Wednesday, December 22, 2010

Kenapa Mesti Gagak, Tidak Helang atau sekadar Burung Layang-Layang?

Nahas bas di Cameron Highlands yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi kelmarin kini meningkat kepada 28 orang. Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan. -BH

Kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands–Simpang Pulai pukul 11.40 pagi kelmarin. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini (lapuran awal).


Bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Dalam akhbar Metro semalam, ada menyebut tentang kisah sekumpulan (besar dari kebiasaan) gagak yang membuat bising di atas hotel yang dinginap oleh kumpulan pelancung ini. Ramai juga yang membuat andaian (menurut pekerja hotel) tentang petanda buruk yang dibawa apabila gagak hitam membuat bising seperti itu. Wallahualam...

Apapun kita bersimpati..

Berita kemalangan itu dapat kita lihat dan baca di mana-mana.


Di sini AA juga hendak tumpang promotekan PELUANG HADIAH bagi yang minat menulis tentang kemalangan.

Blogger ONDSCENE bermurah hati menawarkan hadiah yang sangat menarik melalui CONTEST ini yang sangat lain dari yang lain.



20 comments:

  1. gagak tak da kerja lain selain dari meramalkan kematian

    ReplyDelete
  2. Salam kak.Pasal gagak ni tak taulah nak percaya atau tidak kerana dalam masa tiga hari sebelum anak saya meninggal,arwah mak saya beritau gagak asyik berbunyi je di belakang rumah,lepas anak saya meninggal gagak tu dah takde lagi.Kalau sekali boleh dikatakan kebetulan tapi kalau banyak kali lepas gagak berbunyi pasti akan dengar orang yang kita kenal meninggal.Hmm..entahlah ye.Wallahualam.Skang ni pun kalau saya dengar burung gagak berbunyi rasa seram gak.

    ReplyDelete
  3. pernah juga dengar orang tua2 cakap macam tu tapi tak pernah berlaku pada diri sendiri, tak ada rasa apa la skrg ni

    ReplyDelete
  4. Kalau sudah sampai masanya... tiada dilewatkan walau seketika. Sam2lah kita berdoa, agar kematian kita dalam keadaan sempurna.

    Azie... teruja juga tengok hadiah yang ditawarkan (kenapa tak dimasinkan, ya?) oleh Sham Ondscene tu... masalahnya, kakcik ni kalau nampak kemalangan, dari jauh dah tutup mata! Macam mana nak ambil gambar bagai? Huhuhu....

    ReplyDelete
  5. salam kak azie,
    agaknya sebab gagak boleh bau 'kematian' kot.. apa pun kita orang islam tak yah tunggu gagak kan kak, ada banyak tanda2 yang Allah bagi, cuma kita sedar ngan tak jer.. orang alim2 sedar la kot... saya sedar tanda aruah mak nak meninggal pun lepas dia meninggal.. sebelum tu mulut macam terkunci jer...

    ReplyDelete
  6. surah ali imran ayat 191, tiada satu pun yang Allah jadikan di atas muka bumi ni sebagai sia-sia. hatta gagak sekali pun.

    kita boleh mengkaji, tapi Allah lebih tahu.

    ReplyDelete
  7. salam ziarah akak..
    ape2 pon kite kene berhati2 di mana saja..jadikan pengajaran kpd kita semua..moga ianya tidak berulang lagi..:)

    ReplyDelete
  8. kumpulan gagak hitam cam dalam citer gila2 remaja jer....

    dah baca entry kat ondscene, tp x de idea ler

    ReplyDelete
  9. Salam kak azie..
    Kiasan pasal gagak nie tak tahulah pulak itu petanda buruk...
    Tapi mgkn ada kebenaran apabila kebetulan berlaku...
    Apapun hanya Dia yang menentukan segalanya...

    ReplyDelete
  10. salam azie..takur sungguh melihat gambar2 kemalangan tu..sekarang ni banyak sangat kemalangan jalanraya yg melibatkan bas2 ni..anak makcik dah takut nak naik bas bila pulang..

    ReplyDelete
  11. saja la bagi best sikit rempah ratusnya

    ReplyDelete
  12. ayu kan...masa dikampung
    selalu dengar bunyi gagak..
    tapi memang benar.
    kalau bunyi gagak..esok pagi..ada jer yang meninggalkan dunia..

    PS: sangat ngeri kemalangan tersebut, ayu dapat bayangkan kedasyatan eksiden itu

    ReplyDelete
  13. Kalau di negara yang tak ada gagak camne ek? Errr... ada ke negara yang tak ada gagak? Kalau orang Eskimo dia tengok burung apa ek?

    ReplyDelete
  14. PANGLIMA MUDA:
    Oh benarkah begitu...


    JIEDA:
    Alfatihah buat anak. Kerana banyak kebetulan maka ramai pula kita menyangkakan itu adalah yang benar. Wpun tidak pasti.

    ReplyDelete
  15. KAK KUJIE:
    Sama la kita. Setakat ini belum lagi lar...


    KAKCIK:
    Kalau hadiah tu masin, ramai lak amik campak dalam kari nanti.
    Hmmm saya nak join pun macam tak kena, sebab saya jarang keja luar, payah nak jumpa benda camtu.

    ReplyDelete
  16. AANAS:
    Salam. Benarlah, hanya DIA yang Maha Tahu.


    GB:
    Terimakasih berkongsi info dan pesan-pesan.

    ReplyDelete
  17. CIKCERIACORNER:
    Salam. Sila masuk, terimakasih.
    Aminnn... moga selamat semuanya.



    EELOBOR:
    Kumpulan Gagak Hitam tu nama kumpulan samseng jalanraya.

    ReplyDelete
  18. HASLEENA:
    Salam. Ya hanya sekadar kiasan, tetapi kebetulan itu adakala menyakinkan kepada kebenaran pula.


    MAKCIK MERIAM:
    Salam. Kemalangan itu memang ngeri dan simpati betul pada keluarga mangsa. Saya pun suspen nak naik bas sekarang ni.

    ReplyDelete
  19. CEMOMOI:
    Rempah ratus yang bukan ribuan rempah. :)



    AYU:
    Mungkin kebetulan yang kerap...

    ReplyDelete
  20. KHAYALKHAYAL:
    Mungkin tengok burung belaan sendiri? Ahaks!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails