Saturday, March 2, 2013

Bukan semua orang macam yang kita fikirkan... kan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saturday
02-03-2013


Pada tarikh 1-3-13, rutin hidup saya berubah dari sebelum ini. Zon selesa sudah berakhir. Masa untuk menghadapi cabaran pula.

Hari pertama di tempat baru, berjalan lancar dan saya melihat itu petanda yang sangat baik untuk menghadapi hari-hari seterusnya.

Saya suka dengan keadaan dan suasana baru. Cuma, seorang saya seperti biasa akan berhati-hati kerana sentiasa mendidik diri, untuk tidak terlalu cepat menilai suasana.

Bukan semua orang macam yang kita fikirkan dan harapkan. Ramai sekali orang baik-baik di keliling kita, cuma kita bimbang pula kita tak boleh nak ikut rentak orang lalu ketidakbolehan itu akan disalahanggap sebagai 'tidak' yang orang tak suka pula. Adehhh....!

Balik kija semalam, MyToklaki bawa saya makan malam. Wahhh bunyi makan malam tu macam la spesel sangat eh? Tak laaa... makan di kedai saja. Maklum si bini seronok dalam letih.


Abaikan tangan yang tak sabar-sabar nak menyenduk Sup Ekor paberet dia tuh!



Saya order ABC tinggi macam Gunung Kalimanjaro nih. Share berdua. Kan ramai orang suka makan kongsi-kongsi? hahahaha tiada kaitan.

Maafkan saya masih belum dapat menyesuaikan masa untuk updating dan BW.





 ~...semasa HISYAM menyebut hendak ke baruh kerana padi sudah mula memberat di hujung tangkai, SERI BULAN mula berangan pokok jagung akan tegak meninggi dan sudah sesuai untuk ditebang dan Mak Utih sudah mula bercerita tentang kopek kelapa, kukur kelapa dan perah kelapa untuk menyantan Bubur Jagung sebagai penganan petang...~




46 comments:

  1. tingginya abc..mmg patut dikongsi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..dan saya ambik bahagian kacang, jagung dan sagu yang sedap sedap tu jer. hehehehe

      Delete
  2. Try la ABC power kat Seksyen 2 Shah Alam...terbaikkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa yang sebut la pasal ABC Azmi tu. Zaman Dak Amoi belajar sinun pun dah selalu dah citer pasal ABC tu. Jom sekali kita pi sana makan.

      Delete
  3. Azie, tengok u sebut gng Kilimanjaro tu teringat masa kecik2 dulu ada satu longgokan tanah merah tinggi di dpan umah saya.so tiap ptg saya dn Mariyani akn pnjat,jdi tmpat kami lepak.so kami called it Gunung Kilimanjaro ....tq kerana dgn tk sengaja bawa kenangan lama muncul dlm ingatan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Inda, saya sebut tu pun sebab saya ada kenangan pasal nama gunung tu. Masa tu saya Darjah 1. Lama giler tuuuu. Ada sorang cikgu kelas saya, tiap hari bersanggul tinggi. Gelaran Gunung Kilimanjaro tu disebut oleh guru lelaki, so kami bebudak pun ikut la. hahahah

      Delete
  4. sedap nya abc tu..kalau sorg mmg tak habis mkn rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami makan berdua pun tak habis. Amik isi jer.

      Delete
  5. 1313 sy pun sama..beralih tempat dan tugas..suasana tempat baru dan teman sekerja yg baru..walaupun dah lama duduk.satu bumbung...saya tak tahu lg samaada sy boleh masuk dgn duaorg tu sebab kedua2nya sgt kamcing!!
    mudah2an tugas kita dipermudahkan ya AA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sentiasa berharap yang baik-baik saja. Orang di sekeliling saya pun ramai yang baik-baik.

      Delete
  6. selamat membizikan diri semula ya Azie.... dan semuga dipermudahkan dengan keadaan dan suasana baru. kak rose jugak yg jadi penganggur terhormat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Kak Rose. Jika Kak Rose rasa selesa dok di rumah dan bisnes dari rumah, elok jer dok rumah Kak.

      Delete
  7. Abc coklat tuh kot. Moh kiter kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila keadaan dah steady boleh ajerrr...

      Delete
  8. Abc coklat tuh kot. Moh kiter kak

    ReplyDelete
  9. abc,.....sedapnya minum panas2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap tapi sebab manis, tak hilang dahaga sangat sebenarnya...

      Delete
  10. Selamat bertugas di tempat baru. Cek berkenan es kacang Gunung Kilimanjaro tu, merah berseriiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dinas.
      Yang merah berseri tu ayaq sirap dia terlebih warna kot.

      Delete
  11. ABC mmg sedap...kalau cukup rasanya lemak berkrim...
    kalau dapat yg cair rasa tawar mmg kechiwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yang enak lemak berkrim tu pun dah tak murah skang nih. Paling biasa pun RM3.

      Delete
  12. takpa kak Azie sampai jg ke blog pcl mengomen pg td...huhu ais kacang gunung jerai lg tinggi @Pantai Merdeka tempohari.., semoga dpt menyesuaikan diri ditempat kerja baru...sukses!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ais Kacang Gunung Jerai? Makkk aii kena pi Kedah la pulak tu.

      Delete
  13. kak... sedapnya eskacang tuuu.....

    sy suka, tp lagi suka kalau cuma ais y manis n kacang tanah n jagung je... lelain agar2 kebenda x mo... blh?

    sy BAKAL ke tempat baru.... menunggu hari.... all d best untuk kita ye kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie pun sama. Sukakan jagung lebih, kacang merah dan kacang tanah kalu boleh. Ada setengah tu, boh halwa kundur.
      Kalu jeli, sagu bulat merah hijau, cendol dan cincau, kurang gemar.

      Delete
  14. assalamualaikum ... wah ! ABC tu mengancam tul ... mintak sikit ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la PJ sini. Kita order lagi 2 mangkuk... :)

      Delete
  15. wow..abc mlm2..boleh tahan menggoda warnanya..btw..slmt brtukar kerja ke tmpt baru.. setuju...xbole cpt menilai..apapun..gudluck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur 2,3 hari ni panas. Tu yang rasa enak jer order ABC.

      Delete
  16. moga akak bahagia dgn suasana baru...
    ABC mengancam.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini rasa bahagia dan gumbira. Alhamdulillah.

      Delete
  17. Opppsss!!! lupa 1 lagi...kelakar pulak bila tgk prkataan "Toklaki" tu..trsenyum sy sndirian.kalau dulu2 pernah makcik2 guna prkataan tu pd si suami mrk...maklum la sy ore kelate...ttp generasi skrg sebut 'cik abe".hehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelaran tu pun saya guna sebab ada 2,3 orang kawan saya orang Kelantan. Ada sorang tu memang dok selalu guna. Padahal Kak Azie ni bukanlah orang Kelantan pun. Hahaha

      Delete
  18. semoga akak selesa dgn suasana baru ye kak ..
    sedap tul nampak ABC tuu , tinggi tul !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ABC kena tinggi baru menggoda dan menarik perhatian orang nak order.

      Delete
  19. harapnya persekitaran yg baru lebih membuka minda dan akk bertambah success tau. makan berdua...lama dah takde istilah tersebut antara saya dan en.suami ^_^

    ReplyDelete
  20. kak azie dapat keja kat penang ka?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la jauh sampai ke Penang. Still dalam KL, cuma lebih jauh dari ofis-ofis sebelum ni.

      Delete
  21. mak oii aih kacang tu... memang menggugat iman laa.. malam tadi ajak laa cik somi p makan aih kacang.. dengan selamber dia kata tak mau.. huh~!! mujuq lena tak mengingau makan aih kacang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk elak mengigau lagi, sila cuba lagi malam ini.

      Delete
  22. Selamat maju jaya Azie, semoga bahgia selalu d tmpt keja. :)

    ReplyDelete
  23. ABC yang menggunung membuatkan aku terliuq...ahhhh lega nya bila basah di dalam tekak bila musim² panas begini...

    ReplyDelete
  24. Selamat maju jaya Azie. Banyak kisah hebat dan sempoi yang boleh dibaca di sini. Saya suka. Anyway done follow you.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails