Friday, August 17, 2012

Ramadan Day 28: Semasa sayup lagu Dendang Perantau ~ Balik Kampung ~ Airmata Syawal...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
17-08-2012


Sudah hampir penghujung Ramadan...

Di sana-sini persiapan raya. Mood beraya menyimbah merata. Untuk meraikan hari mulia, hari kemenangan setelah berjaya mengharungi cabaran berpuasa selama sebulan... Syukur kita semua berjaya menikmati lagi bulan yang mulia. Semoga bertemu lagi dengan Ramadan di tahun hadapan.

Yeah... AA beraya di Kuala Lumpur sahaja tahun ini. MyKakYang sudah dalam perjalanan dari kampung ke sini. Kami sudah sepakat berkumpul di rumah MyBONDA di Jinjang, Taman Fardason. Sejak MyBONDA menetap di KL, semakin kerap adik beradik yang turun naik ke KL.

Raya kali ini pasti berbeza lagi. Berhimpun di kota ternyata begitu menyongsang dari budaya kami sejak bertahun lama. Dulu kami berkumpul di kampung, di rumah besar berwarna biru yang dua tingkat itu. Dan suasana persiapan raya tentulah meriah dan tidak tertulis dengan perkataan. Semua itu menjadi kenangan abadi di lipatan minda. Untuk mengulanginya... terlalu sukar untuk mendapat kembali masa yang sudah berlalu.

Beraya di bandar? Entah cemana.... Kami sendiri pernah juga beraya di KL, tetapi semasa AidilAdha saja. Aidilfitri belum pernah lagi. Tak mengapalah, asal sahaja ahli keluarga dapat berkumpul bersama. Soal di mana, mungkin soal kedua. Yang penting kami dapat habiskan masa dengan penuh meriah dan ceria.

Sesapa yang nak beraya dengan AA, jemputlah datang ke Taman Fardason, Jinjang (dekat Jusco Kepong). Ya area tu memang area jem tapi musim raya ni haruslah lengang. (PM saya di FB, saya bagi nomot hp).

Menu panggu aku: Pulut Kuning, Kari Ayam, Sambal Bilis, Kuah Kacang dan Spagheti.

Tayang-tayang:

Sebahagian isi hamper raya dari MyBoss. Ini memang budaya setiap tahun 
(duit raya utk anak-anak staf dalam sampul raya yang kami design sendiri untuk client)


Sudah ada yang cuti? Atau mungkin hari ini separuh hari? Aku masih kerja penuh hari ini dan akan kembali masuk kerja pada Rabu.

Hati-hati di jalanraya, ok?

*memetik komen di FB; kata blogger GEDEK, "orang yang tak balik kampung adalah orang yang COOL!"




~...ketika meninjau rimbun serai yang padat sukar bercerai, Mak Utih terlatah berpatah-patah kerana disergah-sakat dek anak angkat kesayangan dan Pak Utih terlompat bagai kena rembat sedangkan yang mengekeh ketawa adalah si SERI BULAN kerana sudah lama HISYAM tidak menunjuk skil mengusiknya yang pernah menjadi ciri paling diminati oleh anak dara Pak Imam....~



 

10 comments:

  1. Saya pun masih kerja hari ini dan hanya akan masuk off hari jumaat. Selamat Hari Raya, Kak Azie.

    ReplyDelete
  2. Kakcik sekeluarga pun tak balik kampung... :(

    ReplyDelete
  3. abang adalah orang yang hot sebab balik kampung.

    di mana sahaja beraya sama sahaja jika orang tersayang semuanya berada disisi.

    ReplyDelete
  4. KAKCHIK ELLA:
    Selamat Hari Raya ELLA. Selamat memandu ke utara selatan timur untuk beraya dgn ahli keluarga....


    KAKCIK SEROJA:
    Sama sama la kita memeriahkan Kuala Lumpur di hariraya nanti... heh heh heh

    ReplyDelete
  5. Bang HAMZAH:
    Abang memang sentiasa hot...! hehehe

    Selamat beraya di Perlis Bang Hamzah...

    ReplyDelete
  6. org yg hari2 balik kpg adalah org yg "hot"...hehehehehehe
    salam aidilfitri dari saya sekeluarga

    ReplyDelete
  7. MAMASYAZA:
    Waduhhh ini orang hot selalu..!


    MARYA YUSOF:
    Yeahhhh kita geng!

    ReplyDelete
  8. Selamat menyambut Aidilfitri Azie...mohon kemaafan yer kerana sering mengintai di sini.

    ReplyDelete
  9. FARID:
    terimakasih, sudi-sudi lah mengintai lagi di sini...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails