Tuesday, March 19, 2013

Sebenarnya, saya tak perlukan info sebegitu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-03-2013



Saya rimas. Tapi saya tahan juga. Selaku orang baru, ada banyak perkara saya tidak tahu. Terutama tentang persekitaran (soal kerja, takda masalah sebab saya memang diterima kerana pengalaman yang bertahun ini).

Setiap pagi... ya setiap pagi saya mendengar pelbagai cerita dan kisah dari kawan yang saya ikut bersama ke tempat kerja. Hampir semua cerita itu tidak pernah saya tanya, tidak saya pinta malah juga tidak saya ingin dengar.

Ada saja. Si A tu kena tinggal suami lah... si B kahwin belas tahun takda anak la.. si C tu lakinya timbalan pengarah la.. si D tu kedekut nak mampus la.. si E tu sombong tak campur orang laaa. adehhh!

Walaupun kawan saya tu lebih tua dari saya, saya hormat dia tapi saya pun bukan budak sangat sampai tak reti nak nilai sedikit sebanyak.

Sebenar-benarnya, saya tak perlukan info-info sebegitu pun. Tak penting pada saya. Selama ini pun saya memang tak pot pun latarbelakang orang keliling saya. Jadi saya anggap dia tak kenal saya lagi. Dia belum kenal saya. Mereka yang lain juga belum memahami saya. Lalu saya hanya terdaya membiarkan saja keadaan berlaku secara perlahan-lahan.

Kalu kawan saya tu jumpa orang jenis mulut tempayan? Dah lama kisah tersebar dia bawa mulut mengata orang itu, mengutuk orang ini. Saya simpan semua cerita sebagai sebuah kisah sekadar mengisi masa boring sepanjang jalan setiap pagi. Tak luak lah.

Sekian ramai kawan yang saya ada pun, terlalu sedikit saya tahu pasal mereka secara mendalam. Sepertimana saya tidak mahu diri saya dikenali terlalu mendalam, begitu juga saya rasa orang lain turut rasa. Jangan la pot sangat peribadi orang lain... Tak semua orang suka pun.

Yang best di tempat kerja baru, tiada kompleks shopping@mall, tiada foodcourt (ada pun jauh sangat), tiada kawasan yang meriah (kami di industrial area), jadi setiap hari lunch ditempah dari sebuah restoren khas yang akan menghantar bila time lunch tiba. Saya tak suka, sebab tak berapa sedap. Usaha membawa bekal sangatlah menjimatkan. Dan best sangat...!

Semalam saya bawa Kari Ayam (resipi Utara, boh kerisik), lengkap dengan ikan masin dan papadom. Ramai yang ngendeng.

Hari ini Sambal Sotong + Ayam Goreng seketul + Kacang Buncis Goreng Bertelur. Air Limau Kasturi Asam Boi setiap hari sebotol. Puas makan. Langsung tak kuar duit. Wahhh... bolehlah saya simpan untuk pegi jalan-jalan nanti. Hehehehe berangan!

No gambar to tayang-tayang.





 ~...setelah beberapa purnama menjadi sebahagian warga Kampung Separuh Desa, barulah SERI BULAN menyedari HISYAM sangatlah menawan senyumannya, sangatlah berseri wajahnya terutama di pagi hari, teramatlah gagahnya setiap kali menolong Pak Utih mengangkat pagi di baruh, lalu naluri perempuannya semakin kuat berikrar untuk menjaga lelaki itu lebih dari segala yang pernah dia miliki selama ini...~




52 comments:

  1. bahaya kalau terlalu tahu......
    rimas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak perkara privacy kita yang memang tak manis langsung utk diketahui ramai pun....

      Delete
  2. ada orang style dia memang macam tu kak, suka cerita hal orang lain, kalao dia berani cerita hal orang lain dekat akak, tak mustahil, dia berani cerita tentang akak depan orang lain pulak. jadi berhati2 la bila bercakap dengan kawan akak tu yer...

    wow sedap akak, bawak bekal sendiri hari2. jimat memang jimat.. makan masakan sendiri lagi puashati berbanding makan kat kedai.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Setuju. Bila dia bercerita, saya cukup takut nak sebut pasal diri sendiri. Selain takut disebarkan, juga disalahertikan kita nak menunjuk atau nak lawan hebat pula.

      Makan bekal sendiri, lebih seronok sebab rasa ikut tekak kita. Kurang modal. Duit poket tak luak pun.

      Delete
  3. salam sis
    Erm .ada baiknya yg terlalu peribadi disimpan usah diketahui umum..hanya org tertentu shj yg tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie dok rasa, apa lah pentingnya kisah peribadi kita nak diceritakan sangat pada orang.

      Delete
  4. Hadoi kak..mulut tempayan, tukang pukul canang ni tak larat lah habis rahsia org bocor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri tak sangka kawan tu macam tu. Bukan main peramah lagi. Macam berlebih lebihan pula. Kita yang dengar ni pula yang naik takut.

      Delete
  5. AsSalam AA,

    Tali barut memang pandai bercerita pasal peribadi orang. Telinga AA mendengar juga terlibat dengan dosa.

    Next time, what you can do is to stop her straight away from story telling. Auntie practice that before till I lost my hearing now...hik3x

    May you have the courage to do so..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Malangnya, saya belum ada keberanian untuk bertindak camtu. Cuma saya lebih banyak diam, tidak respons. Ada ketika bila saya diam tak respons, dia sendiri yang tak sambung citer tu. Mungkin dia sedar jugak kot saya tak minat nak dengar.

      Delete
  6. Akak dah kerja kat tpt baru eh.. Tapi tulah kak, payah jugak kalau jumpa org macam tu kan.. Sibuk nak bgtau semua benda kat kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua benda tu pula, bukannya penting untuk kita tahu pun. Aduhai.. bimbang kita pula yang terpengaruh dek citer itu.

      Delete
  7. assalamualaikum ... perlu berhati - hati bila sembang dgn org cam tu sbb apa yg dicakap pun dia BOLEH WAT ISU ... jgn sampai hal u pun terjaja ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kerana mengingatkan. Memang dok terfikir gitu juga dari awal...

      Delete
  8. Susah jugak ada kawan yg macam tu..jenis pembawa...dan tak boleh dipercayai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jer orang macam tu. Kita pula kena la bijak nak handle, nak elak atau nak join sekali. Hehehe!

      Delete
  9. agent CNN la ni... hehehe...dengar je la...x yah komen...mulut2 jenis mcm ni amatlah bahaya...kalau hari2 dengar...lemas n boleh pitam...

    bawak bekal hari2..leh simpan duit byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha arial TV CNN yang panjang jugak. heheh.. KAk Azie dengar saja, angguk bila perlu. Sengih banyak-banyak.

      Delete
  10. ni dgn kawan yg kak azie carpool setiap hari tu kan?
    so, apa tindakan kak azie lepas ni?
    drive sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangannya begitulah. Memang akan drive sendiri jugak suatu hari nanti ni. Lagipun Dak AMOI pun keja area sini, 10 min dari ofis ni. So probably kami pegi keja sesama ler nanti.

      Delete
  11. Assalamualaikum,
    Leh wat pi jenjalan KB lah ya lepas ni ;)

    ReplyDelete
  12. Alamak! takut masuk bab mengumpat pulak! lemaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takut terjebak dan juga tersenarai jadi orang yang diumpat jugak, kak.

      Delete
  13. Bosan gak dpt kwn gini. Sakit telinga..
    Tapi terpaksalah bertahan sbb masih baru. Nak terus terang susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Begitulah perasaan saya. Saya bersabar, bertahan dan anggap itu biasa. Selagi saya tak gunakan balik info tu, saya lupakan saja semua citer tu.

      Delete
  14. suka simpan rahsia...tak suka org tahu rahsia kita...
    bawa bekal...jimat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam beberapa keadaan, berahsia adalah sangat baik untuk kebaikan bersama.

      Delete
  15. i pun jenis yg kalau org cerita pakai.dengar je then.senyap...


    p/s: kalau gitu u ganti katering tu..amacam???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya dengan umur sebegini, dengan beberapa contoh di sekeliling, I tak minat nak ambil tahu hal orang lain. Jemu pun ada. Pengalaman juga buatkan I berhati-hati.

      I tak sempat nak masak pepagi kalu jadi katering utk kawan ofis. Tapi terfikir juga camtu. suatu hari nanti, sapa tahu ya dak?

      Delete
  16. Saya selalunya diam saja, tak bagi apa2 respon. Kalau orang tu ada akai, dia akan paham sendiri yg kita tak berminat. Nak cakap terus terang pun takut dia terasa pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. begitulah. Kita pun nak jaga hati dia juga. Hormat. Lagipun sebagai orang baru, saya tak berani nak bertindak banyak. Lain la kalu dah kenal lama. Boleh gak smash sikit sikit. Hihihihi

      Delete
  17. everywhere ada orang mcm tu..Diam bila dia bercerita. tu paling berkesan. Kaki umpat ni dia orang nak tgok reaksi kita, kalau kita tak layan gosip2 panas dia tu, next time dia tak cerita lagi tajuk2 utama kat kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kadang terfikir macam dia nak test saya pun iya jugak. Dalam keadaan lain, jika saya boleh elak, memang saya elak berada dalam kelompok dia.

      Delete
  18. Macam2 ragam orang kan.. dah puluh tahun kerja macam2 jumpa.. makchaq selalu ada mata pandang, ada telinga dengaq ada mulut diam..

    Kalau orang cerita diam je la.. malas nak dengaq tapi bila terpaksa dengan senyap ja..
    tapi ada jugak orang yang mai habaq, orang yang kita tak respon tu kata kita sombong perasan bagus.. lantak kau la.. yg penting kita tak terjebak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang saya juga dok rasa Makchaq. Serba salah kita dibuatnya. Terlalu peramah pun takut jugak, sedangkan kita semulajadi peramah. Diam tak respons pun memang sah sah orang tak kenal kita lagi, dok chop kita sombong.

      Delete
  19. salam kak azie azah. maaflah lama tak jenguk, dah tukar tempat keja ye. air limau kasturi + asam boi tu buat air liur saya meleleh. bawak bekal masak sendiri memang best, walaupun sekadar nasi goreng kampung ala-ala. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie masak setiap pagi, bersekali dengan lunch utk anak-anak balik sekolah. Kadang2 lengkap, kadang agak cincai. Ikut la mana yang sempat.

      Delete
  20. Mungkin dia rasa Kak Azie akan 'pandang tinggi' kat dia sebab dia supply cerita2 mcm tu. Anyway, sooner or later dia tahu sendiri nanti yg akak tak suka.

    Tapi cerita bekal hari2 akak memang sangat membahagiakan saya...hahahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cerita dia tu secara tak langsung buat orang akan tetiba pandang rendah pula pada nama yang dijaja tu nanti. Aduh.. kesian. Takut juga suatu hari nanti, nama kita pun tersenarai untuk dijaja.

      Makin seronok pula nak bawa bekal tiap hari, sebab tak puas makan menu yang diorder. Asyik la menu yang sama jerrr...

      Delete
  21. saya pun tak suka orang macam tu. sekarang saya pun suka pergi makan sorang2...hahaha.. anti- social tiba2..sebab saya pun tak suka jadi bahan umpatan.. maybe jadi jugak kot sebab dah asyik menghilangkan diri dari kalangan geng makan tengahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah bertahun-tahun Kak Azie jadi Lone Ranger di tempat kerja. Serik sebenarnya. Tap dalam keadaan sekarang, agak susah nak elak pula...

      Delete
  22. Mmmmm...perempuan kan kak, nafsunya 9. Slh satunye, nafsu nak mengata org. Heeee! Sy tak nak citelebih2 hal yg ni. Takut t jatuh umpat lak. Yaaaaaaaaaa!

    Tapi sy nak komen psl lauk-pauk bekal yg akak bwk tu. Amboi!!! Menjeleskan sy. Hari ni, sy tak bwk bekal sbb smlm grg nasi je. Klu sy msk nasi, haruslah bwk bekal gak...nak gak umpat lauk yg sy bwk sendiri tu khennn?? Hehehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat berbeza makan bekal sendiri banding yang dibeli, tapi menu yang sama. Rasa memang lain.

      Delete
  23. cukup merimaskan kalau dapat kawan2 jenis suka bercerita hal peribadi orang. tak mustahil satu hari hal peribadi kita pulak yang dijajanya.

    kak azie pun bawak bekal..oh yeah...best kan..? menyihatkan..menjimatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai juga kawan lain yang bawak bekal masing-masing. Sebab dah jemu dengan menu yang sama jer dari restoren tu. Pastu masak pun kadang-kadang ikut suka hat depa jer. Kata orang, ikut dan.

      Delete
  24. tak suke orang macam tu kak azie..

    kak azie.. arwah mama penah pesan dekat saye..kalau baik dengan orang jangan baik sangat.. nanti orang tu akan tau segale keburukan kite.. jadi biar sederhane sahaje!~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang kala, orang pula tak faham kita. Dan kita sendiri tak boleh nak paksa orang untuk memahami kita. Masa yang menentukan.

      Delete
  25. , kirim salam, besok soh dia buka radio org asli, tak pun Ikim fm, boleh juga sambil belajar arab..tamil pun okAhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak soh dia tune Klasik Nasional hehehe.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails