Tuesday, March 26, 2013

Kawan saya kawan dia juga, tapi kawan dia tak jadi kawan saya pun takpa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
26-03-2013


Hampir semua kawan-kawan saya adalah juga menjadi kawan MyToklaki. Bila ada kesempatan, dia pun akan join semeja dengan kawan-kawan saya (terutama yang lelaki). Ada ketika depa punya borak lebih dari saya. So, sapa kawan sapa sekarang? Hahahaha...!

Tapi sangatlah sedikit kawan-kawan dia, menjadi kawan saya. Heh heh heh.. tentulah kan? Takkan la dia nak mengeteh di Mamak al-Sarifa 24 Jam tu, nak heret saya. Mau tersengguk saya dok dengar depa sembang pasal... hmmm politik? pasal projek (yang kadang tak jadi)?

Sekali sekala saya join (dalam istilah TERjoin) pada pagi minggu, bila kami balik Pasar Pudu dan sarapan... terjumpa sorang dua kawan dia. Biasanya saya diberitahu nama jer pastu saya buat la sibuk menjaga mulut dan perut saya jer. Mengadap ‘Tose Telor Mata Atas’ lagi best.

Dolu-dolu, pernah jugak la dia usik saya, sebut kawan-kawan dia puji. “Orang rumah lawa”. Saya? Cebik menyampah, sebab dok terfikir gak tu tipu ke bohong. Mujur saya tak bidas, “You tak takut kawan you mengorat saya?” hik hik hik! nak perasan sikit pun tak bleh.


Sorang kawan dengan sengaja dan bangga MMS gambar Sotong Telur ni ke henpon cabuk saya. Cisss... mentang-mentang saya tak reti nak masak sotong ni. Nanti dia, saya pakai bedak banyak-banyak, baru kau tauuu..! > apa kaitan ntah?






 ~...mengikut Pak Utih menjala di Sungai Menghijau Lumut dengan harapan pandai menebar udang yang sedang, HISYAM juga sebenarnya hendak menunjuk diri tidak beza dari warga Kampung Separuh Desa yang lain lalu SERI BULAN segera mengerti betapa lelaki itu sudah menetapkan hati di sini sampai terlupa mereka pernah ada Plan B untuk pergi tanpa dikesan tanpa ketahwuan dan tanpa kerasanan...~




34 comments:

  1. Bila Abang Mus dah kenal kawan kakcik, selalunya kakcik yang akan 'tertinggal'...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha memang kesian. Tapi best apa.. Abg Mus memang friendly...!

      Delete
  2. saya susah nak ingat nama kawan2 suami...cuma igt yg keje situ...sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler. Saya memang susah nak ingat juga. Kadang tu malas nak ingat pun.

      Delete
  3. ada orang tu berkawan dulu kemudian baru kawin, dan ada juga orang yang berkahwin dulu kemudian baru berkawan ..

    ada kaitan tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkahwin selepas berkawan tu biasa. Berkawan selepas berkahwin pun biasa. Kecuali berkahwin dengan lain lain kawan. Susah nak jadi kawan semula. hehehehe

      Delete
  4. Biasa nya mcm tu lah kak...sedap sotong tu, tapi saya suke part kepala. hehehe.

    ReplyDelete
  5. disebabkan masa kerja tak sama, saya tak pernah join sahabat-sahabat suami saya dan sebaliknya. Dulu masa kerja sama-sama kawan dia kawan saya, kawan saya kawan dia. Sekarang tidak lagi. Sekarang saya enjoy bersama My Precious, bersama sentiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok juga saling kenal mengenali. Telus kata orang. Apa salahnya. Meriah!

      Delete
  6. sedapnye kak tgk sotong ada telo camtu, saya slalu berebut ngan anak2 tiap kali kalo nampak sotong yg ada telo...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak cari telor jantan camtuh. Heheheh sumbat la dengan pulut, jadikan telur palsu. Hahaha!

      Delete
  7. Mmg lawalah kak. Haih! Jgn merendah diri ya.

    Peh, sotong tu. Teringta nasi kandar lak. Hahahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Kandar dengan Sotong Telur? Perhhh jangan disebut.

      Delete
  8. lapaq2.... tak pa..lebih baik kawan kita jadi kawan dia..esok2 senang tak payah nak habaq bagai apa...haa kawan dia tak jadi kawan kuta pun tak pa..bukan apa..kita klu dgn kawan...mana ingat donia bersembang...klu kawan tu...kawan dia...mana beh nak sembang tak hengat donia kanz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe yang penting kena telus. Itu yang nak jaga sebenarnya.

      Saya tak kisah kawan dia jadi kawan saya pun. Tapi kalu boleh semua kawan saya dia kena la kenal juga.

      Delete
  9. kwn2 x pe..jgn lebih drpd tu udah ler...

    ReplyDelete
  10. My frens selalunya sama dgn Hubby's fren sebab kami dari satu sekolah plus satu collage gak.. so semuanya kenal, except bila dia dah keje..

    sedap tu sotonggg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh nampak gaya macam berchenta sejak zaman sekulah jer ni? hehehe... Wahhh seronoknya.

      Delete
  11. Nasib baik baru ja buat sambai tomeh sotong penuh teloq macam ni kemarin, kalau tidak, nangeh cek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaa.... kita baru nak bagi dia menangeh! Cissss

      Delete
  12. bila tanya siapa tu...kawan...tanya nama..awak tak kenal...(situasi bila suami terserempak kawan dia)...aptb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... memang betul-betul apa pun tak boleh nih.

      Delete
  13. kawan2 rapat knah semua jadi kawan rapat ngan cik man. tapi kawan2 cik man knah xkenai sangat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu nya lagu tu la, kan? elok dia kenai semua kawan kita, banding kita nak kenai kengkawan depa. Kita telus. Depa orang jantan, takpa.

      Delete
  14. kawan dia kawan saya jgk..kawan saya semua dia tak berkenan..apa yang tak kena taktaulah..kadang kadang tengok kawan dia lebih loklak dari kawan saya lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heehhe kesian kat hang. Kawan dia loklak ker. Alahai...

      Delete
  15. kadang - kadang mmg kurang selesa nak join kwn2 org nih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu kawan orang tu nak berkawan jugak dengan kita, ok la kan?

      Delete
  16. pakai bedak banyak2 lepas tu boleh pegi kedai mamak order Sotong Telur satu hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bedak apa yang sesuai agaknya. Bedak sejuk? hehehe

      Delete
  17. Saya pun suka sotong telur tu..tapi biasanya beli dah siap masak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak beli jugak, sebab susah nak cari sotong yg padat telur ni. Nak masak pun tak berapa yakin. hehehe

      AYU, mohon beri url blog, saya tak boleh nak trace laaa.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails