Wednesday, February 1, 2012

Bloggers & Social Media Awards 2012: Ada pass masuk free tak....?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha petang
31-01-2012



Sebenarnya aku pun tak sedar tentang Blogger Social Media Awards yang akan berlangsung. Sungguh. Tapi ada ler yang bagitau. So, aku sign up, login dan kemudian baca. And vote.

Awards ini sempena Malaysia Social Media Week 2012.



Cuma kerana terlalu banyak kategori, tak larat la nak baca semua senarai. Yang menarik perhatian tentulah blogger yang kita kenal samada rapat atau tidak. Tetapi tulisan mereka sangat menarik untuk kita tidak ikuti. Setiap entri pasti nak pegi baca.

Mereka dicalonkan dalam kategori Most Vocal Blog. Maksudnya, lebihkurang, depa ni menulis dengan “lantang” telus dan berani demi kebenaran. Untuk memaklumkan kepada umum tentang sesuatu yang berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini, samada jenayah atau masalah sosial.

Aku dah undi untuk dua blogger ini. Sdr MAZIDUL yang kita kenali memang seorang wartawan/journalis yang berkaliber dan merupakan orang lama dalam bidang penyiaran. Tulisan beliau dalam blognya, ada ketika memang sinis tapi fakta. Ada gurau tapi sarkastic.

Dan sapa yang tak sempat tengok berita kat tv, baca blog dia terus dapat berita terawal.


Ini kedudukan pagi tadi.


Aku memang nak buat satu entri khas tentang pencalonan di award ini pagi lagi, tapi tak sempat.

Petang tadi tengok, kedudukan sudah berubah.

Tahniah to HAZREY! Nampaknya setakat ini kedudukan semakin baik.


Blogger ini juga digelar Bapak Gula-Gula (perasan manis..!). Tulisan dia di blog, kalu jiwa tak cukup kental memang sakit hati sakit kepala. Dan kalu usus perut tak kebal, memang putus sebab boleh terbahak gelak!

Seorang wartawan sealiran dengan Sdr Mazidul (sama organisasi) tetapi di cawangan Johor Bahru. Kadang2 menulis macam orang lurus bendul, tapi banyaknya menulis tepat macam “penembak tepat” kena batang hidung kena tengah dada!

Laporan mereka berdua sentiasa tepat (ini etika) dengan rujukan yang pasti dan menyeluruh. Analisa berfakta.

Sekali sekala menulis di luar skop kerja, mereka menjadi rakan blogger maya yang ceria dan menghiburkan (mungkin kerana kepala nak sama gila dengan aku kot!).

Ehhh... tak nak tulis pepanjang sangat. Nanti macam bodek! Tapi kalu nak anggap cenggitu pun, kita okeh jer. Asal kita dapat tempat best di malam Anugerah Awards tu nanti! Amacam, ada berani Bro?

Anda semua juga boleh mengundi. Undi sekali sahaja, sebab bila kita dah vote, warna merah akan menunjukkan kita sudah undi. So tiada undian lebih dari sekali. Yang buat aku tersenyum sebab ada juga Kategori Worst Blog of the Year. Sedih plak baca blog yang dicalon tuh.

*semua pic clok dari web tu, tapi I “snap screen” sendiri.




~...bila HISYAM tiba-tiba pandai bersiul lagu Ombak Rindu, dan SERI BULAN tetiba pandai mencari ringtone lagu yang sama, masing-masing tidak pula mahu mengakui sebuah kerinduan sehingga Mak Utih mencebik Pak Utih menyengih ‘terkenang lar tuh!’...~








7 comments:

  1. Terima kasih Azie. Truly Mazidul's blog is one awesome blog. He deserves better recognition to his writings. Seriously.

    ReplyDelete
  2. eh3.. ado Hazrey kek sini.. bro, both of u mmg deserve lah.. good luck!!
    den pon fenin2 lalat tgk pencalonan tuh semer...yg pasti, kalo akak dpt sepasang tiket pree itu, sila ajak sy...kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. Kawan2 kita itu memang layak mendapat penghargaan atas usaha mereka. :)

    ReplyDelete
  4. acu pun dah undi kedua2 nye...paling awal si Hazrey la..lepas kena "ugut" dengan dia...heheheheee

    ReplyDelete
  5. acu:
    eh apa plak aku ugut. itu spt fitnah saya menari tiang ok. hahahahah

    azie, ada orang tu kan, dia kempunan tengok AJL26 sebab.... hahahahahah malas ahh nak cerita. tanya dia sendiri. hahahaha


    akuzle: terima kasih ya!! saya mmg selalu kat sini, tapi invisible sbb segan nak komen. nampak sgt menipu kan ayat saya tu. hahaha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails