السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
02-08-2012
Aku dah pernah tulis pasal drama di TV3 petang-petang tu; Déjàvu di Kinabalu.
Hari ini adalah episod akhir. Sebenarnya minggu ini adalah kemuncak drama itu, kemuncak kisah cinta Nadira ~ Bazli ~ Amar.
Sebenarnya juga, kemuncak meluat dan menyampah kami.
Aku dah pernah sebut, “Padan muka Nadhira, ini balasan orang yang curang. Yang tak pandai mengawal perasaan sendiri.” Sekarang boleh plak buat muka tak malu merayu balik kat bekas tunang. Pastu tak pasal-pasal orang lain pulak yang jadi mangsa, sama-sama jadi sakit mental cam dia. Teruknya..
AMOI kata: “Semua lelaki dalam drama ni hampeh!” Betul, macam dah takda pompuan lain lagi dah? Tolonglah, jangan bergaduh berebut pompuan atau berbalah pasal pompuan. Buat malu saja. Orang dah tak sudi, redha saja lah. Doakan saja kebahagiaan dia, bukan susah pun.
Aku rasa, Nadhira tu akan mati. Biar semua orang langsung tak dapat. Adil, bukan?
Tayang-tayang: menu selain Asam Pedas Patin yang kelewatan masak sebab gas masak habis pada jam 5.30pm semalam.
Ayam Goreng Kunyit + Broccoli.
~…SERI BULAN sudah lali dengan nakalnya lelaki, sepertimana mereka tidak pernah berhenti untuk menakal tetapi atas sebab-sebab terpencil lagi istimewa, SERI BULAN hanya percaya, HISYAM seoranglah yang hingga hari ini menjadi orang kepercayaan, sejak dia begitu teguh menyimpan rahsia siapa mereka sebenarnya di mata warga Kampung Separuh Desa...~
Emak saya kata pelakon drama ni takde yg cantik dan takde yg ensem ..... itu pandangan seorg wanita berusia 75 tahun.
ReplyDeleteElla Episod 1, 2 tgk kak. pastu lost track. Skrg lagi la tak da chance sebab time tu saya tgh berkungfu taichi kat dapo.
ReplyDeletenasib baik saya tak pernah terjebak untuk tengok sekali.... huhuhu
ReplyDeletesya tak rajin layan tv kalau yang bersiri siri
ReplyDeletebak kata enpakwe
berhantu tak jadi kerja nanti
sy lyn jugak citer nih tp rasanya sy takde la terikut emo.. hahaha.. cuma kompius ng lelaki yg suka lari jew nih.. ada masalah lari luar negara.. aduhai..
ReplyDeletehmmm anak teruna je layan citer ni...saya tak tengok...tak tengok dari mula pun..time berbuka suami suruh tutup tv...he he he
ReplyDeletesy tgk pon sbb terpaksa..
ReplyDeleteda la tiru cite korea...mengarut je lbh
FB timeline saya pon ramai post pasal citer ni,mcm pamos je citer ni, siap ramai luah perasaan bagai,hehehe,
ReplyDeletex sempat nak tengok pun... :)
ReplyDeleteSaya layan gak cerita ni, harap good ending jelah, tapi saya admit memang dekat last2 ni macam merepek sikit, mengada Nadira ni...
ReplyDeleteKak Azie dalam2 menyampah tu Aina kekadang cilok2 lari dari dapur nak tengok gaks...
ReplyDeletelama tak nengok drama melayu...
ReplyDeletesuka sangat citer yang berebut sorang pompuan..
macam lah sorang jer pompuan yg ada dalam donia ini...???
( Akak kan ada???? )
ekekekekekeke
salamm...
ReplyDeletemule2 sy follow jgak cite ni smpai die da mule suke kt ammar tu..tp pastu x tgk da pasal tibe2 rase bosan sbb cam slow je..meleret2 dah cite die..huhu
Setuju! Rasanya semua bahagia kalau nadira mati, hahah. Saya geram, sbb jenis tak bersyukur -dah dapat jantung, siap kata jantung tu pulak penyebabnnya. Serius kak, wlpun bergenre sedih, tapi sikit pun sy takde rasa nk kesian2 n sedih. Huhu...
ReplyDeletemeriahnya ramadhan di header akak tu.. rasa mcm nak like byk2.. he..he.. saya tgk citer tu sikit2 dan kdg2 aje.. jd tak brp boleh nak komen..
ReplyDeleteDari jam 7pm-8pm saya akan terus tukar channel...masa tu bukak la apa2 channel asalkn bukan TV3. Pukul 8pm tukar balik TV3 nk tengok berita.
ReplyDeletekak AA, saya tak dapat nak layan, sebab tivi anak2 konker nenogk katun.. huhuu.. bila dapat lak remote kat asben, tak habis2 tegok history channel..
ReplyDelete