Sunday, March 3, 2013

Tomyam — yang tidak mesti ada ayam, tidak mesti oleh Mak Yam...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
03-03-2013


Sepanjang saya tidak bekerja ritu, saya pergi ke Pasar Pudu pada weekdays. Ikut suka hati saya saja. Jarang saya pergi Sabtu, dan Ahad langsung tak pegi. Sebab dah tahu mesti la ramai orang ya amat... Tapi sejak dah keja ni, tak leh nak elak lagi dah. Ahad adalah hari ke pasar ya Azie....!

Kerana agenda masak-masak sudah tak leh nak meriah lagi, Sabtu & Ahad mesti direbut masa untuk memeriahkan kembali suasana dapur dan meja makan.


Menu mudah lagi jimat masa. Tomyam Campur. Kali ini udang + sotong + ayam + sayur-mayur. Meriah la sangat, kunun. Ada aku kisah? Janji laku.




Atas permintaan anak-anak dara, si Omak pun sediakan Kuey Teow Tomyam untuk lunch. Mudah. Tak perlu dah nak masak benda lain.

Nak kongsi satu insiden di pasar tadi:

Saya mencari daun pisang untuk projek petang tadi. Saya singgah di gerai seorang makcik yang jual sayur kampung. Rasanya makcik ni baru sebulan dua jer meniaga sayur kampung tu. Sayurnya pun tak banyak tapi memang dari kampung la nampaknya. Sebab ada beberapa batang tebu, sedikit keladi, ulam, kantan... semuanya tak banyak. Meniaga kecil-kecilan. Ada daun pisang berlipat. Nipis saja dan saya dapat tengok, ianya hanya sehelai yg dilipat. Melihat cara berlipatnya daun tu, saya tahu ianya dari sebelah pelepah saja.

Saya tanya, “berapa ni?” Makcik tu jawab, “RM2.” Terkejut saya dan spontan saya jawab, “Mahalnya. Takpa lah”. Saya letak dan berlalu. Telinga sempat menangkap makcik tu berbunyi, “Semua cakap mahal. Baru 2 hengget dah cakap mahal!”

Saya buat-buat tak dengar. Tak kuasa nak layan. Bukan pasal 2 hengget tu, tapi tak berbaloi dengan barangnya. Saya bukan baru ini jadi pembeli di pasar Pudu. Silap saya kerana bertanya (ingatkan dapat la singgit ker.. sebab saya nak sikit saja). Padahal saya tahu ada 2,3 gerai lagi yang jual daun pisang, lebih banyak dari itu.

Walaupun makcik tu marah, saya berhak untuk tak beli. Saya adalah pengguna. Saya berhak tanya harga, letak balik dan tolak untuk beli. Silap saya mungkin kerana saya sebut ‘mahal’. Penjual mana pun tak boleh terima komplen tu walaupun mereka sedar. Maafkan saya.

Saya akhirnya beli daun pisang dari gerai lain dengan harga juga RM2 tapi berkali-kali ganda banyaknya.

Apapun saya kagum dengan makcik yang meniaga kecil-kecilan tu. Saya tahu tak mudah. Memang tak mudah.




 ~...HISYAM sudah pernah menyebut jangan lagi menanti surat tulisan tangan di bawah tempurung di ujung ampaian sepanjang musim hujan tetapi SERI BULAN inginkan sesuatu yang boleh dibaca sebelum tidur, yang boleh diangan sebelum lelap mata dan yang boleh di senyum semasa bangun di pagi hari...~




16 comments:

  1. sy pernah beli daun pisang kat pasar.konon nak masak ikan bakar balut daun pisang.igtkan harga dah tetap rupa2nya daun pisang pun kena timbang.rasanya sikit je tapi kena bayar 3ringgit..mati2 sy tak tahu daun pisang pun kena timbang bagai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang di pasaraya memang ikut harga timbang. Tapi kalu di pasar basah macam Pasar Pudu, depa dah ikat siap-siap. Agak-agak dalam 10–15 helai masih boleh dapat dengan harga RM3 sahaja.

      Delete
  2. Akak dah dapat keja baru ye? Tahniah..
    Kalau dok dekat, saya boleh supply daun pisang kat kak..free ja..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dah kerja. Thanks.

      Ohh ada tanam pisang sendiri ya? Wahhh baguihnya. Untung la sapa jadi jiran NORH, bleh selalu buat lepat pisang. Daun free. hehehehe

      Delete
  3. kita berhak memilih Azie...tak perlu rasa bersalah ya!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Saya juga selalu guna "hak" itu. Kalau rasa mahal dan tak berkenan, mmg tak akan beli. tak ada maknanya nak ambik hati ke apa hu hu huhu

    ReplyDelete
  5. assalam kak azie...sedap betul tengok tomyam udang tu..gulppp....hehhehe...xpelah akk...biasalah tu mana diorang nak terima pendapat....xpe..kita adalah pengguna...:-) tapi saya pun salute pada peniaga kecikecilan ni....huhuhu

    ReplyDelete
  6. salam kak...meriah nye tom yam tu...hehe. Sy kalau rasa tak berbaloi mmg tak beli. Lantak lah kalau d kata kedekut pun. Hak kita sbg pembeli.

    ReplyDelete
  7. Masa kakcik pergi Chow Kit dua hari lepas, ternampak orang jual daun pisang dan terniat nak beli. Alih2 dia ambil daun pisang tu dan lemparkan ke ruang kosong di sebelahnya. Kakcik faham itu isyarat yang dia tak bagi kamimletak kereta di situ. Terus terbantut niat nak beli. Syukur juga di persekitaran rumah kakcik ni ada pokok pisang yang daunnya boleh diambil secara percuma...

    ReplyDelete
  8. rm2 utk sebelah pelepah daun pisang..kaya ooo makcik tu...org kedah kata mahal nak mampuih hehe...

    ReplyDelete
  9. betul tu...kite sebagai pembeli/pengguna mmg ada hak untuk memilih...kena pandai merancang perbelanjaan..

    para peniaga ni pun..kalau nk niaga tu agak2 la kan...biar la berbaloi...

    ReplyDelete
  10. alahai makcik, patut2lah letak harga tu.. huhu

    ReplyDelete
  11. :-) ....Tak meniaga ker...?:-)

    ReplyDelete
  12. Berapa kilo udang azi masuk dlm tomyam tu? Banyaknya!!

    Daun pisang pun kena beli ye. Kalau kakak tepi rumah pun ada tau:)

    ReplyDelete
  13. jiran saya ada tanam banyak pokok pisang... :) ... errr

    ReplyDelete
  14. Tomyam tu memang nampak memanaskan tekak dengan air liur turun naik membayangkan kesedapan tom yam udang.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails