Tuesday, March 12, 2013

Cendol Durian Borhan: enak tapi sayang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
11-03-2013


Balik dari majlis kenduri di rumah Kak Anoy & Kang Herman Tino, kami mencari gerai cendol sebagai menunai hajat yang dipasang sejak awal waktu kami bergerak.

Mula-mula memang kami dah nampak dah Cendol Bakar yang popular giler tuh. Masa tu dah nampak beberapa keta mula masuk ke situ. Tapi kawan saya yang ikut sama dah awal-awal ‘warning’, jangan la time balik nanti kita nak singgah, kompom jem teruk area sini nanti.

Betul pun. Memang jem area Cendol Bakar tuh.

Kerana sudah mengagak jem tu, kami singgah di kedai cendol lain di kawasan yang sama. Pun dikatakan sedap juga. Cendol Durian Borhan. (dari Tg Karang, jumpa kedai ini dulu sebelum jumpa Cendol Bakar).

*sebagai memuaskan hati sendiri sebab keliru dek nama ‘cendol bakar’ ni, saya tanya sendiri dgn orang Tg Karang. Betullah, nama Cendol Bakar diambil kerana nama tokeynya adalah Bakar.



Kami tiba sekitar jam 3.30 petang, memang cuaca sangat panas. Orang pun memang nampak ramai menikmati cendol di situ.



Ada deretan barang-barang kampung ala-ala pasar tani di sebelah kedai cendol ini. Ramai yang singgah membeli sayur-sayur, ulam, kerepek dll di sini.

Surau juga disediakan di bahagian belakang, sempatlah kami singgah solat Zohor di situ.


Kedainya biasa saja. Tak lah secanggih yang kita bayangkan. Nampak bebudak pelayan pun budak-budak remaja. Terselit juga seorang pekerja asing (Pakistan kot). Yang pasti semua pekerja bersih dan kemas.


Duriannya? Janganlah mengharapkan seulas durian dalam setiap mangkuk. Jauh sekali la nak bayangkan durian jenis D24 or Musang King. Memang tak la, kan? Yang kuning itu ialah isi duriannya. Sesudu mungkin...


Selepas disatukan. Rasa, enak la juga. Cuma tak puas nak nikmati rasa durian tu. Tenggelam dek rasa cendol dan air gula. Ada juga Cendol Pulut, tapi kami tak order pun.


Cendol biasa RM1.50. Cendol Durian = RM2.00. Jadi apa yang diharapkan duriannya, jika harga cuma RM2.00? kan?



Tetapi pengunjung memang ramai. Pelbagai bangsa ada. Saya yakin, yang jauh juga ada. Macam kami yang mari dari KL.

Selain itu, juga ada Otak-Otak panas (saya makan satu saja, sebab masih dikira ‘kurang’ banding yang saya makan di Pandan Jaya sini), juga Laksa serta Mee Kari. Kami order 2 mangkuk Laksa sebagai mencuba rasa. Maklum masih kenyang makan nasi kenduri. Laksa, wajar dipuji. Sedap dan pekat.

Lalu besarlah hasrat saya nak bungkus untuk rakyat di rumah, beberapa bungkus Laksa dan juga Mee Kari tu... tapi sayang sekali. NO BUNGKUS! Siapa datang, makan/minum di situ SAHAJA. Alahai...

Terus saya kata, “Ruginya awak bisnes macam ni, kami nak bungkus banyak ni...” Sengih saja la budak pelayan tu.

Sebenarnya, depa tak rugi pun. Entah-entah sehari income jual macam tu jer, beribu RM.

Lain kali saya pergi Tg Karang, saya nak bawa bekas sendiri. Boleh la beli bawak balik, kan?



Terimakasih kepada yang terlibat dalam ini cerita, juga si penaja utama.


Saya tertarik botol comel ayaq lemonade nih. Macam zaman kecik dulu, botol lemonade memang comel-comel saja. Paling popular, Air Sarsaprilla ler. Sebenarnya, air Sarsi.

Kesimpulannya, saya masih menyimpan hasrat untuk singgah juga kedai Cendol Bakar tu suatu hari nanti. Harus nak cuba...!






 ~...sebaik tiba di laman Teratak Nyatuh, HISYAM bagai dipaku kaki di tanah kerana Mak Utih sudah menanti di ambang ambin dengan muka merah menahan marah gara-gara SERI BULAN lebih dulu membuka cerita HISYAM akan membawanya pulang ke bandar Tenggara barang sehari dua sedangkan Pak Utih belum tahu, Mak Utih belum mahu...~




56 comments:

  1. ada jugak kedai yg x leh bungkus erk?? 1st time dengar...biasanya x boleh bungkus..klu stok2 dh nk habis...

    ReplyDelete
  2. Nak bungkus pun taknak bagi ye..macam tu pun boleh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Pelik sungguh. Saya kecewa tauu...

      Delete
  3. Assalam AA acik dah tak mau singga cendol borhan.muktamad he he.ada kisah tak best disitu.kala pi tanjung karang acik suka singgah di kedai nasi ambeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kesian.
      Naluri saya sendiri pun, tak begitu teruja nak pergi lagi. Kedai tu sebenarnya biasa-biasa saja.

      Kedai Nasi Ambeng tu, nama Kedai Ibu ya? Kedai tu popular, nasi ambeng nya sedap kata orang!

      Delete
  4. sedap nye.. biasa kalau ke sana kompom sy singgah sini.

    ReplyDelete
  5. bila tahun nak boleh merasa tak taulah saya ni..mklumlah jauh bebeno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendol ni merata tempat ada. Di Penang, Taiping, pun ada jual...

      Delete
  6. panas2 camni mkn cendol mmg sedap kak. feveret saya cendol pulut. kalo akak dtg kedah, jgn lupa singgah mkn cendol pulut bwh titi kat pekan changlun, boleh tahan sedapnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendol pulut? Wahhh saya suka tu.
      Ntah bila la nak ke Changlun....

      Delete
  7. Nasib baik habaq pasai asal usul nama Cendol Bakar tu. Kalau tidak mesti saya berterusan dok wonder camana depa bakaq cendoi, kehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai orang dok sangka lagu tu la jugak. Ramai. Tu yang ceq pi tanya betoi betoi tu.

      Delete
  8. Azie, akak pernah singgah sini sekali, tp masa tu perut penuh lepas balik dari kenduri kawen kat Sabak Bernam, jd kurang la rasa nikmatnya hehehe...on dway balik tu lalu depan gerai cendol bakar, mak aiii....berderet2 kereta you, tertanya2 gak, apa specialnyaya?

    acik erna, naper taknak singgah cendol borhan lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendol Bakar tu ada drive thru mcm McD, itu kot yg speselnya. Ntah la, saya tak pernah cuba lagi. Tengokkan jem nya, takut nak masuk... heheheh

      Ndak gak tahu, kenapa ACIK ERNA tak mo ke Cendol Borhan lagi.

      Delete
  9. Kakcik ada terbaca tentang cendol bakar ni yang katanya gula merah untuk cendol itu dibakar - seperti catatan Ondscene ini : http://ondscene.my/review/cendol-bakar-berkonsepkan-pandu-lalu-drive-thru

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Kakcik. Ada jjuga yang sebut begitu. Betul la tu...

      Delete
  10. pestime plak dgr ada kedai x bole nak bungkus ni....heran2....myb nak jimat guna plastik kot....hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sangka pulak takda jual bungkus. Mungkin juga takda orang yang nak uruskan bungkus bungkus kot...

      Delete
  11. sayang tak boleh bungkus, kalau boleh harus Kak Azie mengulang di rumah, hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tujuannya pun. Nak la juga bagi anak-anak di rumah rasa laksa tu. Takda rezeki. Tunggu laksa buat sendiri lah nampaknya.

      Delete
  12. wah bestnya... bilalah nak merasa cendol bakar ni. rasanya mmg dah cukup kencang business tu, sbb tu tara bungkus...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti kenapa begitu. Agak pelik la jugak kan? Mungkin tak cukup kakitangan nak layan kot...

      Delete
  13. Nampak cendolnya agak banyak jugak bukanlah hanya minum kuah santan. Bawak mak pergi makan cendol di Fasa 4 Tambahan, mak komplain hampa ni makan cendoi ka minum santan pasai cendoi dia ada dua tiga urat je. Itulah jadinya bila tokey cendoi makan cendoi buatan org lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh bahaya ni bawak Tokey Cendoi pi makan cendoi. hahaha mesti Mak Aina buat cendoi sedap. Buh cendoi banyak, baru puas, ya dak?

      Delete
  14. teringin gak rase cendol durian....cendol bakar tu glamerkan tapi tak pernah try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la juga macam Cendol Leman Dawi dulu. Popular sakan juga. Masuk tv, masuk sokabar. Tapi bila ada yang sepertinya, yang popular sudah tak popular lagi..

      Delete
  15. Cendolnya nampak macam ok berbanding Cendol Leman Dawi di Senawang tu. Teori saya, dia tak bagi bungkus sebab tak nak pesaingnya menguji. Kalau makan di kedai, dia boleh pantau. Nanti laksa dia dah tak special sebab orang lain tiru.

    Err, ada version cerita kata nama Cendol Bakar tu sebab gula merah yang digunakan tu di bakar dahulu supaya cendolnya wangi dengan air gula bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih. Pendapat yang lojik juga tu. Dalam bisnes, persaingan yang hendak dijaga dulu. Lain tempat, lain kedai mestilah kena lain lain rasanya. Baru nampak special dan eksklusif.

      Versi bakar gula merah tu pun saya pernah dengar juga. Harus lah betul juga tu.

      Delete
  16. Alahai kak azie,
    aturcara kita sama sungguh hari ahad tu ye... kami pun singgah cendol burhan tp lebih awal dr kak azie... berselisih di mana agaknya kita ye?
    bezanya kami dpt bungkus 2 mee kari...hmmm adakah pelayan malas sbb customer ramai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ka? Ohhh.

      Hemmm dapat bungkus 2 mee kari? Maknanya ada ler bungkus. Cuma mungkin sekitar jam 3.30 petang yang kami singgah tu, mee & laksa dah tak banyak, so depa jual utk orang yang makan di situ saja. Agak nya la..

      Delete
  17. Saya pun pernah lalu depan cendol bakar. Memang jem. Siap ada drive thru lagi kat situ sapa2 yg nak tapau. Sayangnya tak blh singgah. Selalu terlajak atau jalan jem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsep drive thru itu la yang saya rasa menjadi tarikan dan kedai cendol yang lain dari yang lain. Publisiti meluas pula oleh pelanggan menjadikan Cendol Bakar suatu jenama cendol yang popular dan terus melariskan lagi...

      Delete
  18. kalau kak azie ajak ai makan kat cendol durian borhan tu.. memang tak pergilah.. sebab adanya durian.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh tak makan durian ya?

      Kalu gitu, order la cendol biasa atau cendol pulut.

      Delete
  19. sedap nampaknya cendol tu kak AA... panas terik layan endol mmg terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang panas betul masa kami pergi tu. Kak Azie makan cendol semangkuk setengah!

      Delete
  20. Aiyak! Tak boleh bungkus? Syy tak nah dgr lak bisnes yg mcm ni. Tak dibenarkan bungkus cendol. Tapi maybe cara org sana, klu berniaga cendol mmg mcm tu kot? Huhuhuhu.....

    Bila baca komen2 kat atas, teringin nak jengah ke area2 sana.

    Oh ya...sy pun nak tau gak nape dgn kisah Acik Erna tu ya?

    Mmmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya harap Acik ERNA akan tulis kisah dia serik ke Gerai Cendol Borhan ni di entri dia.

      Delete
  21. Amboi Amboiii .. kat Bangi mencendol di sana pun mencendol jugak. Cendok mmg kegemaran org Malaysia lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat area rumah pula, tap kali pasar malam pun beli cendol juga.

      Pastu bila teragak pun, beli juga cendol mamak depan bank kat rumah tu. Tiap minggu mesti nak kena jugak.

      Delete
  22. Dah ramai yang bercerita tentang cendul bakar tapi kak Zai belum pernah mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita. Kalu taknak kena jem, kena pegi hari bekerja kot, Kak Zai...

      Delete
  23. cendol bakar tu fofuler nya sampai ke utara ni ha...
    dah la hari panas...sabo je mandang cendol dalam mangkok tu..

    kak azie..chek dah buat entri sambungan..gambar mural sekitar georgetown..kalau kelapangan sila la jengah teratak ambe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya? Oh thankiu Siti. Nanti Kak Azie p tengok noooo.....

      Delete
  24. Salam Madam Azie... kat rumah saya pun ada sebuah kedai yang dikatakan cendoinya amat sedap. Tengok memang ramai sangat yang singgah sampai macam rumah orang kawin deretan kereta orang. Tapi saya tak pernah rasa pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ka? Area mana tu? Apa nama kedai? Suatu hari nanti masuk tv ler tu.

      Delete
  25. TGK GAMBAR PUN DAH TERLIUR..KAT SINI BELUM ADA LAGI CENDUL DURIAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu musim durian, beli jer durian & cendol. Buat versi sendiri. Saya pernah buat camtu Kamsiah...

      Delete
  26. As Salam. Saya suka cendol d little penang kat suria Klcc,..sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah sekali masuk Little Penang KLCC tu, tapi tak pula order cendol.

      Delete
  27. hebat no cendoi tu sampai tak boleh bungkus.....tak menang tangan kottt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nak habis kot, so dia takut orang masuk tapi takda benda nak dihidang.

      Delete
  28. Wah! Hebat Cendol Borhan ni ye... Tu keluarga Cik Azieazah ker? Semuanya suka makan Cendol yer? Tahniah kerana menyokong IKS di Malaysia.

    ReplyDelete
  29. Bagus juga strategi 'NO BUNGKUS' dier ni.. baru betol2 yakin keenakkan cendol sendiri kan..??

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails