Tuesday, March 5, 2013

Lawang sentiasa terbuka, tapi puan rumah kadang ada, kadang tak balik lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
04-03-2013


Terimakasih kepada yang masih sudi nak masuk baca, dan komen. Saya memang hargai, tapi kali ini memang betul-betul tak upaya. Tak cukup masa nak semak, nak updating, nak follow balik... nak baca apalagi komen. Sori Berlori. Sungguh!


Lawang Teratak Nyatuh terkatup, tapi tidak berkunci mati. Jika lalu dan ingin singgah, memadai dengan hanya memberi salam.


Jadi saya mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti updating blog saya. Jangan kisah ya. Bukan salah kerja saya, tapi rutin saya sudah tidak sama. Yang pasti, saya gembira.

Saya ingat semua orang, cuma memang masa saya sangat suntuk dan cepat mengantuk.

Selamat malam. Salam rindu.



p/s: HISYAM, terimakasih kerana terus menjadi orang harapan, terus menjadi pembaca setia.




 ~...HISYAM pernah kata, untuk maju jauh ke hadapan, jangan pernah takut untuk melangkah setapak undur ke belakang, lalu SERI BULAN terus melupakan betis yang bercalar dek tajam lalang, yang lembap dek embun di rumput dan tapak kaki yang basah dek becak ujan semalam...~




19 comments:

  1. baiklah...

    kak, nk buka kene tarik ke kiri pic tu eh? lama menilik ni sbb walau sy org kampung, tapi kampung y x kampung sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pintu papan di zaman Kak Azie di kampung dulu macam tu la. Tapi gambar ni di snap di KL.

      Delete
  2. Selamat malam Azie. Jom kita menganyam mimpi. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    pintu sudah diselak ----> jommmm beradu hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu nak tidor, memang kena selak daun pintu. Jangan sampai kena selak. Hahahaha!

      Delete
  4. tok tok tok..tuan rumah ada ke tak ni..datang nak minum kopi..:)

    ReplyDelete
  5. pintu selak yang hilang ditelan zaman....

    ReplyDelete
  6. selagi selak tu tak berkunci masih boleh dijengah, kita jenguk ke dalam.. ;)

    ReplyDelete
  7. Azie..
    selamat memulakan tugas di tempat baru...
    Anggur manis memang laku....

    ReplyDelete
  8. Salam kak azie..

    ada masa bolehlah dtg menjengah.. paling penting kita utamakan apa yg lebih utama.. take care kak..

    ReplyDelete
  9. Dulu selak kat rumah pahang kat dapur dan bilik mandila. tandas pun ye..tapi tak serumit yang macam gambar ni..huhu

    ReplyDelete
  10. lawa pintuu.. :D harap2 kat sana masih sempat komen mengomen..

    ReplyDelete
  11. Kalau ada masa jangan tangguh2....

    ReplyDelete
  12. di rumah pusaka kami masih ada .....selak pintu gini ..

    ReplyDelete
  13. patut lame kak azie tak singgah tengok ufairah.. xpe.. fifi datang tgk kak azie.. jgn mangge pintu tu..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails