Saturday, March 30, 2013

Saputangan seorang lelaki... alahai

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
30-03-2013


Tak ingat bila kali akhir saya melihat lelaki bersaputangan. Gaya bersaputangan bagi lelaki ni mungkin hanya bagi golongan korporat, orang atasan or orang-orang yang jaga imej saja... kot. Sebab jarang saya lihat lelaki yang kerja ofis, kerja driver... yang guna saputangan. Paling biasa, depa guna tuala kecik or tuala putih jenama ‘Good Morning’.

MyToklaki sendiri, masa dolu-dolu ada ler juga saputangan kain kapas tuh. Pastu bila dia dah tak  keja ‘dalam service’ style guna saputangan ni lama-lama hilang. Dok guna tuala kecik jer pun.

Saya melihat, saputangan adalah sebahagian fesyen lelaki. Apalagi bila digayakan dengan talileher dan kot yang sepadan. Ahhh kacak sekali.



Pernah ada saputangan bersulam nama sendiri? Pernah ada saputangan kain kapas yang licin dan wangi yg ada bunga di bucu... atau biku-biku keliling?

Masa saya kecik-kecik dulu, saya selalu tengok orang tua-tua ada saputangan kain kapas berbunga halus, yang sering digunakan untuk ikat duit syiling (coin) di bucunya. Maklum zaman itu, 5 sen (lima det) pun macam 5 hengget nilainya. Kemudian saputangan tu diselit di celahan dada baju kebaya atau baju kurung Kedah. Hehehehe nostalgia sungguh....!

Dan pada zaman itu, kaum lelaki yang guna saputangan kemas berlipat empat, di letak di poket samada depan atau di belakang akan kelihatan seperti lelaki yang kemas, pembersih dan nampak menarik di mata orang lain. Kemudian sekali sekala diambil, mengelap mulut secara perlahan dan penuh gaya.... membuatkan mana-mana gadis yang melihat terus tertawan. Betulll....!

Sekarang? Saputangan bukan lagi menjadi bahan utama untuk imej sangat. Sebagai fesyen bolehlah... Gadis hari ini lebih nak tengok poket yang penuh duit, bukan poket yang ada saputangan wangi atau yang bersulam nama.

Kenapa tiba-tiba saya tulis pasal saputangan lelaki? Sebab setelah bertahun lamanya, tiba-tiba semalam saya terjumpa lelaki muda (yang boleh tahan hensemnya) dalam LRT, duduk berdepan dengan saya. Selok poket, kuarkan saputangan warna brown... mengelap mulutnya. Alahai...





 ~...HISYAM sendiri ada beberapa helai saputangan bercampur kain kapas dan sutera China sehingga SERI BULAN boleh mengingat setiap helai yang mana bersulam kata dan bergaris tiada, pernah suatu ketika dulu sehelai saputangan berwarna jingga dipinjam seketika buat menyapu si airmata belum lagi dipulangkan dengan harapan HISYAM akan terus terlupa bersama kenangan yang alpa...~




17 comments:

  1. Azie
    My toklaki mmg guna saputangan kecik tu
    Berlipat kemas..
    Anak2 pun dah pandai gosokkan kemas..
    Tanpa saputangan my toklaki rasa tak cukup syarat...

    ReplyDelete
  2. dah berkurun tak tgk saputangan hehe...
    dulu2 masa bercinta,ada jugak hadiahkan saputangan kat suami..berukir nama kami...yalah dapat free sbb kakak ke 3 buat bisness batik...

    ReplyDelete
  3. Arwah abah saya dari muda ke tua masih guna sapu tangan...

    ReplyDelete
  4. sapu tangan nie penuh nostalgia..pernah jatuh dan lutut berdarah..sapu tangan ler yg menjadi mangsa utk mengelap darah yg mengalir...anak lelaki saya ada sapu tangan tapi dorang panggil
    ' key ' merah...saya lak ' key ' biru ikat kepala masa main netball dulu...nostalgia....

    ReplyDelete
  5. tergodakah dgn lelaki bersapu tgn brown tu?? aiyokkkkkk~
    heheehehhehehehhe

    ReplyDelete
  6. oh tidakkkk...jangan lepas ni akak jumpa lagi lelaki yang sama tu dalam LRT, dah kata naik LRT setiap hari kannnnnn :P

    ReplyDelete
  7. Lelaki sekarang payah nk jumpa guna sapu tangan. Arwah ayah sy dulu dr muda smpai tua ada sapu tangan yg jenama john master tu. hehehe.. walaupun dia dh tiada, tp sapu tanagan dia masih di simpan elok oleh ibu.

    ReplyDelete
  8. btol la kak, saya pun jarang nampak lelaki guna saputangan ni.. melainkan ayah saya dan adik saya. pelik la kan? dorang malu ke pakai sapuntangan?

    ReplyDelete
  9. dulu2 cik man pun guna sapu tangan berlipat kemas berhuruf pangkal nama dibucunya...macam2 warna..=)

    ReplyDelete
  10. Kak Azie,

    Saya jarang tengok orang lelaki bersaputangan, jarangla. Kecuali kalau jumpa pakcik saya (adik ipar abah saya) memang dia ada saputangan yg jenis kotak2 punya. Masa saya tengah taip ni,saya ter'imagine' kalau lelaki beruniform polis or tentera bersapu tangan dan tengah mengelap muka pakai saputangan,terserlah kehensemannya *merapu di petang Sabtu* :D

    ReplyDelete
  11. Saya dulu susah nak bawa saputangan, tapi ayah selalu nasihatkan, bawa saputangan..bawa saputangan.( ayah saya mmg bawa saputangan sentiasa). Kini, mmg saya hari2 bawak saputangan, cuma tak lah bergaya macam jejaka tu..haha

    ReplyDelete
  12. saya sentiasa ada saputangan yg didalamnya saya selitkan pengelap cermin mata. bukan utk menunjukkan hensem tapi nak lap peloh dan cuci spek mata yg cermin dah kelabu bak cermin kereta tika hujan takde econ..

    ReplyDelete
  13. saya sentiasa ada saputangan yg didalamnya saya selitkan pengelap cermin mata. bukan utk menunjukkan hensem tapi nak lap peloh dan cuci spek mata yg cermin dah kelabu bak cermin kereta tika hujan takde econ..

    ReplyDelete
  14. Kat mana eh nak beli sapu tangan yang key tu? Selalunya ada je ampak kat kedai mana2. tp masatu tak memerlukan. skrg ni memerlukan sbb nak buat headscarf. where to buy :(

    ReplyDelete
  15. Saputangan atau bandana(key)sama je peranan dia..lelaki bersaputangan lbh brgaya..sy sndiri suka guna saputangan..ladies suka ke lelaki y bawa saputangan ni....

    ReplyDelete
  16. Saputangan atau bandana(key)sama je peranan dia..lelaki bersaputangan lbh brgaya..sy sndiri suka guna saputangan..ladies suka ke lelaki y bawa saputangan ni....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails