Monday, March 25, 2013

Mulut manusia, bukan mulut guri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
25-03-2013


Kita sering menyangka, di kampung atau desa... atau kawasan perumahan yang ramai penduduk dan saling mengenali seluas dan sejauh... lalu setiap pergerakan menjadi perhatian. Dan tumpuan. Kemudian menjadi bahan. Bahan cakapan.

Mulut orang.

Tetapi dalam kita berada dalam keterasingan pun, kita masih tidak mampu mengekang orang bercakap pasal orang lain. Adat. Manusia memang suka bercakap pasal manusia lain. Takkan kita nak cakap pasal monyet kat hutan plak kan? lain lah kalu kita nak mengaku kita sedara monyet tuh...!

Dan tak ramai orang nak bercakap pasal benda yang tak bernyawa dan tak bergerak. Kalu boleh, setiap benda bergerak nak diperhati dan diulas. Kelemahan kita. Begitulah... Walaupun kita berada dalam bandar, di kota yang pesat membangun dan konon orang sibuk dengan hal masing-masing. Tidak.

Agaknya sudah terbiasa menjadi Lone Ranger, lalu saya sedikit kekok untuk berada dalam kelompok ‘bising-riuh-kecoh-heboh’ walaupun saya semakin belajar untuk meminimakan keberadaan saya dalam situasi itu. Saya pelan-pelan untuk mengelak dan cuba terus menjadi Lone Ranger yang difahami dan tidak disalahertikan sebagai sombong. Lebih selamat dengan mengambil pendekatan ‘buat bodo’.


Membayangkan, jalan berdua di laluan lurus itu. Ada irama beralun lembut di celahan dan rimbun daun. Seiring sambil mata sesekali menjeling or mengerling, tanpa kata then senyum dalam bahasa yang sama-sama memahami.

Kemudian, bila tiba di hujung jalan tup-tup ada soklan, “Apa yang awak senyumkan tadi?” Ahaks!





 ~...mendidik diri untuk tidak jadi melatah Bidan Piah, SERI BULAN tidak mahu melenting walau pernah diejek kerempeng bagai tidak sepadan dengan HISYAM yang gagah sasa maskulin, kerana sedar sudah lama HISYAM berpesan-tanpa-amaran walau apapun yang dikata orang, ikrar janji-jari-kelingking-berkait dulu masih teguh di talian janji dan juga kukuh di jaluran hati...~




19 comments:

  1. Kerana itu lah juga timbul kata2. Buat baik org kata, buat jahat lagi lah org kata. Semoga yg di kata itu yg baik2 jer lah kan..wpun jarang berlaku tapi kita kena pikir positif.

    ReplyDelete
  2. saya pun turut membayangkan berada d jalan sunyi( spert dlm gambar tu ) dgn org yg dikasihi, tnpa gangguan, tnpa ada masalah berat d kepala, dgn muzik irngan mendayu2 meruntun hati..indahnya kan Azie..(walaupun mpian begini ialah mpian 30 tahun dulu..semua dah kikis, habis,anyway saya hanya nak kata smthing" I like yr nw header " he he

    ReplyDelete
  3. susah nak puaskan hati org.. sama dgn nak puaskan hati sendiri... kiki

    ReplyDelete
  4. mmg lumrah dh... yg pnting ikut apa yg Allah dan Rasul kata... biasa lh.. 1000 kbaikn yg dibuat akn terlindung hnya krana 1 kslhn yg x disengjakn.. :).. nk cari ktngn.. lihat kbesarn Allah mllaui pnciptaan-Nya...

    ReplyDelete
  5. dan yg paling pelik ..org yg x cmpur hal org pun turut jadi bahan org yg bercampur tadi mengumpat..kan?

    ReplyDelete
  6. paling best kak azie bila kita buat bodo tak amik pusing hal2 tak berkaitan, kita di cop kurang berkomunikasi sekaligus memberi effect kepada penilaian prestasi..sungguh sadis

    ReplyDelete
  7. Makchaq pun suka buat bodo buat donno..
    Nasib sekarang ni orang sekeliling pangkat anak, tak pun adik2 sangat.. tak perlu la nak campur/sembang lebih....

    ReplyDelete
  8. Klu duduk dlm kelompok org yg 'suke cakap' ni, mmg terseksa sikit la...kang bt bodo, telinga lak terdgr...adeh! Sumbat kapas dlm tinge jelah...hehehehe!

    ReplyDelete
  9. orang tak kenal kita, tapi masih mampu mengumpat kita....

    ReplyDelete
  10. Orang yg ada kerjaya, tak kira kilang ke, pejabat ke....sekali pun surirumah mmg tak dapat elak di umpat....dikata. Di alam maya mcm kita ni pun, ada yg mengata juga kan?

    Buat bodoh, pandang kedepan dan jalan lurus tanpa toleh kiri kanan pun dikata juga. Mendongak kelangit tanpa menunduk kebawah pun dikata.....hehe....jln tunduk bwh saja pun, dikata juga....alim la kononnya. Selagi bernama manusia, begitulah lumrahnya Azie.

    ReplyDelete
  11. ye...kdg2 kita kn trima hakikat bkn senang nk puaskan hati semua org

    ReplyDelete
  12. biarlah org mengata kerana kita 'baik'..dari org mengata dek kejahatan kita..

    ReplyDelete
  13. Salam Madam Azie.. saya seorang yang sangat suka memerhati. nampaknya turun kepada anak saya. Saya tidak suka tahu benda yang negative (sekarang banyak sangat blog yang bercakap pasal orang) dan saya ajarkan kepada anak saya. Saya juga tidak suka bercakap tetapi lebih melihat. Jadi bila ada orang mengumpat, langkah seterusnya ialah angkat kaki dengan cara yang berhemah...hehehe..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Azie

    senyum membanyangkan Syurga

    ReplyDelete
  15. Assalam AA..bila kita menyendiri..buat keje sendiri..tak kacau orang...rupanya itu yang boleh menyakitkan hati orang..sabo je la

    ReplyDelete
  16. Salam

    Hehe diam tu lebih baik.
    Saya suka gambar pokok berbaris" dulu gila nak beli wall besar2 gambar pokok tu, letak di rang tamu, aduhai1

    ReplyDelete
  17. sejuk rasa laluan bawah pokok tu..jalan sambil pejam2 mata =)

    ReplyDelete
  18. Lebih baik kurang bercakap daripada bercakap bende2 tak berfaedah...

    ReplyDelete
  19. lone ranger takpe, jangan jadi power ranger :P

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails