السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-08-2012
Ada dah pernah tulis kisah ni dulu, dan kisah itu berulang lagi di tahun ini.
Jiran aku ni nama dia ATI (bukan nama sebenar). Rumah dia dekat benar dengan rumah aku, tapi jarang ler kami berjumpa. Dia aktif dalam Wanita Umno, jawatan apa, aku tak tau dan tak pernah tanya.
Dalam pada tu, dia juga aktif dalam beberapa program setempat termasuk ler xtvt surau. So tiap kali bulan posa, dia dan geng dia antara yang bz ler. Hidangkan moreh utk jemaah muslimat, susun gelas dsb.
Yang aku geleng kepala ialah dia kelihatan seperti “seekor merak dalam kelompok merpati”. Kenapa aku kata gitu? (itu jer perumpamaan yang aku tahu). Sebab biasanya, lumrah kita kalu ke surau tu, pakai baju kurung, simple, atau ada setengah anak-anak dara cuma pakai tshirt dgn trek suit jer (wpun rupa ayu giler). Pakai tudung pun yang jenis serlum jer (aku ler tuuu..). Tahu ker jenis serlum? Yang jenis sarung jer, takyah buh pin atau brooch pun.
Tapi si wanita sorang ni, sudah ler tiap-tiap malam aku tengok dia pakai baju kurung moden sendat ikut body, fabrik kilat-kilat, siap ada sequin segala, manik-manik, selendang glamor. Yang lebih buat aku rasa nak tergelak (jahat akuuu..ampun), dia boleh bawa handbag warna sedondon baju. Kasut bertumit. Aduhhh.. ko ingat surau tu tempat macam dinner ker, atau tempat melaram ker?
Kerana dia tu kenal ramai AJK surau, riuh ler juga mulut dia bersembang tak kira lelaki perempuan. Aku tak gemor nak tengok, tapi tertengok ler jugak... Kalu tak kerana CHAK dan ALIA suka benor nak makan moreh, aku mesti terus balik jer.
Tapi, untuk 15 minit lepas terawih tu aku layan ler perasaan mual aku nengokkan gelagat jiran aku ni... Entah ler cik kak ooiii.. suka hati ko lerrr... Maaf ler, naluri manusia, lumrah mesti nak sebut apa yg dia lihat.
Moral of the story: kadang-kadang kita tak sedar orang perhatikan kita. Samada kita terpakai lebih dari orang, atau kita pakai sangat kurang berbanding orang. Lumrah manusia, mesti melihat dan mengata...
Tazkirah pendek yang sempat aku ingat: 5 keistimewaan orang berpuasa. Ikan-ikan di lautan beristighfar kepada orang yang berpuasa.
**********
Tayang-tayang (hahahaha aku pun menayang jugok!), so bak kata Nabil: “sama dengan”:
~...HISYAM tidak pernah merasa letih melayan karenah SERI BULAN selagi rahsia dikejap-ketat, selagi perilaku disimpan kedap, juga selagi surat dilabel “for your eyes only” dan sehingga Mak Utih dan Pak Utih masih liberal menangani apa yang disebut mereka “problemo”...~
Salam AA,
ReplyDeleteWahhhh...how auntie wish to put on the shoes in the pics..
suatu ketika dulu, kini mana mungkin..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteOpssss! comey kacut bergaya ...terkenan lak ---> saper suh tayang hu hu hu
kasot yg bawah tu macam kulit ulau, je?
ReplyDeletemerahhhh tuuu..,
ReplyDeleteMmg kasut bergaya tu..
Azie..
ReplyDeleteKasut dah merah..
Baju raya pun merah??
AUNTIE NANI:
ReplyDeleteSementara masih lalu berkasur tumit, kata orang. Nanti dah tua sikit lagi, seret seliper ler jugak.
ANYSS:
Saiz kita sama ker? Tu saiz 9 yang oiii...
tema pink ke kak.. aduh.. tgk kasut org lawa2 nih teringin lak pulak kasut raya... huhuhuhu
ReplyDeleteGEDEK:
ReplyDeleteAgaknya kulit ulau ler kot, Bro. Saya peminat ulau, tp yang takda bisa ler.
AIN NORAINI:
Bergaya cara orang yang rendah darjah dan rendah hemah serta rendah badan. Hehehehe
Kalau dah bling-bling nak pergi terawih pukul berapalah dia nak bersiap tu AA. Jadikan teladan..
ReplyDeleteWah.. macam ini punya kasut nak lawan Amoi, Alia dan Chak..
AKAK:
ReplyDeleteTidak Kak. Seperti biasa, kaler PURPLE tahun ni.
YANA:
Ya, kadang kita tengok orang pakai memang lawa, kan?
KAK ZAKIE:
ReplyDeleteBetul la. Jadikan teladan dan sempadan.
Kasut tu kalu dah lunyai sikit, anak dara menanti je nak warisi tuh. Kadang tak sempat puas, dah ngecek nak pinjam.
Assalamaualikum wbth....
ReplyDeletewah...cantk2 serba baru
kak Azie...dah namanya WANITA UMNO...haruslah mencontohi akak Ros, waima ke masjid ber moreh sekalipun!
ReplyDelete~akakakakakakaka
As salam Kak AA,
ReplyDeleteTahun ni tak dpt nak shopping kasut liplap... cantiklah yg last sekali tu... baju raya kaler pink ek! I liiiikeee... :))
Tahun ni raya pakai kasut boot! Sojuk! gagagaga ;))
TIRANA ADUKA:
ReplyDeleteYang cantik dan baru tak semestinya mahal. Murah dgn harga mampu milik.
DADDY ZIYYAD:
Komen jaaahhhaaattt...!!
MARYA:
Oh sana musim sejuk ya.? Kena lah berbungkus saja ya. Tapi best juga tu, berjalan raya tak berpeluh.
fuuhhh!!! kasut raya pink!!! :)
ReplyDelete