh nak makan soto lagi dah.
Saya kemudian nampak sekumpulan anak-anak kecil ini. Berpakaian tradisional Jawa. Yang lelaki memakai ‘blangkon’. Rupanya mereka adalah kumpulan anak-anak yang akan mengiring pengantin nanti. Ala-ala ‘flower girl’ gitu.
Yang menarik, banyak unsur-unsur keaslian pada majlis ini. Bunga manggar pun dibuat dari riben dan keras kilat sahaja. Simple dan rasanya lebih jimat.
Tak rajin la nak rapat dengan pelamin, sebab sesak. So snap pulut kuning pengantin ini saja.
Khemah khas VIP untuk rakan-rakan artis. Memang ramai yang kelihatan. Saya tak rajin la nak snap semua walaupun setiap nama disebut pengacara. Ini meja Rohana Jalil (terkejut tengok muka dia yang ‘lain’ sampai saya tak kenal mulanya), Zur Eda dan Salwa Abd Rahman.
Bunga telur dari pahar sebagai cenderhati. Bunga telur itu pun sebenarnya sangat asli kerana dibuat dari kertas sahaja. Macam kenduri di kampung saya masa saya kecik-kecik dulu. Dah lama saya tak tengok bunga telur sebegitu (selama ni dok tengok bunga telur moden saja). Sapa seangkatan (or lebih tua dari saya) rasanya tahu jenis kertas itu. Bila kena air, warna kertas tu akan luntur. Nostalgia sungguh...!
Sebahagian kami para sahabat KLfm yang hadir. Selalunya bila ada kenduri camni la kami dapat berjumpa bertanya khabar. Ada yang sudah bertahun tak jumpa.
*3 pic terakhir: kredit to Badang Perkasa.
~...ketika balai dan ‘pelenggaq’ mula dipasak tiang dan bumbung kain ‘terpan’ mula dibentang di bumbung HISYAM sudah mengagak dia bakal dihulur parang nan tajam untuk menjadi penghiris daging sehingga menjelang malam, dan SERI BULAN yang melintasi di belakang menjeling aka melerak melerok bagai mencabar untuk ditegur dengan alasan bawang harus dihulur...~
Assalamualaikum,
ReplyDeletewaaaaa nostalgia. semuanya jenis2 yg dah ditelan zaman hu hu hu bunga telur kertas tu dah tak jumpa dah.
Betul. Lama sungguh tak tengok bunga telor dari kertas simple macam tu. Zaman 70-an dulu jer ada.
DeleteMemang best psl tersangatlah rare.. Saya selalu nmpk abg badang perkasa kat laman santai masa ali terrarossa nyanyi
ReplyDeleteBadang Perkasa adalah officially photographer utk group Ali tu rasanya.
DeleteJadi sahabat kami dah lebih 5 tahun.
Assalamualaikum,
ReplyDeletehee bunga telur kertas tu dah lama tak jumpa..kertas tu yg wana merah, tekap kat bibir..
Reply
Yess! Kak Nah tahu kan kertas jenis tuh. Betoi, masa kecik kalu nak pakai lipstik tekap kertas hat kaler merah tu kat bibir. hahahaha!
Deleteooo..akak pergi yer. Kalau akak perasan umah sebelah Pak Herman tu rumah kakak saya.
ReplyDeleteOh ya ker? Yang mana satu eh, yang ada pokok mata kucing tu ker atau yang ada rumput lembut macam rumput golf tuh?
Deletetak nampak Kang Herman Tino dgn pelekatnya dah ! tp rambutnya masih begitu mcm dulu...
ReplyDeleteRambut asli tu susah nak tukar. Imej kain pelikat tu untuk buat persembahan saja kot...
DeleteWow seronoknya hadiri kenduri unik begitu. Tahniah kepada famili Pak Herman kerana julang budaya lama dan dapat menantu.
ReplyDeleteMelerak melerok meripate siapa, azieazah?
Memang seronok betul saya semalam. Jarang dapat tengok majlis yang begitu mengekalkan warisan budaya keturunan sebegitu.
Deletemelerak melerok meripate > wak yang main gamelan, Pak Temuk. Hahahaha!
assalamualaikum...bestnyer kak..dil teringin sangat nak pi kenduri orang jawa2 ni....unik......
ReplyDeleteBetul tu. Kalu kita berpeluang hadir di majlis yang ada seni budaya warisan lama, alangkah uniknya.
Deletebetui Azie, zaman dulu semua bunga teloq depa guna kertas crepe tu.kena ayaq habis.btgnya di bat dri buluh yang di raut .
ReplyDeleteMasa kecik-kecik dulu kami suka dok himpun batang bunga teloq tu Kak Inda. Bila buang kertas balut dia, lidi buluh tu kami buat penunjuk mengaji. Woooo teringat...!
DeleteSeronoknya tengok kawasan rumah dia yang luas macam tu..Memang puas nak buat majlis kawin kan...
ReplyDeleteKawasan rumah dia, luas macam padang bola. Terpegun sejenak menengoknya.
DeleteEmak Adam excited baca entri ni. Kisah ni dekat dgn hatinya sebab kampung Herman dan kampung emak Adam pun tak jauh. Tradisi yg diamalkan sebijik mcm dibuat di kampungnya bila ada majlis kahwin cuma taklah seramai ini jemputannya.
ReplyDeleteTipuware tu biasanya utk cabutan bertuah para penanggah.
Saya memang kagym Bang YB. Saya ada ramai kenalan orang Jawa, tapi jarang dapat tengok sendiri majlis perkahwinan bangsa Jawa. Yang saya sangat pasti, orang Jawa sangat menghargai tetamu. Saya dah rasa sekali, tiba rumah kawan malam-malam pun dijamunya sakan-sakan. Aduhai... terharu dgn layanan depa.
DeleteSoooooo tradisional. Adat jawa mmg best. Cuma make up pengantin x jawa sgt. Kalau make up jawa kelas ko!
ReplyDeleteYup. Kalu original make-up Jawa tu, memang siap dengan sanggul dan lukisan di muka macam bentuk rambut tu. Walaupun pakaian tradisional, ada juga sedikit unsur moden.
Deletefulamak sangat suka kalau ada majlis sebegini.. makanan yang dihidangkan untuk tetamu diutamakan.. sayapun dah dua kali gi kenduri di sg gulang2ni.. sangat best sebab dikelilingi sawah padikan...
ReplyDeletetahniah untuk herman tino ngan noraini ibnu yang dapat menantu dan majlis yang sangat tradisional...
Yup. Kg Sg Gulang-Gulang ni memang kelilingnya adalah sawah padi. Tak sempat nak snap pun. Sangat teruja dengan majlis kenduri tu sebenarnya.
DeleteSalam.........kenduri besar tu....saudara mara saya banyak di sana
ReplyDeleteSaya pun rasa itu memang kenduri besar. Jemputan tetamu sampai 5,000 orang khabarnya. Tak mengapalah, itu anak bongsu depa, pompuan pula. Lepas ni dah takda nak kenduri camtu lagi dah..
DeleteSalam.. bru 1st singgah sini..
ReplyDeleteUniknya perkahwinan ni :)
Salam Amanina. Sila masuk, terimakasih.
DeleteHafizzzzzzzzzz! awan nano.. hehehe..
ReplyDeletebestnya g kenduri jumpa retisss ramai2..
Ramai retis seangkatan Kang Herman. Ada juga tetamu yang ambil peluang bergambar. Kak Azie jer yg segan.
DeleteWaahhh...meriahnya. Kalau ramai yang membantu memang seronok. Kalau guna Wedding Planner mesti mahallll sebab kerjanya remeh sikit. Tapi tengok halaman tu memang luas betul.
ReplyDeleteMakanan dan khemah nampaknya dari syarikat katering/canopy juga. Tapi makanan side-orders, memang disediakan oleh pihak tuan rumah dgn bantuan orang kampung dan sedara-mara tu. Memang nampak ada tempat mencuci pinggan dan penyediaan makanan di bangsal belakang.
DeleteAina suka tengok baju pengantin tu. Nampak sangat2 tradisi...
ReplyDeleteYup. Unsur warisan budaya Jawa itu dapat dilihat di mana-mana.
Deletewah.. meriah kendurinya yer.. :)
ReplyDeleteMemang meriah. Besar kendurinya.
Deletebunga telur tu nostalgia sungguh la kak. Memang hadiah bernombor tu untuk Lucky Draw kak. I have seen it kat Kenduri kawin Masyarakat Jawa. Usually they do Lucky Draw untuk org Rewang. Saje nak hiburkan hati diaorang yang dah penat bekerja. Lagi satu .. huiyoooo .. marvellous nya makanan kenduri dia.
ReplyDeleteBetul. Kami di kampung dulu pun, memang akan ada Lucky Draw (kain sarung & kain pelikat) utk group penanggah yang kerja kuat dan tungkus-lumus buat kerja. Sebagai penghargaan dan menyeronokkkan mereka.
DeleteAzie,
ReplyDeleteCantik Tuan Rumah berbaju kurung kaler pepel..
Manis je senyum..
P/s;
Sana mmg dah musim kenduri kawin ya.
Lama dah tak mkn lauk org kenduri kawin.
Hahaha.. baju purple tu saja la yang saya ada.
DeleteSebenarnya nak kata musim pun tidak juga. Sebab di Malaysia belum cuti sekolah lagi. Kenduri ni mungkin mengambil tarikh istimewa tertentu kot...
Herman Tino ni aktif lagi ke kak azie?
ReplyDeleteTu diaaaaa...PA system pun siap ada khemah khas...majlis ni ada di sponsor ke kak?
Apa yg lainnya pada Rohana jalil tu? sorry, saya tak cam mana satu dia dlm gambar tu..dia ni mak pelakon bibir ala ala angelina jolie tu kan?
Setahu Kak Azie, Herman Tino ada group dia sendiri. Lupa nama kumpulan tu. Dengar citer, beliau aktif mencipta lagu.
DeleteRohana Jalil yang berbaju kurung hitam tu. Dalam gambar mungkin tak ketara sangat ‘lain’nya. hehehe.
Yup. Beliau ibu kepada penyanyi/pelakun Kilafairy, bibir seksi tuh.
mak sedara saya pun g wedding anak herman tino ni dear....
ReplyDeleteOh ya ker... alahai. Kalu la kenai.
DeleteMemang sungguh unik dan menarik...
ReplyDeleteAda banyak lagi yang menariknya, tak sempat nak snap semua situasi pun.
DeleteAA
ReplyDeleteAwak pun pegi ya? hehe... (cakap nih macamlah I juga pergi). My fren pun pegi juga nampak kat blog dia..
Terlewat nak ucap tahniah kat you sebab dah mula bekerja. Biar I sorang aje yg jual anggur :-)
SOM, I dapat undangan dari Kak Anoy. Kenal lama juga la, sebagai kawan. Pegi trip ke Jakarta dulu pun sebilik dengan dia. Wpun jarang jumpa, tapi kira mesra la.
DeleteTakpa la U jual anggur. Sebab anggur U manis bersari, first class!
nampak meriah sungguh majlis nya..bunga telur tu mmg klasik...itu zaman dolu2 je tu...
ReplyDeleteMemang meriah. Juga ada persembahan band.
DeleteYeaa bunga telur tu memang betul-betul macam zaman kita kecik kecik dulu.
Ya ingat lagi bunga telor zaman 70an. Masih ada lagi ya...seronoknya.
ReplyDeleteTu la. Tak sangka boleh jumpa lagi bunga telor macam tu zaman sekarang. Sungguh asli. Buat kita terkenang kenduri kahwin masa kita kecik kecik dulu.
Deletemeriahnya..... seronok tgk walaupun cuma dlm gambar je
ReplyDeleteAda banyak lagi gambar sebenarnya, tapi tak larat nak upload semua. Ambik yang penting penting saja...
Delete