Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan Day 25: Cerita biasa: Tart Nenas bersulam Coca~Cola Free...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
14-08-012



Sejak Jumaat, bersambung Sabtu dan Ahad, urusan penghantaran Tart Nenas untuk pelanggan setia dan juga pembeli baru berlangsung dengan jayanya walaupun penat lah juga kerana bergerak ke utara-selatan-timur-tenggara. Yang mencabar, adalah cuaca yang panas dan dahaga.

Syukur, semua pelanggan mendapat Tart masing-masing sebelum Raya.

Dalam tangan hanya tinggal seorang pelanggan sahaja yang belum dihantar, kerana 15 pek ini sengaja tidak mahu diambil terlalu awal, kerana takut tergoda dan luak sebelum raya.

Kawan-kawan sekolah dan cikgu CHAK pun sudah dapat masing-masing. Kesian CHAK kena bawak tiap hari 2 pek. Berulang-ulang, sebab dia tak larat nak bawak banyak-banyak.

Rupa agak senget mudah retak sebab rangup... tapi rasa tak lari!


*Untuk beberapa pembaca yang masih email saya bertanyakan Tart ini, stok memang sudah habis. Sori Berlori. Nanti sehari dua selepas raya, kita akan sambung berurusan untuk tempahan baru ya...

Semalam, masa balik kerja kami nampak ada payung merah terpacak sepelaung dari rumah. Coca-Cola! Mula-mula kami sangka dijual murah, so kami berhenti bertanya. Niat memang nak beli sebotol dua. Rupanya, ianya diberi PERCUMA! Bermula 5.30 petang. So kami menunggu beberapa minit dan beratur.

Seorang dewasa (berusia 17 tahun ke atas) layak dapat seorang sebotol (1.5L). Untuk mengelak orang beratur dua kali (or berkali-kali), setiap penerima akan dicop di atas tangan.


Aku kata, “ni macam latihan mengundi jer?” hehehehe

Kerana kami bertiga orang dewasa dalam rumah so kami dapat 3 botol.

Dengan slogan, Sebarkan Semangat Ramadhan.





~...setiap kali berulang ke jeti, melintasi laman Teratak Nyatuh, kerlingan HISYAM jelas terlihat di mata SERI BULAN, yang seperti sudah mengira waktu menanti, lalu mengintai di celahan kain tutup tingkap yang pudar tetapi tidak kusam menanti masa untuk diganti dengan Langsir Raya...~



 

25 comments:

  1. bestnya kak azie dapat free.. rai duduk dekat je dengan kilang coca-cola... tp xde plak dapat.. mmg bertuah di bulan ramdhan nie

    ReplyDelete
  2. acu pun terlepas nak oder tart nenas kak z :(

    ReplyDelete
  3. RAI:
    kebetulan pula kami lalu situ depa baru nak mula edar. Sebenarnya bukan elok pinum air gas ni banyak, sbb gula tinggi. Tapi sekali sekala (free lak tu) ok lah.


    ACU:
    Masih ramai yg dok email nakkan Tart ni, tp stok memang dah habis. Tunggula seminggu lepas raya ker, boleh order lagi.

    ReplyDelete
  4. As salam


    Selamat Hari Raya.
    Maaf zahir dan batin.

    Insyaallah , isnin 27hb kita berjumpa lagi di alam maya

    ReplyDelete
  5. saya dah dapat tadi.....tak sabar nak tunggu waktu berbuka nanti, nak makan tart nenas...hehehehe

    ReplyDelete
  6. penuh isi nenasnya...memang sedap...
    coca cola free bestnya.....

    ReplyDelete
  7. peminat kue tart bukan coca cola. hehe.

    ReplyDelete
  8. chop kat tangan tu boleh cuci tak.. lepas cuci, beratur le balik.. heheh..

    ReplyDelete
  9. da tu kalau datang beraya pun tak dapat tart nenas lah?

    ReplyDelete
  10. PB:
    Lama cuti ya? Selamat beraya dan selamat bercuti panjang.


    MAMASYAZA:
    Wahhh bagus kiriman Tartnya sudah sampei. Selamat menikmati Tart Nenas. Jangan mabuk Tart dah ler. heh heh heh

    ReplyDelete
  11. QHAIFA NUR:
    Coca Cola tu sbb free tu yg best. Kalu nak beli pun, mungkin sebotol jer kot.


    KAKCHIK ELLA:
    Dalam rumah saya, budak2 jer lah yg minat. Saya minum buat syarat jer.

    ReplyDelete
  12. ANAA:
    Cop tu yg cop guna ink cap jari jer. Memang ada yg sebut jom basuh nanti berbaris lagi. Tapi Kak Azie tak rajin lah.


    BUJAL:
    Selalunya gitu lah. Tukang jual kuih selalunya takda kuih, terpaksalah beli kat luar. hehehe

    ReplyDelete
  13. agak2 klu pos tart tu ... pecah tak ? hmmmm

    ReplyDelete
  14. nak tengok gambar kesan cop tuh bleh?

    ReplyDelete
  15. NORF ELLA:
    Setakat ini, memang akan retak dan sopek sedikit, tapi pecah teruk tu insyaAllah tidak. Saya akan bungkus tebal dan pack dlm kotak, kurang lah cederanya.



    FADZIL:
    Cop tu gambar LOGO Coca~Cola warna merah. Saya dah basuh then baru teringat nak snap pic.

    ReplyDelete
  16. KARUKORD:
    Setakat Coca-Cola tu syoknya sekejap saja. Yang paling best saya adalah warga Selangor yg dah setahun dapat air paip free...! heh heh heh

    ReplyDelete
  17. yang penting inti tu...banyak seyyy mesti puas la makan tart ni

    ReplyDelete
  18. Rezeki ramadhan yag tiba2 alhamdulillah...

    ReplyDelete
  19. Ak-ah laaa... hr tu pun jiran bgtau dorang bg Cola free kat PARAM Danau Kota tapi mase tu hari coti tak gi PARAM, melepas! Thee...
    My latest Entry :)
    JJCM: Day 25th Ramadhan 1433

    ReplyDelete
  20. KAK ES:
    Memang intinya banyak camtuh, dan bentuknya macam cupcakes. Puas makan sebab pastri rangup dan inti sedap!


    JUNAINA:
    Memang bulan Ramadan banyak pihak yg suka bersedekah, mencari ganjaran pahala lebih...

    ReplyDelete
  21. FARAH:
    Rasanya memang banyak tempat juga yg dapat liputan Kempen Coca-Cola Sebarkan Semangat Ramadan ni....

    ReplyDelete
  22. Assalamaulaikum wbth....

    coco=cola tak berapa minat la sis...
    kalau oren ok...ekekekekek

    kueh tart tu kesukaan saya tau sis...leh abis se bekas tu saya mamam sorang tau....

    *TiranaAduka & keluarga nak uchapkan selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin andai ada salah silap selama kita kenal di alam maya ni tau..!!
    *

    ReplyDelete
  23. TIRANA ADUKA:
    Selamat Hari Raya juga dari Kak Azie sekeluarga buat TA sefamili, semoga Syawal kali ini lebih membahagiakan....

    ReplyDelete
  24. kalau ai.. memang sah tak dapatler.. tak boleh minum sangat pun, tak elok untuk kesihatan..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails