Masih lagi aku ada beberapa stori yang “ingin kukongsi” tentang Pesta Buku @ PWTC 2010. Jangan jemu yaaa...

Sebelum tu, nak ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN buat sahabat blogger V.I.C. DIANA yang jatuh semalam. SORI BERLORI, tak sempat nak lawati blog dia pada hari besday. Tadi lawat, wahhh dah tukar laman, penuh bunga, mesti wangiii... Semoga terus sejahtera dan sukses dalam kerjaya dan kehidupan. Kunjungilah BLOG dia yang sudah berubah wajah.
Juga semoga terus berehat dan segera sembuh buat KAK CIK SEROJA. Juga doa yang baik-baik buat semua kenalan blogger or silent readers di luar sana (ada ker?). Aminnnn...
Pesta Buku semalam merupakan hari ketiga aku bertugas. Ahad semalam, hari terakhir cuti sekolah dan melihat arus keluar masuk tiada banyak bezanya. Tetap sesak padat terutama di Dewan Tun Razak 3. Ahad semalam, aku tidak langsung ke dewan utama di sana sebab pada Sabtu, aku sempat meronda dan singgah di booth Fajar Pakeer di mana teman blogger (juga novelis) PUT3 IMANEISYA yang berada di situ.
~~SABTU~~

Terimakasih adindaku ATOKZZ ZAIFUL yang juga datang menjengah. Lama sungguh tidak berjumpa. Yang pasti dia setiap tahun datang Pesta, dan menjengah aku di booth CESB sudah menjadi kemestian. Thanks dinda.
Di tingkat 3, kebanyakan booth adalah buku rujukan untuk pelajar pengajian tinggi. Pun aku sempat meronda. Terjumpa beberapa booth publisher (antaranya clients company aku) iaitu ELSEVIER dan Preston. Seronok gak melihat ada banyak buku (medical reference books) yang aku pernah buat, pernah handle projek. Takpa lah depa tak tau, cukup untuk kepuasan diri aku jer..
~~AHAD~~

Yang paling kiri sekali itu, aku tak sempat tanya nama, lupa terus. Tapi dia datang sejak Jumaat lagi. Sabtu pun datang dan semalam dia bawa geng ramai sekali. Siap pakai tudung sedondon semua. Rupanya mereka merupakan ahli Kelab Peminat Novel Melayu. Wahhh hebat... Ada blog lagi. Jom kita lawati dan sokong blog mereka > www.gengkicap.blogspot.com. Aku belum sempat lagi lawat. Terimakasih yaaaa... Seronok dapat jumpa korang, dan best, sebab korang borong novel banyakkkkk sekali.! (*thanks, pic dari blog NAJWA AIMAN)
Macam membalas kunjungan pulak. Pada Ahad, PUT3 IMANEISYA pulak datang melawat aku di booth. Heret sekali ABBY (novelis EBRIZA AMINUDDIN) yang juga ada banyaaaakkkk novel. Di CESB pun ada novel dia. Terimakasihhh ABBY, mai jauh dari Penang sempat juga kita berjumpa selepas setahun lebih tak bersua. Maaf sebab MOKYANG tersalah sebut nama, asyik teringat BIKASH plakkk..hehehe.. Ya lah, lama sungguh kita tidak berjumpa, kan? Yang di tepi sekali bersama anak comel tu, seorang peminat novel. Macam pernah jumpa tapi tak ingat langsung kat mana. Dia plak “jahat sungguh” taknak langsung perkenalkan diri. Tapi siap leh kata, “Wahh AZIE aktif sekali di blog MAZIDUL yerrr..” Amboiii sapa dia ni? Jenuh fikir.
Akhirnya, malam tadi kat rumah baru aku teringat. Dia ni, pernah aku jumpa di majlis pelancaran novel AMY NAJWA (novel “Bahang Selatan” publisher KakiNovel) di KLCC tahun lalu. Nama dia Wan Amalyn. Kerana takut silap, pagi tadi aku semak FB. Yesss betul. Wan Amalyn. Sampai hati tak nak sebut nama sendiri yerrrr...
Dalam banyak-banyak pertemuan, ramai-ramai orang yang kutemui, inilah orang yang paling aku nantikan. PERTEMUAN yang SANGAT aku hargai. Kawan sekolah aku masa kami sama-sama 2 tahun di Tingkatan 6 SMAI dulu. Kami pernah jadi best fren, geng yang sangat kamcing. Jahat nakal bersama. Tapi kami juga grup yang menjadi faberet cikgu. Cewahhh.. aktif dalam banyak perkara di sekolah. SULIYATI. Terpisah lebih 22 tahun, baru kini bersua muka. Thanks LIA. Aku masih rindu kau...! Aku nak nangis dapat jumpa kau semula...
Paparan lebih dekat. Novel-novel terkini yang belum ada di kedai. Memang dibawa khas ke Pesta dulu, dengan potongan 20%. MEGALOMANIA 3 merupakan sambungan dari siri 1 dan 2. Bestttt..!
Novel “Hati yang Terluka” by WANIE NORDIN, karya kedua. Memang dahsyat novel ni, sebab segala “rasa ada di dalamnya”.~...ya, pesta ini bukan untuk aku sorang, bukan juga untuk aku berpesta. Aku faham itu...~


Perghh... ekslusif betul greeting kak azie ni... Ni yg buat Vic tambah2 sayang kat kak Azie ni...
ReplyDeleteAmboi ramainya peminat kak Azie, novelis tersohor pun peminat kak Azie tu. Dahsyat tul... Ni kalau masuk AF mau no. 1 ni... Ramai peminat AFUNDI AZIE.
Alamak... maskot dia anjing. Jangan lupa samak. hahahahaha....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteazie
ReplyDeletemenengok gambar ...tumpang seronok.
hebat azie ya,
pas ni kita tunggu novel bestseller Azieazah
Salam Azie..
ReplyDeleteterima kasih untuk doa tulusmu. Tapi.. knp nama kakcik dah jd SEROYA? ;-)
DIANA > anjing kan? tengok balik pic tadi baru perasan. Wakakakaka! Besor sangat, sampai hilang shape dia...
ReplyDeleteCIKGU NORMAH > mesti dah sibuk sebab sekolah dah buka tu, kan? Novel saya? Huhuhuhu.. manuskrip yang ada dah jadi keras kejung.. hahaha
Ampun KAK CIKKKKK.... dah edit dah... :)
ReplyDeleteSalam. Nampak benar Azie berpesta di sana...sesuai dengan pesta buku...
ReplyDeleteApa pasal anjing tu lambat sampai haaa...? Aiyooo... Wa teringin gak nak memain dengan anjing tu. Next week kita bawa kayu, baling, suruh dia kejar bawa balik.
ReplyDeletemacam2 hal yang menarik pengunjung apa ada pada anjing..binatang peliharaan seluruh MaLaysia agaknya,,
ReplyDeletekucing tak boleh kerr? arnab ker..PWTC milik saper??
Tak berpeluang jumpa Kak Azie hari tu..huhuhu
ReplyDeleteKHAYALKHAYAL > maskot tu masuk dah malam, masa pengunjung dah tak ramai. U mungkin dah balik.
ReplyDeleteZEQZEQ > tu watak katun dalam siri tv. Tapi rasanya U tak tengok siri tu, so I malas nak sebut lah...
ZUREEN > ada datang yer? Amboiii... tak tercapai hajat.
ReplyDeletekalau dalam TV ada lembu pendek , kita ikut jadi pendek..
ReplyDeletemmg hang bizi bonar sampai ayat hang pun bikin aku terkejut nasib tak gugur jantung >> " buat sahabat blogger V.I.C. DIANA yang jatuh semalam.." aku tak nmpk ayat depan tu pasai renggang so aku nmpk gambo vic ada kat situ pulak.saspen ooooo :)
ReplyDeletenway slmt berpesta utk yg ada duit dan yg tak ada duit tu slmt menjamu mata sajork :p